|

IG SUSAH DAPAT SALES? MUNGKIN INI PUNCANYA..

Anda ada guna Instagram untuk marketingkan bisnes? Sila baca emel ni sekarang, sebab SifufBads nak kongsikan kenapa ada usahawan IG yang salesnya slow je, walaupun dah ada 5 – 6 angka followers.

Jom ketahuinya di bawah!

#1: JARANG UPDATE POST

Minimum 1 post sehari. Paling terbaik, 3 post sehari. Ya, kena push diri untuk buat! Kalau takde masa, cari la sorang staf buat keje ni.

Jangan biarkan akaun tu tak update berhari2. Lama2 follower akan lupa bisnes anda.

Benda ni nampak tak penting, tapi sebenarnya sangat bantu untuk bina trust dengan followers anda.

Dengan cara ini, anda juga boleh dapat sales tanpa perlu buat iklan berbayar. Ya, ini dapat jimatkan kos marketing dan tingkatkan profit bisnes anda.

#2: GUNA HASHTAG YANG TAK RELEVAN

Ni ramai usahawan yang buat silap. Semua hashtag yang takde kaitan dengan bisnes, dia letak. Jadi, trafik yang datang pun tak berkualiti.

Sebab tu follower tak membeli. Hashtag mestilah relevan dengan bisnes dan post anda!

Contohnya, kalau anda jual ubat kurus, guna la #teknikkurus #senamankurus dll.

Kalau tak tau nak letak hashtag apa, cuba cari dalam akaun IG yang sama dengan niche bisnes anda. Baca post mereka, ambil idea dan sesuaikan dengan bisnes anda.

#3: TAK ENGAGE DENGAN FOLLOWERS

Lepas update tu, kena la layan komen2 dari followers tu. Bukan tinggal macam tu je. Lama2 followers kecewa, merajuk dan tak nak datang lagi ke akaun IG anda. Engagement kena ada untuk bina hubungan long term.

Followers anda sangat suka akaun IG yang aktif balas komen mereka.

Benda ini penting ye! Jangan abaikan!

Kalau tak, makin lama akaun IG anda akan mula krik2 dan kesannya, sales anda akan drop..

#4: KERAP MENJUAL

Tak salah menjual, tapi kena ada strategi. Bukan hari2 asyik update post produk je, pagi-petang-malam. Sape je yang suka, kan? Lama2 orang lari cari akaun IG lain. Anda kena ingat, ramai lagi pesaing2 luar sana tu jual produk yang sama dengan anda.

Jadi, kena la jaga followers anda sebaiknya.

Perah la skit idea buat konten. Share tips, tutorial, petua dan apa2 konten yang bermanfaat untuk followers. Jadikan akaun IG tu tempat rujukan ilmu, bukan untuk jual beli produk je. Followers anda pun bukan hari2 nak shopping.

#5: TAKDE PROVEN TESTIMONI

Setiap produk yang anda jual mesti anda testimoni. Kalau tak, macam mana orang nak percaya. Mereka tertanya2, “betul ke dia ni?” Ya, orang takut nak beli.

“Kalau produk baru, mana ada testimoni?”

Anda la testimoninya! Siapa lagi kalau bukan anda, kan? anda pakai produk tu, dan tunjuk kesannya kat followers. Itulah testimoni yang terbaik!

Ceritakan bagaimana produk tu selesaikan masalah anda. Mesti orang akan percaya dan teringin nak beli.

Ok, cuba cek akaun IG anda sekarang. Ada tak buat silap, sama macam yang kami share kat atas ni. Kalau ada, masih tak terlambat nak improve. Insha’Allah, sales juga akan mula berubah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *