|

9 Kesilapan Yang Patut Dijauhi Oleh Peniaga Semasa Closing

Dalam dunia bisnes yang penuh dengan persaingan sekarang ni, customer mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli dari mana-mana peniaga yang mereka suka. Pelanggan sekarang lebih suka membeli dari peniaga yang mereka sudah PERCAYA dan SELESA.

Sebab itu, walaupun seseorang peniaga itu sudah bertahun-tahun dalam dunia bisnes, boleh JATUH dalam hanya beberapa bulan sahaja. Kenapa? Mungkin peniaga ini sudah begitu selesa dengan kerja harian mereka atau TAK TAHU cara melayan pelanggan.

Inilah antara KESILAPAN BESAR yang wajib dielakkan dalam bisnes. Sebagai seorang peniaga, anda wajib tahu perkara ini.

Ok, dalam artikel ini, saya nak kongsikan 9 kesilapan yang biasa dilakukan oleh peniaga tak kira online atau offline

#1: Tak Kenal Produk

Jika anda menjual sesuatu produk atau provide service, anda perlu tahu kenal produk/servis tersebut lebih banyak daripada customer anda. Jika anda ada staff, anda perlu kena dedahkan segala info yg relate dgn produk/servis anda..

Katakan, anda menjual produk kecantikkan untuk memutihkan kulit, berikan segala info mengenai produk pada staff anda. Contohnya, apa manfaat produk? Gambar-gambar produk, cara penggunaanya, testimoni dan lain-lain.

#2: Buang Masa Customer

Customer tidak suka menunggu atau mensia-siakan masa mereka. Jangan berikan banyak alasan pada customer anda. Jika anda berikan terlalu banyak alasan, mereka pasti buat pilihan yang lain. Lagi2 kalau produk anda banyak persaingan. Jika ada customer PM anda, cuba jawab dalam tempoh 24 jam. Jika lambat, mereka mungkin akan lari ke pesaing anda  yang lain.

Katakan la lebih 45% pelanggan berminat membeli dari anda, namun anda mengambil masa yang lama untuk respon. Kesannya, mereka akan anggap bisnes anda tak wujud dan tak serius kerana tiada respons dari peniaga. Akhirnya, mereka akan batalkan niat untuk membeli dari anda.

#3: Mungkir Janji

Ini antara kesilapan BERAT yang paling tidak disukai customer. Anda ingin berikan DISKAUN pada customer untuk tempoh masa terhad, tapi anda mengenakan cas tersembunyi…maknanya customer perlu bayar lebih.

Anda mungkin dapat untung dengan cara ini, tapi untuk JANGKA PANJANG, anda akan rugi kerana customer sudah tak percaya lagi pada anda. Jika anda sudah berjanji dengan customer anda, pastikan anda tunaikannya. INGAT TU!

Jika anda sudah janji nak hantar produk pada pelanggan dalam tempoh 3 hari sahaja, tunaikan…buat sehabis yang baik. Jangan hanya berikan janji-janji manis hanya nak dapatkan untung semata-mata. Faham ke?

#4: Tidak Dengar Pandangan Customer

Kadang-kadang, ada customer yang ingin berikan pandangan mengenai sesuatu produk, mereka inginkan kepastian. Apa yang patut anda buat adalah anda perlu layan dan berborak dengan mereka. Bina hubungan baik dengan mereka.

Cuba dengar apa masalah yang dihadapi customer anda, berikan mereka penyelesaian. Gunakan bahsa yang paling mudah mereka fahami.

Untuk berinteraksi dengan customer, anda perlu ada skill untuk close sales, pandai menjawab bantahan customer tapi dengan cara yang baik dan berkesan. Ini dapat membuatkan customer selesa dengan anda. Jadikan mereka seperti kawan baik anda.

#5: Sentiasa Ingin Menang, Suka Berdebat

Customer tak selalunya betul, tapi tak bermakna anda boleh HENTAM kesalahan mereka. Mereka pun ada perasaan juga. Tak perlu nak besar-besarkan kesalahan customer untuk paksa mereka membeli. Customer membeli produk anda kerana mereka ingin menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan atau kehendak. Kerja anda adalah membantu menyelesaikan mereka.

Kat sini, ada beberapa tips untuk anda bantu customer;

  • Dengar dengan jelas, dan kenal pasti apa kesalahan pelanggan anda.
  • Cuba beri penyelesaian dengan cara baik, gunakan bahasa yang mudah.
  • Pastikan pelanggan anda tahu, apa yang akan berlaku setiap langkah penyelesaian.
  • Selepas selesaikan masalah, tanya jika sebarang bantuan diperlukan.
  • Biar pelanggan anda yang habiskan perbualan.

#6: Pilih Kasih Antara Customer

Dalam bisnes, anda tidak boleh lebihkan satu customer dgn customer  yang lain. Apabila customer rasakan yang mereka seperti tidak dilayan, dianaktirikan atau diabaikan, mereka akan terus ‘lari’ dari anda dan cari pesaing anda. Nampak tak? Anda dah rugi kan?

Senang cerita, anda sebenarnya perlukan semua customer. Mereka beli produk anda, kemudian mereka ceritakan produk anda pada kawan-kawan mereka, dapat promosi percuma. Anda pun dapat tingkatkan hasilkan jualan.  Sebab itu, penting untuk anda menghargai setiap customer anda.

#7: Tiada ‘Service After Sales’

Menyediakan Sales after service juga sangat penting. Jika anda tidak beri support selepas customer membuat pembelian, anda tidak akan dapat customer yang setia dengan anda.

Ini beberapa support yang boleh anda praktikkan;

  • Sediakan sebanyak mungkin maklumat perhubungan di website/fanpages anda.
  • Maklumat mestilah mudah difahami.
  • Jika anda menggunakan Autoresponder, cuba reply dengan gaya bahasa manusia. Tiada siapa yang suka berhubung dengan orang yang tidak dikenali.

#8: Terlalu Memaksa Customer

Semasa close sales, anda tidak boleh terlalu memaksa customer. Jangan terlalu banyak menggunakan perkataan beli, beli, beli…Customer akan jadi menyampah dengan anda. Banyakkan perkongsian tips, banyakkan engagement dengan customer anda. Jangan lupa untuk kumpul database customer anda, lebih mudah untuk follow up mereka nanti.

Anda perlu tahu yang prospek yang tidak melakukan pembelian adalah disebabkan mereka sibuk , takder bajet, lupa, atau survey harga je dulu. Jika anda nak follow up prospek, ada caranya…baca tips di bawah;

  • Mulakan dengan ucapan seperti As salam, Salam sejahtera atau hi.
  • Jangan lupa perkenalkan diri anda.
  • Sebut nama prospek yang bertanya seperti Hi Tuan Kamal.
  • Jangan ulang semula info produk ketika menjawab soalan pelanggan.
  • Akhiri jawapan anda dengan soalan.

#9: Kurang Menjawab Soalan Pelanggan

Jika ada customer bertanya soalan mengenai produk anda, layan mereka. Jangan biarkan mereka tunggu jawapan anda terlalu lama, cuba jawab soalan mereka dalam tempoh 24 jam. Nak jawab soalan tu pun biar ikhlas, jangan nampak seperti terpaksa menjawab.

Ni saya nak beritahu la, antara teknik yang berkesan untuk buat customer membeli produk anda berkali-kali adalah dengan menjawab soalan customer.

Lebih banyak soalan yang ditanya, lebih tinggi kepercayaan pada bisnes anda. Percaya la cakap saya. Cubalah!

Sama la juga seperti anda kongsikan tips-tips berguna di wall profile facebook anda. Anda mungkin tak perasan yang sebenarnya anda sudah membantu rakan-rakan facebook selesaikan masalah mereka, kerana anda sudah memberi ilmu yang dicari-cari mereka.

Kesannya, apabila anda tawarkan sesuatu produk pada mereka yang sentiasa follow status facebook anda, pasti mereka berminat untuk membeli dari anda.

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *