Tutorial Cara Buat ‘Facebook Lookalike Audiences’

Tutorial Cara Buat 'Facebook Lookalike Audiences'_1

Fungsi Lookalike Audiences ini sudah ada sejak bulan Mac 2013. Fungsi ini adalah untuk bantu pengiklan untuk sasarkan iklan mereka kepada pengguna Facebook yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pelanggan mereka.

Dengan fungsi ini, pengiklan dapat kembangkan audien mereka dari Custom Audience, Website Custom Audience, Conversion Tracking Pixel dan Fanpage.

Lookalikes ‘Custom Audience’

Ada 2 cara untuk bina Custom Audience,

  1. Bina Custom Audience
  2. Bina Lookalike Audience dari Custom Audience

Kebanyakkan cara yang digunakan oleh usahawan internet adalah upload email list, nombor telefon, dan UID Facebook untuk bina Custom Audience. Kemudian, Facebook akan cari audien menggunakan data ini  untuk dijadikan sebagai sasaran iklan.

Pengiklan boleh juga gunakan data ini untuk bina Lookalike Audience.

Lookalikes ‘Website Custom Audience’

Dalam artikel yang lepas, saya banyak bagi tips mengenai Website Custom Audience. Anda boleh baca artikel tersebut di link bawah…

Lookalikes ‘Conversion Pixels’

Facebook kini membenarkan pengiklan untuk bina Lookalike Audience dari Conversion Pixel. Ini dapat membantu pengiklan untuk sasarkan iklan kepada audien yang sama dengan pembeli produk mereka.

Cara ini juga boleh digunakan dalam Website Custom Audience.

Lookalikes ‘Pages’

Ini adalah antara pembaharuan yang menarik dari Facebook. Pengiklan kini boleh bina Lookalike Audience dari fanpage mereka. Namun, pengiklan tidak boleh bina Lookalike Audience dari fanpage yang bukan milik mereka.

Ini sangat membantu bagi jenama syarikat yang sedang membangun tapi ada kekurangan dari segi email list atau audien.

Dah faham apa tu Lookalike Audience? Teruskan membaca kerana saya nak tunjukkan pada anda tutorial cara untuk buat Lookalike Audience

Cara Bina ‘Lookalike Audiences’

Pergi ke ‘Advert Manager‘, dan klik ‘Audience‘ di bahagian kiri…

lookalike audience, audienceKlik ‘Custom Audience‘, kemudian pilih ‘Lookalike Audience’…

lookalike audience, drop downSelepas itu, akan keluar dialog seperti di bawah…

lookalike audience, source

Pada bahagian ‘Source‘, anda boleh pilih audien dari Fanpage milik anda, Custom Audience, Website Custom Audience atau Conversion Pixel. Dalam tutorial ini, saya pilih fanpage Sifufbads.

lookalike audience, pilih source

Pada bahagian ‘Country‘, pilih negara mana yang anda ingin sasarkan dalam iklan. Anda hanya boleh pilih satu negara sahaja untuk setiap Lookalike Audience tapi anda boleh bina seberapa banyak Lookalike Audience untuk negara yang lain.

lookalike audience, pilih country

Akhirnya, gunakan slider untuk optimumkan Similarity atau Reach. Saiz audien pula bergantung kepada jumlah audien dalam negara yang anda pilih.

Jika saya bawa slider ke hujung kiri Similarity’, saya boleh bina 200k Lookalike Custom Audience untuk fanpage saya.

lookalike audience, similarity

Jika saya bawa slider ke hujung kanan Reach’Lookalike Custom Audience untuk fanpage saya akan meningkat kepada 2 juta.

lookalike audience, reach

Mungkin ada yang tertanya-tanya? Nak pilih Similarity atau Reach?

Saya syorkan anda untuk pilih Similarity kerana walaupun audien yang anda akan dapat kecil tapi kualitinya adalah lebih baik.

Jika anda pilih untuk tingkatkan Reach, kuantiti audien yang anda akan dapat besar tapi kualiti adalah kurang baik.

Lepas anda pilih Similarity atau Reach, klik butang ‘Create Audience‘ untuk mula bina audiens anda. Masa yang diambil untuk bina audien tersebut lebih kurang 6 hingga 24 jam.

lookalike audience, create audience button

Selepas Lookalike Audience siap, anda boleh mula gunakannya dalam iklan anda…

lookalike audience, facebook ads

Anda juga boleh ‘Exclude Lookalike Audience

Selesai tutorial cara buat Facebook Lookalike Audience, semoga artikel ini bermanfaat…

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. terima kasih..sangat bermanafaat untuk kami yang jahil ni.

    1. sama-sama tuan, ilmu tu ada di mana2 je…kita je yang kena cari

  2. […] pada fanpage pesaing. Jika anda ada email list yang banyak, anda boleh upload ke Facebook dan bina Lookalike Audience. Akhirnya, anda boleh bina Custom Audience mengikut ciri-ciri yang anda […]

  3. she89 says:

    assalamualaikum

    maaf mengganggu.. saya nak tanya
    apa fungsi fb look alike ni ya.
    saya dah buat tapi still tak faham sebenarnya
    apa fungsi dia.. muehehehhehe
    saya dah puas baca dekat website encik tapi still tak faham.

    terima kasih ya

    1. Waalaikumussalam,

      Dengan fungsi ini, tuan dapat luaskan audien tuan dari Custom Audience, Website Custom Audience, Conversion Tracking Pixel dan Fanpage.

      Contohnya…jika custom audience tuan ada 10,000…tuan boleh tambahkan lagi audien tuan hingga 20,000 hanya guna lookalike audience.

  4. khairul muzammil says:

    as salam sifu… nk tya… selepas kita creat audience looklike page kita dekat availability tu status dia not ready… apa yg perlu kita buat?? adakah kita kena tggu sehingga 100%… dan apa function button filters?? dan jika kita tggu sehingga 100% siap bagaimana cara utk menggunakannya??

    mohon bantuan sifu..
    saya murid baru belajar.. dahaga ilmu dari sifu..
    terima kasih….

    1. W’salam,

      nak siapkan memang ambil masa, kene tunggu 100%…
      function filter hanya guna untuk tapis audience ikut jenis yang tuan mahu..

      lepas siap lookalike audience tu, tuan boleh gunakan dalam ‘Custom Audience’ masa setting fb ads

  5. Rahimah says:

    Salam sifu jamal,

    Saya baru hendak memulakan langkah untuk membuat promosi like/engg tetapi saya keliru macam mana nak mulakan.
    Soalan yang masih berlegar2 di minda saya.
    1. Perlukah saya buat page like dan kemudian baru page engg.
    2. ataupun buat page engg terus tanpa buat page like.

    Mohon nasihat dari sifuJamal.
    Terima kasih yang tidak terhingga kepada sifu.

    1. buat post dulu sebelum buat like marketing.. pelbagaikan jenis post, sharing tips, tanya soalan..

  6. […] Tutorial Cara Buat ‘Facebook Lookalike Audiences’ […]

  7. […] Lookalike Audience (WCA, Email, Page, Conversion […]

  8. farah says:

    Assalamualaikum… sifu, nak tanya look alike ni digunakan pada timeline atau page fb? Saya dh ulang baca. Tp x faham… ?

  9. Cetot says:

    Salam sifu, lepas kita da pilih custom audience guna lookalike, perlukah kita set lagi umur, interest etc?

  10. Redha says:

    Salam sifu, x ada ke article macam mana nk upload no phone customer

    1. Cuba explore di bahagian Custom Audience. Tak silap saya boleh upload file Excel (.xslx)

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Sedangkan laut lagi bergelora ini kan pula dunia bisnes Mana
  • Dalam era ini digital marketing adalah salah satu senjata WAJIB
  • Founder wajib kenalpasti prospek utk bisnes merekabila dah kenal mudahla
  • PERJUANGAN 19612018 YANG MENJADI INSPIRASI  Mula2 dulu aku berasa
  • Realiti dlm dunia bisnes ni tak selalunya indah Turun naik
  • Selesai tadi Part 1 Cut Cost marketing sharing LIVE tadi
  • KERANA SAYANGKAN IBU SANGGUP KORBAN MASA MUDANYA  Nur Farah
  • SIAPA KATA JADI PARTNER BISNES NI TAK BOLEH PERGI JAUH
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..