Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

5 Tips Penjenamaan Bisnes di Facebook

Diterbitkan pada Jan 29, 2015 oleh

penjenamaan

Dalam kehidupan harian, kita banyak terdedah kepada pelbagai jenis iklan. Ada iklan mengenai produk kesihatan, produk kecantikkan, produk bina badan dan banyak lagi. Sampai anda pun dah bosan nak lihat iklan tu lagi.

Kalau anda nak tahu, inilah yang dinamakan penjenamaan. Ia adalah proses untuk meracun minda pengguna untuk ingat pada bisnes anda.

Penjenamaan adalah salah satu aspek penting dalam bisnes. Anda akan tenggelam dalam dunia persaingan bisnes jika anda gagal jenamakan bisnes anda. Tanpa jenama, bisnes anda tidak tahan lama.

Ada 3 unsur utama yang penting dalam penjenamaan iaitu dikenali, disukai dan dipercayai. Jika ketiga-tiga unsur ini ada pada jenama bisnes anda, maka jenama ini berada di laluan yang betul untuk berjaya.

Cuba anda bandingkan kasut yang dijual di kedai biasa dan di kedai Nike, harga kasut di kedai Nike lebih mahal…tapi kenapa ramai orang lebih suka beli di kedai Nike. Ini kerana dengan nama jenama sahaja, pengguna sanggup bayar lebih untuk membeli produk anda.

Pengguna akan rasa lebih selamat, lebih bergaya dan lebih percaya pada jenama Nike. Itulah kelebihan jika bisnes anda mempunyai jenama yang kukuh.

Sebagai seorang peniaga di Facebook, membina jenama juga sangat penting untuk bisnes anda.

Mengapa penting untuk kita tingkatkan kesedaran pengguna di Facebook pada jenama bisnes kita?

  • Untuk jadikan fanpage kita lebih dikenali berbanding pesaing-pesaing yang lain.
  • Untuk tingkatkan kredibilit terhadap bisnes anda.
  • Untuk beritahu pengguna yang bisnes anda masih lagi wujud
  • Untuk dapatkan kepercayaan dan kesetiaan pengguna pada bisnes anda.
  • Jika jenama kita semakin dikenali, semakin mudah pengguna untuk membeli dari kita.

Sebagai permulaan, anda mungkin rasa susah untuk bina jenama bisnes…berikut adalah 5 tips yang boleh anda buat untuk jenamakan bisnes anda di Facebook

1) Nama Bisnes

Gunakan nama fanpage yang bersesuaian dengan bisnes anda.

Nama fanpage bisnes anda mestilah unik dan menarik perhatian. Cuba anda lihat jenama-jenama besar di dunia, seperti Sony, Apple, Star Buck dan Mc Donald, nama yang digunakan sangat mudah diingati. Ini dapat memudahkan pengguna untuk ingat nama jenama bisnes anda.

Jika anda tiada idea apa nama yang sesuai untuk fanpage bisnes anda, gunakan sahaja nama anda. Matlamat utama adalah untuk memudahkan orang mengingati jenama anda.

nama bisnes anda

2) Logo dan Warna Bisnes

Logo dan warna memainkan peranan yang penting dalam bisnes anda. Salah satu elemen penting yang dapat kita lihat dari jenama besar adalah elemen logo. Logo mereka sedap dipandang, mudah dibaca dan diingati.

Anda boleh lihat syarikat seperti Google, Youtube, Paypal…logo mereka sangat simple, hanya menggunakan 1 hingga 3 warna sahaja.

Di Facebook, anda boleh letakkan logo bisnes pada gambar-gambar yang anda post di fanpage termasuk pada cover timeline fanpage. Anda juga boleh letakkan logo bisnes anda di profile fanpage.

Cara Menjenamakan Bisnes Anda

3) Slogan Bisnes

Slogan adalah ayat ringkasan yang menceritakan keseluruhan bisnes anda. Slogan yang baik adalah slogan yang unik, spesifik dan mudah difahami. Ia boleh membangkitkan emosi pengguna untuk ambil tahu mengenai bisnes anda.

Facebook_Hashtags

Dalam sosial media, anda boleh masukkan slogan bisnes dengan menggunakan fungsi hashtag. Letakkan hashtag slogan anda di setiap post yang anda buat. Apabila pengguna Facebook klik pada hashtag tersebut, mereka akan dapat baca semua post terbaru mengenai bisnes anda.

Fungsi ini dapat memberi kesan yang baik untuk jangka masa panjang jika anda dapat gunakannya secara optimum.

Ini antara contoh slogan syarikat besar yang popular..

“When it absolutely, definitely need to be there” – Fedex
“The Original Jeans” – Levi”™s
“Pizza in 30 minutes or FREE” – Dominos Pizza
“Imposible is Nothing” – Adidas
“I’m lovin It” – McDonald

4) Unik

Dalam dunia bisnes yang penuh persaingan, anda harus menjadi unik dan berbeza dari bisnes lain. Anda harus mempunyai USP yang jelas. Selain itu, anda juga perlu aktif mempromosikan diri supaya anda dapat dikenali.

Untuk menjadikan jenama bisnes anda kukuh, ia memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. Anda perlu kreatif dalam menyampaikan mesej bisnes anda kepada pengguna secara efektif.

USP

5) Konsisten

Di Facebook, anda perlu hasilkan iklan dan post fanpage secara konsisten. Perbanyakkan perkongsian dalam bentuk tips dan testimonial.

Anda perlu bina post sekurang-kurangnya 1 post sehari. Iklankan produk anda di Facebook pada semua placement iaitu desktop feed, mobile feed dan juga right column.

fb ads placement

Anda juga perlu konsisten menyediakan kualiti produk dan sistem perkhidmatan untuk pelanggan anda. Sentiasa buat penambahbaikkan supaya bisnes anda lebih baik dari sebelumnya.

Contohnya;

Anda menjual produk kuruskan badan. Produk jenis ini mempunyai jangka masa hayat yang pendek, setiap tahun akan ada produk kuruskan badan terbaru dilancarkan.

Untuk bersaing, anda boleh buat penambahbaikkan dan perubahan dari segi reka bentuk produk.

Anda juga boleh buat personal training untuk bantu pelanggan anda kuruskan badan. Produk dalam bentuk buku dan video juga boleh membantu.

Ok, itulah 5 tips tersebut…

Anda boleh gunakan kesemua tips ini untuk jenamakan bisnes anda di Facebook. Semakin tinggi kepercayaan pengguna Facebook pada jenama bisnes anda, semakin mudah untuk mereka membeli dari anda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Komentar (64)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!