Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

6 Komponen Ini Perlu Ada Untuk Bina Kempen Integrated Marketing Yang Sukses

Diterbitkan pada Feb 17, 2017 oleh

Zaman sekarang ni, untuk BERJAYA dalam bisnes, kita tak boleh pikir hanya nak berjaya je and BERANGAN nak dapat duit banyak.. Kalau ada attitude yang macam tu, Tahniah! Sebab anda adalah MAT JENIN..

Sebab untuk berjaya, kita kena rangka pelan marketing kite secara spesifik and FOCUS 200%.. Kita kena detailkan dari A-Z PLAN kita tu.. Lagi satu, JANGAN focus dengan satu medium je.. WAJIB combine dengan apa jua medium untuk luaskan lagi market kita..

“Macam mane tu sifu? Kitorang nak tahu.. Kitorang taknak jadi mat jenin!”

Dalam bisnes ni, kepala kita kena sentiasa ligat and cargas mencari idea macam mana nak kembangkan lagi bisnes kita..

Kita tak boleh lambat walapun sekejap.. Sebab apa? Sebab kalau korang lambat, korang akan ketinggalan dari pesaing.. Sebenarnya tak susah pun kalau korang ada 5 KOMPONEN ni dalam bisnes korang..

TAPI AMARAN KERAS! Jangan PISAHKAN komponen ni antara satu sama lain.. Ia akan bagi impak NEGATIF kalau pisahkan.. Paham tak?

Baik SIFU! Tapi pebende KOMPONEN tu SIFU?

Okay KALAU nak tahu sangat, berikut adalah 6 KOMPONEN KEMPEN INTEGRATED MARKETING YANG SUKSES..

#1: KENALPASTI AUDIENCE ANDA

Sebelum bergelumbang dalam apa jua bidang bisnes yang hendak dibuat, korang kena kenalpasti siapa audience korang.. Korang kena tahu jantina diorangla, umur diorangla, diorang berasal dari manelah..

Eh ni bukan main-main..

Sebab dari kenalpasti siapa audience korang akan membuatkan target korang lagi spesifik.. And also menguatkan lagi database korang..

#2: RANGKA PELAN DENGAN TELITI

Untuk jadikan bisnes kita suksis, kita kena refer jugak dengan individu yang sudah berjaya.. Mesti kekadang kita musykil macam mana individu yang dah suksis seperti Alibaba, H&M, dan Uniqlo merangka pelan bisnes diorang..

Nak tahu rahsianya?

Sebab diorang rangka pelan bisnes diorang dengan TELITI.. Diulangi.. TELITI.. Diorang bukan semborono main terjah dalam market dieorang.. First thing first yang diorang buat adalah RESEARCH..

RESEARCH diorang bukan sehari due malah ada yang mengambil masa sehingga 2 tahun.. Then dah dapat data tentang market diorang, barulah diorang plan strategy marketing diorang..

So make sure sebelum korang nak mulakan bisnes, korang PLAN dulu.. Paham tak?

#3: KEKALKAN FOCUS KEPADA OBJEKTIF ANDA

Bisnes tengah run steady je.. Sales makin lama makin meningkat.. Customer makin ramai pulak.. Tup tup member ada suggest bisnes yang lain.. Dia story kat korang yang bisnes tu bagus, senang untung, banyak demand dan sekian sekian.. Then korang pun termakanla umpan member tuu..

“Hold on. Jangan termakan umpan tu”

Tak salah kalau korang nak mencuba bisnes yang lain.. TAPI sebelum korang nak try bisnes lain, cer tanya kat diri sendiri.. Aku boleh focus tak banyak benda dalam satu masa? Yakin ke bisnes tu ade demand? Ke member aku tu just sembang je?

Seorang fighter dalam marketing sentiasa mengambil pendekatan dengan berfikir dulu sebelum mengambil keputusan.. Dia takkan terburu-buru.. Sentiasa kekalkan fokus dengan plan yang sedia ada.. Perubahan secara terburu-buru akan mendatangkan kesan yang negatif kat bisnes korang.. So padanlah muka korang.. Haha..

#4: SENTIASA MENDENGAR PANDANGAN ORANG LAIN

Bila korang dah setting baik punya untuk pelan marketing orang, tetiba ada orang kata yang pelan korang ni teruk bla bla bla.. Lepas tu, ada jugak yang complain dekat page korang ke apa yang korang ni terukla ini la itu la.. Then mesti korang panas je dengo kan?

“Sabar tu ada hikmahnya”

Perkara macam ni akan selalu terjadi kepada usahawan.. Tak kira yang baru nak berjinak ataupun yang sudah berjaya.. Untuk hadap isu-isu macam ni, setiap usahawan kena ambil pendekatan terbuka dengan mendengar pandangan orang lain..

Macam mana kita nak buat? Itu gunanya department customer service.. Kita amek contoh macam company DELL.. Dieorang gunakan media sosial dieorang untuk tahu pandangan orang tentang DELL.. Sebab dieorang tahu dari pandang orang lain, dieorang boleh maju ke hadapan..

Nampak tak company OFFLINE pun tahu integrated dengan ONLINE.. Kalau kita melenting disebabkan pandangan orang, awal-awal kita dah kalah..So relax and chill sis bro..

#5: CONTEXT BIARLAH RELEVAN

Nak tahu apa yang bestnya ada Internet? Dengan hanya klik, klik dan klik, korang boleh dapat apa yang korang nak masa tu.. Senang kan? Thats why la ramai yang buat bisnes menggunakan platform online..

SEBAB dieorang tahu ONLINE adalah satu database yang sangat berguna untuk bisnes dieorang.. dan juga SENANG nak dapat customer.. TAPI kena tahu kalau TAK tahu cara, memang tak mendapatlah customernya..

Sebagai contoh.. Kalau korang jual kain batik dekat fb.. You need to make sure yang korang deliver apa apa info pasal batik kepada audience korang dengan jelas.. Bio bila audience korang baca, dieorang tahu apa yang korang nak jual..

Dari segi nak integrate dengan medium lain, you also need to make sure yang medium yang korang nak integrate tu releven ke tak dengan bisnes korang.. Jangan pulak bisnes korang baru nak naik dah guna medium yang mendatangkan kos yang tinggi.. Kan payah tu..

#6: SENTUH EMOSI AUDIENCE

Pattern trend sekarang sentiasa berubah.. Trend tu takkan kekal lama.. Sebab apa? Sebab sudah terjadi lambakan produk di ONLINE mahupun OFFLINE.. Kot paling lama pun trend tu bertahan adalah selama 6 bulan.. Lepas tu tuko trend lain pulak..

Produk semakin lama semakin banyak tapi apa yang membezakan korang dengan diorang? Haa tu PENTING tau..

So nak bezakan korang dengan yang lain dengan cara menyentuh emosi dieorang.. Eh bukan nak tangkap cintan ke apa.. Tapi sentuh emosi audience tu melalui engagement.. Kita boleh juga menarik emosi dengan content yang kita post.. Apa-apa post yang kita buat mestilah ada JIWA dan KARAKTER.. Barulah audience akan tangkap cintan dengan bisnes kita..

Selain tu untuk buatkan audience tangkap cintan lagi dengan kita, kita boleh memudahkan diorang dengan bagi kemudahan lain seperti free consult ke pasal produk kite.. Then kita boleh bagi benda free seperti free posting ke, free gift ke.. Haa sapa je yang tak suka dengan benda free cmtu..

Nak tahu, berapa ramai yang dah baca point point ni?

Kalau rasa dapat input yang berguna dari 5 KOMPONEN ni, SHARE dan SEBARKAN.. Bio yang lain dapat juga tahu..

Komentar (3)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!