Ini Nasihat Jack Ma Untuk Anak Muda

Nasihat Jack Ma Untuk Anak-Anak Muda

Ramai yang tahu website Alibaba tapi hanya sedikit sahaja yang kenal siapakah orang yang HEBAT membangunkan website yang POPULAR ini..

Jika anda tak tahu mengenai website Alibaba..

Alibaba adalah sebuah syarikat China e-dagang yang menyediakan, perkhidmatan jualan consumer-to-consumer, business-to-consumer dan business-to-business melalui portal web.

.. dan Jack Ma adalah individu yang membangunkan website Alibaba.

Siapa Jack Ma ni?

Jack Ma adalah pengasas dan pengerusi Alibaba.com. Beliau adalah penduduk CINA pertama yang berjaya muncul di cover Majalah Forbes. Pada November 2014, beliau dinobatkan sebagai orang NO. 1 terkaya di China dan orang ke-17 terkaya di dunia.

Dalam talkshow di Korea, beliau ada berikan beberapa NASIHAT untuk anak-anak muda yang bercita-cita menjadi usahawan.

Ini nasihat beliau…

Sebelum berusia 20 tahun, jadilah seorang murid yang BAIK. Jika anda nak jadi usahawan, bermulalah dari bawah, cari pengalaman.. belajar dari kesilapan. Jangan takut jika anda GAGAL, anda perlu BANGKIT.. jika gagal lagi, BANGKIT LAGI…

Sebelum berusia 30 tahun, cari seorang GURU yang anda boleh IKUT dan belajar dari beliau. Bekerja dulu di sebuah syarikat yang kecil. Kebiasaanya, jika anda bekerja di sebuah syarikat besar, anda akan dapat belajar mengenai PROSES, anda akan fahami bagaimana syarikat besar bekerja.. tapi, jika anda bekerja di sebuah syarikat kecil, anda dapat belajar mengenai semangat dan motivasi untuk mencapai IMPIAN. Anda akan dapat belajar bagaimana lakukan PELBAGAI kerja dalam satu masa.

“It is not which company you go, but which boss you follow. Because, a good boss teach you differently.” – Jack Ma, Pengasas Alibaba.

Ini Nasihat Jack Ma Untuk Orang Muda

Pada usia antara 30 hingga 40 tahun, bekerjalah untuk diri sendiri.. jika anda memang SERIUS ingin menjadi seorang usahawan. Anda perlu JELAS apa matlamat anda..

Pada usia antara 40 hingga 50 tahun pula, anda harus FOKUS pada semua kerja yang betul-betul anda kuasai. Jangan cuba-cuba mencari minat atau pekerjaan baru, sudah agak terlambat.. anda memang masih boleh berjaya tapi anda hanya ada waktu yang TERHAD. RISIKO untuk anda GAGAL agak tinggi! Jadi, fikirkan bagaimana nak fokus pada perkara yang anda PAKAR..

Pada usia 50 hingga 60 tahun, bekerjalah bersama-sama dengan anak-anak muda, kerana mereka boleh melakukan kerja yang LEBIH BAIK dari anda. Bergantunglah pada mereka, laburkan pada anak-anak muda itu.. pastikan mereka lakukan kerja terbaik untuk anda..

dan… pada usia atas 60 tahun, habiskanlah waktu untuk diri sendiri. NIKMATI semuanya, berbanggalah dengan apa yang anda sudah buat ketika muda.

Ini nasihat saya untuk orang muda, jangan takut untuk lakukan KESILAPAN. Anda akan dapat belajar sesuatu dari kesilapan tersebut. Ia merupakan satu pengalaman yang BERHARGA untuk anda!

..

Dalam talkshow yang sama, ada seorang anak muda bertanya kepada Jack Ma tentang apa perkara yang paling beliau KESAL dalam hidupnya,

“Setelah semua kejayaan yang anda sudah dapat, apa perkara yang anda paling kesal?”, tanya anak muda itu…

Ini Nasihat Jack Ma Untuk Anak Muda

Ini jawapan dari beliau…

“Banyak perkara yang saya kesal, seperti soal waktu dan privasi. Saya menyesal kerana saya bekerja terlalu keras sehingga saya hanya dapat menghabiskan sedikit waktu bersama keluarga saya.” – Jack Ma, Pengasas Alibaba

Inilah antara perkongsian dari Jack Ma KHAS untuk anak-anak muda yang ingin terjun ke dalam bidang usahawan, harap artikel ini juga dapat memberi MOTIVASI pada anda.

Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat.

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. CF Nur says:

    Motivasi ini membantu anak muda untuk terus berusaha ke arah yang lebih baik.

  2. Masih sempat dgn umur skrg, skrg waktu utk fokus tanpa fikir perniagaan apa yang aku nal buat.. tq sifufbads atas sharing ini, sgt bermanfaat..

  3. Pintas says:

    Terima kasih. Amat bermanfaat

  4. Amirah says:

    Fokus penting. Kena mula fokus seawal 20-30 tahun. 31-40 tahun sepatutnya sudah di status pakar industri 🙂

    1. Awie says:

      Kata2 semangat yg bernas

  5. Nijey says:

    Terima kasih perkongsian.. Nasihat last tu penting jugak.masa bersama anak2 tengah membesar..

  6. Azhar Aia Takaful says:

    Perkongsian yg hebat drpd ORANG HEBAT kpd BAKAL ORANG HEBAT.

    Tq sifufbads.com

  7. Akak Gojes says:

    Inspirasi dalam mencipta sebuah impian

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Sedangkan laut lagi bergelora ini kan pula dunia bisnes Mana
  • Dalam era ini digital marketing adalah salah satu senjata WAJIB
  • Founder wajib kenalpasti prospek utk bisnes merekabila dah kenal mudahla
  • PERJUANGAN 19612018 YANG MENJADI INSPIRASI  Mula2 dulu aku berasa
  • Selesai tadi Part 1 Cut Cost marketing sharing LIVE tadi
  • Jadi seorg leader ni bkn shj perlu jdi pemikir yg
  • KERANA SAYANGKAN IBU SANGGUP KORBAN MASA MUDANYA  Nur Farah
  • SATU RAHSIA YG PATUT ANDA AMBIL DARI KISAH IBU MUDA
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..