Perubahan Terkini Cara ‘Bidding Cost Per Click (CPC)’ Dalam Facebook Ads

Perubahan Terkini Cara 'Bidding Cost Per Click' Dalam Facebook Ads

Baru-baru ini, facebook mengumumkan akan ada perubahan pada pengiraan Cost per Clicks (CPC) untuk pengiklan fbads pada masa akan datang. Facebook akan akan tukar bagaimana bid CPC dikira, hanya link clicks sahaja yang dikira..

Perubahan ini berlaku kerana terdapat RESPON dari pengiklan yang ingin bayar hanya untuk link clicks sahaja, bukan untuk engagement..

Jika sebelum ini, engagement seperti like, share, comment, click to website, continue reading dll dikira sebagai CPC.. sekarang, CPC boleh dikira hanya berdasarkan link click sahaja yang berkaitan dengan objektif iklan;

  • Klik ke website lain
  • Klik Call to Action, dan dibawa ke website lain
  • Klik untuk pasang App
  • Klik untuk main permainan video di facebook.
  • Klik untuk tonton video di website lain.

Apa kesannya?

Selepas perubahan ini berlaku, bid CPC akan jadi meningkat tapi ROI juga akan meningkat. Klik yang diterima juga lebih BERKUALITI. Pengiklan yang lebih mementingkan klik akan lihat perubahan ini dapat berikan pulangan yang lebih baik pada mereka.

Tak faham apa maksudnya?

Ok, saya beri contoh data iklan SEBELUM dan SELEPAS perubahan pada bid CPC..

SEBELUM

  • Jumlah klik (share, like, comment, link) – 50 klik
  • Kos klik – RM30

SELEPAS

  • Jumlah klik (share, like, comment, link) – 50 klik
  • Kos klik – RM10

* Ini hanya contoh sahaja, anda perlu bereksperimen untuk lihat hasilnya..

Nampak perbezaan tak?

Kos klik jadi lebih MURAH selepas perubahan ke bid CPC BARU.. ini kerana klik pada share, like dan comment tak dikira sebagai CPC.

data post iklan

Pengiklan boleh asingkan objektif iklan link clicks dari engagement clicks. Ini bermakna, pengiklan akan dapat belanjakan kos iklan dengan lebih efektif.

Pengiklan hanya perlu tukar pada bahagian ‘optimisation’ sahaja…

optimise iklan_1

Kemudian, anda ada 2 pilihan..

  • Get more clicks at the best price – FB sendiri akan optimumkan kos bid CPC untuk iklan anda.
  • Set the max. you want to pay per clickAnda sendiri setkan kos bid CPC, FB juga ada cadangkan range kos bidding yang diperlukan untuk capai audiens anda.

bidding cpc

Apa kelebihan jika guna bidding OCPM untuk post engagement?

Untuk iklan yang mempunyai banyak like dan share, ini menunjukkan post iklan tersebut adalah berkualiti, disasarkan pada audiens yang berkualiti. Jadi, bidding OCPM masih membantu untuk iklan post engagement.

Bidding OCPM post engagement dapat bantu pengiklan optimumkan engagement dengan fans untuk tempoh masa yang lama. Post iklan juga akan lebih mudah VIRAL, kerana hasil dari like, tag, comment dan share dari fans.

..

Kedua-dua jenis bidding ini ada kelebihan masing-masing..

.. apa pun, semuanya bergantung pada MATLAMAT iklan anda, nak fokus pada engagement atau link clicks pada iklan.

Lepas ni…

  • Jika anda nak bayar kos iklan hanya untuk dapatkan klik link iklan dari audiens, gunakan bid jenis CPC..
  • Jika anda nak bayar kos iklan untuk dapatkan RESPONS dari audiens, gunakan bid jenis OCPM..

Ini berita baik untuk anda yang biasa gunakan bid CPC dalam pengiklanan facebook anda. Bid CPC ini juga sesuai untuk anda yang masih BARU dan ingin JIMATKAN kos iklan dalam facebook ads.

Bila perubahan ini akan berlaku?

Tunggu je update baru dari facebook.. SABAR…

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. arm says:

    masih belum jelas berkenaan ini, harap dapat diterangkan dengan lebih detail ketika missing chapter 2016 nanti

Program @ Sifufbads

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

18/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Usahawan luarbiasa adalah usahawan yg bkn saja usahanya lebih dari
  • TheFoundrChapter class days 1  day 2  Alhamdulillah jap
  • Sifufbads percaya semua orang ada impianTapi ramai yg berani bertindakBayangkan
  • Sapa sini selalu tengok go shop ke wow shop atau
  • Untuk bina trust secara berterusanBranding perlu kuatDalam bina branding anda
  • Zaman millenial macam sekarang niOrang dh tak suka tengok iklan
  • Sifufbads nk throwback sikit pasal kisah sorang usahawan kedai makan
  • throwbackKali ni Sifufbads nak story balik kisah sorang founder pada
JOM SERTAI HIIM PREMIER
JOM SERTAI HIIM PREMIER

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Ketahui Strategi Sulit Dalam HIIM Premier, Atau Terus Setia Dengan Cara Lama Yang Bakal Buatkan Bisnes Anda Terkubur!