Kenapa Akaun Fb Ads Anda Kena ‘Flagged’ dan Apa Penyelesaiannya?

flagged

Ni antara masalah yang kira top 5 yang sering diterima oleh sifufbads…

.. “Akaun fb ads saya kena FLAG!”

Apa maksud akaun fb ads kena flag ? Flag dengan maksud mudahnya adalah..

AKAUN FB ADS ANDA DIBEKUKAN, DIGANTUNG, DI’BLOCK’, DI’BLACKLIST’KAN..atau senang cerita – tak boleh buat fb ads dah…

Pernah tak anda dapat mesej dari Facebook seperti ini…

“Your ad account has been flagged for policy violations. Any ads you’re running have been turned off. If you believe this is mastake, please contact us.”

akaun flagged_1

ataupun seperti ini…

“Your ad account has recently been flagged because of unusual activity. for security reasons, any ads you’re running will be paused until you can confirm your account information. contact Facebook.”

fbads flagged

Apa perasaan anda ketika itu? Marah!? Kecewa!? Fedap kipidap!?

Pasti anda tertanya-tanya, “Woi Mark Zuckerberg, Apa salah aku? Kenapa pula kena flagged?” 

FB ni, kalau dia nak ‘flag’kan akaun fb ads kita, memang terus flag je. Bukannya nak bagi apa-apa AMARAN pun.. tiba-tiba Facebook terus flagged akaun fb ads anda… apa citer? Kalau sales tengah sedap, memang berjujuran air mata dibuatnya.. Frust tertonggeng dibuatnya!

Kenapa ye kena flag ni?

Mengikut kajian, eskperimen, pengalaman, ada beberapa reason utama kenapa akaun kena flag ni..

Kenapa akaun fbads anda kena flagged? Mungkin anda ada lakukan perkara berikut…

#1: Iklan ‘Disapproved’ Banyak Kali

Iklan yang berulang-ulang kali disapproved, boleh menyebabkan fbads anda kena flagged.

Apa maksud iklan disapproved banyak kali?

Contohnya;

Anda dah buat iklan, buat split test.. tapi iklan anda semua disapproved, kemudian.. anda buat iklan sekali lagi.. disapproved lagi! Buat iklan lagi, disapproved lagi..! Risiko FLAGGED la jawabnya…Ianya menunjukkan anda ni degil.. FB kata tak bleh, tak bleh la…

Sepatutnya, lepas iklan anda dissaproved.. jangan terus buat iklan, tunggu lebih kurang setengah jam.. Nak secure lagi, buat hari esoknya. Lepas tu baru buat iklan baru. Dinasihatkan, jangan guna gambar/ayat sama dengan iklan yang tak approve sebelum ini.

Kenapa iklan anda ‘disapproved’?

Ada banyak sebab iklan disapproved. Dari produk, gambar, hinggalah ayat iklan. FB dah nyatakan RULES nya. Kalau kita tak patuhi, iklan yang dibuat berisiko untuk disapproved. Jom kita lihat antara sebab-sebab utama iklan tidak diluluskan oleh FB. Antaranya;

  • Text Lebih 20% 

Text pada gambar lebih 20%. Tak boleh ada banyak sangat tulisan pada gambar iklan anda. Pastikan ianya kurang 20% dari keseluruhan gambar. Untuk semak sama ada text pada gambar iklan anda lebih 20% atau tidak, anda boleh gunakan tool dari FB iaitu GRID TOOL.

gambar text

  • Gambar Kulit Badan

Facebook tak benar gunakan gambar iklan yang tunjukan gambar KULIT badan.. seperti gambar nampak perut, gambar tak pakai baju (orang lelaki la..), gambar SEKSI (tapi kekadang lepas juga..huhuhuhu). Biasanya, produk fitness, slim & diet yang banyak menggunakan gambar seperti ini.. Jadi, jaga-jaga ye!

Gambar camni, tak bleh…

disapprove

Gambar camni, tak boleh!

Gambar camni, boleh…

ni boleh

Gambar camni, ni boleh!

#2: Jual Produk Intim..

Straight to the point la.. Produk bagi kategori ni, memang paling berisiko! Sangat berisiko! FB MEMANG TAK BAGI ANDA JUAL PRODUK DEWASA NI! Berkaitan seks ni.. Produk berkaitan kesihatan “sistem peranakan” ni, memang berisiko! Tapi, tak bermakna anda tak boleh jual langsung guna FB. Nak jual juga, takde halangan. JIKA ANDA JUAL PRODUK JENIS INI, ANDA PERLU SANGGUP TERIMA RISIKO-RISIKO INI;

  1. Akaun fb ads anda boleh di Flag bila-bila masa saja! Ada student saya, dah buat berbelas akaun fb ads baru untuk terus menjual di FB. Setiap kali kena flag, dia akan buat page baru, akaun fb baru, guna kad baru. Selepas run beberapa minggu, kena flag lagi. Buat lagi baru… Memang leceh! Memang sales masyuk di fb, tapi nilah cabaran terbesarnya…
  2. Fanpage anda boleh diterminate terus oleh FB! Jadi, jangan la fokus iklan untuk menarik LIKE kerana ditakuti usaha anda akan menjadi sia-sia apabila page kena terminated. Fokus terus pada iklan pagepost

Jika anda jual produk dewasa, gambar iklan kena JAGA. Elakkan dari guna gambar 18sx. Cuba gantikan dengan gambar yang ada maksud yang tak menunjukkan 18sx…Gambar couple tengah dating ke…makan2 kat restoran ke.. Anda juga boleh try, gambar-gambar yang jenis “double meaning“..

FUSE-630x419

Elakkan juga gunakan blacklist keyword seperti CATUABA dan KLIMAKS, Miss-V, ghairah, V@gina, dll. Jika anda gunakan keyword ini.. akaun anda boleh kena flagged. Jadi, jangan gunakannya dalam post atau nama fanpage. Tukarkan perkataan ini kepada perkataan yang lebih selamat.. Contohnya, Miss V kepada “sistem pembiakan” ke.. atau cari lah apa-apa idea lain yang bersesuaian..

Semasa menulis manfaat produk, JANGAN tekankan manfaat/masalah seperti;

  • Mati PUCUK?
  • Saiz KECIL?
  • LEMAH tenaga batin?
  • Susah nak KERAS?
  • Nikmat KLIMAKS yang belum pernah dirasai!
  • Dapat mendayung lebih LAJU dan LAMA!

.. tukarkannya kepada;

  • Anda dan isteri WANGI sepanjang malam!
  • Isteri Dah Tak Komplen Dah?
  • Dia TERSENYUM LEBAR sepanjang malam!
  • Asben saya POWER RANGER!

Saya tak jamin ye, tapi boleh try..

#3: Guna 1 Kad Kredit Untuk Akaun FB Ads Berbeza

Anda boleh gunakan banyak kad debit/kredit dalam 1 akaun fb.. tapi, anda tak boleh guna 1 kad debit/kredit untuk banyak akaun fb. Macam mana tu?

Ok, saya bagi contoh;

BOLEH: Kad debit/kredit Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, semua guna dalam 1 akaun fb Ali.

TAK BOLEH: Ali, Abu, Ahmad, Kamal dan Kamil berkongsi 1  kad debit/kredit yang sama dalam akaun fb mereka.

debit card

Satu kad debit/kredit, untuk 1 akaun fb ads sahaja. Tak boleh gunakan kad debit sama untuk buat iklan di akaun fb ads yang lain. Kalau anda ada banyak bisnes, ada banyak page, tiada masalah. Anda boleh buat iklan untuk kesemua page tersebut dalam satu akaun fb ads sahaja.

#4: ‘Relevance Score’ Rendah

Jika anda tak tahu apa relevance score ni? Boleh baca ARTIKEL INI..

Relevance score juga boleh memberi kesan pada status iklan anda. Ia dikira dari 1 hingga 10.

Bagi saya, relevance score yang lebih dari 7 adalah yang TERBAIK, manakala, relevance score yang kurang dari 5 sudah dikira BAHAYA. Kenapa saya kata bahaya? Sebabnya, iklan yang anda buat tak relevan dengan audiens yang anda target, jika ada ramai audiens yang buat report.. kemungkinan besar akaun anda boleh kena flagged! Bila ramai sangat report (ada jumlah report tertentu yang diambil kira oleh FB), akaun anda akan flagged!

Ok, apa yang perlu anda buat jika relevance score anda bawah dari 5? Anda hanya perlu ADJUST pada;

  • Gambar
  • Copywriting

Nak lebih selamat, jangan gunakan gambar dan copywriting yang NEGATIF. Jika ada audiens yang tak suka, mereka boleh report pada Facebook..

Contoh Copywriting Negatif;

BADAN ANDA GEMUK? SELALU DIHINA DAN DICACI MAKI OLEH RAKAN2?

MUKA BERJERAWAT? SELALU DIPULAU DAN JADI BAHAN KETAWA?

Contoh Gambar Negatif;

gambar negatif

#4: Jual Produk Tiruan

Hati-hati jika anda menjual produk tiruan, lebih baik, kalau boleh dielakkan, elakkan! Risikonya jika ada owner/syarikat original buat report, akaun fbads anda bukan je kena flagged, malah fanpage anda boleh kena TUTUP terus!

Contohnya, anda jual baju NIKE tiruan dari Siam.. Pihak NIKE boleh bertindak memaklumkan (buat report) ke FB. Dan tanpa sebarang amaran, akaun anda dikenakan flagged, dan fanpage di TERMINATED oleh FB. Minyak wangi reject, double A ke, triple A ke.. Jaga-jaga! Kalau boleh, jangan tonjolkan jenama pada gambar dan juga ayat iklan. Biarkan prospek whatsapp atau PM dulu, baru anda tunjukkannya..

fake product

#5: Guna Nama Brand Pada Nama Page

Semasa bina fanpage, jangan guna NAMA BRAND pada nama fanpage anda. Lebih-lebih lagi syarikat yang ada nama BESAR. Contohnya NIKE, ADIDAS, DUNHILL, RAYBAN dll. Anda bukan je boleh kena flagged, tapi boleh kena SAMAN oleh brand syarikat yang anda guna. Habis LINGKUP bisnes anda nanti!

Jika nak letak nama brand, anda bina la nama brand anda sendiri.. walaupun anda jual produk orang lain! Contohnya, anda menjual pakaian sukan NIKE. Jangan gunakan brand NIKE tu pada nama page anda. Jangan guna nama page “PAKAIAN SUKAN JENAMA NIKE”, tapi anda boleh gunakan nama page “AL-FATEH – Kedai Barangan Sukan Berjenama NO.2 di Msia”. Tu contoh je.. jangan cari plak! Hehehehe..

Nama Fanpage

Takde idea nak letak nama fanpage? Baca artikel ni..

..

Jika akaun fb ads kena ‘flagged’, apa tindakan seterusnya?

CARA 1

1) Buat akaun fb baru, fanpage baru, kad debit/kredit baru – Lepas anda buat akaun baru, jangan terus buat ads.. jadikan akaun anda seperti REAL HUMAN, tunjukkan akauan fb baru anda tu benar-benar manusia,  bukan ROBOT. Bina engagement (like, share, komen) dengan rakan-rakan di fb. Ambil masa sedikit. Gunakan akaun anda tu seminggu dua. Selepas tu, baru mula boleh buat fb ads. Jika tak, akaun fbads anda boleh kena flagged semula..

new fb account

2) Tukar IP address – Bila nak buat fb ads je, tukar IP!  Untuk tukar IP address, anda perlu RESET modem internet seperti Streamyx dan Unifi. Cara nak reset, TUTUP dan CABUT plug MODEM anda dalam tempoh 5 minit. Jika masih tak tukar, tutup modem anda untuk 1 malam.. kemudian, check semula pada esok pagi.

Untuk lihat sama ada IP address anda dah tukar ke belum, boleh check DI SINI.

Tukar IP Address

CARA 2

1) Hantar report pada fb – Jika anda rasa anda memang tak lakukan sebarang kesalahan yang mengakibatkan akaun kena flagged, anda boleh buat report! Anda juga boleh HANTAR REPORT terus pada fb DI SINI. Biasanya, link untuk contact, fb akan bagi. Gunakan ayat bahasa inggeris, beritahu fb yang anda dah ikut guideline mereka.. tapi kena tetap flagged. Buat ayat merayu, ayat kesian..

policy

2) Hantar lagi report! Biasanya FB ni tak reply.. Tapi jika anda hantar report tu berulang kali, potensi mereka reply adalah lebih tinggi. Cuba sampai dapat! Dan potensi akaun anda diaktifkan kembali tu adalah cerah (jika anda memang tak langgar rules.)

Kalau cara ke-2 ni tak berjaya, gunalah cara 1….Buat sampai jadi!

Inilah antara sebab kenapa akaun fb ads anda kena flagged, mungkin ada banyak lagi sebab.. tapi anda perlu INGAT!

Facebook berhak untuk reject, approve, atau disapproved apa-apa iklan anda berdasarkan guideline dan keputusan mereka. Dalam erti kata lain, anda perlu IKUT peraturan facebook. Jadi, berhati-hati ketika buat iklan.. sentiasa SEMAK iklan anda dengan teliti sebelum mula buat iklan.

Semoga bermanfaat.

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. shari says:

    Izinkan saya menggunakan kaeda

  2. Syafiq Fahmi says:

    Untuk secure login FB Ads account tanpa detect, boleh guna browser Comodo. Saya dah try, undetected. Account tu secure sampai hari ni dah 3 bulan. Satu account di Chrome, satu lagi di Comodo. Reason dia sebab comodo ni private dns, dynamic IP.

    p:s nak tips free? Klik pada nama saya.

    1. Zul helmie says:

      So pada fb yg dah flagged, guna browser comodo terus okay ?

    2. nizam says:

      jangan percaya budak ni, penipu besar. Saya dah kena tipu dengan syafiq fahmi. Untuk mengelakkan dr duit anda hilang jangan berurusan dengan budak ni.

    3. Syukri says:

      Macam mana nk donwload

  3. Jazmiladina says:

    tak prrnah kena flagged, artikel yg sgt2 baguss.. thnx sifu

  4. Acai says:

    Terima kasih sifu.. baru tau plak.. bahaye jgk benda ni.. lpas ni nak ubah skit certain2 perkataan tu.. Thanks agai sifu.. 😀

  5. zubirasrie says:

    terima kasih sifu satu perkongsian yang sy tercari cari jawapan nya kini baru saya faham..terima kasih bayak sifu adalah ikon fb ads yang hebat semoga semoga sukses dunia akhirat

  6. saifulfaizan says:

    bagi yang fb ads kena flag ..pertama sekali jangan login acc tu ..kalau boleh reset modem reset dan pastikan ip yang baru ..fb follow giler2 la .. browser clear belaka .. guna akaun tambahan/spare/atau pinjam kawan
    masuk dekat akaun advert ..biling method add payment ..pergi dekat add admin role untuk billing tu masuk kan ..atau cari username/akaun yang lama add kan ..macam kongsi akaun pada satu billing la 🙂 tambah user je … sekian dari saya nak selamat guna topup melalui ipay lah ~tup topap dalam 100 ke dan elak kan akaun ni kena flag lagi … nanti dekat akaun lama jadi ada dua akaun lah pilih yang baru … insyaallah boleh kalau x kena spare banyak akaun la

    1. Yan says:

      Nak cuba lah..tapi ada kemungkinan ke cara ni boleh berjaya? Ada org pernah buat tak?

      1. Semua solution ini berdasarkan dari feedback student sifufbads. Ada boleh, ada tak boleh…

    2. shafie says:

      macamana tu.. mintak ilmu bos

    3. Zul says:

      Assalammualaikum.nk tnya i pay tu mcm mana?

      1. maksud tuan, molpay ke? Tu guna utk topup duit iklan di fb guna payment gateway.

        1. farid says:

          molpay tu kalau dya flag jugak duit mmg stuck disitu sampai bila2..? ada cara x nak keluarkan..?

  7. Zayed says:

    Nk tnya mcm mana klu masalah kad kite yg kene flag,.. skrg 2016 bank banyak ckp debit kad dh xleh buat fb ads, sya byk kali kene , mcm mana jalan penyelesaian, utk kad debit kene flagg..

    Semua bnk kite dh buat kad debit, so sifu bads ada cdangan kad ape yg tebaik,??? Please harap replay…

    1. swandyasamad says:

      kad debit takde masalah jika nak buat ads dalam facebook.. jika declined.. anda hanya perlu remove facebook cookies.. done.. anda boleh top up…
      semoga berjaya

      1. AZFAR says:

        CARA MN NK remove facebook cookies

    2. Yie says:

      Bro wasap den , den ada cara dia , 0173600194

  8. Nurul says:

    Sbb apa kita kena guna acc bank.mohon pencerahan sy bdk br belajar.kurg ilmu.br nk berjinak

  9. Anuar says:

    Salam sifu, account saya kena flagged minggu lepas. Dan saya da buka acoount yang baru.

    Tapi…

    Dalam account yang lama. Masih ada lagi balance RM 400 . Macam mana kita nak dapatkan semula balance itu tadi. K tq sifu

      1. Nurl says:

        Assalam sifu fb saya kena block..saya dah masukkan ic tp still tak boleh mcm mana ya sifu.mohon bantuan

        1. isu ni kena tanya dgn fb di sini – https://www.facebook.com/business/resources/

          Kalau tak boleh jugak, buat la akaun baru..

  10. zamir says:

    sifu kalau buat video, dalam video tu banyak image yang ada ayat pun boleh kene flag ke?

  11. zamir says:

    assalam sifu, bagaimana nak upload kite pny testimoni untuk diiklankan..tulis bg setiap picture mesti dah lebih 20%

  12. Lokman says:

    Assalamualaikum tuan, disini sy ada dua pertanyaan iaitu bolehkah 1 FB akaun ada 3 FB Ads akaun iaitu 1 FB Ads akaun personal dan 2 FB Ads akaun business manager. Bolehkah 3 FB Ads akaun ini berkongsi payment method yg sama iaitu kredit kad yg sama. Terima kasih

  13. fazry says:

    macam mana nak bg lepas kalau Your ad account has recently been flagged because of unusual activity. for security reasons, any ads you’re running will be paused until you can confirm your account information

    takkan viral je pown kena flaq? boleh taju.. sebab apa… semua akaun 5tahun ke atas 6 akaun fb semua alami masalah yang sama dan ip aadderess berlainan semua

    ada cadangan tak

    1. Tu kene contact fb. Nak lebih selamat dari kene flagged, guna business manager – https://business.facebook.com/

  14. nurul says:

    salam,
    kat mana kita nak dapatkan no advert account?? ads dah kena flagged, bila cuba hantar report request no advert account.

    1. Cuba check di https://www.facebook.com/ads/manager. Kat profile akaun ads tu ada no advert account.

  15. nurul says:

    Thank you sifu 🙂

  16. Rafi says:

    Salam sifu.. kalau produk kecantikan seperti jeragat lak.. apa yang sesuai.. apa pantang larang dia.. penat da ni try buat iklan .. 3 akaun da kene flag.. aduhai.. gambar lepas karangan xlepas.. semua kata violate FB policy.. tapi tang mana xtahu..

    1. Biasanya gambar dgn ayat iklan yg dilarang. Kalau susah sgt, tukar produk lain. Jgn jual produk kecantikkan dan kesihatan.

  17. kamal says:

    salam sifu.mcm mna klu kad debit/kredit dh kena flag.lpas tu kita renew blik. kad yg bru tu ble gna utk fb ads yg baru ka mcm mna?

    1. bile dh kene flag. akaun fb ads dgn kad bank akan kene block. Jd, tuan kene buat fb profile dan kad baru.

  18. Teo says:

    Are you trying to find Facebook Ads or Google Account for marketing online??? ??
    If anyone need quality accounts of Facebook or Google to running ads
    Contact me, please! Skype: maizeclark91

  19. haqimi says:

    kalau kita nak buat fb ads utk page yg berisiko tinggi,adakah perlu kita create 1 fb acc baru atau selamat je kalau create dekat fb personal yg selama eni kita pakai?

    1. lebih selamat buat akaun fb ads baru. Jd, akan ada 2 akaun fb ads.

  20. mazwan says:

    nak tny skit la…fb sy knp xleh login? bilo login je “comfrim your indentity” ..letih la cari jawapan nya…tlg sy…

  21. Nik says:

    Assalam sifu jamal..mohon dpt pencerahan..bill fd ads sy sbnrnya kena bayar pd 30 November..tp bila smpai je tarikh tu duit dlm akaun sy x mencukupi sprt yg sepatutnya sbb lupa nk bank in kn dan menyebabkn fb xleh nak charge la sbb duit x cukup, then tarikh pembayaran telah bertukar kpd 30 Disember iaitu hujung bulan dpn..tp pd pg keesokn paginya sy terus masuk kn duit dlm akuan tersebut dgn hrapan fb akn tarik duit dlm akaun tu..masalah nya dh 5 hari dia x tarik2 lg..bila sy nk buat pembayaran dia ckp cannot charge..sama juga bila sy nk tambah akaun bank lain utk settle hutang tu tetap jgk x dpt..adakah semua card bank sy rosak? Dan mcm mane nk selesaikn masalah sy ni..adakah kena tunggu smpai 30 Disember..? Xblhn sy nk settle dgn segera hutang tu..sbb iklan sy stop sbb hutang x byr lg..mohon agar sifu dpt bg penerangan yg jelas..

    1. call bank suruh aktifkan transaksi antarabangsa. kalau tak bole gak, cube gune kad lain.

    2. jang says:

      Saya pun mengalami masalah yang sama sahabat.pening macam mana nak setllekan guna kad lain still sama..baik guna perbankan internet lagi sellamt tapi nak kena lunaskan dulu kh hutang tu ?

  22. Mie says:

    Salam tuan apa fungsi current balance di Manage Ads?bawah current balance ada adjust treshold min RM90.apa sebenarnyr fungsi Current Balance?sekiranye current balance RM 0 bolehkan saya menggunakan Boost tu?approve tak kalau sy buat iklan?

  23. iwan says:

    “Akaun anda telah dinyahdayakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, layari Pusat Bantuan.”

    Kenapa ye akaun saya dinyahdayakan dan ada x cara atau teknik untuk mendayakannya semula?
    Harap sangat sapa2 dpt membantu saya….

  24. Zaimanshoppe says:

    Salam sifu jamal…saya mintak maaf iklan fb ads saya kena flagged.tolong bukak blik akuan saya..saya mintak maaf sangat2 sifu.

  25. Zaimanshoppe says:

    Nak tanya..sekiranya fb ads saya kena flagged.adakah akuan kad ATM saya pun x boleh guna juga sifu.minta pencerahan .

    1. betul, kad bank pun kene block. Jd kene buat kad baru, debit atau kredit.

  26. CikJ says:

    Salam Sifu, sekiranya kita guna payment method *Online Banking, kena block sekali ke kalau account flagged? Mohon pencerahan. Account saya baru je flagged. Sedihhhh !

    1. betul tu. Bila akaun fb ads flagged, semua sekali kene flagged. solution – buat report kat fb nape kene flagged, atau kalau nak cepat, buat fb profile baru.

      1. Murni majan says:

        Bos minta tolong fb saya kena block macam mana nak buat

        01139191186 whatsapp me

  27. Farah says:

    Salam sifu , akaun saya dah seminggu kena flag .. ada xara nak dapatkan balik tak ?

  28. Farhana says:

    salam sifu akaun saya pun baru-baru ni kena flag.. rasa kecewa jugak.. nak dapatkan balik tak boleh ke tanpa buat akaun baru? rasa sayang la akaun saya ni.. lagipun saya baru je join ads tu.. orang atas yang tolong register kan saya dalam ads sewa akaun facebook.. setiap kali saya check komisyen yang saya dapat.. kali terakhir saya check ada dalam lebih kurang 600 ke 700 macamtu.. lepas tuu dapat notification dia suruh log in balik facebook lepastu tengok kena flag.. kalau boleh saya nak contact sifu untuk lebih detail boleh tak?

  29. Zu says:

    Sifu nak tanya, kalau fbads sj yg kena flagged n akaun admin fb tu still jalan mcm biasa kan. Cuma page fbads sj yang tak blh berfungsi kan? Ke atau sebaliknya sifu? Mohon bantuan pencerahan sifu

    1. SifuFBads says:

      Ya. Kalau kene flagged, akaun fb ads je x boleh gune. fb profile masih boleh gune. fanpage pun xde ape2

      1. rozana says:

        Saya pages kena flagged juga .mohon sgt2 bantuan dari pihak tuan. mcmana saya nak run ads seperti biasa. 90% sales saya dari online store dan saya ada physical store .selama 3 thn conpany saya berkembang dengan fb ads. Tiba2 flagged. Mcmana saya hendak buat baru sedangkan page name tu represent branding saya .
        Kalau nak buat baru , kena bina credibility baru . tolonglah tuan .

  30. […] Kenapa Akaun Fb Ads Anda Kena ‘Flagged’ dan Apa Penyelesaiannya? […]

  31. Khairul says:

    Sy dah buka acc fb baru..tp stiil xboleh pakai sbb dia detect dr org sama..mungkin sbb no hp sama. Ada cara nak selesai ka. Sbb acc fb baru still xboleh masuk manager untuk iklan tu

    1. SifuFBads says:

      x boleh maksud ads manager? Patutnya boleh.

    2. Ann says:

      Dr pengalaman sy penah jd mcm tu xblh buka fb langsung. Fb detect device hp kita so memg device hp tu xleh guna. Makna kta kena tkr hp bru then bt fb bru.

  32. Sue says:

    Bole wssp saye terus saye nk belajar buat fb ads..saye xfhm satu ape pown..sory..

  33. syah says:

    invoice bill fb ads saya rm167
    tapi spend cap saya rm267.

    so mcm mna ni ya? saya tak berape faham

  34. Iera says:

    Saya sebelum ni kena ade..mungkin pakai no tekefon yang sama…lepas tu tukar no buat fb baru sempat 3 hari je…terus tokleh buka..

    Aishhh penat dh…
    Fb macam sekarang…

  35. […] —> http://sifufbads.com/blog/tips-fb-ads-2/kenapa-akaun-facebook-ads-anda-kena-flagged-dan-apa-penyeles… […]

Program @ Sifufbads

01/06/2018
Karnival Karangkraf X Sifufbads 2018
Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

28/04/2018
Seminar HIIM X Raya 2018
SACC, Shah Alam

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Ramai usahawan diuji teruk dlm bisnes Buat apapun tak menjadi
  • MILLIONAIRE FOUNDER DARI UIA Penat2 bljr UIA 6
  • Bila bergelar founder bisnes niBanyak hati yang kena dijagaDari atas
  • Pernah tak korg tgok satu2 produk atau tgok mana2 kedai
  • Wanita ni pernah masuk lokap gara2 gagal bayar KWSP pekerjaTapi
  • Utk tingkatkan kredibiliti dan trust di kedai online andaAnda kena
  • Urang lain mau jd founder kamu jadi founder jugak! Tapi
  • Jika dulu dia dah bantu naikkan produk mak nya secara
Ebook BOS’18 Branding Online Strategy 2018
Ebook BOS’18 Branding Online Strategy 2018

DOWNLOAD PERCUMA! Dah tiba masanya untuk upgrade brand anda ke NEW LEVEL! Ketahui bagaimana 7 strategi branding ini bakal membantu bisnes anda. Jangan isi form dibawah jika tak berani nak upgrade bisnes anda SEKARANG!