|

5 LANGKAH FOUNDER PERLU BUAT, BILA SALES DAH STUCK & TAK BOLEH NAIK LAGI

Dulu laju je sales masuk, sekarang dah makin sendu.. ada rasa macam ni?

Kalau sales tak jalan, bisnes pun tak jalan.

Tapi, ada masa sales kita stuck je, tak boleh naik, tak boleh improve.

Apa nak buat bila kita stuck macam ni?

Sebelum buat apa-apa action, kita kena buat sales analytic, iaitu analisis terhadap data sales kita.

Tanpa analisa, bagaimana nak tahu ‘ubat’ atau optimization yang betul untuk naikkan sales.

Hari ni saya nak share dengan korang 5 langkah untuk optimize, dan tingkatkan lagi sales bisnes!

#1: Data

Kita kena ada DATA! Data ni penting sebab kita akan dapat lihat prestasi bisnes, dan bantu kita buat decision yang lebih tepat.

Dengan adanya data juga, kita dapat tahu siapa target market kita, apa keperluan dan keinginan mereka, apa masalah yang mereka hadapi, dan macam mana kita boleh selesaikan masalah tu dengan produk kita.

Data trafik, view, lead, buyer, unit product sold, transaction, semua tu basic kena tahu.

  • Kalau tak ada data, macam mana nak optimize?
  • Macam mana nak tahu apa yang berkesan dan apa yang tak berkesan?
  • Macam mana nak tahu apa yang customer nak dan apa yang customer tak nak?

Data ni kena collect dan track secara konsisten dan sistematik.

#2: Platform & Sales Channel

Kita kena tahu, dari mana sales tu datang, dari PLATFORM & SALES CHANNEL yang mana?

Contohnya, socmed, e-commerce, team sales, marketplace, offline COD, kiosk dan sebagainya.

Setiap platform dan sales channel ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Ada yang sesuai untuk produk tertentu, ada yang sesuai untuk target market tertentu.

Lepas tu, kita kena tahu cari jalan macam mana nak optimize setiap platform dan sales channel tu.

#3: Analysis

Selepas itu, kita kena buat ANALYSIS. Kita kena study data yang kita dah collect tu dan tengok apa yang boleh kita improve untuk tingkatkan lagi performance bisnes.

Kita kena tengok conversion rate, closing rate, roi & roas, % sales distribution, cost per buyer, cost per acquisation a buyer dan macam-macam lagi.

  • Kita kena tahu apa strength dan weakness kita dalam sales.
  • Kita kena tahu apa opportunity dan threat kita dalam market.
  • Kita kena tahu apa trend dan demand dalam market sekarang.

Kita kena buat analysis ni secara berkala dan sistematik, supaya kita dapat insight yang berguna untuk bisnes kita.

#4: Finding

Dari analisis yang kita dapat tu, kita dapat dapat FINDING, dan jumpa jawapan atau penyelesaian untuk masalah atau cabaran yang bisnes kita hadapi.

Kita kena check data compare dengan sales metrik yang telah kita tetapkan!

Contohnya, kalau kita target nak dapat 1000 buyer sebulan, tapi data tunjuk kita cuma dapat 500 buyer je,

  • Kenapa? Apa sebabnya?
  • Apa faktor-faktor yang mempengaruhi?
  • Apa yang boleh kita buat untuk capai target kita?

Dari situ, kita akan jumpa finding.. Mungkin conversion kita teruk.. mungkin cost per lead mahal.. mungkin closing sederhana, bukan maximum..

#5: Optimization

Sekarang, baru la boleh buat OPTIMIZATION. Kita kena adjust strategi atau teknik yang sesuai untuk naikkan sales kita, berdasarkan finding yang kita dapat dari analysis kita.

Barulah kita boleh ubah apa yang perlu diubah, dan kekalkan apa yang perlu dikekalkan.

Contohnya, kalau data tunjuk socmed adalah platform yang paling banyak sales, kita boleh optimize socmed dengan lebih banyak post, lebih banyak engagement, lebih banyak ads dan sebagainya.

Kalau data tunjuk team sales adalah channel yang paling kurang sales, jadi kita boleh optimize team sales dengan;

  • Lebih banyak training,
  • Lebih banyak incentive,
  • Lebih banyak feedback dan sebagainya.

Mungkin kita boleh tukar harga produk, buat promosi atau diskaun, atau ubah target audience untuk iklan.

Kita kena susun marketing plan, teknik dan strategi, berdasarkan finding yang kita dah dapat sebelum ni.

Contohnya,

Teknik tingkatkan conversion rate..

Adjustment pada presentation, copywriting, product demand, target audience, timing, cara offer, boleh ubah conversion rate!

1% perubahan conversion rate, boleh naikkan 100% sales kita tau..(ni yang paling utama kitq beri perhatian).

Transaction increament..

Bayangkan dari orang orang nak beli 1 botol, orang beli pakej.. Terus naik sales!

Teknik pakej, gift, upsell, backendsell, crossell, oto, suggestion, antara yang boleh digunakan.

Sebenarnya banyak lagi boleh buat..

Antaranya, kita tingkatkan repetition existing customer, maybe dengan new product, exclusive product, maybe dengan buat line extension atau brand extension, yang menambah lagi ‘kerajinan membeli’ existing customer.

Kita juga boleh, tambah new customer, dengan tambah channel baru.. tambah tim yang menjadi sales point..

Maybe buat brand expansion dengan tambah branch, kiosk, distributor dan sebagainya.

Okay? Boleh faham ke?

So, itu dia 5 langkah untuk optimize dan improve sales bisnes korang.

Trust me, kalau korang buat langkah-langkah ni dengan betul dan berterusan, insyaAllah sales korang akan naik!

Kalau korang ada apa-apa soalan atau komen pasal topik ni, boleh lah tinggalkan kat ruangan komen bawah ni.

Jangan lupa share post ni dengan rakan-rakan korang yang lain ye.

Jumpa lagi dalam post seterusnya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *