Peniaga Internet Wajib Daftar Syarikat di SSM…

Peniaga Internet Wajib Daftar Syarikat di SSM

Tak kira anda berniaga secara online atau offline, anda diwajibkan untuk daftar syarikat anda dengan SSM. Penguatkuasaan ini dibuat kerana sudah banyak aduan dari pengguna mengenai penipuan peniaga internet. Ini disuarakan sendiri oleh Timbalan Menteri KPDNKK.

“Melalui peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna 2012, peniaga online diwajibkan memaparkan nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat, alamat emel dan nombor telefon di laman web, Facebook atau Instagram

– Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri KPDNKK”

Sumber: Kosmo

Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM, anda dapat elakkan perniagaan anda daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Sebelum ini, website eCommerce Milo ada kongsikan gambar mengenai pemilik fanpage diberi amaran akan dikenakan penalti RM5000 kerana tidak memaparkan nama dan nombor syarikat mereka di fanpage.

ssm-notice-facebook-page

Jadi, daftar syarikat anda sekarang supaya perkara seperti ini dapat dielakkan.

Kenapa Perlu Daftar dengan SSM?

Ramai pengguna sekarang yang prefer shopping online, dan akan ada yang ambil kesempatan.

Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM;

  • Anda dapat tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.
  • Anda dapat tingkatkan kredibiliti syarikat anda untuk jangka masa panjang.
  • Jika syarikat anda menghadapi apa-apa masalah terutamanya yang berkaitan dengan pihak berkuasa, anda mudah selesaikannya kerana syarikat anda sudah berdaftar secara sah.
  • Anda juga mungkin berpeluang mendapat geran-geran dan bantuan dari kerajaan untuk bangunkan perniagaan anda.

Cara Daftar Syarikat Anda di SSM

Segala maklumat mengenai cara pendaftaran syarikat anda di SSM, anda boleh rujuk di website SSM – Daftar SSM

Sebagai peniaga internet, anda perlu letak maklumat berikut di fanpage, blog dan instagram syarikat anda;

  • Nama syarikat (nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan
  • Maklumat tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos penghantaran dan lain-lain
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat jualan
  • Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli

Sifufbads no. syarikat

Jika anda serius nak jalankan perniagaan anda sendiri tak kira online atau offline, anda wajib daftar syarikat anda. Bagi saya, banyak manfaat yang anda bakal dapat selepas daftar syarikat anda dengan SSM.

Semoga bermanfaat…

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. sue says:

    assalamualaikum w.b.t
    kenape di swk nk daftar perniagaan on9 perlu di daftarkan ke lhdn ye n bkn di ssm..sifufbads tahu tak kenape ye…Saya baca dr beberapa blog kalau daftar perniagaan kt lhdn diorg perlukan alamat or nombor lot kedai..bg yg on9 takde premis kedai macam mana ye..tq

    1. Sifufbads says:

      Waalaikumsalam.

      Ya ka? Tak pernah tau mengenai nya. Nanti kami dapatkan info dari sumber sahih..

    2. Selamat says:

      Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tidak terpakai di Sarawak/Sabah, tp Akta Syarikat 1965 adalah terpakai, maksudnya hanya syarikat sdn. bhd yg wajib bdaftar di SSM bg kedua2 negeri tersebut

      1. Zamri says:

        Good info. Terima kasih.

  2. kamal says:

    Adakah bila daftar, samada Sdn.. Bhd. ATAU Enterprise maka kita tertakluk untuk bayar cukai. ? Sedangkan kita jual Ebook contohnya . Tq

    1. Sifufbads says:

      Smua org kena bayar cukai..

      Tapi dgn bisnes, byak klbhan yang kita dpt. Sgala expenses utk bisnes dikecualikan cukai.

      Dan kalau tau cara urus cashflow, tau cara kurangkan cukai, cukai sesuatu yang tak perlu dirisaukan..

      Malah pembayaran cukai boleh digunakan sebagai kelebihan dalam investment property…

  3. shahrul says:

    Macam mana kalau kita hanya jual produk dari syarikat seperti produk MLM? Kena daftar juga?

    1. Banyak sales tu, better daftar terus..

      atau terus daftar, takde masalah…untuk long term

  4. fai says:

    sifu, mcmana pulak dgn yg mahu mencuba2 bisnes online? business bru nk start tp dh kne byr mcm2. Untung rugi belum tentu. mintak penerangan cket.

    1. takpe…kita buat dulu slow2..dah dapat 4 angka tu buka la SSM 🙂

      1. Eyna says:

        Jadi maksud nya, kalau hanya dpt bbrp puluh dlm sebulan, tak payah daftar ke,?
        Sy dh pergi pejabat ssm d sarawak…dorg suruh sy pergi pejabat daerah…orang pejabat daerah pulak minta minta alamt n no lot kedai..jgn kan lot edai, kedai pun tak ada.

  5. sya says:

    Kalau kita kerja dgn syarikat penjualan kereta..adakah kita perlu daftar??kita cuma mempromosikan shj kereta yg hndak dijual..untung pun x de sekadar promosi shj..adkah perlu mendaftar??sy bekerja di perodua ..sbgai sales advisor..tlg bg penjelasan sikit..

    1. lebih baik ada ssm, lebih selamat dan dipercayai

  6. Shaari Mataji Al Haj says:

    nak tanya, kalau freelance graphic designer perlu daftar jugak ke ? brapa eh kena bayar untuk pendaftar tu ? thanks

  7. pendi says:

    Salam nk tnye lau keje govment bolh ke daftar lesen ssm..sebb sy ade ternak kambing kampung jd sy nk dftr lesen ssm..tp was2 sbb kje govmnet bolh ke

  8. Hs. says:

    Hye? .saya nak tnya, kalau saya hanya dropship orang,adakah saya perlu berdaftar ssm..saya full time student sekolah.kadang² dapat untung,kadang² tak dapat.

    1. Jue says:

      Saya nak tanya soalan yang sama juga ..

      1. IzzEdah says:

        Saya pun nak tanya soalan yg sama.

  9. montana says:

    Alhamdulillah…dah daftar syarikat..Bila dah berdaftar ni rasa confident untuk terus meniaga tu meningkat..Sebab kita tau kita sedang buat benda yang betul dan sah di sisi undang2 Malaysia kita. Jadi saya setuju Tuan Sifu suruh daftar ni..amat setuju tahap Super Saiya 3

    1. Lissa says:

      Hi, nak tanya.. kalau nak daftar ssm di sabah sarawak mcm mna ? Saya keliru. Kalau daftar kt Online je boleh x?

  10. halie hashim says:

    perniagaan secara kecilan pun kena daftar?

  11. Wan Hafizatul Akmal says:

    Assalamualaikum,sy mohon pendapat dari sifu..skrg sy wt bisnes emas online..sy nk wt trading ngan kedai emas lain..kena dftar ssm ke? Bagaimana proses tuk berdftar di ssm?

  12. amirah hamzah says:

    Saya nak tanya , sekiranya ada segelintir peniaga online yang berdaftar atau tidak berdaftar melakukan kesalahn dengan menipu pelangan mereka. Kami sebangai pelangan boleh membuat aduan di SSM ke ? dan apa tidakan yang boleh diambil oleh SSM

  13. Puteri Raja says:

    Assalam .. Tumpang tnya .. Jika dh ada ssm sebelum ni .. Perlu ke daftar khas utk peniagaan online ?

  14. Puteri Raja says:

    Assalam . Tumpang tnya .. Jika dh ada ssm sebelum ni .. Perlu ke daftar khas utk perniagaan online ?

  15. izwan says:

    Salam
    Cam mana sya nak cek ayarikat yg mengusahakan penyewaan rumah flat/apartment dan kalo selepas cek dan didapati ape yg tersedia dlam perjanjian sewa dengan keputusan semak ssm tidak betol ape perlu sy buat??

  16. ayang says:

    salam sifu..

    bagi orang yang hanya sekadar menjadi droppship / dealer pun kene daftar ke..
    bagaimana nak daftar syarikat yang begitu melalui online

  17. Ida says:

    Assalamualaikum sifu,

    Saya ingin bertanya, saya baru berjinak dalam bisnes online internet dan saya sebagai dealer. adakah perlu saya daftar dengan ssm dan bagaimana cara saya nak daftar. Borang apa yang perlu saya daftar dengan SSM. Dokumen apa yang perlu saya kemukakan semasa mendaftar.

    Harap sifu dapat membantu saya dalam hal ini. Saya tengah dilema dalam hal ini.

  18. Azli says:

    Cadang nak mula niaga Online Dropship.Barang saya tak simpan.Nak kena daftar ke?Untung -Rugi tak tahu lagi.Mungkin saya tak jadi berniaga.Kena fikir byk kali.Byk sangat prosedur nya.

  19. Hazwani says:

    Hye? .saya nak tnya, kalau saya hanya dropship orang,perlu ke saya berdaftar dgn ssm..saya full time student politeknik sye berniaga on9 hanya utk memenuhi silibus utk kos yg sye ambik..

  20. awie says:

    kalau sy ni blom tau nk meniaga apa tapi nak buka daftar ssm dulu boleh ke?
    kalau kita dah letak perniagaan kita nanti lepas tu kita nak tambah perniagaan boleh ke?

  21. Sharifah zain says:

    Assalamualaikum..sy dah ada ssm perniagaan..perlukah sy buat lagi, utk daftar online..dan bagaimana nak daftar online?bolehkah sifu membantu sy..

    1. dah ada ssm, tak perlu daftar skali lg. Guna je nombor yang ada skrg, pastu letakkan kat fanpage.

  22. faizul says:

    Salam sifufbads.. kalau keje gov boleh daftar ke dgn ssm.. sy buat bisnes cetak souvenier kat rumah nih.. buat pencerahan sikit.. tq

    1. bole je, xde masalah. Sape2 pun yg nk buat bisnes x kire online/offline boleh register SSM..

  23. ed says:

    assalamualiakum sifu,

    saya ada soalan nak tanya.
    kalau kita jadi ejen jualan macam dropship untuk sesebuah company yang berdaftar, kita sebagai dropshiper kena daftar juga dengan ssm atau tak perlu.

  24. didik says:

    Nak tanya.mcm mana kalau syarikat online tu tipu kite punya duit…saluran mana saya perlu buat laporan.syarikat tu juz enterprise je…saya rugi,walaupun tak banyak.bagi saya banyak tu.mohon pencerahan.terima kasih

    1. syed says:

      mgkin didik blh try pergi ssm buat laporan je..bagi dkt diorg no siri syarikat tu.. lps tu buat report polis

  25. emily says:

    nak tanya juga..kawan saya ada cakap yg bisnes online ni kena ada lesen katanya..ssm cuma ada kat kuching,sarawak..dari sibu ke kuching jauh tak ada transpot lagi..nak bayar bas hotel bagai..kalau kat sibu,sarawak ada tak?

    1. syed says:

      tak silap sy kita blh register online.. cer try google essm

  26. NORAZAM BIN HARUN says:

    assalamualiakum sifu,

    saya baru mendapat mss dari sebuah syarikat, tiada perkerjaan tetap jadi saya bercadang untuk berkerja sendiri..
    Perkerjaan saya lebih kepada service , sebagai Pelukis Pelan berkerja didalam rumah sahaja..
    Kerja tidak menentu sekira ada job adalah pendapatan..
    Bolehkah saya mendaftar di ssm , daftar atas nama saya sendiri sahaja..
    saya juga ada bercadang untuk berniaga perniagaan cetak t-shirt heat press di rumah..
    Bagaimana cara untuk mengisi borang dengan 2 jenis perniagaan perseorangan..

    1. syed says:

      tuan just pergi je ke ssm. bawa salinan kad pengenalan.. daftar atas nama sendiri tak silap caj rm30.. kalau guna nama trade caj nya rm70.

      nnt kena isi borang permohonan. dlm borang tu nyatakan semua jenis perniagaan yg tuan buat..

      sebelum pergi tu fikirkan siap2 dulu at least 3 nama trade..takut salah satu tk blh didaftarkan sbb dah ada company lain guna..

  27. Ain says:

    Nak tanya kalau saya dah ada lesen ssm meniaga offline,,saya blh gunakan tak lesen tu utk niaga online??

  28. Jue Shane says:

    Hai sifu. Sekiranya perniagaan online hanya mndpt kurang dari rm200 sbln, perlukah hendak daftar ssm?

  29. alifah says:

    assalamualaikum ,saya dan rakan merancang untuk membuat bisnes secara online.Kami berumur 18 tahun,kami merancang membuat bisnes bagi mengisi masa lapang dan ingin mencari sedikit wang.Adakah umur saya tidak dibenarkan untuk mendaftar lesen perniagaaan online? umur berapakah yang layak mendaftar?

  30. wani says:

    assalamualaikum sifu, macam mana pula kalau kita jual di mudah.my, shopee, lazada? perlu register ssm jugak ke?

  31. Ahmad says:

    Banyak mesej pertanyaan pelbagai keadaan belum terjawab. Dapatkah membawa perkara ini ke atasan untuk membincangkan dengan lebih terperinci liku-liku pendaftaran. saya sangat mencadangkan bagi yang baru memulakan perniagaan diberi tempoh setahun dahulu untuk pemilik membiasakan diri dalam perniagaan tanpa perlu apa apa lesen. Bila sudah yakin dan mendapat idea yang betul maka baru daftar perniagaan di SSM. Ibarat orang yang memiliki lesen L memandu boleh mencuba pelbagai cc sebelum membuat lesen penuh.

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Sedangkan laut lagi bergelora ini kan pula dunia bisnes Mana
  • Dalam era ini digital marketing adalah salah satu senjata WAJIB
  • Founder wajib kenalpasti prospek utk bisnes merekabila dah kenal mudahla
  • PERJUANGAN 19612018 YANG MENJADI INSPIRASI  Mula2 dulu aku berasa
  • Realiti dlm dunia bisnes ni tak selalunya indah Turun naik
  • Selesai tadi Part 1 Cut Cost marketing sharing LIVE tadi
  • KERANA SAYANGKAN IBU SANGGUP KORBAN MASA MUDANYA  Nur Farah
  • SIAPA KATA JADI PARTNER BISNES NI TAK BOLEH PERGI JAUH
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..