|

AMARAN – 21 TANDA AWAL YANG MENUNJUKKAN BRAND KORANG LEMAH!

Dah berapa lama korang buat bisnes? Mungkin 1 tahun? 2 tahun? Atau mungkin lebih lama lagi.

Korang mungkin start bisnes korang dengan semangat berkobar-kobar, berimpian besar, dan yakin bahawa brand korang akan jadi yang paling hebat dalam pasaran.

Tapi sekarang..

Korang rasa, brand korang yang dulunya kuat dan mendominasi pasaran, kini mungkin semakin lemah, sales mula jatuh atau customer dah berkurangan?

Dalam post kali ni, saya nak kongsikan tanda-tanda awal yang menunjukkan brand kita semakin lemah, dan yang paling penting, macam mana nak selesaikan masalah ni.

Tanda 1: Kempen Marketing Dah Semakin Menurun Conversionnya!

Bila kempen marketing korang dah semakin menurun conversionnya!

Rasa buat marketing kaw-kaw dah, tapi nak convert ke sales, rasa susah sangat!

Dulu, korang boleh tarik customer dengan mudah, tapi sekarang macam tak berkesan. Itu mungkin tanda yang sesuatu tak kena dengan strategi marketing korang.

Solution: Cuba semak semula strategi marketing korang. Adakah target audience masih relevan? Adakah mesej korang menarik? Cuba ubah pendekatan dan kaji semula data dan analytics untuk lihat apa yang berfungsi dan apa yang tak.

Tanda 2: Customer Nak Harga Murah Je

Customer memang suka harga murah, tapi kalau diorang asyik nak tunggu offer je, itu pun jadi masalah.

Takde offer, tak mahu beli.

Kalau macam ni, mungkin brand korang dah selalu buat kempen buang harga, dan itu boleh merosakkan image brand.

Solution: Cuba fokuskan value yang pelanggan dapat daripada produk korang. Buatlah promosi yang berfokus pada manfaat produk, bukan hanya diskaun semata-mata. Buat pelanggan faham kenapa produk korang istimewa.

Tanda 3: Terlalu Banyak Usaha untuk Memburu Sales

Kalau korang rasa usaha untuk memburu sales lebih banyak daripada menjemput sales, itu bermakna korang asyik kena cari customer, bukannya customer cari kita.

Ini boleh menjadi tanda yang brand korang dah hilang daya tarikan.

Solution: Cuba bina hubungan dengan pelanggan. Jangan tunggu pelanggan datang kepada korang, jemput mereka dengan pelukan terbuka. Berinteraksi dengan mereka dalam media sosial, jawab soalan mereka, dan tunjukkan bahawa korang hargai mereka.

Tanda 4: Pesaing Senang Merampas Customer Korang

Pesaing sangat mudah nak merampas customer korang, tapi korang pulak macam tak mampu halang.

Kalau brand korang tak cukup kuat, customer akan lari ke pesaing korang.

Solution: Perhatikan pesaing dan cuba faham apa yang mereka lakukan dengan baik. Cuba tingkatkan produk korang supaya lebih unggul dari pesaing. Buatlah promosi yang menonjolkan kelebihan unik brand korang.

Tanda 5: Penurunan dalam Buying Repetition

Kalau dulu 70% pelanggan korang beli berulang kali, tapi sekarang dah bawah 30%, itu bermakna ada yang tak kena.

Penurunan dalam buying repetition adalah petanda bahawa pelanggan tak lagi setia dengan brand korang.

Solution: Fokuskan usaha untuk memastikan kepuasan pelanggan. Berikan nilai tambah kepada pelanggan agar mereka rasa rugi kalau tak beli lagi dari korang. Buat program kesetiaan yang memberi ganjaran kepada pelanggan setia.

Tanda 6: Pelanggan Kurang Beri Feedback

Kalau pelanggan kurang beri feedback, itu boleh jadi tanda bahawa mereka tak lagi peduli dengan brand korang.

Bagi hadiah pun, tak mahu bagi feedback terhadap brand korang.

Solution: Aktif berinteraksi dengan pelanggan. Ajak mereka memberi ulasan dan feedback. Buatlah pertandingan atau peraduan untuk menggalakkan mereka berpartisipasi. Buat mereka rasa bahawa pendapat mereka dihargai.

Tanda 7: Brand Baru Muncul, Korang Mula Goyang

Bila ada brand baru muncul dalam pasaran, korang rasa bisnes korang mula goyang.

Ini mungkin tanda bahawa brand korang dah kehilangan keunikan dan daya tarikan.

Solution: Sentiasa pantau pasaran dan trend. Berusaha untuk berinovasi dan mempertahankan kelebihan brand korang. Buat produk atau perkhidmatan yang unik dan membezakan diri daripada pesaing.

Tanda 8: Mengikut Rentak Main Harga

Bila korang tengok pesaing main harga, korang pun mula cuak, dan akhirnya ikut rentak main harga juga.

Ini boleh merosakkan profit margin dan imej brand.

Solution: Jangan terlalu teruja untuk main harga. Fokuskan pada nilai yang korang berikan kepada pelanggan. Berikan alasan kenapa produk atau perkhidmatan korang berharga.

Tanda 9: Harapkan Hanya Exisiting Customer untuk Membeli

Kalau korang harapkan hanya exisiting customer untuk membeli, susah nak dapat new customer.

Ini bermakna korang mungkin dah hilang daya tarikan dalam menarik pelanggan baru.

Solution: Berusaha untuk menarik pelanggan baru dengan promosi atau program kesetiaan. Buat pemasaran yang menyasar kepada pasaran yang lebih luas dan pastikan produk atau perkhidmatan korang sesuai untuk pelanggan baru.

Tanda 10: Kos Marketing Meningkat, Tapi Result Menurun

Kalau korang punya kos marketing makin naik, tapi result makin menurun, ini adalah tanda bahawa strategi pemasaran korang mungkin tak berkesan.

Bukan sahaja korang membuang duit, malah hasilnya tidak sepadan.

Solution: Kaji semula perbelanjaan pemasaran. Pastikan dana digunakan dengan bijak. Fokuskan pada strategi yang memberikan hasil yang baik. Uji dan ukur kesan setiap usaha pemasaran dan sesuaikan di mana perlu.

Tanda 11: Bisnes Korang Dah Lama, Tapi Tak Berkembang

Kalau bisnes korang dah lama, tapi masih berada di level yang sama, ini mungkin petanda bahawa brand korang perlu penyegaran.

Solution: Sentiasa mencari peluang untuk pertumbuhan. Buat perubahan yang diperlukan, sama ada dalam produk, perkhidmatan, atau strategi pemasaran. Jangan jadi terlalu selesa dengan status quo.

Tanda 12: Susah Nak Tarik Staff Baru

Ketika korang susah nak tarik pekerja baru untuk bekerja dengan korang, ini boleh menjadi tanda bahawa brand korang kurang menarik sebagai majikan.

Solution: Kaji semula budaya korporat dan kelebihan yang ditawarkan oleh bisnes korang sebagai majikan. Mungkin perlu mempertimbangkan peningkatan gaji atau faedah lain untuk menarik bakat baru.

Tanda 13: Tiada Pelanggan yang Mengwar-warkan Brand Korang

Kalau tiada pelanggan yang mengwar-warkan brand korang kepada kenalan mereka, walaupun sudah membeli dengan korang, ini mungkin tanda bahawa brand korang kurang meyakinkan.

Solution: Galakkan pelanggan untuk berkongsi pengalaman mereka dengan brand korang. Buat program rujukan yang memberi ganjaran kepada pelanggan yang membawa pelanggan baru.

Tanda 14: Brand Korang Bukan Pilihan Terawal Pengguna

Kalau brand korang bukan antara pilihan terawal pengguna apabila mereka diberi pelbagai pilihan, ini bermakna brand korang perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan tempat di hati pelanggan.

Solution: Buat kajian pasaran untuk faham kenapa brand korang tidak menjadi pilihan utama. Buat perubahan yang perlu dalam produk, harga, atau pemasaran untuk menjadi lebih menarik.

Tanda 15: Susah Nak Close Pelanggan

Kalau korang rasa susah sangat nak closing pelanggan, walaupun dah guna ayat-ayat closing yang power, ini boleh menjadi tanda bahawa pelanggan kurang yakin dengan brand korang.

Solution: Tingkatkan kemahiran dalam penjualan. Sentiasa berusaha untuk memahami keperluan pelanggan dan berikan penyelesaian yang sesuai. Beri pelanggan alasan kenapa mereka perlu membeli.

Tanda 16: Kurang Sambutan untuk Produk Baru

Bila korang buat produk baru, tapi kurang sambutan dari exisiting customer, ini mungkin tanda bahawa mereka kurang yakin dengan kualiti produk korang.

Solution: Berikan penjelasan yang jelas tentang manfaat produk baru kepada pelanggan exisiting. Ajak mereka mencubanya dan beri mereka insentif untuk mencuba.

Tanda 17: Bergantung Kepada Advertising

Kalau korang hanya bergantung kepada advertising untuk dapatkan sales, ini adalah tanda yang brand korang mungkin tidak mempunyai daya tarikan yang kukuh.

Solution: Bina hubungan dengan pelanggan dan galakkan perkembangan word-of-mouth. Pelanggan yang puas akan bercerita tentang brand korang kepada kenalan mereka, yang boleh membantu meningkatkan sales.

Tanda 18: Feedback Negatif Daripada Pelanggan

Jika 80% pelanggan memberi feedback negatif berkaitan dengan brand korang, ini adalah petanda yang brand korang memerlukan peningkatan yang serius.

Solution: Dengarlah kepada feedback pelanggan dan buat perubahan yang diperlukan. Buat perkembangan dalam produk atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Tanda 19: Jual Produk Murah

Bila korang rasa korang perlu jual produk korang dengan harga murah supaya senang buat sales, ini adalah tanda bahawa brand korang mungkin kurang diterima dalam pasaran.

Solution: Buat strategi harga yang sesuai dengan nilai produk atau perkhidmatan korang. Jangan jatuh terlalu rendah jika produk korang mempunyai nilai yang tinggi.

Tanda 20: Mengikut Rentak dan Trend Semasa

Kalau korang punya marketing campaign asyik terikut-ikut orang, mahupun terikut-ikut trend semasa, ini adalah tanda bahawa korang mungkin kehilangan identiti brand.

Solution: Buat pemasaran yang mencerminkan nilai dan identiti brand korang. Sentiasa memahami audiens korang dan buat strategi yang unik untuk menarik perhatian mereka.

Tanda 21: Market Share Menurun

Bila pegangan dalam market share korang semakin menurun, dan menjadi rendah, ini adalah petanda bahawa brand korang mungkin kehilangan momentum dalam pasaran.

Solution: Cuba kembangkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dan buatkan mereka kembali kepada brand korang.

Brand korang ada tanda-tanda ni?

Dalam dunia perniagaan yang competitive macam ni, nak kekal kuat dan relevan adalah satu cabaran besar.

Jadi, apa yang perlu kita buat?

Kita kena sedar bahawa brand yang kuat adalah aset yang berharga. Brand yang kuat mampu menarik lebih pelanggan, kekalkan pelanggan setia, dan membantu tingkatkan lagi jualan bisnes.

Jangan terlalu terikat dengan strategi lama.

Sentiasa kaji semula strategi pemasaran korang, buat inovasi, dan sentiasa berikan value yang terbaik kepada pelanggan.

Sekiranya korang rasa pesaing semakin menguat dan mudah merampas pelanggan korang, jangan give up!

Pantau pergerakan pesaing dan cuba bina brand positioning yang lebih baik daripada diorang.

Kita perlu melakukan audit dalaman bisnes untuk mengenal pasti punca masalah.

Kemudian, kita perlu mencipta strategi yang sesuai untuk improve brand kita.

Okay itu je, semoga korang belajar sesuatu hari ni!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *