Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

9 Langkah Penting Untuk “Owner Bisnes” Yang Tak Pernah Berniaga di FB.

Diterbitkan pada Jun 16, 2016 oleh

9 Langkah Penting Untuk Owner Bisnes Yang Tak Pernah Berniaga di FB.

“Biasa jual offline je, kat bazaar, karnival, ada kedai sendiri gak.. produk dah ada demand dah pun.. Sales pun ok jeww.. Nak start niaga online ni tak berapa pandai lah, pening pala, tak tau nak mula dari mana..”

Takper, meh saya bantu selesaikan masalah anda tu, kalau dah ade produk, dah pernah buat sales, inshaAllah klu kembangkan lagi platform marketing dengan fesbuk ni mesti lagi ‘BOOM!’..

Silap bulan tak niaga offline dah.. TERPAKSA fokus online pulaks..

Siyes.. Rugi kalau anda berniaga tapi tak menggunakan fb ads.. Zaman sekarang dah moden, jangan kerana ego kita bole ditinggalkan oleh orang-orang baru yang pandai gunakan peluang fb ads ni…

Ok, faham?

Ni saya kongsikan 9 langkah bagaimana nak mula berniaga di fesbuk..

Ikuti satu per satu, dan buat terus buat! Mudah jeww..

LANGKAH 1 – JENAMA ANDA

Langkah permulaan, kenalpasti dulu apakah jenama bisnes anda. Apakah nama yang anda ingin gunakan dan ingin dikenali orang.

Penjenamaan nama ni boleh di pecahkan kepada 2 jenis. Samada BRAND atau GENERAL.

Brand; Jenama anda sendiri, mungkin orang masih belum kenal, jadi anda perlu bina branding jenama anda. Ia bagus untuk long term.

General; Nama page anda secara umum, tapi mudah faham, org tengok nama page dah tahu, tak perlu siyes bina branding untuk permulaan. Tapi agak rugi untuk long term.

Mcm mana pun terpulang pada objektif anda.

Saya bagi contoh, katalah anda berniaga tudung.

  • BRAND : FlowerScarf XYZ / mushroomscarf
  • GENERAL : Tudung Cantik Idaman Gadis

Lagi contoh, katalah anda jual produk kecantikan.

  • BRAND : Beautyessence, whitening xyz
  • GENERAL : rahsia awek korea, rahsia kulit cantik

Faham tak kedua-dua perbezaan nama ni?

Jadi, anda dah ada nama yang nak digunakan?

p/s – nak tahu lebih lanjut TENGOK SINI

LANGKAH 2 – BINA FANPAGE

Kalau anda berniaga secara offline dah tentu anda perlu ada kedai, butik, gerai dn lain-lain.

Jadi.. Kalau nak niaga online di fesbuk, anda perlu ada FANPAGE.

Ia bertujuan untuk memudahkan anda untuk berniaga, fanpage dan fb profile adalah benda yang berbeza ya. Jangan berniaga di fb profile, tak profesional tuh..

So kenapa perlu bina fanpage ni?

  • Unlimited followers, kalau fb profile tu 5000 je max.. Bole ade juta juta fans nanti! Best..
  • Bole fokus pada bisnes bukan personal, takkan nak menjual di fb profile je, tu da kire spamming tu. Nyampah kawan-kawan kite.
  • Branding, boleh fokus bina branding bisnes anda. Nak post berkaitan produk pun takde masalah. Dah name pun page bisnes.
  • FB Ads, hanya dengan Fanpage saja anda boleh promosikan produk anda menggunakan fb ads, dapatkan post paling berkualiti kemudian buat fb ads, post anda bakal dilihat ramai pengguna fb.

Bina sekarang kalau masih belum ada lagi..

LANGKAH 3 – KEMASKINI FANPAGE

Page dah siap? Ok, anda kena kemaskini details dalam fanpage anda. Beberapa perkara yang anda perlu kemaskini ialah;

  • timeline cover, gambar paling atas skali tu.. 1st impression orang bila masuk page anda. Upload gambar produk anda.
  • profile picture, upload gambar logo bisnes anda ke, gambar owner ke. Supaya nampak lebih profesional dan bole dipercayai.
  • update details, pastilan anda masukkan semua maklumat-maklumat bisnes anda di ruangan yang disediakan dalam page tersebut. Supaya tak nampak macam bisnes anda ni main-main.

Anda kena ready kan page anda dulu sebelum kita panggil pelawat masuk.

Pahe dok..?

LANGKAH 4 – UPDATE POST

Jangan biarkan fanpage anda kosong. Kalau nampak kosong nanti bakal pelawat akan rasa kurang percaya dan tahu anda tidak serius jalankn perniagaan.

Untuk permulaan, sebelum buat FB Ads, anda perlu update sekurang-kurangnya 5 posting. Anda boleh update dalam pelbagai bentuk,

Saya bagi sedikit idea untuk anda bole terus update di page, contohnya;

  • posting gambar, post produk-produk anda.
  • Posting video, cara guna, pengenalan diri atau pengenalan produk secara ringkas sahaja.
  • Gambar stok, anda ada stok? Upload gambar tersebut, supaya nampak bisnes anda real.
  • Gambar aktiviti, tunjukkan suasana bisnes anda, supaya mereka tak curiga dengan anda.
  • Testimoni, upload testimoni yang pernah menggunakan produk anda.

Dah, senang kann, simple jer, buat 5 posting ni dulu. Fokus ambil masa dlm 1-2 jam dulu..

LANGKAH 5 – PIN TO TOP

Sebelum ke langkah yang lebih advance, anda perlu sediakan satu posting yang lengkap dan betul-betul bersedia untuk dilihat oleh prospek anda.

Anda perlu lengkapkan posting tersebut dari segi;

  • Design gambar produk yang menarik.
  • Headline yang memukau.
  • Copywriting yang menarik.
  • Apakah Kelebihan, manfaat, kebaikan produk anda.
  • Offer yang susah nak dilepaskan.
  • CTA yang jelas untuk mereka bertindak dengan segera.

Ambil masa sedikit untuk siapkan posting yang sangat penting ni, kemudian pin to top.

Supaya, 1st impression pelawat yang masuk di page anda akan nampak post pin to top tersebut. Sebab tu, anda perlu hasilkan post dengan gambar yang menarik beserta headline dan copywriting yang memukau.

p/s – takde idea? tak tahu nk tulis apa. BACA SINI

LANGKAH 6 – KAD KREDIT/ KAD DEBIT/ ONLINE BANKING

Langkah seterusnya ialah anda perlu sediakan kad kredit atau kad debit untuk menggunakan fb ads. Ia adalah WAJIB.

Untuk penggunaan online banking pula, tak semua orang ade function ni, hanya sesetengh orang saja yang mempunyai function untuk menggunakan payment method online banking ni. Kalau nak juga mungkin perlu buat akaun fb baru.

Sebelum tu..

Kad bank yang disarankan ialah easy rhb, public bank dan bank islam. Yang lain bukan tak boleh tapi tinggi risiko untuk akaun anda disekat dan mengalami masalah payment.

p/s – nak tahu cara gunakan perbankan internet TENGOK SINI

LANGKAH 7 – LIKE MARKETING

Like marketing adalah salah satu teknik fb ads yang digunakan untuk dapatkan followers. Selain itu, ia juga berfungsi untuk bina branding produk kita.

Jadi anda perlu bina iklan like yang menarik dan pastikan ia berkaitan dengan produk anda.

Letakkan bajet paling minima untuk permulaan. Rm3-rm10 saja. Pastikan buat berterusan.

So..

Anda perlu sediakan gambar yang menarik, ayat like yang mudah difaham orang. Saya bagi contoh paling mudah, katalah anda jual produk kecantikan;

“Sis! Meh Klik LIKE jika nak kelihatan cantik dn comeh dlm masa 7 hari” tu contoh…

Pastikan ada ayat “klik LIKE jika….”

Pesanan saya, anda perlu buat split test untuk dapatkan result yang terbaik.

p/s – tengok sini tutorial buat like –> KLIK SINI

LANGKAH 8 – BOOST POST

Kan anda dah buat satu post pin to top, jadi post tersebut akan run fb ads dan akan disasarkan pada prospek anda.

Kalau anda miliki fans yang ramai bole sasar pada fans saja, tapi kalau masih baru lagi. sasarkan pada page lain yang punya interest sama seperti anda.

Caranya, anda perlu tekan butang warna biru yang tulis ‘boost post’ pada bahagian bawah post tersebut.

Kemudian, untuk permulaan, tetapkan bajet minima dalam linkungan rm15-30 saja.

Seterusnya, masukkan umur, jantina, lokasi dan interest mereka.

p/s – untuk lebih details anda boleh lawat blog sifufbads.com

LANGKAH 9 – MONITOR ADS

Lepas dah buat boost post, katalah bajet untuk haritu atau selepas 24 jam dah habis.

Tengok, adakah anda untung? Atau rugi?

Kalau untung, boleh teruskan lagi, tambahkan lagi bajet anda.

Kalau rugi, anda perlu perbaiki beberapa faktor berikut;

  • Gambar
  • Headline
  • Audiens
  • Copywriting
  • CTA
  • Urgency

So, semak dan perbaiki semula, buat sampai jadi!

p/s – kalau pening kepala tu cer korek-korek info di blog atau page SifuFBads.. ada banyak khazanah tu.. nak atau tak nak jer.. Okey?

Komentar (7)

  1. Ayyzee

    Kalau harga barang kita mahal dan itu punca customer tidak berminat bagaimana ya? Tapi kalau tidak mahal, keuntungan terlalu kecik pula. Kalah dalam persaingan harga terutama bisnea yang baru nak naik.

    1. SifuFBads Penulis

      kalau mahal, kita kena ceritakan value yang prospek dapat lepas mereka beli produk kita. ayat iklan dan gambar juga mainkan peranan penting. kita kena buat kelainan dari pesaing. berikan offer, bonus atau free gift yang peniaga lain x bagi.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!