|

BISNES TENGAH JATUH? MACAM MANA NAK BANGKIT? INI 5 LANGKAH YANG FOUNDER PERLU BUAT…

Sales korang tengah drop, untung tak nampak.. makin lama, makin rugi.. sampai korang tak mampu lagi nak tanggung kos2 bisnes?

Korang dah cuba macam2 cara nak bangkitkan bisnes, tapi masih tak jumpa? Rasa stuck, down sangat?

So, apa korang kena buat sekarang? Saya nak share beberapa tips, yang bukan saja untuk bantu bisnes korang, tapi juga untuk bangkitkan kembali semangat korang!

1. Post-Mortem Bisnes

Kita kena kaji balik semua strategi, taktik, dan langkah-langkah yang kita ambil. Lepas tu, kita buat analysis apa yang berjalan dengan lancar, apa yang gagal, dan apa yang kita boleh improve lagi.

Kalau ada benda yang kita buat tapi tak memberi hasil, jangan teruskan.

Kita kena kenal pasti kesilapan yang kita buat, termasuklah benda yang kita boleh elakkan dan apa yang boleh kita betulkan.

Lepas kita dah dapat semua data dan maklumat ni, kita boleh lah buat satu strategi baru untuk bangkit. Kita akan modify dan optimize based on pengalaman dan data dari postmortem ni.

Contoh, kalau kita nampak salah satu produk kita tak laku sebab branding tak betul, kita kena lah fokus nak improve branding tu.

Contohnya, ramai customer tinggalkan bisnes kita lepas beli sekali je. So, dari situ kita tahu maybe ada masalah dengan after-sales service atau kualiti produk. Atau, mungkin kita perasan yang customer banyak datang dari satu channel promo je, tapi dari channel lain langsung takde respons.

Kadang2 kesilapan yang kecik je yang buat bisnes jadi slow. Tapi lepas postmortem ni, kita boleh bangkit balik, kuatkan strategi, dan jadi lagi luar biasa dari sebelum ni!

2. Letak Target Yang Jelas

Bisnes mesti ada sasaran yang jelas, baru la ada hala tuju. Kita kena pandai letak target, supaya bisnes kita tak sesat langkah. Ok, jom teruskan…

Step 1: Kita kena tau apa yang kita nak capai. Contoh, kita nak naikkan jualan, kita nak dapat lebih ramai pelanggan baru, atau nak tambah prospek. Apa target yang kita perlu capai bulan ni? Kita bermula dari sini…

Step 2: Kita kena specific. Bukan setakat cakap “Saya nak naikkan jualan!”. Kita kena letak nombor, contoh, “Saya nak tingkatkan jualan sebanyak 20% dalam tiga bulan.” .. Dengan nombor ni, kita lebih jelas dengan target yang kita nak kejar.

Step 3: Kita kena realistic. Takkan kita nak letak target sales RM1 juta seminggu, tapi sebenarnya kita tak mampu pun. Kita kena tengok sumber yang ada, kemampuan kita, dan situasi pasaran. Jangan nak buat target yang terlalu tinggi sampai tak masuk akal.

Step 4: Kita boleh pecah target. Kalau target tinggi, macam nak jual 1000 unit, kita boleh pecah jadi target yang lebih kecik, contohnya, 100 unit sebulan. Senang sikit nak track progress.

Step 5: Kita kena time-bound. Barulah kita tak bertangguh, sebab ada pressure untuk bertindak pantas. Kita kena letak deadline, contohnya, “Saya nak capai target dalam 6 bulan.” Deadline ni penting supaya kita tak leka dan semangat kita tetap on.

Step 6: Jangan lupa monitor. Bukan cukup set target pastu lupa pulak. kita kena selalu tengok progress kita. Kalau tengah tahun pertama kita dah capai separuh target, maybe kita boleh adjust target jadi lagi tinggi.

Ok, korang dah faham ke? Letak target ni penting sebab dia macam peta yang tunjuk jalan. Tanpa target, bisnes kita macam bergerak dalam gelap.

3. Uruskan Financial dengan Lebih Efektif

Sales banyak, tapi hujung bulan, untung takde? Tu semua sebab tak pandai urus duit la. Mana duit semua tu hilang? Dalam bisnes pun, urusan financial ni sangat penting. Jadi, saya nak share macam mana nak uruskan financial dengan lebih efektif.

Tracking Bajet: Takkan nak belanja duit bisnes suka hati je? Kita kena kira betul-betul berapa duit masuk dan keluar. Buat bajet untuk semua overhead; gaji pekerja, stok barang, promosi, semua.

Kurangkan Kos: Jangan tambah komitmen yang tak perlu! Kurangkan kos yang tak perlu, fokus pada benda yang penting je, yang boleh naikkan sales company. Senang citer, jangan membazir!

Kurangkan Hutang: Ni, kena jaga betul-betul. Jangan suka hati tambah hutang! Kalau boleh, elakkan dari ambil hutang. Kalau dah ada hutang, bayar la tepat masa. Kalau tak, interest dia boleh makan duit bisnes korang. Itulah sebab profit makin kurang.

Simpanan Kecemasan: Kita kena ada backup plan untuk jangka panjang. Simpan cash reserved untuk kecemasan. Duit inilah yang boleh selamatkan bisnes kita masa tengah down. dan untuk sustain dalam tempoh yang singkat! So, kalau takde, buat bajet untuk simpanan ini sekarang!

Buat Investment Untuk Kembangkan Bisnes: Kalau ada lebihan duit, kita kena laburkan kembali untuk naikkan bisnes. Kita kena cari investment yang boleh bagi positive return dalam jangka masa panjang. Takde la kita hanya harapkan sales je.

Gunakan Software Financial Technology: Ada banyak apps dan software yang canggih untuk bantu uruskan financial bisnes kita. Gunakan teknologi ni untuk senangkan urusan pembayaran, tracking duit, dan lain-lain. Sekarang ni semua dah makin mudah, kita makin laju buat kerja!

Ingat, urusan financial ni sangat kritikal untuk jaga profit bisnes. Kalau kita tak pandai urus, bisnes kita tak boleh tahan lama. Jadi, kita kena bijak uruskan duit, dan insya-Allah bisnes kita akan lebih stabil dan berjaya!

4. Kaji Pesaing dan Perubahan Pasaran

Dalam dunia bisnes ni, kalau kita tak Kalau tak tahu apa yang musuh buat, macam mana nak menang? Jadi, kita kena pandai kaji pesaing dan perubahan dalam pasaran ni supaya bisnes kita boleh stay on top. Jadi, saya nak kongsi macam mana nak kaji pesaing dan faham perubahan pasaran.

Stalk Pesaing: Kita pergi tengok apa pesaing-pesaing kita buat. Check website diorang, tengok produk diorang, tengok cara diorang promosi. Jangan tiru, tapi boleh ambil idea untuk improve bisnes kita.

Google Jer: Google je keyword pasaran kita, tengok apa yang keluar. Ada tak berita atau trend baru yang berkaitan? Contoh, kalau kita jual pakaian muslimah, tengoklah pasal fashion Islamik yang tengah hot sekarang. Ni boleh bagi kita insight pasal apa yang orang minat.

Customer Feedback: Cari repeat customer. Mereka boleh bagi kita feedback apa yang mereka suka atau tak suka pasal bisnes kita. Dengar betul-betul, sebab dari sini kita boleh faham apa yang kita perlu ubah.

Adjust Strategi Baru: Bila kita dah dapat info dari langkah-langkah di atas, terus adjust strategi dan planning baru. Boleh je ubah cara jualan, produk, atau promosi. Pasaran tak statik, so kita pun janganlah statik.

Jadi, kalau kita nak bisnes kita berjaya, kita kena tengok apa yang berlaku sekeliling, jangan hidup dalam dunia sendiri. Dengan tahu pasal pesaing dan perubahan pasaran, kita boleh stay ahead dalam game bisnes ni!

5. Jaga Emosi dan Mental

Kita bukan setakat kena jaga strategi dan produk je penting. Emosi dan mental pun kena jaga, sebab kalau takde semangat dan mental kuat, boleh merosakkan bisnes kita. Jadi, jom dengar tips ni.

Self-Care: Macam kita nak jaga badan dengan makan yang sihat, dalam bisnes pun kena ada self-care. Jangan kerja non-stop sampai burnout. Cukup tidur, makan elok-elok, exercise, dan luangkan masa dengan keluarga atau hobi. Dalam kerja keras, kita kena jaga diri sendiri juga.

Hadapi Cabaran Dengan Positif: Bisnes ni ada waktu naik, ada waktu turun. Jadi, bila cabaran datang, kita perlu hadap je dengan positif. Jangan tengok benda negatif je. Kalau ada masalah, pikir cara nak selesaikan, bukan fokus pada masalah tu je.

Kawal Stress: Jangan biarkan hidup kita ni dalam tekanan. Kalau kita rasa stress, cari cara untuk release stress. Boleh bersenam, baca buku, berdoa, melancong, dan apa saja yang boleh buatkan kita rasa tenang.

Belajar dari Kesilapan: Dalam bisnes, tak semua benda jadi jalan smooth. Ada benda tak jadi macam yang kita plan. Tapi, jangan down sangat. Setiap kegagalan tu peluang untuk belajar. Jadi, jangan takut nak cuba dan belajar dari kesilapan.

Ada Support System: Kalau kita ada partner dalam bisnes atau kawan yang faham, bagus la tu. Boleh share masalah, pengalaman dan minta nasihat. Kalau takde, boleh cari support group atau circle yang relate dengan bisnes kita. Baru la kita jadi lebih positif dan semangat untuk bangunkan balik bisnes.

Fokus Pada Progress, Bukan Perfect: Jangan terlalu risau nak buat semua perfect. Nanti kerja kita jadi slow. Yang penting, ada progress, ada target, ada misi dan visi. Jadi, buat je yang terbaik, dan fokus untuk improvekan diri kita setiap hari.

Ingat, bisnes ni macam maraton, bukan sprint. Kita kena tahan lama. Jadi, jaga emosi dan mental tu penting. Bukan main-main, dengan mental yang kuat, bisnes pun boleh kuat dan terus maju!

Ingat, dalam setiap cabaran tu, ada peluang besar! Jadi, bila bisnes kau tengah down, jangan layan blues je.

Ambil tindakan, buat kajian, cari idea baru, susun strategi untuk bangkitkan bisnes!

Jadi, teruskan berusaha, jangan berhenti langkah.

Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Yang penting, kita tak boleh takut nak cuba, tak boleh putus asa, dan kena sentiasa belajar. So, jangan biarkan bisnes kita down je, kita nak dia terbang tinggi!

Jom, kita teruskan usaha, Bangkit, melangkah, dan tak pernah berhenti. So, teruskan perjuangan dan insya-Allah, kejayaan menanti di hujung jalan. Korang boleh! Dont’ give up!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *