Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Seminar Lejen IM – 5 Sifu IM Bakal Berkongsi Ilmu Pemasaran Internet Terkini

Diterbitkan pada Dec 9, 2014 oleh

Seminar Lejen IM

Tahun 2015 bakal tiba tak lama lagi. Apa persediaan anda untuk menghadapi tahun 2015? Adakah anda dah buat plan bisnes untuk 2015? Kalau belum, apa kata anda join Seminar Lejen IM untuk belajar teknik pemasaran internet dari 5 sifu IM.

Pada hari Sabtu, 27 Disember 2014 nanti, Sifufbads bakal menganjurkan Seminar Lejen IM yang melibatkan 5 sifu pemasaran internet iaitu tuan Firdaus Putra (Sifu Instagram), tuan Jamal (Sifufbads), tuan Wanmus (Sifu Google Adwords), tuan Faisal Abdullah (Sifu Email Marketing) dan Encik Titan (Sifu SEO).

Dalam seminar ini nanti, setiap sifu ini akan berkongsikan pengalaman mereka dalam bidang dan kepakaran masing-masing kepada anda. Mereka bukannya orang baru tetapi mereka sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun.

Anda akan akan didedahkan tips, teknik dan strategi bagaimana untuk tingkatkan jualan bisnes anda dari pemasaran internet.

Jika anda mempunyai masa yang terluang pada tarikh tersebut, jom join dan ajak rakan-rakan anda untuk dapatkan tips-tips terkini dari 5 sifu pemasaran internet.

Apa yang bakal dikongsikan oleh 5 sifu IM dalam seminar ini nanti?

1) Tuan Firdaus Putra – Sifu Instagram

Tuan Firdaus Putra - Sifu Instagram

Firdaus Putra, lulusan TESL dari UiTM Malaysia, merupakan usahawan kreatif sepenuh masa yang mengendalikan syarikat bernama Boonga Studio di Shah Alam.

Di universiti, beliau mempunyai rekod akademik yang baik dan beliau sangat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Ini telah mengajar dan membuka minda beliau mengenai kepentingan pemikiran kreatif dan inovatif dalam diri seseorang.

Sebagai seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti, beliau mempunyai bakat untuk memimpin dan berupaya untuk bekerja dengan orang yang mempunyai latar belakang sosial yang berbeza.

Sekarang, beliau sedang membina sebuah perniagaan yang baru untuk usahawan muda di Shah Alam iaitu kedaipelik.com.

Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah;

  1. INTER-VARSITY BEST BUSINESS PLAN AWARD (NATIONAL LEVEL)
  2. BEST ENTREPRENEUR AWARD (UiTM LEVEL)

Dalam seminar ini nanti, beliau akan kongsikan manfaat yang bakal usahawan internet dapat jika menggunakan pemasaran instagram.

Pemasaran menggunakan Instagram semakin popular di Malaysia sekarang ini, sudah ramai usahawan internet yang sudah mula menjana ribuan ringgit hanya dari Instagram.

Antara strategi pemasaran yang boleh anda gunakan adalah dengan mengumpulkan targetted followers dulu, kemudian buat posting gambar serta copywriting yang menarik di profile anda. Strategi ini sangat berkesan jika anda menjual produk makanan atau pakaian.

Bagi yang berminat nak belajar cara gunakan Instagram untuk tambah channel pemasaran bisnes anda, tuan Firdaus Putra akan terangkan cara buat pemasaran menggunakan Instagram dan cara tukarkan followers menjadi customers.

2) Tuan Jamal – Sifufbads

Jamal – Sifufbads

Nama penuhnya, Jamaluddin Bin Bahari. Nama glemer, JaMaL, berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mula melibatkan diri dalam perniagaan internet hasil dari pendedahan oleh Dr Irfan Khairi sejak 2008 lagi.

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan Internet secara sambilan di mana beliau membahagikan masa sebagai seorang jurutera awam di siang hari dan menjalankan perniagaan ebook selepas tamat waktu perkhidmatan sektor awam.

Sejak April 2010, JaMaL telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dengan lebih serius. Keputusan ini dibuat setelah beliau mendapati pendapatan sambilan yang diperolehi adalah konsisten dan jauh lebih tinggi dari gaji penjawat awam yang diterimanya setiap bulan.

JaMaL mula terlibat dalam dunia perniagaan Internet sebagai usahawan produk digital, usahawan produk fizikal, pemasar affiliate, dan juga blogger. Beliau dikenali oleh penggiat industri perniagaan Internet di Malaysia sebagai ‘sifu’ sejak tahun 2009 lagi. Selain itu, beliau juga sering menghasilkan panduan-panduan perniagaan dan pemasaran Internet yang sering dijadikan rujukan usahawan-usahawan lain.

Ramai student beliau sudah berjaya menjana jualan dari 4 angka hingga 7 angka selepas menyertai seminar yang dianjurkan oleh beliau. Perkongsian beliau adalah hasil dari pengalaman beliau sendiri dalam dunia pemasaran internet.

Semua usahawan internet sekarang pastinya sudah pernah guna Facebook Ads kerana anda boleh dapatkan targetted customer dengan pantas dan mudah. Ramai usahawan internet sudah menjadi jutawan hanya menggunakan Facebook.

Tapi algorithm Facebook yang selalu berubah sedikit sebanyak memberi kesan kepada hasil jualan di Facebook. Sebab itu dalam seminar ini nanti, tuan Jamal akan kongsikan beberapa strategi untuk tingkatkan sales dengan menggunakan dengan Facebook Ads.

3) Tuan Wanmus – Sifu Google Adwords

Tuan Wanmus - Sifu Google Adwords

Wanmus adalah asas kepada nama Wan Mohd Musyri bin Wan Haujan. Beliau seorang pelajar di UTM Skudai, mengambil Ijazah Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Wanmus merupakan CEO, Onpay Solutions Sdn Bhd dan Manager, Wanmus Technologies yang mempunyai beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu. Dengan syarikat ini, beliau telah membangunkan beberapa perniagaan internet iaitu Wanmus.com dan JOMHosting.net.

Beliau mula bergerak aktif dalam bisnes Google Adwords bermula 2008. Sekarang, beliau aktif dalam menganjurkan Seminar, Kelas dan Consultation Google Adword di Sifuadwords.my

Google Adwords adalah ruang pengiklanan di rangkaian Google sama ada di Google Search Page atau Display Network Google seperti di Blogspot, Youtube, Berita Harian, Harian Metro, Blog Beautifulnara dan banyak lagi.

Jika beriklan di Facebook namanya FB Ads atau Facebook Ads, di Google pula namanya Google Adwords atau Google Ads. Lagi tinggi iklan anda terpapar, lagi tinggi potensi iklan anda untuk di klik oleh pengguna Google. Untuk topik ini, tuan Wanmus akan kongsikan tips bagaimana beliau menghasilkan jualan dari iklan Google Adword.

Dalam seminar ini nanti, insyallah beliau juga bakal kongsikan kelebihan dan kehebatan Google Adword yang dapat membantu usahawan internet untuk kembangkan lagi strategi pemasaran mereka.

4) Tuan Faisal Abdullah – Sifu Email Marketing

Tuan Faisal Abdullah - Sifu Email Marketing

Faisal Abdullah adalah antara online marketer yang berjaya. Beliau aktif membantu syarikat-syarikat kecil yang baru dalam dunia bisnes.

Beliau juga adalah pengasas Nasihatniaga.com, sebuah syarikat yang membantu individu atau perniagaan yang mahu menggunakan medium online untuk meningkatkan jualan

Antara syarikat online joint venture beliau yang berjaya adalah Ardini Boutique dan Junn’s Diary.

Beliau kerap memberi tips mengenai motivasi dan pemasaran dalam bentuk rakaman video dan penulisan emel. Selain  menjual produk fizikal, beliau juga ada menghasilkan produk digital sendiri. Antara produk digital beliau yang popular adalah DVD STP dan MB2000.

Beliau banyak membantu usahawan internet melalui kaedah coaching dan sering menganjurkan Seminar dan Webinar untuk mengajar teknik pemasaran internet. Beliau juga sering dijemput oleh Universiti, Syarikat Swasta dan Agensi Kerajaan sebagai speaker untuk sesuatu seminar.

Kehadiran beliau dalam seminar ini bakal membantu usahawan yang mempunyai masalah dalam pemasaran emel.

Pemasaran emel adalah antara teknik pemasaran yang paling lama dan berkesan dalam pemasaran internet. Tool yang digunakan dalam pemasaran emel adalah Autoresponder.

Agak rugi bagi usahawan internet yang sudah untung beribu-ribu ringgit tapi masih belum menggunakan autoresponder. Dengan mengetahui strategi pemasaran emel, anda sebenarnya boleh kurangkan kos iklan, sambil  tingkatkan jualan bisnes anda.

Bagi anda yang baru menggunakan pemasaran emel, anda akan ada masalah untuk bina database dalam autoresponder, tapi jangan risau, tuan Faisal Abdullah akan kongsikan cara untuk bina database dengan cepat dalam seminar ini nanti.

5) Encik Titan – Sifu SEO

Encik Titan - Sifu SEO

Nama beliau adalah Ahmad Faizal bin Abi Setama. Nama samaran ataupun nama yang beliau gunakan untuk menulis blog adalah Encik Titan.

Beliau berpendidikan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah dan Ijazah Sarajan Muda Sains. Mula menulis blog sejak tahun 2001 tetapi mula buat duit affiliate pada tahun 2003.

Sehingga kini, beliau masih lagi setia menulis blog walaupun masih bekerja sebagai seorang guru. Beliau sudah menghasilkan beratus-ratus blog menggunakan platform blogspot dan wordpress.

Antara blog beliau yang popular adalah earncent.com, ohcikgu.com, ahmadfaizal.com dan gulirocket.com.

Beliau juga adalah penulis Kitab Teknik Seo Merah yang merupakan sebuah ebook yang popular di kalangan blogger. Beliau juga pernah menjadi panel untuk Seminar Buat Duit dengan Blog Anjuran Denaihati Network pada tahun 2014.

Sejak penglibatan beliau dalam dunia blogger, beliau telah mendapat banyak anugerah;

  1. TOP 3 BUSINESS BLOG MSMW AWARDS 2013 (EARNCENT.COM) – MAC 2013)
  2. WINNER BEST EDUCATIONAL BLOG MSMW AWARDS 2013 (OHCIKGU.COM – MAC 2013)
  3. TOP 3 TOURISM HEALTHCARE BLOG MITBCA AWARDS 2013 (AHMADFAIZAL.COM – FEBRUARI 2013)
  4. TOP 3 BEST EDUCATIONAL BLOG MSMW AWARDS 2014 (OHCIKGU.COM – FEBRUARI 2014)
  5. TOP 3 BEST BUSINESS BLOG MSMW AWARDS 2014 (AHMADFAIZAL.COM – FEBRUARI 2014)
  6. TOP BEST SPORTS BLOG MSMW AWARDS 2014 (GULIROKET.COM – FEBRUARI 2014)

Beliau dijemput ke seminar ini untuk berkongsikan teknik-teknik SEO yang beliau gunakan untuk menjana pendapatan dari blog.

Search Engine Optimization (SEO) adalah proses untuk mengoptimumkan kandungan atau naikkan ranking websites agar mudah dijumpai oleh pembaca yang buat carian di search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

Jika website anda mempunyai tahap SEO yang baik, website anda akan menerima trafik secara percuma tanpa perlu keluarkan kos pengiklanan. Topik ini akan diceritakan lebih lanjut oleh Encik Titan dalam seminar ini nanti.

Seminar ini sangat sesuai untuk anda yang ingin kembangkan lagi bisnes dengan teknik-teknik pemasaran terkini. Teknik yang dikongsikan oleh sifu IM ini bukan hanya sekadar teori, tapi memang terbukti berkesan hasil dari pengalaman mereka bertahun-tahun.

Jadi, apa tunggu lagi?

Tempah tiket sekarang sebelum pendaftaran ditutup! – DAFTAR DI SINI

Komentar (6)

  1. Pingback: Koleksi Gambar Seminar Lejen IM | Sifu FB Ads

  2. faizal

    as salam… saya faizal dari kuching… saya mai kuala lumpur 9.12.2015. saya mahu buat appointment kat pihak tuan… nak bertanya sebar sedikit bkaitan perniagaan. harab pihak tuan dpt memberi kerjsama. ni no hpn saya 0138052554. kerjsama dr pihak tuan amat saya hargai. terima kasih

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!