Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

Diterbitkan pada Jan 5, 2016 oleh

Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

Pernah tak anda ada masalah tak dapat nak buat pembayaran iklan dengan menggunakan kad debit/kredit?

Kalau pernah, apa kata anda gunakan pula pembayaran iklan menggunakan Perbankan Internet/Prepaid. Ia lebih mudah nak dilakukan berbanding menggunakan kad debit/kredit yang selalu bermasalah untuk buat pembayaran.

Itu berita baik. Berita buruknya adalah cara ini hanya boleh digunakan oleh akaun FB yang belum pernah buat iklan. Kalau anda dah pernah buat iklan sebelum ini, tak dapat lah gunakan cara ini.

“Saya nak buat jugak! Ada cara lain tak?”

Nak buat jugak? Boleh… tapi, anda kena buat akaun FB baru la. Tu je caranya.

Ok, sekarang saya nak tunjukkan tutorial bagaimana caranya nak lakukannya…

Masuk ke Ads Manager, kemudian klik pada menu Billing. Nanti akan keluar paparan seperti ini…

1

Pilih Perbankan Internet (pilih salah satu je, lepas tu cara pembayaran ini tak boleh diubah), klik Continue

2

Tick pada kotak tu, kemudian klik butang Use Manual Payments..

Sekarang, letakkan berapa ringgit yang anda ingin masukkan ke dalam akaun FB ADS anda. Klik Review Payment.

3

Klik Make Payment..

4

Pilih Bank yang anda ingin gunakan untuk buat pembayaran. Letakkan juga alamat emel dan no. telefon anda di ruangan yang disediakan..

5

Klik butang Buy. Nanti akan keluar Pop Up untuk ke website bank. Jika anda bayar guna CIMB Bank, anda akan dibawa ke website CIMB Clicks. Jika anda bayar guna Maybank, anda akan dibawa ke website Maybank2u. Sama juga dengan bank yang lain.

Begitu je caranya. Selepas selesai je pembayaran, duit tersebut akan TRANSFER ke akaun FB ADS anda.

Jadi, bagaimana proses pembayaran berlaku?

Apabila anda dah buat iklan, dan iklan tersebut dah berjalan. Duit tersebut akan automatik ditolak mengikut kos iklan yang anda dah jalankan.

Dan apabila duit tersebut dah habis digunakan, iklan anda akan PAUSE secara automatik. Lebih selamat dan dapat elakkan kita dari BAZIR duit kerana terlupa tutup iklan.

Bagus juga guna cara pembayaran ini, kan? Tapi, ada juga keburukkannya…

“Huh.. ada juga keburukkannya ke?”

Well, takde benda yang perfect dalam dunia ini. Setiap benda pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Apa kelemahan cara bayaran jenis ini?

Kelemahannya, jika akaun FB ADS kita kena FLAGGED, duit yang ada dalam akaun tersebut akan burn..

Jadi, anda janganlah TOP UP banyak duit dalam akaun tu. Maksimum, letaklah bawah RM300. Nak lebih selamat, kalau akaun anda masih baru, letak bawah RM100 je dah cukup. Kalau kena flagged pun, takde la rugi sangat.

Okay, setakat itu sahaja. Harap tutorial ini dapat bantu selesaikan masalah pembayaran iklan anda. All the best!

Komentar (96)

  1. Suriani shukri

    Salam sifu nak tanya kenapa x dpt buat pymt utk acct FB Ads saya?Duit debited dari account tapi pymt x masuk dlm account FB ads…Kenapa ya?dh call bank…bank ckp saya kena buat report ke pada merchant Fb ads…sebelum ni x pernah ada masalah pun..nak buat mcm mana ya?

  2. Nurul

    Salam sifu .sy Ada guna Fb ads.masaalah skrg Ada bayaran tak ditolak Dari debit card.so bila nk boost page takboleh lah .kena tunggu Fb tolak duit bayaran Fb ads yg lama tu dulu .tapi lambat pulak dia tolak.nk kata takde duit dlm akaun saya.ada je.cukup jeknp eh?

  3. Shah

    Salam sifu.nak tanya,Fb ads saya dah dpt notification account saya dah settle payment,tp dlm beberapa minit fb ckp unsettled payment plk.padahal sblm tu dia dah ckp payment have been charged..knp erh?ada solusi x?

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!

[contact-form-7 id="980" title="Footer Form"]