|

BILA PESAING RAMAI SANGAT, APA STRATEGI YANG FOUNDER BOLEH BUAT?

Jeff Bezos berkata.. “Your brand is what other people say about you when you’re not in the room”.

Ya, inilah yang disebut brand positioning..

Game bisnes hari ni, memang nak tak nak kena buat brand positioning..

Yang mana ianya fokus pada jenama kita, bukannya produk kita..

Bagaimana buat orang ingat brand kita, bezakan brand kita, dan memilih kita…

Ada owner bisnes ni, dia tanya.. “Pesaing ramai sangat, memang challenging kan?”

Tapi, biasala bisnes, pesaing memang sentiasa ramai..

Tak nak bersaing, jangan buat bisnes! Betul tak?

Cuma, apa strategi2 yang kita boleh guna untuk win dlm persaingan?

MARKETING?

Ya, tapi marketing lebih bersifat short term! Marketing lebih kepada untuk menarik perhatian, menarik org datang, pada kempen yg sedang kita jalankan..

BRANDING?

Ya, ini yang diperlukan! Untuk long term run..Iaitu bagaimana kita nak buat orang ‘terpengaruh’ dengan kita, walaupun mereka ada banyak pilihan brand lain.

Dan paling awal, paling basic, bagaimana kita nak highlightkan brand positioning kita?

#1: Fokus & keunikan brand 

Mula-mula, kita kena clear apa yang kita nak fokuskan. Tanya diri sendiri, apa yang buat brand kita unik?

Sebelum kita nak highlightkan brand positioning, kita kena tahu dulu apa yang kita nak capai dengan brand kita, dan apa yang buat brand kita berbeza daripada pesaing.

  • Apa visi dan misi kita?
  • Apa nilai dan kelebihan yang kita bawak?
  • Apa masalah atau keperluan yang kita selesaikan?

Contohnya,

Jika kita menjual baju, kita perlu tahu siapa kumpulan sasaran kita. Adakah mereka remaja, wanita bekerja, lelaki sukan, atau lain-lain? Apa gaya dan citarasa mereka? Apa masalah atau keperluan mereka yang boleh kita selesaikan dengan baju kita?

Kelainan ini boleh berdasarkan pada kualiti, harga, reka bentuk, nilai tambah, atau apa sahaja yang boleh memberi kelebihan kepada kita.

Dengan cara ni, kita boleh bina identiti yang kuat dan unik untuk bisnes kita.

Kita juga boleh tentukan sasaran pasaran kita, dan menarik perhatian mereka dengan cara yang lebih berkesan.

Langkah ni sangat penting, dalam dunia bisnes yang semakin kompetitif.

#2: Set brand identity

Kita kena set brand identity dari produk, sampai la ke packaging, presentation, brand awareness, marketing campaign mengikut acuan brand postioning.

Bila dah tahu apa fokus brand, semua elemen brand kena konsisten dengan brand positioning seperti;

  • Produk kena berkualiti dan memenuhi jangkaan pelanggan.
  • Packaging kena menarik, praktikal dan mencerminkan personaliti brand kita.
  • Presentation kena profesional dan menunjukkan value yang kita bawak.
  • Brand awareness kena tinggi supaya mudah dikenali oleh orang ramai.
  • Marketing campaign kena kreatif dan menarik perhatian.

Sebagai contoh,

Kita boleh tengok bagaimana Shopee Malaysia membina brand identity mereka sebagai platform beli-belah online yang mudah digunakan, dan murah.

Mereka guna logo berbentuk beg berwarna oren yang menarik perhatian, slogan “Shopee! Shopee!” yang mudah diingat dan lagu tema yang catchy.

Mereka guna sosial media untuk share info produk, memberi tip-tip beli-belah, mengadakan contest dan invite selebriti popular untuk menjadi duta brand Shopee.

Mereka juga buat promosi di tv, radio dan billboard, bekerjasama dengan reviewer, influencer, online seller dan supplier.

Dengan cara ini, Shopee Malaysia berjaya menarik ramai pelanggan dan meningkatkan kedudukan mereka, sebagai salah satu platform beli-belah dalam talian terbesar di Malaysia.

Brand identity ini penting, kerana ia akan membantu menonjolkan produk kita dari pesaing, menarik dan mengekalkan pelanggan, dan meningkatkan reputasi dan profit kita.

Oleh itu, kita perlu melabur masa, tenaga dan wang untuk membina brand identity yang kuat dan unik untuk produk kita.

#3: Cipta tagline khas

Kita kena highlightkan tagline dalam brand positioning, dan guna pada semua kempen, termasuk di packaging.

Tagline ni penting sebab ia merupakan cara mudah untuk menyampaikan apa yang brand kita tawarkan kepada pelanggan.

Tagline ni kena ringkas, padat, mudah diingat, dan relevan dengan brand positioning kita.

Ini untuk membantu orang ramai untuk kenal dan ingat brand kita.

Contoh brand yang ada tagline khas yang highlightkan brand positioning ialah Nike. Tagline Nike ialah “Just Do It”, yang sangat simple tapi sangat powerful.

Tagline ni menunjukkan fokus dan kelainan Nike, iaitu untuk menggalakkan orang ramai untuk bersukan dan mencabar diri.

Tagline ni juga digunakan pada semua kempen Nike, termasuk di produk, iklan, dan media sosial.

Kita kena pilih tagline yang paling sesuai, dan cuba minta pendapat orang lain, lihat reaksi pelanggan, bandingkan dengan tagline pesaing, atau buat market research.

Kita kene pastikan tagline tu mudah difahami, sesuai dengan identity dan personaliti brand.

Boleh faham ke?

#4: Konsisten bina kempen marketing dan awareness

Kempen ni bertujuan untuk menarik pelanggan baru, dan kekalkan pelanggan sedia ada, dengan menunjukkan apa yang brand kita boleh tawarkan kepada mereka.

Untuk bina kempen yang berkesan, kita boleh follow langkah-langkah ni:

1. Tentukan sasaran pasaran.

Siapa sasaran target market kita? Apa keperluan, masalah, dan minat mereka? Bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah mereka??

2. Kaji pesaing.

Apa yang membezakan kita dari pesaing? Apa kelebihan dan kekurangan kita? Bagaimana kita boleh menonjolkan value kepada pelanggan?

3. Tetapkan matlamat dan objektif.

Apa yang kita mahu capai dengan kempen ni? Adakah kita mahu meningkatkan brand awareness, jualan, lead, atau repeat customer? Bagaimana kita akan mengukur performance kempen?

4. Rancang strategi dan taktik.

Bagaimana nak menyampaikan mesej iklan kepada sasaran pasaran kita? Apa channel yang paling sesuai untuk engage dengan mereka? Apa jenis content atau offer yang akan menarik minat mereka?

5. Adjust dan buat improvement.

Adakah kempen kita berjalan dengan lancar? Bagaimana performance kempen kita? Kita kena kumpulkan feedback dan buat penambahbaikan yang diperlukan.

Mesej brand kita dalam kempen ni, kena konsisten dengan elemen brand positioning kita, iaitu fokus utama dan kelainan yang kita nak tunjukkan.

Kita kena pastikan semua kempen guna tagline, produk, packaging, dan presentation yang kita dah set tadi, dapat menggambarkan value dan kelebihan brand kita. 

#5: Kuatkan kempen brand positioning

Kita kena kuatkan dan agressivekan kempen brand positioning, sehingga positioning tu melekat dengan brand kita di minda pengguna tadi.

Ini untuk pastikan brand kita bukan hanya sekadar dikenali, tapi juga menjadi pilihan utama customer, bila mereka perlukan produk yang berkaitan dengan brand kita.

Kita perlu tunjukkan kepada customer, bagaimana brand kita dapat menyelesaikan masalah mereka, memenuhi keperluan dan kepuasan mereka.

Gunakan ‘Multiple Touchpoints’, jangan hanya bergantung pada satu platform sahaja untuk mempromosi brand positioning kita.

Kita kena ‘aggressive’ dengan menggunakan pelbagai platform dan strategi seperti:

  • Word-of-mouth marketing
  • Influencer marketing
  • Testimonial
  • Referral program
  • Loyalty program

Semua strategi ni boleh meningkatkan trust, menarik lebih ramai customer dan bina loyalty mereka terhadap brand kita.

Kita kena tingkatkan kualiti dan kuantiti kempen-kempen kita.

Yang paling penting, kita perlu sentiasa konsisten dalam mempromosi dan menerapkan elemen brand positioning dalam setiap kempen dan aktiviti jenama kita.

Ianya tidak boleh berubah-ubah. Kita perlu ulang-ulang mesej yang sama, secara berterusan dan konsisten supaya ia melekat dengan brand kita di minda customer.

Ini untuk pastikan pelanggan dapat ingat dan mengenali brand kita dengan mudah.

Contohnya macam,

  • Tesla – orang memang ingat premium eletric car.
  • Airasia – orang ingat kapal terbang tambang murah.
  • Mr Diy – barangan DIY rumah.
  • Kopi Kenangan – kopi premium asli Nusantara.
  • Q Bistro – Mamak premium

Ok la, tu je saya share.

Harap korang boleh faham..

Semoga tips ni berguna untuk korang, yang nak bina brand yang kuat dan berbeza dari pesaing lain.

Dengan langkah-langkah ni, insyaAllah brand kita akan lebih dikenali, disukai, dan jadi pilihan utama pelanggan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *