|

KENAPA BISNES BARU SENANG JATUH & TEWAS AWAL? INI SEBABNYA…

Banyak bisnes baru yang masih ‘berperang’ dengan bisnes sendiri.. Untung takde? Produk tak terjual? Respon iklan pun makin kurang? Customer lari ke pesaing lain?

Ramai juga yang akhirnya gagal dan stop tak sampai setahun. Apa masalahnya? Apa puncanya? Jom kita tengok beberapa sebab kenapa usahawan baru selalu gagal..

#1. Tak Buat Planning Yang Berkesan

Sebab pertama, yang selalu jadi punca kegagalan usahawan baru adalah tiada planning yang betul.

Ramai usahawan baru terlalu teruja nak buka bisnes tanpa fikir panjang, dan banyak langgar dinding saja.

Akibatnya, bisnes tak dapat sustain dan gagal dapatkan lebih ramai customer.

#2. Tak Kaji Dan Kenal Sasaran Audience

Usahawan baru perlu faham dengan jelas pasaran dan sasaran audience. 

Bila tak tahu apa yang diorang nak dan perlukan, kita susah nak sediakan produk atau servis yang betul.

Kita juga tak tahu bagaimana nak susun strategi marketing yang berkesan.

Akhirnya, kempen marketing fail dan tak dapat menarik pelanggan secara berterusan.

#3. Tidak Mampu Bersaing Dalam Pasaran

Bisnes perlu bersaing dalam pasaran yang kompetitif.

Ramai usahawan baru tak mampu bersaing dengan pesaing yang lebih berpengalaman dan sudah ada jenama yang kuat.

Untuk bisnes long term, kita perlu sentiasa mengkaji, buat SWOT analisis untuk mencari market demand yang baru.

#4. Terlalu Hardsell

Bila kita terlalu fokus pada hardselling produk, tanpa memberi value kepada pelanggan, ini boleh buat pelanggan rasa menyampah dan benci berurusan dengan bisnes kita.

Kita terlalu memaksa customer untuk membeli, sebab hanya nak capai target sales je!

Kita perlu ubah mindset jadi seorang yang give value, bukan sebagai promoter.

#5. Tak Nak Buat Branding

Untuk bina long term bisnes, branding sangat penting untuk develop identiti bisnes.

Usahawan baru selalu abaikan, rasa tak penting, rasa membazir, akhirnya bisnes mereka tenggelam dalam persaingan.

Ini boleh menyebabkan kurangnya trust daripada customer kerana tiada brand awareness.

#6. Marketing Yang Tak Konsisten

Nak mula bisnes memang senang, tapi nak konsisten dan fokus sampai berjaya.. sangat la susah! Serius!

Nak buat posting di sosial media pun jarang2. Kadang2 seminggu sekali je.

Nak buat iklan pun tunggu hari gaji. Konon2 masa tu ramai la orang nak shopping.

Ramai yang tewas awal, sebab tak sabar nak dapat sales cepat! Bila gagal, terus lompat ke bisnes lain. Lepas tu, apa pun tak dapat!

#7. Abaikan Content Marketing

Inilah antara strategi untuk naikkan sales tanpa perlu naikkan kos marketing. Rugi jika anda abaikannya.

Content marketing adalah cara yang berkesan untuk tukarkan followers kepada customer.

Usahawan baru yang tak melabur dalam content marketing akan ketinggalan dan tewas dalam persaingan.

#8. Tiada Engagement Marketing

Macam mana customer nak membeli, kalau tiada engagement. Lepas post konten, kita perlu reply semua komen atau pm dari followers. Ini dapat tingkatkan lagi trust dan sales, zero kos marketing je!

Tapi, jangan jadi macam robot pula. Be human! Be friendly!

Bila ada customer selalu engage dengan bisnes kita, brand yang masih baru pun boleh jana sales 5-6 angka sebulan. Serius.. teknik ni simple tapi padu!

#9. Seni Copywriting Lemah

Kenapa usahawan baru sangat lemah dalam copywriting? Sebabnya, mereka tak kaji masalah dan impian customer, dan tak tahu benefit dan features produk yang dijual.

Semasa run iklan, copywriting ni penting untuk influence orang membeli produk kita.

Jika copywriting takde emosi, mesej yang disampaikan lemah.. orang akan tinggalkan iklan kita tanpa buat apa-apa tindakan.

Siapa yang rugi? Ya.. kita la!

Tu sebab kos marketing dah banyak lebur, tapi tiada results!

Faham ke ni?

Mana satu sebab kenapa bisnes korang masih slow, dan jauh tertinggal daripada pesaing yang lain?

Cuba semak balik apa yang korang dah buat untuk bisnes anda (12 bulan lepas). Kemudian, cuba baiki dan upgrade ilmu baru.

Usahawan perlu berani hadapi cabaran dan belajar dari setiap kegagalan untuk tumbuh dan berkembang.

Insha’Allah, bisnes korang akan berubah jadi lebih baik..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *