Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

Tutorial Cara Pembayaran Iklan Guna Perbankan Internet

Pernah tak anda ada masalah tak dapat nak buat pembayaran iklan dengan menggunakan kad debit/kredit?

Kalau pernah, apa kata anda gunakan pula pembayaran iklan menggunakan Perbankan Internet/Prepaid. Ia lebih mudah nak dilakukan berbanding menggunakan kad debit/kredit yang selalu bermasalah untuk buat pembayaran.

Itu berita baik. Berita buruknya adalah cara ini hanya boleh digunakan oleh akaun FB yang belum pernah buat iklan. Kalau anda dah pernah buat iklan sebelum ini, tak dapat lah gunakan cara ini.

“Saya nak buat jugak! Ada cara lain tak?”

Nak buat jugak? Boleh… tapi, anda kena buat akaun FB baru la. Tu je caranya.

Ok, sekarang saya nak tunjukkan tutorial bagaimana caranya nak lakukannya…

Masuk ke Ads Manager, kemudian klik pada menu Billing. Nanti akan keluar paparan seperti ini…

1

Pilih Perbankan Internet (pilih salah satu je, lepas tu cara pembayaran ini tak boleh diubah), klik Continue

2

Tick pada kotak tu, kemudian klik butang Use Manual Payments..

Sekarang, letakkan berapa ringgit yang anda ingin masukkan ke dalam akaun FB ADS anda. Klik Review Payment.

3

Klik Make Payment..

4

Pilih Bank yang anda ingin gunakan untuk buat pembayaran. Letakkan juga alamat emel dan no. telefon anda di ruangan yang disediakan..

5

Klik butang Buy. Nanti akan keluar Pop Up untuk ke website bank. Jika anda bayar guna CIMB Bank, anda akan dibawa ke website CIMB Clicks. Jika anda bayar guna Maybank, anda akan dibawa ke website Maybank2u. Sama juga dengan bank yang lain.

Begitu je caranya. Selepas selesai je pembayaran, duit tersebut akan TRANSFER ke akaun FB ADS anda.

Jadi, bagaimana proses pembayaran berlaku?

Apabila anda dah buat iklan, dan iklan tersebut dah berjalan. Duit tersebut akan automatik ditolak mengikut kos iklan yang anda dah jalankan.

Dan apabila duit tersebut dah habis digunakan, iklan anda akan PAUSE secara automatik. Lebih selamat dan dapat elakkan kita dari BAZIR duit kerana terlupa tutup iklan.

Bagus juga guna cara pembayaran ini, kan? Tapi, ada juga keburukkannya…

“Huh.. ada juga keburukkannya ke?”

Well, takde benda yang perfect dalam dunia ini. Setiap benda pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Apa kelemahan cara bayaran jenis ini?

Kelemahannya, jika akaun FB ADS kita kena FLAGGED, duit yang ada dalam akaun tersebut akan burn..

Jadi, anda janganlah TOP UP banyak duit dalam akaun tu. Maksimum, letaklah bawah RM300. Nak lebih selamat, kalau akaun anda masih baru, letak bawah RM100 je dah cukup. Kalau kena flagged pun, takde la rugi sangat.

Okay, setakat itu sahaja. Harap tutorial ini dapat bantu selesaikan masalah pembayaran iklan anda. All the best!

Similar Posts

130 Comments

    1. Flagged tu dibekukan. Maksudnya kita tak boleh buka Page kita lagi. Biasanya yang kena flagged ni Page yg berkaitan 18sx.

  1. Salam sifu sy nk tnye,
    Sy dh guna cara ni sifu, cume masalahnya jd bila nak tukar balik ke debit/kredit kaf. Tak holeh

    Boleh sifu kongsikan mcm mana nk tukar dari prepaid ke debit/kredit kad
    Tq

      1. Sifu akaun fb saya dah 3 hari tak boleh payment.. guna debit kad maybank… dia kata kad tak boleh guna… saya cuba tukar no kad cimb pun tak boleh? Saya kena pegi buat kad baru ke sifu?

        1. cuba try kol operator bank dulu. pernah jadi kes macamni, rupanya masalah dengan bank. Takut purchase online transaction tu limit. try bukak besar limit tu dengan bank. tapi pastikan jgn buat simpanan dalam bank tu. nnt dah xberape secure

  2. Assalamualaikum sifu. Saya ada masalah macam ni. Sy cuba utk gunakan interney banking tapi tak keluar la perbankan internet bawah tu. Boleh tolong saya. Iklan saya terstop. Dh cuba pelbagai cara tapi tak boleh. 0175839810. Minta tolong whtsapp sy. 🙁

  3. Account saya baru kena flagged, baki ada rm220 lagi dalamnya. Selalu topup rm100 je, time ads tengah run cantik saya gatal tangan topup rm300, tekanan amat dirasai sekarang..memang takda cara lain ke tuan??

    *Pesanan buat sesiapa yang baru nak guna method ni better topup rm100 je setiap kali, kalau betul2 yakin ads kita ikut polisi fb ads boleh la topup lebih tapi berpada2.

  4. sifu iklan yg sy buat sampai skarang tak approve langsung. dah follow rule fb. sy jual vitamin/supplement product.

    ada sapa2 boleh membantu tak? ada sapa2 penah buat iklan dlm category sama mcm sy?
    ada apa2 tips dpt membantu? maybe dari segi content ke.

    dah buntu ni..
    hmmmm

  5. Assalamualaikum, Sifu Jamal, saya dah cuba setting untuk iklan tapi tak boleh buat pembayaran. Kenapa ? dia tulis this card was decline so nak buat macamne ni…

  6. Assalamualaikum..saya pun tak boleh nak bayar guna debit..dah 4 kad cuba..semua tak boleh..kena call bank dulu la ye? Ads xboleh nak run..

  7. Assalamualaikum sifu..kenapa ye dekat accounta saya duit x tolak..tapi saya dah pakai dalam 80ringgit..kenapa ye

  8. Alhamdulillah, artikel yang cukup berguna, selesai satu masalah saya hari ini setelah ikut step tutorial ini. Terima kasih SIFU.

    1. Blh beri tnjuk ajr x mcm mna..sy dh buat acc fb bru tpi bila nk klik billing xkeluar payment method

  9. assalam,..sifu..sy cuba nak boost kan iklan sy…sy masih bru and acc page pon masih bru..tp sy terus nak boost kan iklan xpe ke??ke kene boostkan page dulu??..
    sebelum ni,kad sy ‘was decline’ and sy dh call operator maybank ,operator tu cakap dah bole bt fbads tp still ‘card was not added’..knpe yer sifu?..sy dh pegi kat maybank center,cek kad debit maybank sy tu..diorng cek and xde masalah..ke sy kene bt kredit kad yer?

  10. Assalamualaikum sifu.
    Sy baru nk kenal fb ads. Sy guna perbankkan internet maybank2u.
    Dah 3x sy cuba buat bayaran, dn waktu terkini masih lagi dlm processing utk masuk m2u.
    Ketika processing ni ambil berapa lama ye? Skg dah nk masuk 20 min.
    Atau apakah yg berlaku seterusnye?
    Iklan ni berjaya atau tidak?

  11. Assalamualaikum sifu.. sy nk tanya, kenapa sy xbleh bt pmbayaran mlalui debit bank islam ye? dh byk kali buat, tp still jgk xbleh baya. dia tulis mcm ni “This card was declined. Please review your card information and try again or use a different card. If you continue to have problems, please contact your bank.” ada x yg hadapi mslh sama dgn saya, n dh dpt selesaikan mslh ni? kalau ada, tlong mesej sy 0137375458 atau emel sy yuehasbullah94@gmail.com segera. :'(

  12. Saya dah pun buat payment via Perbankan Internet. Kali pertama takde masalah. Kali kedua ada masalah. Transaction successful di CIMB dan saya dah pun buat report & confirmkan dgn pihak bank tapi FB kata takde terima apa2 payment. Penat dah sy email kat FB tapi pihak FB masih kata tak terima walaupun sy dah tunjuk slip pembayaran dan tak habis2 mintak sy check dgn bank. Sy dah jadi mcm bola kena tendang sana sini. Apa lagi yg perlu sy buat ya?

  13. kalau akaun sy kena flagged , sy guna perbankan online maybank2u…ada kah sy kena buat kad baru?sy tak guna kad debit..tapi sy guna perbankan internet

  14. Salam sifu jamal, saya nak tanya berkenaan dengan iklan.. Di bagi tau.. Your ads cannot promote sexual or adults product or services?
    Saya hanya jual penapis air je.. Sex sex xde..
    Kenapa ye

  15. salam sifu, kenapa ads saya macam xberjalan je? dah boost dah. tapi duit xpotong2 lagi.. orang pon xtgok.. xfaham.huuu

  16. Salam sifu.. Nak tanya guna Perbankan Internet/Prepaid ni iklan slow sangat.. Kenapa ye? Saya top up banyak sikit ingat boleh buat iklan laju sekali kena flagged burn rm1400 ?

  17. sifu jamal selepas step terakhir yang sifu tunjukkan tu..akan ada keluar ipay88.com kan..bile kite proceed die akan terus linkkan ke maybank2u..kt situ saya problem..loading lama sgt..pastu keluar error..sebab ape ye tu?

  18. Salam sifu. Dalam acc ade rm45. Bajet ad sy buat rm40. Tp dy katead sy dipause sbb xde duit dlm acc. Mcm mane tu…? Atau adkah fb amik masa tuk terima payment once dah tranfer?

  19. salam sifu, bila dah masuk maybank2u, nak pilih apa? payment? saya tengok dalam payment list, Livemaster takde dalam senarai untuk FB ad. thanks sifu

    1. Sy hadapi masalah yang sama. Guna cimb click tapi tak ada livemaster. Ada sesiapa tahu cara pembayaran untuk transfer online macam mane?

  20. maaf bertanya..knpa klau sy bt payment dia kan kluar account is pending? means iklan tu xbrjaya kan?

  21. Nak tanya saya ada buat advert utk page saya. Just nak try pakai debit tapi yg pelik sampai sekarang dia x tolak duit. Kenapa yer . Iklan berjalan masa saya buat bajet saya rm 17 tapi bila dia stop rm 16.40 . Sebab saya ambil iklan satu hari aje.. Kenapa yer dia x tolak 2.. Confuse..

  22. terimaksih sifu jamal..mmg sangat membantu drp komen2 dan jawapan 2 yg diberika…mujur pegi kursus ari tu…chapter m

  23. Assalamualaikum Sifu Jamal

    Kalau salah satu page saya sudah kena unpublished oleh FB ads, boleh ke saya boost Fan Page saya yang lain? Saya cuba bayar melalui ipay88.com tetapi loading terlalu lama, akhirnya keluar error.

  24. assalamualaikum,

    Saya baru nak belajar..nak tanya..contoh ada rm10 dalam akaun..adakah iklan telah berjalan atau kita kena tekan boost baru iklan jalan?

    adakah setiap klik oleh customer kita kena bayar walaupun kita dah bayar untuk berapa hari iklan tu diiklankan?

    bagaimana kalau apa yang perlu kita bayar melebihi budget yang ada dalam akaun?

    terima kasih sifu.

  25. Salam Sifu,

    Saya guna CIMB clicks tapi tak boleh nak buat payment. Popup tu keluar notice pay to LiveGamers Master. Tetapi untuk pay bill tak ada list name LiveGamers Master. Nak transfer account pun tak boleh sebab tak ada pagi nombor account, cuma ada no rujukan saja. harap dapat membantu, Tq Sifu.

  26. Salam sifu jamal..
    Acc fb ads saya ada hutang rm30+..
    Dia mnta saya buat payment,tapi bila saya nk buat payment,tak boleh..klik sana cni..ape pun tak kluar…
    Macam mana saya nk bayar hutang tu?

  27. Salam sifu jamal…
    Acc fb ads sy mc baru lg …iklan yg sy buat dah approved dr fb …iklan bjln, tapi mengapa masih tak potong duit ye.. sy click biling guna debit kad maybank,…perbankan internet takde muncul?camne nak buat payment 3hari iklan yg da bjln….???

  28. Salam sifu jamal…

    Wlau dah buat akaun fb baru , knape fungsi perbankan internet tak muncul..yg ada cuma add card je?adakah sb sy setting fb ads guna tablet android….atau ada alternatif lain ke ..??

      1. As salam.. Bagaimana pula bila kita dah buat pembayaran kepada molpay dan duit tersebut dah ditolak dari akaun bank tetapi tidak topup di dalam billing ads. Balance billing ads saya masih sama seperti belum topup.

        Step pembayaran seperti yang sifu tunjuk.
        Saya gunakan maybank2u.

        Mohon bantuan.

  29. Assalammualaikum sifu.. saya dah boost tp fb reject sbb gambar byk perkataan.. lepas tu sy delete sbb dia ckp not boosted..tp button boost xde lg da.. bila sy nk boost ads lain pulak..dia nak caj lg mb2u sy.. mksudnye duit sy yg 1st td dh burn ke??

  30. Macam mana saya nk contact sifu fb ads yer, ada emel? Atau fb atau medium lain yg boleh saya guna utk contact sifu, ada beberapa soalan saya nak tanya ☺

  31. sifu nak tanya sikit pada lebih kurang 15hb/10 haritu saya ada buat pembayaran menggunakan maybank2u.. tapi sampai sekarang payment saya tu tak masuk2 dalam akaun fbads saya… bingung

  32. Assalam saya nak Tanya prosedur nak buat fb ads macam mana? Berapa kena bayar untuk buat ni? Berapa kena bayar utk iklan yg keluar pagi, ptg dan malam utk sehari? Paling minima bayar berapa ringgit? Boleh tak tuan terangkan satu persatu langkah nak buat fb ads ni..Maklumlah saya Budak baru belajar nak ceburi bidang ni. Harap tuan dapat membantu.terima kasih

    1. Cara bayaran FB Ads berkonsepkan bidding objektif iklan yg kite pilih. Cth: objektif iklan kite nk dpt 1000 likes [1 likes = RM0.20], jd [1000 likes = RM200]. Iklan ni ikut bajet yg kite set, boleh set [setiap hari = RM30] atau [7 hari = RM200].

  33. Assalam saya nak tanya. kad keredit saya sudah expire date. saya dah dapt kad baru. Saya dah aktifkan kad tersebut. ttp kad kedit saya fb tak blh utk membuat pembayaran. saya dah jumpa bank, dia kata boleh guna. setiap kali kali saya masuk no kad keredit, masej bagitahu kad itu x blh guna dan suruh jumpa bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *