|

HARGA BARANG NAIK MENCANAK, APA FOUNDER BISNES PERLU BUAT?

Sekarang ni hampir semua barang dah naik harga, kan? Terkejut juga tengok harga melambung naik ni! Sales bisnes pulak belum tentu naik. Huhu…

Kalau dulu kita boleh shopping dengan senang hati, sekarang kena pikir 2-3 kali sebelum keluarkan duit.

Tapi, jangan la bimbang sangat. Harga barang naik ni memang cabaran besar dalam dunia bisnes, tapi benda ni kita tak boleh kawal. Founder kena bijak susun strategi.

Kalau tak ada plan, sure lingkup bisnes kita. Dalam artikel ni, saya akan kongsi tips-tips untuk founder handle masalah harga naik ni.

So, jangan risau dulu, jom kita explore apa yang founder kena buat..

1. Analisis Profit dan Kos

Kita perlu listkan kos2 yang bisnes perlu tanggung seperti kos bahan mentah, gaji pekerja, sewa ofis, dan semua yang berkaitan.

Kaji baik dari A-Z. Buang benda2 yang tak perlu. Guna benda yang sedia ada untuk tambah baik operasi bisnes.

Train dan upgrade skill staff supaya mereka lebih cekap dalam kerja.

Lepas tu, kita kena kira berapa harga jualan produk kita sekarang. Buat kiraan, kalau kos naik, profit akan semakin nipis.

Jadi, kita kena decide sama ada nak naikkan harga jualan atau kurangkan kos. Sebelum buat keputusan, kaji dulu pasaran dan pesaing.

2. Jaga Database Customer

Bukan founder je akan rasa sengsara bila harga barang naik. Customer juga akan merana.

Jadi kita perlu sentiasa engage dengan customer. Fahami apa masalah dan impian mereka.

Kita kena hargai mereka. Buatkan mereka rasa special. Bagi la diskaun atau free gift sebagai tanda terima kasih.

Kita buatlah program loyalty, tu pun boleh tarik pelanggan terus kekal dengan kita.

Kalau harga produk naik, kita perlu jelaskan awal. Satu lagi cara, boleh tambah value dalam produk kita.. atau berikan special promotion supaya customer loyal dengan kita.

3. Tingkatkan Kualiti Produk

Bila produk bagus, customer akan sentiasa beli lagi. Macam mana nak tambahkan lagi kualiti produk? Kita perlu dapatkan feedback customer atau interview repeat customer. Cara ni, kita boleh gali lebih dalam.

Dari situ, kita boleh dapat tahu apa yang customer nak, dan buat inovasi produk. Tapi kos kena jaga!

Customer sanggup bayar lebih, bila offer kita bagus.

Kalau kita jual makanan, mungkin kita boleh tambah bahan baru supaya rasanya lebih sedap dan unik.

Jangan lupa, design pun penting. Kalau packaging produk kita cantik dan menarik, customer pun suka nak beli.

Ini boleh tarik pelanggan baru dan buat pelanggan sedia ada lagi setia dengan kita.

4. Sediakan Pilihan Pakej Yang Fleksibel

Kita boleh pelbagaikan pilihan pakej, dari harga paling murah hingga la harga paling mahal.

Contohnya, pakejkan produk dalam 3 saiz (small, medium, large) dengan harga yang berbeza. Atau pun buat offer ikut kuantiti produk, customer boleh dapatkan harga lebih jimat bila borong produk kita.

Dengan cara ini, customer boleh beli produk kita ikut bajet dan keperluan mereka.

Sediakan juga pilihan payment method. Customer boleh pilih nak bayar full payment atau installment.

Sekarang ni, boleh bayar guna Buy Now, Pay Later. Jadi customer rasa tak terbeban sangat.

5. Integrated Marketing

Aktifkan platform sosial media spt facebook, instagram, twitter, tiktok dan youtube. Kita boleh reach lebih ramai orang.

Banyakkan buat content dan live marketing, untuk engage dengan followers.

Ini dapat jimatkan kos marketing.

Gabungkan dengan offline marketing, untuk tarik orang ramai datang ke kedai kita.

Dengan teknologi sekarang, kita lebih mudah dan pantas nak marketingkan produk kita dengan kos yang murah.

Jangan selesa dengan strategi yang kita tengah buat sekarang, mungkin dah tak berkesan. Kita perlu rajin mencari ilmu baru, dan bernetworking dengan founder lain yang lebih berjaya.

Orait, kita dah explore banyak benda tadi pasal harga barang naik ni.

Memang bukan mudah nak handle cabaran ekonomi macam ni, tapi jangan stress sangat!

Founder kena kuat dan berani ambil tindakan! Kita jangan duduk diam je tengok harga barang naik!

Jadilah founder yang proaktif, yang tak takut nak cuba benda baru, yang sentiasa berusaha untuk bina bisnes yang lebih hebat.

Ingat, tiada masalah yang tak boleh diatasi!

So, teruskan usaha, teruskan inovasi, dan teruskan berjuang! Game on!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *