Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

5 Tabiat Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda

Diterbitkan pada Oct 27, 2015 oleh

5 Tabiat Kerja Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti

Kadang-kadang, kita terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk selesaikan banyak perkara dalam satu hari. Sebab itu, kita perlu ada strategi dan pengurusan masa yang baik. Strategi ini dibuat untuk menguruskan aktiviti harian anda dengan lebih cekap dan efektif.

Mari kita lihat 5 tips di bawah untuk meningkatkan produktiviti kerja anda;

1) ‘2 Minute Rule’

Tak semua tugasan yang anda lakukan, perlukan masa yang lama untuk diselesaikan. ASINGKAN tugasan besar dan tugasan kecil. Siapkan dulu tugasan-tugasan yang kecil ini…buat cepat-cepat, jangan tangguh-tangguh. Inilah yang dinamakan ‘2 minute rule‘, banyak perkara dapat diselesaikan jika anda ikut peraturan ini.

Jika sesuatu tugasan itu anda boleh selesaikan kurang 2 minit seperti emel atau folllow up pelanggan, lakukan sekarang! Selepas itu, baru selesaikan tugasan-tugasan yang besar. Akhirnya, anda sendiri yang rasa seronok dan mudah untuk bekerja. Stress pun dapat dikurangkan.

2) Jangan tunggu hari Ahad untuk Isnin

Pernah tak anda rasa MALAS atau TAKUT nak pergi kerja pada keesokkan harinya..?

Simpton ini berlaku kerana kebanyakkan orang dah mula lepak, santai-santai pada petang Jumaat. Sebelum balik rumah, cuba ambil sedikit masa buat persediaan untuk hari Isnin minggu seterusnya. Fikirkan apa tugasan yang perlu anda lakukan sebaik sahaja anda tiba ofis. Dengan cara ini, anda akan lebih bersemangat untuk bekerja dan lebih produktif untuk sepanjang hari.

3) Semak emel anda 3 kali sehari

Tugasan ini juga sangat penting, pastikan anda TETAPKAN MASA untuk semak setiap emel tersebut.

Contohnya;

Anda boleh semak emel pada pukul 9 pagi, 12 tengah hari, dan 2 petang. Elakkan buka emel peribadi semasa kerja, anda akan hilang fokus.

Ikut jadual ini sehingga anda sudah biasa dan jadikan tabiat. Jangan ambil terlalu banyak masa untuk semak setiap emel, jika ada terlalu banyak emel…tetapkan 1 atau 2 jam untuk semak satu per satu.

4) Senaraikan semua tugasan anda dalam satu kertas

Ini adalah tabiat paling penting yang perlu anda biasakan dalam pengurusan kerja. Senaraikan semua tugasan anda mengikut keutamaan, dari paling tinggi hingga paling rendah. Tak perlu terlalu details…berapa jam perlu disiapkan, pukul berapa perlu mula buat, atau siapa yang perlu buat. Anda hanya perlu senaraikan apa tugasan yang perlu disiapkan untuk setiap hari.

Dengan cara ini, anda akan lebih mudah uruskan tugasan untuk waktu sekarang dan akan datang.

5) Simpan smartphone anda ketika bekerja

Jangan lupa untuk simpan smartphone anda ketika bekerja. Walaupun kadang-kadang smartphone boleh mambantu memudahkan kerja anda, ia lebih banyak mengganggu kerja anda. Jika anda asyik selalu check Facebook, SMS, atau Whatapp…ia akan mengurangkan  produktiviti kerja anda.

Jadikannya sebagai tabiat supaya anda sentiasa fokus dan konsisten semasa melakukan sesuatu kerja.

Orite, ini hanya beberapa tips yang anda boleh amalkan ketika bekerja.

Selamat beramal!

Komentar (2)

  1. Pingback: 5 Tabiat Yang Boleh Meningkatkan Produktiviti Kerja Anda - SHARE WITH LOVE

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!