|

Perkara Asas Branding Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Bisnes

Perkara Asas Branding Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mulakan Bisnes

Branding ataupun “penjenamaan produk” adalah aspek yang sangat penting dalam strategi bisnes, tidak kira bisnes besar, kecil, retail, dan sebagainya.

Apa Maksud ‘Branding’ Ini Sebenarnya?

Ringkasnya begini, jenama anda adalah apa yang anda janjikan untuk pelanggan anda. Ia adalah apa yang mereka boleh harapkan daripada bisnes anda.

Contohnya, jika kami di Sifufbads, kami menyediakan SERVIS internet marketing dan janji kami kepada pelanggan adalah untuk berkongsi dan memberi tip-tip yang TERBUKTI berkesan supaya mereka dapat TINGKATKAN jualan dengan menggunakan Facebook Ads.

Selain itu, brand bisnes itu datangnya daripada diri anda sendiri, siapa anda pada masa akan datang, dan siapa anda pada sudut pandang orang luar?

Adakah anda orang yang pakar dalam bidang yang anda ceburi? Atau adakah anda orang yang sudah berpengalaman, atau orang yang memang boleh diharap untuk melakukan servis yang anda sediakan?

Kenalkan brand bisnes anda melalui KARAKTER diri anda.

Strategi Asas ‘Branding’

Ini yang perlu anda rancang untuk berkomunikasi dan sampaikan mesej brand anda.

Strategi Asas 'Branding'

Apakah STRATEGI pemasaran yang anda tetapkan? Apakah SISTEM pengagihan produk dan servis yang anda hasilkan? Percaya ataupun tidak, cara anda berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan juga merupakan strategi yang boleh memberi KESAN yang positif kepada brand anda.

Semakin KONSISTEN usaha penjenamaan terhadap sesuatu produk itu, semakin bertambah NILAI yang dibawa jenama tersebut. Apabila jenama anda semakin tinggi nilainya, audiens akan sanggup melaburkan wang mereka untuk jenama anda, walaupun ianya mahal daripada produk yang sama jenis dengan produk yang anda sediakan.

Semuanya kerana BRAND anda.

Contoh yang paling mudah adalah, produk sukan jenama Nike. Mereka tidak menjual kasut semata-mata. Mereka menyampaikan nilai berbentuk EMOSI kepada audiens agar mempunyai perasaan yang berlainan dan lebih bersemangat untuk bersukan apabila menggunakan kasut jenama Nike. Bagi mereka, ciri-ciri istimewa yang ada pada kasut itu bukan satu-satunya faktor yang menyebabkan produk mereka terjual.

Kenali Brand Anda

Perjalanan untuk mengenali brand anda sama seperti perjalanan untuk anda KENALI diri anda sendiri. Boleh jadi ianya sangat menyulitkan, banyak memakan masa, dan memenatkan. Di bawah ini merupakan beberapa soalan yang anda perlu tahu jawapannya jika anda ingin kenal brand anda..

Brand Concept Blackboard

Contoh soalan-soalannya:

  • Apakah misi syarikat anda?
  • Apakah faedah, ciri-ciri, dan manfaat produk/servis anda?
  • Apakah yang pelanggan dan prospek anda fikir pada syarikat anda?
  • Apakah nilai dan kualiti yang menyebabkan mereka untuk bergaul dengan syarikat anda?

Buat KAJIAN terhadap persoalan-persoalan di atas. Ambil tahu mengenai keperluan, tabiat, dan keinginan pelanggan anda. Apa yang yang membuatkan mereka mahu beli daripada anda?

Jangan terlalu fokus kepada apa yang anda rasa mereka fikirkan. Tetapi, anda kena tahu sebetul-betulnya perkara apa yang mereka fikirkan.

Apa Nak Buat Bila Dah Kenal ‘Brand’ Anda?

Apabila anda dah kenal brand anda, persoalan seterusnya adalah, bagaimana pula anda mahu sampaikan mesej produk kepada audiens?

Di sini saya sediakan beberapa cara ASAS dan MUDAH untuk anda kenalkan brand kepada orang ramai:

1) Dapatkan logo yang sesuai. Letakkan di setiap tempat dan media sosial yang anda ada. Letakkan logo di bahagian Profile Picture dan Timeline Facebook.

2) Kongsikan tips atau kata-kata motivasi secara harian. Ia boleh dikongsikan dalam bentuk gambar, text, video dan sebagainya.

3) Bina satu tagline. Jadikan ia mudah diingati dan mempunyai makna yang tersendiri. Buat seringkas yang mungkin. Semasa menulis post di fanpage, letakkan tagline anda dalam bentuk hashtag.

4) Jujur dengan produk dan servis yang anda sediakan. Jika produk itu boleh mencerahkan wajah, pastikan ia benar-benar berkesan. Jika servis anda boleh meningkat jualan pelanggan sebanyak 100%, maka pastikan ia benar. Pelanggan tidak akan kembali kepada produk anda jika anda tidak jujur dengan brand anda.

5) Konsisten. Sengaja saya letak poin ini akhir sekali kerana ia sangat penting serta melibatkan kesemua poin-poin di atas. Jika anda tidak mampu konsisten dalam praktikkan keempat-empat cara di atas, cubaan untuk anda kenalkan brand anda kepada orang ramai mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk gagal. Kerapkan melabur MASA dan TENAGA untuk brand anda.

Ini adalah langkah-langkah asas bagi sesiapa yang ingin tahu mengenai branding. Anda juga boleh rujuk artikel di bawah jika anda mahu tahu lebih lanjut berkenaan branding yang seterusnya..

Semoga bermanfaat..

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *