Takde Idea Nak Jual Produk Apa? 4 Tips Ini Boleh Bantu Anda…

takde idea jual produk

Ramai orang ingin berniaga di Fesbuk!

Ini merupakan salah satu cara atau medium yang digunakan untuk berniaga secara online. Namun apabila ingin menjual, timbul pula persoalan produk yang bagaimana harus dijual?

Kali ini, saya ingin berkongsi TIPS-TIPS PEMILIHAN PRODUK YANG BOLEH DIJUAL di FESBUK.

Ada 4 jenis produk yang anda boleh jual iaitu:

#1: PRODUK SENDIRI

Ya.. menjual produk anda sendiri. Itupun sekiranya anda mempunyai produk tersendiri yang ingin dijual.

Produk tersebut mestilah suatu produk yang mampu MENYELESAIKAN MASALAH dan pada masa yang sama mestilah mampu MEMENUHI KEINGINAN prospek kita.

Dari segi MARGIN KEUNTUNGAN pula, pastikan sekurang-kurangnya anda mendapat keuntungan sebanyak RM30 atau pun LEBIH.

Produk yang anda ingin jual juga mestilah UNIK, KREATIF dan punya INOVATIF. Jangan jual benda yang sama atau nampak biase-biase je…

Kalau boleh, produk tersebut mestilah IKUT TREND SEMASA dan pastikan BERKUALITI. Jangan jual produk yang tak tahan lama, apalagi produk yang boleh datangkan mudarat serta merugikan orang lain.

#2: PRODUK AFFILIATE

Sekiranya anda tidak mempunyai produk sendiri, anda boleh juga menjual produk orang lain dengan menyertai AFFILIATE.

Kita jual dan mempromosikan produk orang lain dan menerima KOMISEN bagi setiap jualan.

Pastikan juga produk affiliate ini merupakan produk yang “menyelesaikan masalah orang”.

Sebelum itu, pastikan sales letter orang yang menganjurkan affiliate tersebut MEMUKAU. Di mana dari situ ia mampu mempengaruhi orang untuk membeli!

Margin keuntungan pula mestilah RM50 dan keatas. Produk yang anda promosikan mestilah up to date ataupun evergreen.

Kalau kita nak tahu produk yang kita nak jual berpotensi atau tidak, kita boleh lihat carta kedudukan “affiliaters” lain yang turut mempromosikan produk tersebut. Dari situ, kita dapat mengetahui adakah ramai orang lain juga ada mempromosikannya.

Selain itu, kita juga mesti lihat adakah “owner product” ada menyediakan tools-tools pengiklanan sama ada dalam bentuk banner atau copywriting.

#3: AGEN & AGEN DROPSHIP

Jika anda tidak mempunyai produk yang tersendiri untuk dijual. Anda boleh memilih menjadi agen kepada mana-mana usahawan untuk menjual produk mereka.

Kalau secara konvensional, anda boleh sahaja menjadi agen dengan bertindak sebagai pengedar ataupun orang tengah di antara pemborong dan pelanggan.

dropship

Sekiranya dari sudut “Online Marketing“, anda boleh memilih untuk menjual produk orang dengan menjadi agen dropship!.

Seperti biasa, produk yang hendak dijual itu mestilah yang MENYELESAIKAN MASALAH dan MEMENUHI KEINGINAN orang.

Selain itu, sebolehnya cari produk yang kurang pesaing. Margin keuntungan pula sama ada RM30 ataupun LEBIH.

Kebiasaanya harga pasaran sesuatu produk itu dikawal oleh SUPPLIER. Oleh itu, kita kena bijak untuk memilih produk yang bagaimana dan berbaloikah dengan keuntungan yang bakal kita dapat.

Pastikan juga produk itu mempunyai TESTIMONI. Adalah lebih baik kita confirm-kan testimoni itu betul atau tak, ia tidak direka semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.

INFO PRODUK sangat penting! Anda juga perlu memahami cara penggunaan produk dan juga kesan penggunaannya.

Fokus juga dengan memastikan bahawa produk tersebut sebarang KELULUSAN dari pihak yang berautoriti.

Kita juga perlu mengetahui apa BAHAN-BAHAN yang digunakan supaya kita dapat pastikan tiada sebarang mudarat bahkan halal dari segi syariat.

Jangan lupa terangkan KELEBIHAN produk yang anda promosikan nanti.

Jika BAHAN PROMOSI untuk kebanyakkan produk affiliate disediakan oleh pihak pengeluar produk. Pastikan untuk barangan dropship juga anda diberi tools pengiklanan seperti GAMBAR PRODUK dan TESTIMONIAL bagi tujuan promosi.

Oh ya… PACKAGING MENARIK juga penting kerana ia mampu menarik perhatian orang untuk merasakan bahawa produk tersebut “bernilai” dan “berbaloi” untuk dibeli disamping bertindak sebagai satu faktor mampu meningkatkan sales!

#4: SERVIS & PERKHIDMATAN

Ya! Anda juga boleh menjual servis atau perkhidmatan anda. Apa sahaja KELEBIHAN atau KEPAKARAN anda boleh dijual di Facebook!

servis, perkhidmatan

Sama seperti produk, pastikan servis yang anda tawarkan mampu menyelesaikan masalah orang lain! Jangan pula kita tambah masalah pula ya..

MARGIN KEUNTUNGAN yang dicadangkan adalah RM100 dan KE ATAS.

Anda juga boleh promosikan servis anda dengan fokus kepada “branding”. Dengan teknik ini, anda mampu menguasai MARKET dalam niche yang mempunyai ramai pesaing.

Dalam memberikan servis kepada orang ramai, anda juga boleh membina REPUTASI anda yang mampu buatkan anda dipandang sebagai seorang PAKAR!

Sebolehnya anda menawarkan servis yang lebih spesifik dalam sesuatu bidang. Di mana kepakaran anda adalah lain dari yang lain.

Kalau anda ada kepakaran dalam “design grafik”, anda fokus pada design untuk cover buku, kad bisnes, bunting dll.

Kalau anda ada kepakaran dalam “bina website”, anda boleh tawarkan servis untuk bina minisite, blog dan website.

.

.

Lepas baca artikel ini, ada dapat idea nak jual produk apa? Saya pasti anda dah dapat, kan?

Mudah-mudahan perkongsian ini BERMANFAAT.

Insyaallah. SEBARKAN untuk kebaikan bersama okay…!

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. ramli says:

    Assalam
    Saya Jual produk dodol tiada orang beli. Dimana salahnya.Dapat beri kerjasama.

    1. Syed Azhar says:

      cadangan saya tuan kena pertingkatkan lagi marketing untuk bagi orang kenal jenama dodol tuan.,..

  2. Terima kasih atas maklumat tersebut.Banyak menbantu

  3. Qaha says:

    Assalammualaikum , sy geng y yg baru ingin berjinak2 dgn bisnes online apakah langkah pertama perlu ada ?
    Sy juga baru join ini apa langkah seterusnya..
    http://www.niagaklik.com/hop.php?ref=qaizer

  4. eika says:

    assalammualaikum, sy teringin focus pada biz online, tp saya confius nak jual produk ape, sy tkde produk sendiri. dan tak tau bagaimana utk promosikan dalam facebook..page sy pun follower terlalu sedikit..otai otai mohon tunjuk ajar

  5. Rahmah says:

    assalam..apakah produk paling laris & senang dijual ketika ekonomi gawat

    1. produk jenis servis, produk makanan, produk info..

  6. Rohina hj khalidi says:

    Saya nk buat bisnes tp x tau apa yg sesuai dlm keadaan gawat mcm ni

  7. Selamat basar says:

    Sy menjual semburan penghalau nyamuk..lalat..semut..sy dah guna n sgt berkesan..ia juga dilihat sebagai barang yg kerao diguna oleh rumah2..kedai2..rest2an..ia sgt laris..ia barangan mesra alam..tidak merbahaya jika terkena atau termakan..whatsup say hi serangga untuk ketahui lebih lanjut…01116504565..tq

  8. zarina ina says:

    salam…sy minat berniaga…tp sy xtau nk menega apa?boleh bg cdngan x???

  9. nad eyka says:

    saya da mcm2 jual.. tapi semua tak laku.. barang apa lagi yang seng dijual online???

  10. Raramimi says:

    Hai.. Saya nk buat bisnes dengan bakal isteri saya.. Rasanya bisnes apa yg paling sesuai untuk beginer mcm kami ni.. Tak ada idea la

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Sedangkan laut lagi bergelora ini kan pula dunia bisnes Mana
  • Dalam era ini digital marketing adalah salah satu senjata WAJIB
  • Founder wajib kenalpasti prospek utk bisnes merekabila dah kenal mudahla
  • PERJUANGAN 19612018 YANG MENJADI INSPIRASI  Mula2 dulu aku berasa
  • Jadi seorg leader ni bkn shj perlu jdi pemikir yg
  • Selesai tadi Part 1 Cut Cost marketing sharing LIVE tadi
  • KERANA SAYANGKAN IBU SANGGUP KORBAN MASA MUDANYA  Nur Farah
  • SATU RAHSIA YG PATUT ANDA AMBIL DARI KISAH IBU MUDA
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..