|

BAGAIMANA LOCAL MARKETING BOLEH BANTU TARIK LEBIH RAMAI CUSTOMER DATANG KE KEDAI ANDA?

Korang yang berbisnes atau tengah plan nak bukak kedai, ini penting tau. Nak ramai orang datang kedai, tak mudah. Ada cabarannya..

  • Dalam kawasan kedai, persaingan boleh jadi makin sengit. Kedai lain pun nak tarik perhatian pelanggan, jadi kita juga kena ada strategi yang jauh lebih power.
  • Keadaan ekonomi yang tak menentu boleh beri kesan kepada kedai kita. Pelanggan jadi lebih berhati-hati dalam belanja, so kita kena bijak dalam susun strategi baru.
  • Kedai baru mungkin tak dikenali lagi dalam komuniti. Kita perlu cari cara nak tarik perhatian orang ramai.
  • Bila ekonomi berubah, pelanggan juga boleh tukar keperluan dorang. Jadi kita kena kaji apa produk yang sesuai dengan keperluan diorang.
  • Tak semua kedai ada duit banyak atau ramai pekerja. Kena bijak manage sumber yang ada, supaya takde pembaziran dan tingkatkan keuntungan.

Inilah antara cabaran bila buka kedai sendiri.

So, macam mana cara atasinya? Kita kena ada strategi dan plan yang betul.

Nak bagitau..

Local marketing ni, kita kena tahu mewujudkan elemen2 pada kedai/premis itu sendiri, untuk tarik orang.

Antaranya;

#1. Lokasi

Dekat dengan penempatan? Senang atau susah untuk sampai? Mudah dicari?

Pastikan kedai anda berada di lokasi yang strategik, dekat dengan penempatan atau kawasan yang ramai penduduk.

Selain itu, pastikan akses ke kedai mudah dan ia senang ditemui oleh pelanggan yang berpotensi.

Pastikan trafik dekat kawasan kedai kita tu padat.

Lebih ramai, lagi bagus. Trafik tinggi ni membantu kita dapat lebih pelanggan.

  • Kita kena tengok demografi kawasan.
  • Kena tau siapa penduduk sekitar, umur diorang, pendapatan, dan apa benda diorang suka buat.

Bila dapat tahu ni, kita boleh sediakan produk atau servis kita ikut citarasa diorang.

Check kos sewa. Kalau kos sewa overbudget, kena fikir betul-betul. Pastikan bajet kita mampu. Takut nanti overhead cost tinggi, untung sikit je.

Pastikan nilai sewa tu berbaloi dengan jualan yang boleh kita generate.

Kaji ekonomi kawasan tu. Kalau kawasan sedang berkembang, memang peluang besar untuk bisnes kita berkembang sama. T

Tapi kalau ekonomi merosot, kena pikir backup plan.

Keselamatan dan kebersihan kawasan pun penting.

Pelanggan akan datang tempat yang bersih dan selamat.

Kalau kawasan gelap-gelita, toilet rosak, pelanggan akan lari jauh.

Ni paling penting! Jangan langgar undang-undang, nanti susah.

  • Kenal pasti peraturan tempatan yang berkaitan dengan bisnes korang.
  • Ada kawasan yang tak boleh bukak kedai lewat malam ke, kena tau semua ni.
  • Takut kena saman, lepas tu bisnes kita pula terjejas, kena tutup kedai. Lagi rugi.

Sebelum kita buat keputusan, dapatkan feedback dari penduduk tempatan.

Tanya diorang punya pendapat tentang lokasi kedai kita.

Dorang punya pandangan ni penting, untuk lihat potensi bisnes kita berkembang.

#2. Fasiliti

Mudah parking? Mudah membeli? Ada kemudahan yang diberi?

Kita kena pastikan tempat letak kereta ada banyak dan luas. Orang tak suka pening kepala cari parking, pastu kena jalan jauh sampai kedai.

Lagi senang, lagi banyak pelanggan datang.

  • Kaunter pembayaran kena laju. Pelanggan tak suka tunggu lama-lama.
  • Pastikan sistem pembayaran pantas, counter tersusun, dan staff friendly.
  • Kalau ada teknologi yang boleh speed up bayaran, lagi bagus.

Pelanggan tak suka beratur lama.

Kalau ada teknologi yang boleh buat proses pesanan lebih pantas, guna la.

Kalau boleh, ruangan menunggu pun kena upgrade.

Pilih perabot yang selesa, pencahayaan yang cantik, dan letakkan meja dan kerusi ikut susun atur seperti VIP.

Pelanggan suka bila dapat layanan premium.

Confirm dorang akan ajak kawan-kawan datang sekali.

Pastikan semua peralatan dalam kedai kita berkualiti dan tahan lama.

Mesin kopi, blender, apa-apa pun, make sure la takde la rosak time peak hour.

Peralatan berkualiti ni pun boleh jimat duit jangka panjang sebab tak payah selalu repair atau beli yang baru.

Kalau ada ruangan extra, jadikan la untuk event atau program khas.

Boleh buat showcase produk, mini konsert, atau apa-apa je yang menarik pelanggan.

Bukan sahaja pelanggan suka, tapi boleh jadi tempat yang orang suka share dalam media sosial.

Pastikan toilet sentiasa bersih dan lengkap dengan kelengkapan.

Sediakan apa yang dorang perlukan, macam tisu, sabun, pastu pastikan sentiasa kemas.

Kita nak buatkan pelanggan rasa selesa, happy dan nak datang lagi, dan kalau dorang puas hati, dorang akan cerita kat kawan dorang.

#3. Identiti

Ye lah. Apa identitinya? Yang beza dgn yang lain? Konsep? Warna? Sejarahnya?

Kita kena tengok pesaing punya stail.

  • Apa yang buat dorang unik?
  • Konsep dia macam mana?
  • Warna apa yang diorang guna?

Kita nak kena kenal pasti apa kelebihan diorang supaya kita boleh buat lagi baik.

Pilih konsep yang sesuai dengan brand identiti kita.

Kalau kedai kau pasal makanan, maybe konsep dia lebih hipster, atau kalau pasal teknologi, mungkin lebih futuristic.

Gunakan warna yang padan dengan konsep dan mood kedai.

Pilih warna yang boleh bangkitkan mood pelanggan.

Setiap kedai ada cerita sejarahnya sendiri.

  • Cerita tu boleh jadi selling point tau.
  • Kalau ada kisah-kisah menarik, share la.

Sejarah yang ada jiwa boleh buat orang nak tau lagi.

Kenalpasti kelebihan unik kedai kita yang tak ada di tempat lain.

Apa yang buat kedai kita special?

Mungkin produk, servis, atau cara kita berurusan dengan pelanggan.

Highlight benda ni, untuk jadikan tarikan.

Last sekali, jadi konsisten dalam komunikasi identiti kedai.

Tak kira kat mana, dari social media sampai poster kat dinding kedai, make sure semua seragam.

Consistency ni yang buat orang ingat dan percaya pada kedai kita.

So, macam mana? Tak susah, kan?

Identiti ni akan buatkan orang rasa connect dengan kedai kita.

#4. Kapasiti

Saiznya.. besar ke, kecil ke, luas ke, rendah ke, tinggi ke..

Sebelum nak upgrade, kena la paham betul-betul kapasiti kedai kita sekarang.

Bukan setakat jumlah pelanggan je, tapi kira staff, peralatan, dan cara operasi.

Lepas tu, kena la check trafik dan waktu kebiasaan yang pelanggan ramai datang.

  • Bila dorang paling suka datang?
  • Pukul berapa peak hour?
  • Tengok la apa dorang selalu order.

Dengan info ni, kita boleh plan untuk naiktaraf kapasiti ikut keperluan dorang.

Check bila peak hour orang ramai datang. Time ni la team kita kena prepare betul2.

Train staff dengan baik, pastikan diorang paham setiap aspek operasi dari A sampai Z. Kalau diorang perform, operasi kedai confirm jadi lebih pantas dan smooth.

Bila customer semakin ramai, kedai kita jadi sempit.

Maybe boleh consider untuk expand.

Tambah ruang, buat ruangan baru, atau renovate.

Boleh la pelanggan duduk sambil rileks tanpa rasa sesak.

Mungkin stok juga akan bertambah. Boleh consider untuk invest untuk sistem yang lebih canggih, dalam pengurusan stok.

Gunakan sistem yang boleh predict demand dan handle inventori dengan bijak.

  • Dengan teknologi yang smart, kita tak payah risau stok tak cukup atau terlebih.
  • Kita juga boleh jimat masa untuk plankan stok.
  • Jadi, tak payah la nak last minute order barang.

Fleksibiliti dalam jadual kerja staf pun penting.

Buat jadual kerja yang lebih fleksibel, maybe shift yang boleh disesuaikan untuk handle peak hour.

Boleh la hire pekerja sementara kalau perlu.

Benda ni, kita kena la ada plan yang betul.

Dengan kapasiti yang betul, operasi jadi lebih senang, pelanggan pun puas hati.

#5. Target audience

Siapa target audien utama? Adakah matching dgn need audien tu?

Kita tak boleh nak menjual, kalau kita sendiri tak faham betul-betul produk kita.

  • Apa keistimewaan produk tu?
  • Bagaimana boleh jadi pilihan utama orang?
  • Apa masalah yang kita boleh selesaikan?

Setiap produk ada keunikan dia, kan? Jadi, kena faham apa yang pelanggan cari bila datang ke kedai kita.

Apa keperluan diorang? Apa yang buat diorang happy?

Bila kita tau ni, kita boleh sasar lebih tepat.

Bila kita tau ni, baru boleh tentukan target audience.

Kalau kedai dah beroperasi, tengok siapa yang selalu datang.

  • Apa kerjaya diorang ni?
  • Dari mana diorang?
  • Duduk mana?
  • Ada keluarga?

Data ni boleh bagi petunjuk untuk kenal target audience.

Lepas tu, kena check pesaing kita.

  • Siapa yang diorang target?
  • Apa yang diorang buat betul?

Jangan lupa tengok pelanggan diorang jugak.

Apa yang diorang suka atau tak suka? Ini boleh jadi panduan untuk kita.

Kita juga kena faham gaya hidup dan minat target audience.

Contohnya, kalau kita jual produk kesihatan, kita boleh sasarkan orang yang aktif bersenam dan suka gaya hidup sihat.

Kenal pasti target audience ni memang langkah penting dalam marketing.

Bila kita tau siapa pelanggan kita, kita boleh sasarkan iklan, promosi, dan strategi kita dengan lebih tepat dan berkesan.

Ingat, proses ni mungkin ambil masa, tapi hasilnya pasti berbaloi dalam jangka panjang.

#6. Masa operasi

Buka jam berapa? Tutup pula? Waktu paling ramai pelanggan? Waktu suram?

Setiap kedai ada macam-macam jenis pelanggan.

Ada yang suka shopping pagi-pagi, ada yang lepak pada waktu petang.

Cuba lihat gaya hidup diorang. Kalau majoriti suka datang lepas kerja, boleh la adjust waktu operasi ikut tu.

Kita juga kena buka dan tutup kedai pada masa yang sama setiap hari.

  • Jadi, pelanggan boleh plan aktiviti dorang ikut jadual kedai kita.
  • Barulah nampak kedai kita lebih professional.

Bukannya suka hati je nak buka tutup kedai.

Kalau selalu nampak customer kena tunggu panjang, maybe fikirkan untuk tambah staf atau buat sistem janji temu.

Takkan nak pelanggan tunggu lama-lama je, kan?

Ini penting, especially kalau kedai selalu penuh.

Gunakan sistem pengurusan jadual atau aplikasi temu janji untuk senangkan urusan.

Ada banyak apps dan sistem yang boleh bantu korang susun jadual operasi dengan lebih bijak.

Ni boleh bagi pelanggan kemudahan buat booking waktu yang sesuai untuk datang.

Kalau nampak ramai orang suka datang lepas waktu operasi, maybe kena consider untuk tambah masa operasi.

  • Tapi, pastikan benda ni betul-betul berbaloi dan untungkan.
  • Kalau kita decide nak tambah masa operasi, kaji la prestasi waktu operasi tambahan.

Betul ke memberi pulangan yang baik?

Kalau ya, boleh la teruskan. Kalau tak, maybe kena reevaluate balik.

Bila kita dah set masa operasi yang produktif, kita boleh buat kedai jadi lebih friendly, pelanggan lagi happy, dan bisnes dapat berjalan lancar, untung juga meningkat.

#7. Viraliti

Apa elemen yang buatkan pelanggan pasti sebarkan brand kita? Suasana ramai orang? Maskot? Unik?

Berikan pelanggan kita pengalaman yang dorang tak dapat kat tempat lain.

Kena ada satu tempat dalam kedai tu, yang boleh buat orang nak berselfie.

Dekorasi dan hiasan yang cantik, background yang unik. ajak diorang bergambar.

Letak la corner yang cantik untuk selfie, pastu bagi diorang guna hashtag khas kedai korang. Lagi banyak gambar, lagi banyak viralkan!

Kita nak pelanggan rasa special.

Salain itu, kita boleh buat cabutan bertuah atau contest setiap bulan.

Sediakan hadiah yang best. Orang memang suka dapat hadiah free.

Mesti ramai yang nak join.

  • Gunalah hashtag yang kreatif, unik dan senang diingat.
  • Hashtag tu mesti relevan dengan bisnes kita.

Ada banyak influencer tempatan yang tak mahal nak bekerjasama.

Ajak diorang datang kedai korang, bagi diorang cuba makanan atau produk, pastu dorang akan kongsi pengalaman diorang, pastu share kat followers diorang.

Kalau rezeki, jadi viral!

Kita boleh juga kongsi behind the scenes kehidupan harian kedai kita.

Tunjukkan macam mana staff prepare makanan, kebersihan dapur, atau resipi rahsia.

Orang suka tengok benda-benda ni sebab rasa lebih dekat dengan kedai.

Nak lagi best…

Buat program khas kat kedai kita pun boleh jadi viral.

  • Maybe ada persembahan, pertunjukan, atau pelancaran produk yang special.
  • Pastikan banyak gambar dan video diorang boleh share kat media sosial.

Kalau boleh, bagi la diskaun khas, produk percuma, atau promosi menarik untuk pelanggan yang aktif berkongsi pasal kedai kita.

Barulah diorang ada semangat nak share.

Bila kedai jadi viral, kita bukan sahaja dapat pelanggan baru, tapi juga reputasi kedai juga akan meningkat naik.

Ok.. dah faham cara buat local marketing?

Korang follow je langkah-langkah yang kita dah bincang ni.

Yang paling penting, jaga kualiti produk dan servis.

Kalau korang berikan experience yang best, pelanggan pun rasa enjoy datang kedai korang.

Jadikan kedai korang sebagai hotspot dan tarikan orang ramai!

NOTE: Nak tanya, korang ada kedai tak? Ada premis untuk tarik pelanggan datang? Kat mana tu? Boleh SHARE?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *