|

PLANNING TAK JELAS? INILAH PUNCA KENAPA BISNES ANDA TAK DAPAT SUSTAIN!

9/10 owner bisnes yang saya jumpa, akan bertanya tentang game bisnes 2024..

Tak clear plan, memang bisnes boleh berisiko besar!

Risiko, tak boleh sustain!

Planning ni kena buat dengan betul.

Ramai founder bisnes terlepas peluang, selalu buat keputusan terburu-buru, dan rugi besar bila planning tak clear dari awal.

Apa risiko-risiko yang founder bisnes bakal hadapi nanti?

#1. Tak Plan, Tak Bersedia, Kita Boleh Tertinggal

Banyak bisnes yang gagal sebenarnya disebabkan oleh kurang persediaan.

Macam mana nak bersaing kalau kita tak tahu apa arah yang kita hendak capai?

Plan ni membantu kita fokus dan bersiap sedia untuk hadapi cabaran.

Kita kena buat planning tahunan, bulanan, mingguan, dan harian.

Plan untuk jangka pendek buat kita lebih fokus dan boleh ukur pencapaian dengan lebih tepat.

Jangan lupa juga pasal plan jangka panjang, macam mana nak berkembang dan kekal relevan dalam jangka masa panjang.

Set matlamat bisnes kita.

  • Nak capai apa?
  • Nak jadi leader pasaran ke?
  • Nak expand ke rantau lain?

Matlamat ni jadi hala tuju arah bisnes kita yang betul.

Fikirkan visi dan matlamat jangka panjang bisnes kita, baru kita boleh buat langkah yang betul.

Kita perlu strategi dan game plan.

Kita kena tahu siapa pesaing kita, apa kekuatan kita, dan macam mana nak tarik pelanggan.

Tanpa strategi yang kukuh, kita akan hilang fokus dan mudah kalah.

Pastikan ada backup plan juga.

Kalau takde backup plan, bila salah satu strategi gagal, kita akan terduduk, sampai tahu nak buat apa.

Untuk buat backup plan, kita kena pantau apa yang berlaku dalam pasaran.

Apa trend terkini? Apa yang pesaing buat? Kalau kita tak pantau, kita akan tertinggal.

Buat SWOT Analysis. Kaji kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman.

Dengan analisis ni, kita boleh betul-betul kenal bisnes kita dari setiap sudut.

#2. Tak Plan, Kita Akan Ikut Orang.

Plan orang lain belum tentu sesuai untuk kita.

Tanpa plan, kita mungkin akan mengikut trend atau strategi orang lain tanpa melihat sama ada ianya sesuai atau tak untuk bisnes kita.

Bisnes yang berjaya adalah bisnes yang unik dan fokus pada kekuatan sendiri.

Perasan tak, bila kita tengok Instagram atau Facebook, banyak bisnes yang lebih kurang sama.

Semua jual produk yang sama, guna strategi marketing yang sama. Hanya follow trend je.

Kalau kita ikut je apa yang orang lain buat tanpa plan, boleh jadi kita tak tahu pun apa yang kita buat.

Setiap bisnes ada keunikan sendiri.

Kalau ikut je orang, kita hilang identiti bisnes kita.

  • Orang lain punya bisnes, dia punya strategi, dia punya target market.
  • Kalau kita ikut je, belum tentu semua benda sesuai dengan bisnes kita.

Bisnes kopi dan bisnes pakaian takkan sama strateginya.

Kena faham apa yang kita jual, siapa target market kita, baru kita boleh buat plan yang betul.

Kalau kita nak bisnes kita jadi besar, kita kena jadi trendsetter.

Jangan ikut je trend orang lain.

Cuba lah fikir, apa yang kita boleh bawa ke pasaran yang lain tak buat lagi?

Cuba jadi kreatif. Kita kena explore idea-idea baru, try benda-benda yang tak pernah orang buat

Kalau kita asyik ikut je orang, kita takkan berkembang.

Kita akan duduk dalam comfort zone kita, tak berani nak try benda baru. Padahal, dunia bisnes ni dinamik.

  • Kalau kita tak berubah, tak improve bisnes, kita akan ketinggalan.
  • Kita kena sentiasa mencari cara untuk improve bisnes kita, bukan ikut je apa orang lain buat.

Setiap bisnes ada kelebihan masing-masing.

Kita kena improve bisnes mengikut perubahan market.

Apa yang laku hari ni, belum tentu laku esok.

Kita kena pandai predict perubahan pasaran, adaptasi dengan cepat, and buat plan yang boleh survive dalam situasi yang tak pasti.

#3. Tak Plan, Kita Takut Salah Buat Decision Nanti

Biasanya, sebab kita takut buat salah langkah, takut bisnes kita rugi, takut buat decision yang salah.

Dalam bisnes, risiko memang ada. Kita tak boleh lari.

Kalau kita tak berani ambil risiko langsung, kita takkan bergerak.

Tapi, perlu ada keseimbangan.

Kita kena bijak kawal risiko.

  • Buatlah keputusan berdasarkan data dan fakta. Jangan ikut emosi semata.
  • Bila kita ada data yang kukuh, kita lebih yakin buat decision.

Senaraikan pro dan kontra.

Tulis apa yang baik dan buruk kalau kita buat keputusan ini.

Dengan cara ni, kita boleh nampak dengan lebih jelas apa yang kita akan dapat dan apa yang kita risaukan.

Dalam dunia bisnes ni macam journey.

Bukan semua langkah kita akan betul. Mungkin kita akan tersalah langkah.

Tapi, jangan risau. Yang penting, itu adalah proses dan journey kita.

Kita kena ambil tanggungjawab untuk decision kita.

Kalau salah, kita kena faham dan cuba cari jalan penyelesaian.

Tak guna kalau kita buat decision pastu bila salah, kita cari orang lain nak salahkan.

Kalau tak pernah salah, macam mana nak belajar, kan?

  • Kita kena belajar daripada kesilapan.
  • Belajar daripada yang lebih expert.

Cuba tanya orang lain punya pendapat.

Dalam bisnes, networking sangat penting.

Pengalaman daripada yang pakar boleh jadi penunjuk jalan, untuk kita buat keputusan yang lebih baik.

#4. Tak Plan, Kita Salah Pilih Strategi Atau Tiada Backup Strategi.

Banyak bisnes gagal sebab salah pilih strategi.

Kena faham apa kekuatan bisnes kita, siapa target market, and apa yang pesaing buat.

Kalau tak, confirm kita buat strategi yang tak relevan.

Strategi kena ikut keperluan bisnes kita.

  • Kalau tak, boleh jadi kita tak selesa dan bisnes jadi tak produktif.
  • Kita kena ada data, kajian, dan plan yang kukuh.
  • Strategi yang kita pilih kena berasaskan fakta, bukan ikut hati dan emosi.

Dalam bisnes, tak semua taktik sesuai untuk semua orang.

Setiap bisnes ada keperluan dan cabaran dia sendiri, so kita kena ada backup strategi yang boleh sesuaikan diri dengan keadaan.

Market sentiasa berubah-ubah. Kalau kita buat plan, lepas tu tak adjust dengan perubahan pasaran, kita akan teringgal jauh ke belakang.

Bila Plan A tak berjaya, kita boleh nampak Plan B sebagai peluang baru. Tak semua bisnes yang berjaya pertama kali.

Ada yang kena try dan error, then baru jumpa formula yang betul.

Kalau kita main jalan je marketing tanpa plan, boleh jadi kita fokus pada strategi yang tak memberi impak besar.

Strategi nampak je power, tapi takda hasil.

Sebab itu, kita kena kaji apa yang berfungsi, apa yang tak.

Bila kita boleh evaluate performance bisnes, baru kita boleh adjust strategi kita supaya lebih high impact lagi.

Kalau kita tak tahu apa yang pelanggan nak, kita akan salah pilih strategi.

Plan kena ada research pasaran, kaji trend, dan kenal pasti keperluan pelanggan.

Kalau tak, boleh jadi kita buat produk atau perkhidmatan yang tak ada demand.

Kalau salah pilih strategi, boleh rugi besar.

Macam beli baju online tapi tak sesuai dengan size.

Kita kena faham market, pelanggan, and trend sebelum pilih strategi.

#5. Tak Plan, Kita Berisiko Buat Silap, Rugi

Kalau kita tak ada plan, kita akan terlepas peluang besar untuk bisnes kita.

Bila kita tak ada objective dalam bisnes, kita takde hala tuju.

Dengan plan yang ada objective, kita akan tahu dengan jelas apa yang kita cari dan macam mana nak dapatkan peluang tu.

Kalau kita hanya bergantung pada nasib, kita akan sentiasa tertinggal di belakang, baring sambil tunggu rezeki jatuh dari langit.

Dengan plan, kita boleh cipta kejayaan sendiri, and grab peluang yang ada.

Peluang datang bila-bila masa, tapi kalau kita tak ada plan yang tersusun, kita akan rugi peluang besar.

Bila peluang dah datang depan mata, kita tak ready lagi, rugi!

Kita juga akan rugi peluang networking dan partnership.

Networking dan partnership itu boleh buat bisnes kita naik dengan lebih pantas.

  • Kalau kita tak ada plan untuk engage dengan orang lain, rugi la.
  • Kita boleh terlepas peluang untuk collaborate dengan pakar2 yang lebih experienced.

Bila kita ada terbuat kesilapan besar, reputasi kita pun boleh jatuh.

Sebab itu, bila ada plan, ia dapat membantu kita ambil peluang dengan lebih bijak.

Korang boleh faham ke ni?

Bila ada plan, korang tahu apa tanggungjawab korang.

  • Takde la korang sibuk buat benda tak penting, lebih efisien.
  • Tak payah buat kerja multitasking, tapi takde plan.

Planning buat korang focus pada benda-benda yang betul.

Korang boleh jaga kewangan bisnes dengan lebih stabil.

Korang boleh kurangkan kerugian besar, dan korang boleh buat keputusan kewangan dengan lebih bijak.

Bila ada planning, bisnes kita boleh jadi sustainable, tahan lasak, and boleh jadi ‘long-lasting’ dalam pasaran.

Kita bukan sekadar jadi usahawan biasa, tapi boleh jadi visionary leader yang inspire orang sekeliling.

Kita bukan saja focus nak grow bisnes, tapi juga nak membawa impak positif dalam industri dan komuniti.

Insha’Allah, bisnes kita akan terbang lebih tinggi!

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *