Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

5 Sikap Yang Anda Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Bisnes

Diterbitkan pada Oct 21, 2015 oleh

5 Cara Untuk Kejar Impian Bagi 'Newbie' Dalam Dunia Bisnes

Semua orang pasti inginkan impian mereka menjadi kenyataan. Anda juga pasti ada impian yang ingin dicapai. Betul tak?

Pernahkah anda merasakan yang diri anda akan berjaya suatu hari nanti?

Adakah anda mempunyai kekuatan diri yang akan membantu anda untuk melakukan sesuatu yang besar dalam hidup anda? Apakah anda hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi untuk buktikannya dan memastikan yang impian anda akan menjadi kenyataan?

Jika ayat di atas ini menggambarkan diri anda, sebenarnya anda sudah mempunyai SIKAP yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya! Tahniah!

Oleh sebab itu, kami ingin kongsikan pada anda 5 SIKAP yang perlu ada dalam diri seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan…

#1: “Fake It, You’ll Make It.”

Ini adalah antara pepatah yang dibina berasaskan kajian sebenar, dan ianya sesuai untuk diaplikasi oleh mana-mana individu yang mahu berjaya. Jika sekarang anda masih belum berjaya, pura-pura dahulu, dan insyaallah suatu masa nanti anda akan berjaya.

Pakar psikologi mengatakan bahawa apabila kita wujudkan ‘rasa’ mengenai sesuatu perkara, ‘tindakan’ kita akan memberi respon terhadapnya.

Contoh mudahnya adalah seperti seukir senyuman. Senyuman bukan sahaja kesan daripada perasaan gembira. Tetapi dengan senyuman juga boleh membuatkan anda dan orang lain gembira.

Prinsip yang sama juga boleh diaplikasi dalam “fake it till you make it”. Jika anda bertindak dengan cara yang tertentu, perasaan anda, emosi anda, tahap keyakinan diri anda akan terikut selari dengan tindakan anda.

Lama-kelamaan, jika anda kerap berpura-pura bahawa anda seorang yang berjaya, insyaallah tenaga dan keyakinan diri anda akan semakin bertambah dan kejayaan itu tidak mustahil akan hadir dalam diri anda.

#2: Sentiasa Yakin Dengan Diri.

Aset yang paling berharga dalam diri anda adalah ‘keyakinan diri’. Tetapi, masalahnya, ianya sangatlah sukar untuk memaksa diri menjadi yakin tanpa mengira rasa was-was dan takut pada sesuatu.

Ramai orang yang berjaya, pada waktu dahulunya mengalami sindrom rasa rendah diri yang lahir akibat daripada status dan pencapaian seseorang. Bila dia kenal orang yang rapat dengannya menjadi lebih berjaya daripada dia, perasaan negatif sebegini akan lahir.

Walaubagaimanapun, jangan risau. Perasaan tersebut adalah normal bagi setiap manusia. Persoalannya sekarang adalah, sama ada anda mahu teruskan dengan perasaan tersebut, atau anda mahu berubah jadi kuat, dan melawannya dengan keyakinan diri anda.

Kami sarankan kepada anda supaya yakinkan diri. Keyakinan diri ini boleh membantu adalah menyelesaikan segala masalah dalaman diri. Percayalah, semua orang suka dengan orang yang tinggi keyakinan diri ini.

#3: Minta Bantuan Orang Lain.

Orang yang bijak, dia tahu betapa tidak bijaknya dia. Sebab itu, orang yang bijak ini selalu meminta pertolongan daripada orang lain.

Antara sebab ramai orang di luar sana berjaya adalah bukan kerana mereka tahu semua benda, tetapi kerana mereka selalu minta tolong daripada orang lain. Mereka sering melakukan kerja secara berjemaah.

Ingat, mungkin dengan beraksi ‘solo’, anda boleh berjaya dengan pantas, tetapi jika anda beraksi secara berjemaah, insyaAllah anda boleh pergi jauh dengan lebih cergas.

#4: Pilih Siapa Kawan Anda.

Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk uruskan masa mereka. Mereka mengibaratkan pengurusan masa mereka sama seperti pengurusan wang.

Oleh sebab itu, anda seharusnya banyak meluangkan masa anda dengan orang yang boleh jadikan diri anda semakin baik dari hari ke hari. Anda jangan asyik duduk di tempat yang SELESA, atau letakkan diri anda dalam COMFORT ZONE.

Anda sepatutnya meluangkan masa ditempat yang anda sentiasa dicabar, diasah bakat, dan disemai benih-benih positif. Jangan biarkan diri anda terlalu rileks! Bukan tak boleh nak rileks, semua orang perlukan rehat.. tapi, jangan rasa selesa dengan hidup anda sekarang. Tak kira anda sudah jadi jutawan atau tak..

Anda perlu sentiasa CABAR diri anda untuk lakukan perkara-perkara baru, bergaul la dengan orang yang sukakan cabaran..

Orang yang berjaya sangat suka luangkan masa dengan orang yang dah berjaya. Dan apabila tiba isu mengenai cara pengurusan masa yang betul, maka anda perlu membuat keputusan yang tepat.

#5: Ambil Risiko.

Orang yang berjaya bijak mengambil risiko dalam hidup mereka. Rahsia untuk menjadi pengurus risiko yang hebat adalah dengan mula mengambil risiko. Ianya kelihatan mudah, tetapi, ia adalah benar. Anda tidak akan tahu kesan tentang apa-apa risiko jika anda tidak mahu mula untuk mengambilnya.

Mulakan dengan mengambil risiko yang kecil dahulu. Jika dalam pelaburan, jangan terus melabur semua modal anda. Buat kecil-kecilan dahulu. Cari risiko yang kecil, yang tidak menyebabkan rugi yang besar.

Cuba ambil risiko dengan yakin pada diri anda. Ianya akan dapat memberikan pengalaman yang bermakna untuk diri anda.

Jadi, sebenarnya tiada apa yang boleh menghalang diri anda untuk berjaya. Penghalang utama untuk mengecapi kejayaan adalah diri anda sendiri. Sama ada anda mahu berubah menjadi baik, ataupun teruskan dengan diri anda yang sekarang.

Ingat! Penentu masa depan kita, adalah diri kita sendiri. Bukannya orang lain…

Komentar (1)

  1. Semua orang berhak untuk bermimpi menjadi orang berjaya tetapi tak ramai yang sanggup menahan dugaan dalam mengejar kejayaan. Saya banyak menempuh banyak kegagalan yang kadangkala membuatkan saya bosan untuk mengejar kejayaan.

    Saya menjalankan bisnes ebook dan dalam proses menghasilkan ebook terbaru. Insya Allah saya menggunkan blog saya sebagai alat pemasaran. Saya harap ebook saya berjaya.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!