Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Cara Guna ‘SWOT Analysis’ Yang Betul Untuk Bisnes Anda

Diterbitkan pada Sep 22, 2015 oleh

Cara Guna 'SWOT Analysis' Yang Betul Untuk Bisnes Anda

SWOT Analysis merupakan TEKNIK yang digunakan untuk memahami KEKUATAN dan KELEBIHAN bisnes anda. Ia juga digunakan untuk kenal pasti PELUANG dan ANCAMAN yang bisnes anda bakal hadapi.

Dalam artikel kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan teknik SWOT Analysis dalam bisnes anda. Ia sangat penting untuk anda membuat ANALISA mengenai bisnes anda dan pesaing anda.

Apa Itu SWOT?

SWOT ini adalah gabungan antara 4 perkataan dalam bahasa Inggeris yang membawa makna seperti berikut:

1) STRENGTH: Kekuatan dalaman yang ada dalam bisnes anda. Ia berada dalam kawalan anda.

  • Apa kelebihan produk anda berbanding dengan pesaing anda?
  • Apa aspek dalaman yang POSITIF yang memberi kelebihan pada bisnes anda?
  • Apakah sumber-sumber yang anda ada? Sikap pekerja yang positif, reputasi atau teknologi?

2) WEAKNESSES: Apa kelemahan dalaman yang memberi kesan yang buruk pada bisnes anda? Selepas kelemahan ini berjaya ditemui, ia perlu cepat diperbaiki. Anda perlu perbetulkannya untuk bersaing dengan pesaing anda.

  • Adakah bisnes anda bertapak di tempat yang kurang pelanggan sasaran?
  • Apa kekurangan bisnes anda?
  • Adakah bisnes anda mempunyai sumber yang terhad?
  • Apa yang perlu diperbaiki untuk mencapai objektif bisnes anda?

3) OPPORTUNITIES: Peluang merupakan faktor luaran yang boleh membantu bisnes anda menjadi lebih maju dan berjaya.

  • Apa peluang yang wujud dalam pasaran yang boleh anda dapat manfaat daripadanya?
  • Masih adakah peluang untuk produk anda dipasarkan pada waktu wang Ringgit Malaysia jatuh?
  • Adakah terdapat pertumbuhan pasaran baru atau ada perubahan yang lain di pasaran yang mewujudkan peluang?

4) THREAT: Ancaman ini boleh memberi RISIKO pada bisnes anda. Ia juga adalah faktor luaran dan anda tiada kawalan terhadapnya.

  • Siapa pesaing terbesar anda?
  • Siapakah pesaing yang sedia ada atau yang berpotensi anda?
  • Apakah faktor-faktor luar kawalan yang boleh meletakkan perniagaan anda berisiko tinggi?
  • Bagaimana pula dengan perubahan dalam tingkah laku pengguna, ekonomi, atau peraturan-peraturan kerajaan yang boleh mengurangkan hasil jualan bisnes anda?
  • Apa ancaman yang boleh mengganggu usaha pemasaran anda?

Berdasarkan kajian Barat, teknik SWOT ini amat sesuai dan FLEKSIBEL dalam membantu setiap jenis bisnes (termasuk bisnes anda) dalam proses membuat keputusan berkenaan strategi bisnes mereka, tidak kira kewangan, pemasaran, dan lain-lain.

Sebelum itu, mari kita FAHAMI betul-betul dahulu apa benda SWOT ni.

SWOT ini digunakan untuk mengenalpasti maklumat yang penting berkenaan bisnes, agar kita boleh melakukan ANALISI dan KAJIAN terhadapnya nanti.

Contohnya seperti, apa kelebihan bisnes kita berbanding pesaing kita? Apa peluang pasaran produk kita? Dan sebagainya.

Cara Menganalisis SWOT Secara Efektif

Memandangkan teknik ini boleh digunakan dengan pelbagai cara mengikut jenis PRODUK dan SERVIS yang anda sediakan, jadi saya akan kongsikan beberapa point penting yang boleh diaplikasikan dengan teknik ini.

Antaranya:

  • Menggunakan SWOT untuk membezakan antara bisnes anda SEKARANG, dan hala tuju bisnes pada MASA AKAN DATANG.
  • Jadikan kekuatan, dan kelemahan itu realistik dan serius. Elakkan unsur main-main dan tokok tambah perkara yang tidak perlu.
  • Jadikan ia SPESIFIK yang mungkin, masukkan kata kunci yang penting dalam bentuk poin yang ringkas.
  • KAITKAN antara kekuatan dan kelemahan untuk kenalpasti apa faktor yang menyebab bisnes anda boleh berjaya.
  • LABELKAN setiap poin itu mengikut tahap keutamaannya terhadap bisnes anda.
  • Jadikan ia seringkas yang mungkin. Lebih elok jika ianya tidak lebih daripada 1 muka surat.

Strengths, Weaknesses, Opportunities, and Threats

Kebiasaannya, strengths dan weaknesses ini merupakan FAKTOR DALAMAN kepada bisnes yang kita boleh kawal. Opportunities dan threats pula adalah FAKTOR LUARAN yang kita tidak boleh mengawalnya.

Untuk lebih jelas lagi, ianya begini:

  • Strengths: faktor dalaman yang positif untuk satu organisasi itu, atau satu situasi, yang berada di dalam kawalan anda.
  • Weaknessess: juga merupakan faktor dalaman yang berada di bawah kawalan anda, yang sekaligus menghalang kemampuan anda untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
  • Opportunities: faktor luaran yang perlu ditambahbaik oleh organisasi tersebut.
  • Threats: faktor luaran yang bukan dibawah kawalan anda, yang boleh mmebuatkan projek atau organisasi anda berada dalam risiko yang tinggi.

SWOT_example

Cara Mengendalikan SWOT Analisis 

Untuk mendapatkan kesempurnaan dalam proses menganalisis SWOT ini, anda amat digalakkan untuk melakukannya bersama beberapa lagi kumpulan lain.

Contohnya, seperti pihak pengurusan bisnes anda, bahagian jualan, khidmat pelanggan, dan mungkin beberapa pengguna.

Antara manfaat lain aktiviti SWOT ini adalah, ia merupakan satu proses yang boleh membuatkan ahli-ahli organisasi anda semakin rapat antara satu sama lain, serta menggalakkan penyertaan mereka dalam memutuskan strategi bisnes anda.

Dalam membincangkan SWOT ini, saya menggalakkan anda untuk mengadakan sesi BRAINSTORMING untuk kenal pasti setiap satu faktor bagi 4 kategori tersebut. Antara langkah yang anda boleh lakukan adalah dengan membuka ruang kepada semua ahli untuk mengemukakan pendapat. Tiada istilah anda boss, hanya anda sahaja yang betul. Jangan sekat mana-mana idea yang timbul.

Selepas selesai BRAINSTORMING, buatkan satu draf minit mesyuarat yang direka KHUSUS untuk analisis SWOT. Senaraikan mengikut kepentingan prioriti masing-masing, daripada yang paling perlu dititikberatkan, dan yang mungkin anda boleh abaikan dahulu buat masa yang terdekat.

tows_small

Merancang Strategi Seterusnya

FASA analisis seterusnya adalah untuk mengambil poin-poin SWOT yang anda sudah lakukan tadi mengikut tahap kepentingannya. Kemudian, selepas anda selesai senaraikannya, anda jawab soalan-soalan di bawah:

1. Bagaimana anda menggunakan Strengths untuk mencari dan mendapatkan Opportunities?

2. Bagaimana anda menangani masalah Weaknesses yang menghalang anda daripada mencari dan mendapatkan Opportunities?

3. Bagaimana Strengths anda boleh mengurangkan risiko Threats?

4. Apa yang anda boleh buat dengan Weaknesses anda untuk mengurangkan Threats?

Apabila anda menjawab soalan-soalan ini, insyaallah anda akan mula memahami faktor luaran yang anda hadapi dalam bisnes dan cara bagaimana anda boleh mengatasinya.

Kesimpulannya

Analisis SWOT ini secara ringkasnya adalah untuk mengambil kesempatan terhadap kekuatan bisnes anda (S), menangani kelemahan (W), memanfaatkan peluang yang ada (O), dan mencegah segala ancaman yang mendatang (T).

Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang paling penting dalam bisnes kita, menetapkan prioriti terhadapnya, menilai segala pilihan yang ada, dan mengambil tindakan keatasnya.

Anda juga boleh rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

SWOT

Kategori: Tips-Tips

Komentar (25)

  1. Pingback: Panduan Cara Menyampaikan ‘Content’ Yang Baik Di Fanpage Anda | Sifu FB Ads

  2. nurul ain abdullah

    di doakan agar sifu di beei kesihatan yg baik dan rezeki melimpah ruah. terima ksh krn tdk pernah kedejut ilmu. suatu hari sy pasti menjadi ank didik cfu. sy sedabg mnjalankn pniagaan kcil2lan utk mngunpul duit ke seminar cfu. moga Allah berkati.teima ksh. mohon halalkn ilmu yg di kongsi.

  3. Pingback: 6 Kesilapan “Owner Bisnes” Sering Lakukan Semasa Promosikan Produk di FB | Sifu FB Ads

  4. Pingback: 6 Kesilapan “Owner Bisnes” Sering Lakukan Semasa Promosikan Produk di FB | Social Media Marketing Malaysia

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!