| |

5 Fakta Unik Yang Anda Tak Tahu Tentang Tony Fernandes Dalam Bina AirAsia..

Bila sebut nama Tony Fernandes, satu Malaysia akan kenal nama tersebut dan dah boleh bayangkan susuk tubuh beliau.. Sampaikan bila sebut AirAsia, mesti ingat beliau..Hebatnya beliau bina brand AirAsia..Tapi mungkin ramai yang tak tahu 5 perkara unik tentang beliau..

Kat sini, Sifufbads nak kongsikan 5 perkara unik tentang beliau yang Sifufbads kumpulkan dari pelbagai sumber…

1# – NAMA SEBENAR YG LEBIH PANJANG

CEO AirAsia ni lebih dikenali dengan nama Tony Fernandes..Tapi, ramai yang tak tahu tentang nama sebenar beliau yang lebih panjang..Nama penuh beliau adalah Tan Sri Anthony Francis Fernandes…Dan beliau dikurniakan gelaran ‘Tan Sri’ pada Jun 2011 oleh Yang Dipertuan Agong..

2# SALAH SATU CEO PERTAMA GUNA SOSIAL MEDIA UTK MARKETING

Beliau antara CEO yg pertama yang gunakan sosial media utk jual ticket dan promosikan AirAsia…AirAsia banyak gunakan Facebook, Instagram, Twitter dan ofkos mereka guna website untuk online purchase tiket.

3# PERNAH JUAL TUPPERWARE..

Beliau yang dilahirkan di Kuala Lumpur, pernah bantu ibu beliau untuk jual Tupperware..Yang menarik, ibu beliau adalah individu yang bertanggungjawab perkenalkan barangan keluaran Tupperware di Malaysia..

4# HANYA PERLUKAN 2 TAHUN UTK BANGUNKAN AIRASIA..

Time beliau beli AirAsia pada tahun 2001, ketika itu syarikat tersebut hampir bankrup dan banyak hutang..Pada awal2 pembelian, ramai tak confident yang beliau bantu naikkan AirAsia..

Tapi beliau tetap ‘run’ bisnes seperti biasa..Dan time tu, beliau banyak gunakan online platform untuk promosi…Tapi sekarang, AirAsia sudah dikenali di seluruh dunia dan bukan tu jer, dah menang pelbagai anugerah dunia..

5# GADAI RUMAH UTK BANGUNKAN AIRASIA

Walaupun ramai tahu yang AirAsia dibeli dgn harga RM1 tapi ramai yang tak tahu, bila AirAsia dibeli, beliau terpaksa tanggung segala hutang2 terdahulu..Hutang yang beliau terpaksa tanggung time tersebut, lebih RM40 juta..Dan beliau terpaksa gadaikan rumah dan wang simpanan beliau untuk naikkan AirAsia ketika itu…

Itu 5 perkara unik yg mungkin anda tak tahu..Dari situ, kita belajar beberapa perkara tentang beliau…

Apa perkara tersebut Sifu?

1# PERCAYA PADA “POWER OF DREAMS”

Pada mula2 beliau start develop AirAsia bersama Datuk Kamarudin, ramai yang cakap mereka gila..Tapi sekarang…Semuanya bermula dengan mimpi…

2# TULIS IMPIAN ANDA

Jika inginkan sesuatu pastikan anda tulis..Jika anda gagal untuk tulis, bermakna anda menuju kegagalan..Create ‘jalan2’ kejayaan anda dari sekarang..

3# BERSYUKUR..

Bersyukur adalah kunci kepada kejayaan..Lebih banyak anda bersyukur, lebih banyak ‘benda baik’ yang akan datang dalam hidup anda..Tak caya? Kena cuba…

Semoga sharing ni mampu bagi inspirasi pada anda..

Similar Posts

7 Comments

  1. “Time beliau beli AirAsia pada tahun 2011” Maafkan saya Sifu, pembetulan Tan Sri Tony beli AirAsia adalah pada tahun 2001 🙂

  2. time zaman muda, tony lebih suka naik flight mas berbanding sia setiap kali nak ulang alik dari malaysia ke singapore.. – “I used to always argue with my mum not to take SIA and fly on MAS. I was very patriotic. And it’s so funny, now MAS will do its best to screw me, but I was very proud of MAS at the time.”

    : D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *