DAH KERJA KERAS, TAPI BISNES MASIH TAK CAPAI TARGET? INI YANG ANDA PERLU BUAT…
Ada ramai founder bisnes jadi macam ni…
Memang dia kerja keras, kerja kuat, unstoppable dalam bisnes dia. Setiap hari, melampau-lampau sibuknya..
Tapi, hasilnya kurang memuaskan! Penat tak sepadan dengan resultnya..
“SIFU, SAYA PENAT DAH BUAT LIVE HARI-HARI! MEMANG DATANG KAN SALES, TAPI SAYA PENAT BERJAM-JAM LIVE, SETIAP HARI!”
“PENAT BUAT KONTEN, KEHIDUPAN SEHARIAN ASYIK SHOOTING KONTEN, EDIT KONTEN DAN POST JE!”
“PENAT SAYA TRAIN AGEN SAMPAI LEMBIK, TAPI TURUN NAIK JE RESULTNYA!”
“URUSKAN STAFF, PERGHHHH! RASA NAK MENINGGAL RASANYA.. SATU-SATU KENA TUNJUK, KENA MONITOR DAN MACAM2 LAH LAGI!”
Ni mungkin apa yang kita buat setiap hari kan? Yang buatkan kita penat, tapi belum tentu ada hasilnya, atau belum tentu ada kualitinya..
Jadi, di sini saya nak share sedikit, supaya apa aktiviti yang korang buat, perlu la berkualiti, bukan kuantiti semata2.
#1: Gunakan pareto law!
Listkan smua menda yg kita patut buat, tapi listkan juga potensi impact nya.
80/20! Fokus kepada 20% yang paling beri impak, akan berikan result 80% yg kita mahukan. (bkn smua nak buat sama rata)
Oleh itu, sebagai founder bisnes, penting untuk mengenal pasti faktor-faktor kunci yang memberikan impak terbesar kepada bisnes anda.
Contohnya, mungkin hanya beberapa produk yang menghasilkan keuntungan paling tinggi. Fokuskan usaha kita kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan hasil maksimum.
Jangan terlalu terperangkap dalam rutin harian tanpa mengenal pasti elemen-elemen kritikal yang lebih high impact.
#2: Buat preparation
Lebih baik mengkaji, buat preparation, buat plan, dari hanya terus melakukan. Lebih prepare kita, lebih tinggi kualiti kerja kita, dan lebih tinggi potensi result utk dicapai.
- Jangan terlalu tergesa-gesa untuk bertindak tanpa membuat penilaian yang menyeluruh.
- Jangan terlalu sibuk bergerak tanpa merancang dengan teliti.
Ambil masa untuk mengkaji prestasi bisnes kita, buat persediaan yang diperlukan, dan rencanakan langkah seterusnya.
Rancang strategi jangka panjang dan jangka pendek untuk mencapai matlamat kita.
Mungkin kita kena buat perubahan jika perlu. Dengan merancang dengan bijak, kita dapat mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang yang lebih baik pada masa depan.
#3: Repeat & optimize
Lihat balik, apa yang paling berkesan kat kita, bukan apa yg berkesan pada org lain. Ulang, tambah baik, optimize kan dia..
Kita ni bila jumpa menda baru, yg lama yg dah proven bagus kita tinggalkan. (jgn sibuk ikut trending yang belum tentu sesuai utk kita).
Ada founder bisnes mudah terpengaruh dengan strategi dan kejayaan orang lain. Namun, setiap bisnes mempunyai keunikkannya sendiri.
Jadi, lihat balik ke dalam bisnes kita dan kenal pasti apa yang betul2 berkesan.
Fokuskan kepada kelebihan kita dan bangunkan strategi berdasarkan kekuatan yang ada pada bisnes kita.
Kita kena konsisten dan terus meningkatkan kelebihan yang ada, supaya bisnes kita sentiasa berada di depan.
#4: Analyze data
Nak kualiti, kena analyse data! Bukan agak2 je! Bukan ikut2 je! Analyse data sales, data customer, data marketing.. Baru boleh tahu apa patut difokuskan!
Pantau dan analisis data mengenai prestasi produk, kepuasan pelanggan, dan trend pasaran.
Data ini dapat berikan hala tuju bisnes yang jelas, mengenai apa yang berfungsi dan apa yang perlu diperbaiki.
Dengan memahami data, kita dapat membuat keputusan yang lebih baik, mengenal pasti peluang baru, dan meningkatkan kualiti produk kita.
Jangan biarkan data yang bernilai ini terbuang begitu je, gunakannya sebagai alat untuk membentuk strategi bisnes kita.
#5: Time & effort leverage!
Ye, kalau founder ke, leader ke, kena fokus hal paling penting, paling berkualiti. Nak tak nak, kena leverage.. Leverage melalui team? Sistem? Training? SOP.. Price? Strategy?
- Kita perlu leverage, dengan cara yang paling efisien dan berkesan untuk mencapai matlamat kita.
- Kita jangan terlalu sibuk dengan tugas-tugas kecil yang boleh dijalankan oleh orang lain.
- Kita perlu delegate tugas2 ni kepada staff atau sistem yang betul.
Dengan cara ini, kita dapat tingkatkan produktiviti dan performance bisnes dengan lebih pantas.
Dapat tak?
Dalam dunia bisnes ni, founder bukan setakat kena kerja keras je, tapi kena pandai strategize, susun plan dan fokus kepada tindakan yang berikan impak kepada bisnes.
Result yang bagus takkan datang dengan sendirinya, kena ada usaha. Kena bijak leverage masa dan tenaga korang.
Kalau boleh, kerja smarter, bukan kerja keras sehingga 24 jam lamanya.
PERCAYALAH! Kita akan penat kalau kita terlalu fokus kepada kuantiti, bukannya kualiti. Dan bila kejar kuantiti semata2, takut kita yang takde SUSTAINABILITY.
ps – Satu ilmu yg kita kena kuasai adalah – bagaimana nak mencipta kualiti & fokus kepada kualiti, dan bagaimana memperlajukannya untuk beri impak besar.
terima kasih admin atas tips yg dikongsi
jenis tanaman hidroponik