|

9 SEBAB KENAPA BISNES SUSAH NAK UNTUNG

Bisnes sekarang semakin mencabar! Dengan masalah ekonomi dan harga barang mentah naik, ini banyak beri kesan buruk kepada bisnes2 kecil.

Korang pernah tak jadi macam ni, atau ada masalah ini sekarang? Sales masuk banyak, setiap hari ada je order masuk, tapi hujung bulan je.. takde profit..rugi teruk pula tu.. korang rasa pelik tak?

Ada beberapa punca kenapa bisnes korang tak buat untung, walaupun jualan mencanak tinggi..

Macam mana nak atasi masalah ni?

Korang kena baca post ni sampai habis kalau nak tahu… jom teruskan..

1. Syok Sendiri Buat Marketing. Tiada Planning

Ini salah satu punca utama kenapa bisnes tak untung. Sebabnya tak susun strategi yang jelas, banyak buat keputusan terburu2 je. Main langgar je, akhirnya merugikan bisnes kita.

Walaupun kita baru je nak start bisnes, kita kena susun step, strategi dan teknik yang betul. Ada cara berbayar, ada cara percuma. Ikut bajet yang ada.

Tak tahu? Kena cari guru, join kelas yang berkaitan untuk elakkan kita banyak buat silap.

Sebelum mula satu kempen marketing, kita perlu buat target jangka pendek dan jangka panjang. Kena plan strategi marketing yang berimpak besar, dan high profit.

Kenalpasti sasaran kita dan fahami pasaran dengan lebih mendalam. Cuba buat kajian pasaran dan tengok apa yang competitor buat.

Dari situ, kita boleh dapat idea untuk strategi yang sesuai. Jadi, jangan terlalu syok sendiri, tapi pastikan planning marketing kita betul-betul mantap!

2. Strategi Dah Expired, Dah Lapuk

Strategi 5 tahun lepas, mungkin dah tak berkesan sekarang. Kita kena up-to-date dengan perubahan teknologi hari ni, yang dah ubah customer behavior.

Kita kena la upgrade ilmu dan strategi baru supaya bisnes kita sentiasa relevan dengan pasaran semasa.

Mungkin perlu bina produk baru, design baru, packaging baru, features baru yang lebih nampak fresh dengan zaman sekarang.

Jadi, jangan takut nak mencuba strategi baru yang lebih up-to-date. Ikut trend yang tengah hot sekarang. Cuba tengok apa yang orang lain buat untuk jana sales.

Kalau dah tak berkesan, tinggalkan strategi lama tu dan cari cara baru yang boleh tarik minat pelanggan. Ingat, dunia bisnes sentiasa berubah, so kita kena berubah juga!

3. Main Spend Tapi Tak Kira Kos

Ini yang ramai buat silap! Spend duit tak kira kos! Bila sampai akhir bulan, untung ada atau takde pun tak tahu.

Kalau income bisnes tak cukup nak cover kos company, nanti kita terpaksa keluarkan duit sendiri pula.

Untuk atasi masalah ni, kita kena bijak kira kos. Pastikan kita tahu berapa modal yang keluar untuk bisnes kita dan berapa untung yang kita dapat.

Kena ada sistem kewangan yang kukuh untuk pantau aliran tunai dan untung rugi.

Ingat ni, semua belanja bisnes perlu direkod dengan tepat dan teliti. Kena buat bajet, susun dan planning cashflow dengan betul. Pastikan ada return yang boleh bantu bisnes kita grow.

4. Audience Tak Spesifik

Selagi tak pasti siapa sasaran audience, jangan buat marketing. Bazir duit je! Nak buat marketing ni, kita kene kenal pasti siapa sasaran customer kita.

Kalau kita jual kepada semua orang, sebenarnya kita tak jual kepada sesiapa pun.. sebab tak ada orang pun yang berminat dengan produk kita.

Kita kena kenal pasti audience yang kita target. Siapa yang sebenarnya berminat dengan produk atau servis kita?

Contohnya, kalau kita jual baju baby, kita kena fokus pada ibu-ibu yang baru beranak atau bakal jadi ibu. Kita tak boleh jual kat lelaki tua kan?

So, kenalpasti target audience dan buat strategi khas untuk mereka.

Kita kena buat research masalah, minta, impian dan keperluan mereka sekarang. Dengan cara ni, kita boleh marketing yang berkesan, dan tarik customer yang tepat.

5. Letak Harga Ikut Suka Hati

Ni bahaya! Sebelum letak harga, kita kena kaji pasaran dulu, supaya harga jual sesuai dengan sasaran customer.

Selain itu, kita kena kira semua kos production, kos operation dan profit margin yang logik.

Harga yang tinggi, kena jual kepada segment pasaran yang income tinggi je. Harga murah pula, kita target segment yang nak mampu milik je.

Jadi, kena kaji pasaran dulu sebelum letak harga. Cuba tengok harga competitor dan tengok harga pasaran. Kalau produk kita berkualiti, jangan takut nak letak harga yang berpatutan.

Jangan undervalue diri kita sendiri. Tapi, jangan la overcharge sampai pelanggan lari.

Kena balance dan pastikan harga kita berbaloi dengan produk yang korang jual.

6. Tiada Database Yang Kuat

Kita wajib simpan database! Ianya adalah aset bisnes. Kalau takde database, macam mana kita nak follow up atau upsell untuk tingkatkan lagi sales.

Jadi, masa mula bisnes lagi, kita mesti kumpulkan maklumat customer seperti nama, emel, no tel dan alamat rumah.

Boleh gunakan sistem email marketing atau SMS marketing untuk bagitahu pelanggan tentang promosi terkini atau produk baru.

Nak jual kepada database ni lebih mudah convert, daripada customer baru. Kita boleh dapat repeat customer yang setia, tanpa perlu tambah kos marketing.

7. Terlalu Hard Sell

Jangan jadi seorang salesman, tapi jadi la seorang consultant yang boleh bantu selesaikan masalah customer.

Tak salah hardsell, tapi kalau dah hari2, customer akan lari sebab rasa tak dihargai. Mereka tak akan support lagi bisnes kita.

Kita perlu banyakkan bagi value, tanya khabar dan jaga relationship dengan mereka.

Jadi, fokus pada kepuasan pelanggan dan jangan terlalu push mereka untuk beli. Kalau mereka happy dengan servis kita, mesti mereka akan datang beli lagi dan recommend kat kawan-kawan.

8. Bergantung Hanya 1 Channel Jer

Ada usahawan hanya fokus satu channel marketing je. Jual kat facebook je, tak nak explore channel yang lain mcm instagram atau tiktok.

Cuba kalau kita guna lebih dari satu channel, mungkin lagi ramai yang boleh dapat tahu tentang bisnes kita.

Mula2 boleh start fokus satu channel, tapi kalau nak grow bisnes, kita kene tambah lebih banyak channel untuk target audience baru, dan tarik lebih ramai customer.

Jangan takut untuk mencuba cara-cara baru. Kalau ada budget, boleh cuba guna iklan paid untuk capai lebih ramai audience.

9. Sales Funnel Tak Kuat

Rasa susah nak dapat customer? Kita boleh guna strategi sales funnel. Tapi tak semua usahawan tahu buat sales funnel yang convert.

Ramai usahawan yang jual satu je offer. Tak ada upsell atau cross sell, tak jual offer lain dengan harga lebih tinggi.

Bila ada sales funnel, kita boleh boost jualan bisnes kita dengan lebih cepat, dengan kos marketing yang rendah.Serius, rugi kalau apply strategi ni!

Jadi, itula beberapa punca kenapa bisnes tak untung. Ingat, bisnes tak untung bukan bermakna bisnes kita gagal. Kita kena ada usaha dan kreativiti untuk atasi masalah ni.

Jangan lupa, sentiasa terus belajar dan berusaha untuk jadi lebih baik.

Berani mencuba, berani berubah, dan berani buat keputusan yang bijak. Semoga bisnes korang berjaya dan untung melimpah ruah! Good luck!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *