‘Facebook Graph Search’ Kini Benarkan Carian Post Lama

'Facebook Graph Search' Kini Benarkan Carian Post Lama_1

Selepas Facebook umumkan yang mereka akan kurangkan post promosi di News Feed, kali ini mereka telah umumkan update terbaru Facebook Graph Search(FGS) yang membenarkan anda untuk buat carian kembali post profile anda yang lama.

Penambahan fungsi baru ini membolehkan anda untuk buat carian keyword yang ada pada gambar, artikel dan video yang ada di News Feed. Anda juga boleh buat carian di Mobile.

Fungsi Facebook Graph Search (FGS) untuk buat carian ayat seperti People who like Sifu FB Ads atau Pages liked by people who like Sifu FB Ads” masih tidak berubah.

Ini satu berita baik untuk pengguna Facebook, lebih-lebih lagi bagi usahawan internet. Jika anda seorang usahawan internet, teruskan membaca kerana saya akan beri beberapa tips cara untuk optimumkan post anda di Facebook.

Ini dapat memudahkan pengguna Facebook mudah jumpa post anda apabila mereka menggunakan Facebook Graph Search(FGS).

Siapa Yang Boleh Guna Fungsi Carian Post di FGS?

Buat masa sekarang, fungsi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna iPhone dan Desktop di US.

Penggunaan keyword dalam paparan iklan Facebook belum boleh digunakan lagi, tapi tidak mustahil akan dibuat pada masa akan datang.

4 Tips Cara Gunakan Fungsi FGS

1) Tingkatkan Penghasilan Topik Evergreen

Dalam FGS, post yang lama masih lagi muncul di News Feed jika keyword relevan dengan carian yang dibuat. Jika anda nak tingkatkan Facebook CTR untuk jangka masa panjang, cuba buat lebih banyak topik evergreen di post Facebook.

Dengan cara ini, apabila seseorang guna Facebook Graph Search untuk cari topik yang evergreen, post anda 2 tahun lepas masih lagi relevan.

Tingkatkan Penghasilan Topik Evergreen

2) Masukkan Keyword, Link URL dan Nama Fanpage dalam Post.

Selepas anda buat carian, keyword tersebut akan di highlight dengan warna biru. Ini bermakna, lebih banyak warna biru dilihat pada hasil carian, lebih relevan post tersebut dengan keyword anda. Ini dapat tingkatkan lagi peluang untuk audien klik dan baca post tersebut.  Jadi, cuba buat eksperimen untuk letakkan keyword pada post, URL dan nama fanpage untuk lihat sama ada klik akan bertambah atau tidak.

Anda boleh gunakan servis short URL yang boleh ubah nama URL seperti bitly.com untuk monitor peningkatan klik. Bagi pengguna WordPress pula, anda boleh guna plugin Pretty Link Lite.

Pastikan anda pilih kategori yang sesuai dan lengkapkan info ‘About‘ di fanpage, gunakan keyword yang relevan.

keyword warna biru

3) Tingkatkan Engagement

Dalam Facebook, engagement yang baik dapat membantu anda untuk capai fans melalui fungsi FGSAnda boleh gunakannya untuk capai fans yang sedia ada dan fans yang baru.

– Capai Fans Sedia Ada

Buat masa ini, FGS hanya paparkan hasil carian dari fanpage dan rakan yang pernah anda berinteraksi sebelum ini. Jadi, sebagai usahawan internet, anda perlu tingkatkan usaha untuk dapatkan engagement dan keluarkan bajet untuk dapatkan lebih banyak trafik dan klik.

– Capai Fans Baru

Dengan tingkatkan engagement dengan fans sedia ada, rakan fans anda akan dapat dicapai melalui FGS apabila rakan mereka buat carian yang berkaitan dengan keyword post anda.

Tingkatkan Engagement Facebook

4) Jadikan Website Anda Responsif

Disebabkan FGS juga boleh digunakan dalam mobile, sangat penting untuk jadikan website anda responsif. Ini dapat mengurangkan bounce rate website dan meningkatkan reach serta trafik ke website anda.

Jika anda tak tahu sama ada website anda responsif atau tidak, anda boleh check di Responsivetest atau kecilkan browser anda seperti di bawah…

sifufbads browser responsive

Untuk lihat contoh website yang responsif, anda boleh lihat di blog Sifufbads di sini.

Itulah update fungsi terbaru dari Facebook, fungsi Facebook Graph Search (FGS) ini merupakan strategi jangka masa panjang dalam pemasaran internet. Ini adalah peluang usahawan internet yang menggunakan Google Adword untuk gunakan cara yang sama dalam pemasaran Facebook.

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Assalamualaikum tuan Jamal,

    Tuan menyebut di atas fungsi ini hanya boleh digunakan oleh audiens yang menggunakan Facebook dalam bahasa inggeris, adakah ini bermakna kalau kita tulis status atau post dalam bahasa Melayu, fungsi FGS tidak boleh digunakan?

    1. Waalaikumussalam tuan,

      maksud saya buat masa ni, fungsi ni baru hanya boleh digunakan oleh pengguna iPhone dan Desktop di US…fungsi ni masih dalam penambahbaikan…

  2. Masturah says:

    Assalam.. Sifu, fb ads saya tiada CPC, kenapa?

Program @ Sifufbads

29/09/2018
HIIM PREMIER
IDCC Shah Alam

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Sedangkan laut lagi bergelora ini kan pula dunia bisnes Mana
  • Dalam era ini digital marketing adalah salah satu senjata WAJIB
  • Founder wajib kenalpasti prospek utk bisnes merekabila dah kenal mudahla
  • PERJUANGAN 19612018 YANG MENJADI INSPIRASI  Mula2 dulu aku berasa
  • Realiti dlm dunia bisnes ni tak selalunya indah Turun naik
  • Selesai tadi Part 1 Cut Cost marketing sharing LIVE tadi
  • KERANA SAYANGKAN IBU SANGGUP KORBAN MASA MUDANYA  Nur Farah
  • SIAPA KATA JADI PARTNER BISNES NI TAK BOLEH PERGI JAUH
[Free Video] Founder’s Foundation
[Free Video] Founder’s Foundation

Didedahkan! Founder’s Foundation Video Yang Bakal Menyelamatkan dan “Mengangkat” Bisnes Anda dari Hampir Mati Kelemasan di Benam Lumpur! Anda bakal pelajarinya dalam video bersiri ini.. dan ianya PERCUMA jer..