7 Langkah Buat Plan Bisnes Tahun 2015

7 Tips Buat Plan Bisnes Untuk Tahun 2015

Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi tahun 2015 akan tiba. Anda dah buat plan bisnes bagi menghadapi tahun 2015?

Jika belum, mula buat sekarang!

Macam mana nak mula? Ni saya nak beri anda 7 langkah cara nak buat plan bisnes anda untuk tahun 2015…

#1: Letakkan Sasaran

Apa sasaran anda pada hujung 2015 nanti? Adakah sasaran anda adalah jumlah jualan? Adakah pertambahan cawangan? Nak jadi jutawan? Nak berhenti kerja, jadi full time bisnes? Letakkan tarikh akhir anda untuk mencapai sasaran tersebut.

Contohnya;

Sasaran Untung

Pada 31 Disember 2015, sasaran untung anda adalah sebanyak RM5 juta. Selepas anda letak sasaran, susun apa strategi yang perlu dilakukan untuk capai sasaran tersebut.

Dengan membuat persediaan yang rapi, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi segala cabaran yang akan datang pada tahun 2015.

#2: Bahagikan Sasaran Kepada Beberapa Fasa

Anda dah ada sasaran, pecahkannya kepada beberapa fasa. Jika sasaran anda adalah jualan dan untung; anda boleh pecahkannya kepada 12 bulan. Jika untuk pertambahan cawangan atau pelancaran produk baru, anda boleh pecahkan bajet anda dalam setahun kepada 4 fasa. Setiap fasa, anda letak deadline nya. Letakkan sasaran yang jelas bagi setiap fasa tersebut.

Contohnya;

Sasaran Untung Dalam Setahun

Jika sasaran untung anda dalam setahun adalah RM 5 juta bermakna sasaran untung anda untuk setiap bulan adalah RM5 juta/12 = ‘RM416,666′

#3: Senaraikan Setiap Tugasan Projek

Senaraikan setiap tugasan, projek, resources, strategi, plan B dan risk calculation. Senaraikannya bagi setiap fasa! Jangan tinggalkan satu pun.

Contohnya;

Dalam bulan Mac, anda ingin cari 30 agen untuk promosikan produk anda. Jadi, anda perlu lantik 5 staff untuk mencari dan melatih agen-agen ini pada bulan tersebut.

Setiap seorang staff perlu cari 6 orang agen. Setiap agen ini akan dipantau dan diberi segala bahan untuk tujuan promosi. Bonus tambahan akan diberikan kepada agen yang mempunyai prestasi yang memberangsangkan.

#4: Letakkan Bajet Plan

Berikan bajet bagi setiap fasa tersebut. Bajet untuk staff, bajet marketing, bajet produk dan operasi. Jangan letak bajet cukup-cukup je, letakkan lebih sikit.

Contohnya;

Sasaran Bajet Setahun, dan Setiap Fasa

Katakan bajet setiap bulan anda adalah RM 125,000.   Jika plan tahun 2015 anda dibahagikan kepada 4 fasa, kiraanya seperti di bawah;

  • Fasa 1 (Januari – Mac): RM375,000
  • Fasa 2 (April – Jun): RM375,000
  • Fasa 3 (Julai – September): RM375,000
  • Fasa 4 (Oktober – Disember): RM375,000

Untuk setiap fasa, bajet anda adalah RM375,000, bermakna dalam setahun bajet anda adalah;

RM125,000 x 12 bulan = ‘RM 1.5 juta’

#5: Print dan Bentangkan Plan

Jika anda kerja berseorangan, anda boleh print dan tampal plan depan meja kerja anda. Jika anda ada team, print dan bentangkan plan pada mereka. Bagi mereka clear dan jelas apa tanggungjawab mereka dalam projek anda. Bagitau mereka, apa matlamat/sasaran yang dimahukan.

Contohnya;

Untuk bahagian Marketing

Senaraikan staff yang bertanggungjawab untuk buat promosi secara online dan offline.

Untuk promosi online, senaraikan staff yang buat promosi menggunakan Fb Ads, Google Ads, pemasaran emel, pemasaran artikel, pemasaran video dan pasang banner di blog dan forum yang banyak trafik.

Untuk promosi offline pula, senaraikan staff yang buat promosi di surat khabar, pasang banner, buat event, buat namecard, buat t-shirt, dan edarkan flyers di tempat-tempat umum.

#6: Bertindak Mengikut Plan

Dah ada plan, apa tunggu lagi? Bertindak terus! Tak perlu tunggu hingga 1 Januari 2015 pun. Lebih cepat kita bertindak, lebih cepat kita dapat capai sasaran. Bertindak ikut plan dan bajet yang telah ditetapkan. Anda perlu fokus dan konsisten dalam segala tindakan supaya anda tidak lari dari sasaran.

bertindak mengikut sasaran

#7: Pantau Prestasi Bisnes

Dah buat kelak, jangan lupa pantau prestasi bisnes anda. Adakah mengikut plan yang dirancang? Jika tak capai sasaran, apa perlu buat? Perbaiki dan Optimize plan bisnes anda semula. Jika ada masalah, selesaikan masalah dengan segera.

Jika anda masih lagi tidak dapat selesaikan masalah tersebut, jangan biarkan je sampai bertimbun-timbun. Cari orang yang boleh tolong selesaikan masalah anda.

Contohnya;

Jika anda ada masalah untuk menggunakan Facebook Ads, cari orang yang pakar. Jika anda ada masalah dalam Copywriting, cari orang yang pakar dalam Copywriting.

Mana nak cari mereka ni? Carilah di group-group fb atau forum yang berkaitan, pasti ramai yang boleh membantu anda. Dengan cara ini, masalah anda akan lebih mudah dan pantas untuk diselesaikan.

Sekian saja perkongsian ringkas dari saya. Ni simple-simple saja dari saya. Harap tips dari saya ini serba sedikit dapat membantu bisnes anda.

Semoga bermanfaat.

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Assalamualaikum tuan Jamal,

    Saya sekarang ni sedang merangkan pelan perniagaan untuk tahun 2015. Dalam perancangan 2015 ni, ada beberapa sasaran yang saya letakkan untuk perniagaan internet saya.

    Antaranya ialah:

    1) Nak resign dari kerja makan gaji (sekarang buat part time).
    2) Nak tambah jumlah subscriber.
    3) Nak hasilkan beberapa produk.
    4) Nak rangka strategi pemasaran.

    Perkongsian dari tuan dalam artikel di atas memang membantu. Terima kasih sekali lagi 🙂

    1. sama-sama, tahniah sebab tuan sudah mula buat tindakan…

  2. Terima kasih tuan Jamal.

  3. Saya ingin melantik konsultan untuk memajukan bisness katering saya…jika boleh sila bantu sya cl di talian 0122059472..tq

    1. tuan boleh join seminar dan bengkel yang saya buat…

      1. noraniza mat isa says:

        assalamualaikum sifu, macam mana nk bermentorkan sifu. Saya benar2 nak maju dalam bisnes printing saya. mohon bantuan sifu

  4. Hafiz says:

    Terima kasih tuan.
    Ia sangat membantu.

    1. sama-sama tuan, semoga bermanfaat…

  5. Azmi bin Aisha says:

    Tq tuan….sgt bermotivasi untuk bertindak

    1. sama-sama, kalau boleh terus bertindak tuan…

  6. yasser ibnu says:

    Assalamualaikum wbt…saya target 2015 bakal lahir usahawan ayam goreng “street fast food” …
    1. Mahu berhenti kerja dan fokus business
    2. Bebas dari hutang
    3. Mahu melahirkan 50 usahawan ayam goreng berpendapatan sekurang2nya rm3000 sebulan..
    Jika ada idea dlm perniagaan sudi kiranya emailkan ke yasbitrading@yahoo.com

    1. Waalaikumussalam, tahniah kerana sudah ada bisnes sendiri…saya doakan kejayaan bisnes tuan…

  7. Laila murat says:

    Tahun 2015 diharapkan lebih cemerlang . Hampir 2 tahun business secara online melalui FB. Sudah sampai masa memiliki web sendiri . Terima kasih tuan atas perkongsian 7 langkah ini. Berminat untuk belajar content dan copy writing.

    1. sama-sama tuan, insya-allah saya akan cuba tulis artikel mengenai copywriting pula…

  8. Liya says:

    As Salam..tqvm tuan..perkongsian yang amat bermanfaat..nak Tanya,bila Agak Nya tuan nak buat seminar di Johor Bahru?? Harap tuan dapat buat seminar secepat mungkin di Johor Bahru..terima kasih~~

    1. Wassalam, apa-apa seminar terbaru saya akan update di fanpage dan blog…

  9. Assalam. Tips simple tapi hebat tuan :). Sistematik dan terancang.

    1. sama-sama, harap artikel saya ni dapat bantu tuan 🙂

  10. Wira Merah says:

    perkongsian menarik utk memulakan tahun 2015

  11. man says:

    Terbaik tuan..perkongsian ikhlas ,bermutu & membantu

    1. sama-sama tuan, jangan lupa share ye 🙂

  12. pokcik says:

    Terima kasih tuan. Sgt berguna. Sila share lagi tips2 lain yg berguna. Terima kasih

    1. sama-sama, nantikan lagi artikel saya yang akan datang

  13. Reen says:

    Saya pernah buat biz online early 2013-2014;masa telekung lycra tgh boom.tp skrg dah down…semangat sy pun down…boleh kongsikan bagaimana cara nak pilih produk yg bertahan lama…i’m on my way back on biz…tq

    1. Takde produk yg boleh tahan lama, setiap produk ada lifecycle yg berbeza. Untuk bertahan lama dalam bisnes, kita kena kuatkan branding. Nak senang, kita boleh jual ikut trend..

  14. Muhammad Ajadda hidayatullah says:

    Nama saya Muhammad Ajadda
    Saya berusia 19
    Saya memang ada bisnes
    Tapi Al maklum lah
    Tak pandai about management
    Tips yg Tuan bagi am at berguna utk saya
    Tetapi macam mana saya nk dpt kan nombor
    Tuan yee

  15. Ainul Husna says:

    thanks sifu, perkongsian yang bagus. Jelas target target yang saya nak untuk tahun hadapan.

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Sedangkan laut lagi bergelora ini kan pula dunia bisnes Mana
  • Dalam era ini digital marketing adalah salah satu senjata WAJIB
  • Founder wajib kenalpasti prospek utk bisnes merekabila dah kenal mudahla
  • PERJUANGAN 19612018 YANG MENJADI INSPIRASI  Mula2 dulu aku berasa
  • Jadi seorg leader ni bkn shj perlu jdi pemikir yg
  • Selesai tadi Part 1 Cut Cost marketing sharing LIVE tadi
  • KERANA SAYANGKAN IBU SANGGUP KORBAN MASA MUDANYA  Nur Farah
  • SATU RAHSIA YG PATUT ANDA AMBIL DARI KISAH IBU MUDA
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..