Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

~ Kisah Menjelang Aidilfitri… ~

Diterbitkan pada Jul 5, 2016 oleh

Kisah Menjelang Aidilfitri

Lelaki yang pegang Penyapu ini telah ajar saya sesuatu yang berharga di minggu terakhir Ramadhan Ini…

Saya nak share satu pengalaman saya.. Pengalaman yg amat berharga..1st time saya jumpa pglmn camni.. (Mungkin org lain dah biasa jumpa pglmn sebegini). Pglmn yg berlaku di minggu terakhir Ramadhan, Rabu lepas..

Saya dalam perjalanan dari KB ke KL slps selesai sedikit urusan di sana. Saya dgn Khairul, staff sifufbads..Bila lalu di area lipis, raub, saya tercari2 masjid utk berhenti solat..Namun, sepanjang perjalanan mencari2 tempat untuk singgah solat dan rehat, namun asyik terlepas dan tak jadi nak bhnti. Akhirnya dengan izin Allah, saya berhenti singgah di sebuah masjid tepi jalan yang bernama Masjid Qariah Dong di Raub, Pahang. Masjid ni betul2 tepi jln. Bertentangan dgn arah saya..

Khairul turun dlu utk bersolat..

Saya dlm kete lg, lihat whatsapp. Kemudian, saya turun nak masuk masjid. Melangkah sahaja ke pagar masjid, terkejut saya dengan sapaan seorang lelaki…

“Assalamualaikum….Baru sampai bang? Silakan masuk bang….”

Terkejut saya.. Diterjah..dengan sapaan itu dan beliau salam dengan saya siap cium tangan lagi ( beliau tidak kenal saya ya..). Saya pandangnya, dan berfikir sapa ni?

“Pak Bilal ke? Pak Imam ke? Takkan Pak Bilal, Pak Imam salam cium tgn saya plak..Tak logik ni.. Lagipun lelaki ni mcm 10 tahun lg tua dari aku” – hati saya tertanya2…

“Abg nak ke tandas dulu atau terus solat?” – tya lelaki itu..

“Waalaikumsalam….Saya nak solat…”…saya sahut sapaanya.

Kemudian lelaki ni beredar. Saya nampak dia sibuk menyapu2 halaman masjid yg mmg dah bersih sgt.. Rajin btul abg ni..

Tiba2 saya nak ke tandas sblm solat.. Tiba2 lelaki tadi muncul dan berkata;

“Abg pakai je kasut tu.. Takyah buka masuk tandas. Nanti saya cuci kesan tapak kasutnya..”

Biar betul brader ni? Padahal kat situ, dah disediakan selipar utk masuk ke toilet. Dan wajib buka kasut.. Tapi slamber jer brader ni bg saya masuk dgn kasut, dan siap nak cuci lg kesan yg saya pijak tu..

Saya pun trus ke tandas dgn kasut..

Slps tu, saya berwudhu dan naik ke masjid utk bersolat. Semasa solat, lupa nak psg kipas..Tgh bersolat, tiba2 terdengar petikan suis kipas, dan kipas di atas kepala saya dan mula terpasang…kelihatan sosok tubuh lelaki tadi yg membuka suis tersebut…ketika itu mmg saya seorang sahaja yang solat disitu..

Slps solat, saya berfikir – pasti abg tadi yg psg kipas masa saya bersolat.. Alangkah baik hati lelaki ini..

Selesai solat, saya kluar dan saya nmpk lelaki ini tidak duduk diam…ada saja kerjanya di sekitar masjid…menyapu sampah…membersih tandas…bergerak sekitar masjid…nmpk bersemangat ! Turun saja dari masjid…dia menyapa Khairul dengan ramah…

“Boleh duduk dekat wakaf situ ya bang kalau mahu rehat2…disana ada kipas…boleh pasang…sejuk sikit….”

Ramah betul brother ni….tak pernah saya jumpa org yg melayan saya sebegitu di masjid.. Dgn penuh adabnya, hormatnya, tanggungjawabnya, saya tertarik dgn akhlaknya.. Terasa nak berbual2 pula…lalu saya memanggilnya…dan mulakan perbualan….

“Kerja sini ker bang..nak panggil apa ya namanya…?….saya mulakan perbualan…

“Yer…saya dulu part time sini jer….sebab ganti org asal yang jatuh sakit…tapi last2 jadi Full Time pula….hahaha..onama saya Ijam….”

“Berapa dapat upah kerja sini?…..”

“Dapatlah upah Rm200 sebulan…cukup2 lah lepas duit dapur nak makan…sambil2 saya noreh getah juga…tapi…harga getah skrg dah murah lar….”….ujarnya sambil tersenyum lebar penuh kesyukuran….

“Nampak semangat lar….apa rahsia abg layan org dtg solat sini bersungguh2, tak pnah saya jmpa layanan mcm ni kat masjid. Kat hotel pon xde camni?….”..saya cuba korek2 apakah sebab beliau nmpk sgt bersemangat dan ramah dalam bekerja…

“Yer ke bang? Ish… Biasa je saya buat ni..tapi, dulu saya jahat bang…tapi sejak keje masjid ni…saya rasa bahagia sangat…solat jemaah selalu…dpt berbakti pada rumah Allah…dan yang paling penting…saya rasa dekat sangat dgn Allah….perasaan itu sangat tenang dan bahagia…”…..ujarnya menjawab soalan saya dengan tenang bercampur sebak….”

Nampak jujur lelaki ni..

“Ramai org luar singgah solat sini bang. Saya pun heran jugak..”

“Saya pagi noreh.. Org rumah pon noreh.. Anak skolah lg.. Duit2 noreh, dgn upah bersihkan masjid ni cukup la utk sara hidup.. Makan..Syukur, Alhamdulillah..”

Saya lihat pakaiannya, spt pakaian yg telah dipakai 2-3 hari.. Nampak lusuhnya..Nampak benar2 org susah ni..Saya yakin, pasti lelaki ni tiada duit sgt utk sambut Aidilfitri ni..

“Abg asal org mana? “– saya bertanya..

“Saya asal jengka.. Wife pon jengka..” – jwb Abg Ijam.

“Jauh benar tu.. Sampai ke Raub”. Saya bertanya..

“Saya bawa diri ke sini lama dah.. Ada hal skit..” Sambil dia bercerita ttg asal usulnya..

Slps lebih kurang 20 minit berbual, saya minta diri. Almaklumlah, perjalanan ke KL jauh lg..

“Dah prepare untuk raya..?”….saya bertanya…

“Belum ada lagi…tak prepare apa2 pun…hehe… Raya dgn mana yg ada jer”…jawabnya spontan sambil tersenyum….

Kemudian, saya bangun buka wallet tanpa dilihatnya…Saya ambil secubit beberapa note RM50 tanpa langsung kira berapa jumlahnya, dan hulurkan kpd Abg Ijam..

“Ambil bang.. sedikit duit raya…ambil lar…buat belanja raya….”, dia terkejut, sambil mengambilnya..

“Banyak sangat ni bang….saya tak pernah lagi dapat banyak mcm ni spjg saya kat masjid ni..betul ker ni?…hbs abg ada duit tak bagi kat saya ni….” Dia berkata dgn sebak dgn matanya berkaca (air mata spt nak turun tp ditahan)

“xpa…..ambil lar…..saya ada bhgn saya….tak perlu bimbang….”, saya yakinkannya….

“Terima Kasih banyak ya….ini lah duit raya yang paling byk pernah saya dapat…abg nama apa?….buat kerja apa?….saya doakan abg murah rezeki lagi lepas ni ya….terima kasih byk2….”…..ujarnya terharu dengan mata yang berkaca….

“Saya buat bisnes bang. Ada la rezeki lebih skit. Tolong diakan saya berjaya bang”.. Jwb saya mahu ke kereta.

“Bisnes apa tu? Apapun saya doakan abg, murahkan rezeki, bisnes berkembang lagi..Diizinkan ALLAH” – abg ijam berkata sambil kedua2 tangannya menghadap ke atas, dgn muka yg terharu.. Sebak..

Saya pun bersalam2 dgn beliau dan segera menaiki kenderaan dan bergerak pulang…sehingga ke pintu kenderaan beliau hantar saya..

Dan saya bergerak.. Bersama Khairul.. .

Alhamdulillah…hari ni rasa belajar, bljr live..Dari pertemuan singkat ini..

Dan..

..saya rasa mahu kongsikan pada anda semua sebagai pelajaran kita bersama, boleh?….Mana tahu ia sangat bermanfaat untuk anda praktikkan dalam kehidupan seharian baik pada urusan personal mahu pun urusan bisnes…

” Boleh sifu…kongsikanlah apa pelajarannya yang boleh kami praktikkan..?”

Baiklah…ini antara point2 penting yang saya boleh kongsikan dari kisah pertemuan ini :

  • BERBUAT BAIK DENGAN SEMUA ORANG 

kita kena banyak buat baik dengan ramai orang..layan semua orang dengan baik tanpa perlu memilih2 dan berkira2 siapakah orang itu…kalau berniaga…layan baik semua suspek, prospek dan pelanggan….semua tue sumber dan laluan masuk rezeki…kerana Allah memberi rezeki juga melalui tangan-tangan dan hati manusia…walau dia belum membeli pun…kita layan juga smp dia jatuh hati akhirnya.

  • DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH 

untuk mencapai puncak kebahagiaan yang sebenar…kita harus sentiasa ingat dan rasa dekat dengan Allah…walau apa pun yg terjadi dalam hidup…walau apa jua situasi yg kita hadapi…bila Allah dekat…semua akan rasa mudah, tenang, dan bahagia jer…yakinlah dengan Allah.

  • BERSYUKUR 

kita kena bersyukur dengan apa yang ada…dengan apa yang Allah beri…serta bersabar dengan segala situasi sepanjang proses perjalanan hidup kita…bukankah bila bersyukur Allah janji akan tambahkan lagi rezekiNya?..kalau anda yakin dgn Allah…anda akan mendapat hasilnya…teruskan usaha smp jadi…walau belum berhasil…teruskan juga…jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.

  • MENDOAKAN 

di sekeliling kita pasti ada pelbagai jenis org…ada yang berbakti pada kita…byk bantu kita…dan ada juga jenis yang byk menyusahkan kita..apa kita perlu buat?…kita kena biasa mendoakan orang perkara baik2…kalau yg baik kita doakan ia bertambah baik…kalau dia kurang baik…kita doakan juga agar dia mendapat petunjuk hidayahNYa…akhirnya semua kan menjadi baik….baru lar harmoni hubungan kita semuanya.

  • BIASAKAN MEMBERI DULU 

kita kena biasakan hidup kita dengan mula memberi dulu..kemudian biar Allah saja yang mengaturkan sebaik2nya bahagian rezeki kita..apabila kita tidak begitu berkira2…orang pun Insyallah tidak akan berkira2 dgn kita.

  • BERTERIMA KASIH 

bila mana orang memberi sesuatu..hendaklah kita biasakan diri dengan ucapan terima kasih sebagai penghargaan…hargai mereka dengan sepenuhnya…bila mana org dah beli produk kita..hargai mereka dengan penuh kesugguhan…kalau mereka dah suka dengan kita…pasti mereka akan dtg beli lagi.

Banyak lagi pengajaran yang kita boleh ambil dari pengajaran kisah diatas…sebagai owner bisnes yang berniaga dgn orang…mmg sangat wajar dan penting untuk kita berbuat baik dengan semua orang.

Jadi…mari kita sama2 audit diri…dan mula amalkan segala kebaikan dengan bersungguh2 menjadi manfaat kepada ramai orang…

salam Aidilfitri..

Komentar (1)

  1. Azhan

    Assalamualaikum..untuk makluman tuan, penama yg tuan ceritakan ini telah kembali ke Rahmatullah pada Sabtu malam Ahad (4.2.2017) yang lalu akibat kemalangan jalan raya pada pagi Sabtu itu. Semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah SWT.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!