Cara Buat Iklan FB Ads

teknik-baru-buat-iklan fb ads terbaru

Setting iklan fb ads berubah lagi!

Ya, akaun fb ads saya baru saja berubah settingnya ketika berlangsungnya seminar Chapter F pada 8 Nov baru-baru ni. FB ni memang suka sangat berubah! Boleh dikatakan setiap bulan ianya berubah.

Oleh itu, saya perlu tulis post ini. Dalam post ini, saya akan tunjukkan bagaimana bina iklan fb ads menggunakan setting terbaru ini.

 

Langkah 1: Sila masuk ke akaun fb ads anda.

Cara buat iklan fb ads

Langkah 2: Pilih objective pembinaan iklan anda. Dalam contoh ni, saya memilih jenis page post engagement.

Cara buat iklan fb ads

Langkah 3: Pilih fanpage anda.

3

Langkah 4:  Pilih post dari fanpage yang anda ingin iklankan. Kemudian klik continue.

4

Langkah 5: Namakan campaign anda. (namakan campaign mengikut nama page, dan nama produk yang ingin diiklankan)

5

Langkah 6:  Pilih maklumat tentang data demografi, geografi, psikografi dan sociografi  audien anda. Dalam contoh ini, saya memilih untuk mengiklankan buku Legenda Jutawan Facebook kepada fans page Sifu FB Ads. (Jadi, pada ruangan interests, saya biarkan kosong. Pada bahagian connections, saya pilih audien yang telah like fanpage Sifu FB Ads).

6

Langkah 7:  Letakkan bajet iklan anda. Saya memilih bajet per harian, iaitu budget per day sebanyak RM30. (Untuk peringkat awal, disarankan anda letakkan bajet di bawah RM30 sebagai langkah keselamatan. Jika ROI dan CR bagus, barulah anda naikkan bajet). Jenis bidding yang dipilih dalam contoh ini adalah optimize for Page post engagement di mana ianya adalah jenis bid OCPM. (Bid jenis OCPM, kita hanya letakkan bajet, dan fb akan jalankan iklan kita. Iklan yang menarik perhatian, mampu membantu anda perolehi kos iklan yang rendah). Nama ad set pula, saya syorkan anda letakkan mengikut audien yang dipilih. (dalam contoh ini, saya letakkan nama ad set FANS – Desktop Feed)

7

Langkah 8: Pilih placement atau paparan lokasi iklan dilihat oleh audien). Dalam contoh ni, saya memilih placement Desktop News Feed. Jangan gabungkan placement untuk satu-satu iklan yang dibina. Klik remove pada placement yang anda tak inginkan. Kemudian, klik Review Order di bahagian bawah untuk menyemak iklan anda sebelum dijalankan.

8

Langkah 9: Semak iklan anda terlebih dahulu. Namakan ad anda. (saya biasanya namakan mengikut nama ad set). Sekiranya berpuas hati, boleh tekan place order atau jika mahu baiki kembali iklan anda, klik edit order.

9

Langkah 10: Iklan anda telah dihantar ke pihak fb untuk dapatkan kelulusan. Anda boleh klik continue untuk teruskan, atau klik create Similar Ad untuk membina iklan yang seterusnya.

Cara buat iklan fb ads

 

Begitulah secara ringkas tutorial bina iklan jenis page post di facebook. Mudah saja! Selamat beramal!

Similar Posts

34 Comments

  1. adakah daily budjet memainkan peranan supaya iklan lebih laju…ocpm saya letak rm 15 utk daily budjet …dalm 2 hari ada 139 respond ..rasa macam nal letak daily budjet lebih lagi ..adakah ia akan lebih laju

  2. Salam sifubad. saya nak tanya, mcm mana nak tukar cara payment fb ads?? puas saya cuba. sebab pd asalnya sye tekan y online payment. thensye x tahu mcm mana nk tukar ke cara debit tu. terima kasih. =)

  3. Salam sifu. Saya Aisyah ( newbie fb Ads)

    Saya nak tanya, bila nak buat iklan pakai ads manager ni, nak klik mana utk tekan masukkan audience insight yang saya da save tu?

  4. Assalamualaikum tuan, jika kita meletakkan iklan utk sehari contohnya, adakah iklan akan berjalan 24 jam mengikut masa mula-mula kita letak iklan berkenaan (cth mula – 21 Mac 2016 jam 2.45 pm / akhir – 22 Mac 2016 jam 2.45 pm)… atau tepat jam 12 mlm hari kita post iklan, iklan akan berhenti? Terima kasih atas bantuan tuan.

  5. Asslm sifu, Kalau nk buat iklan hantu utk branding kat Desktop Right Column tu kita buat dark post ke tulis post dulu kat timeline? Terima kasih

  6. assalamualaikum Sifu Jamal

    Minta tolong sesangat mcmana nak edit post yg telah diposkan….sbb nak edit tak pandai …dah puas mencari cara nya… harap dapat membantu saya yg dhoif ni…

    sukran

    basir Mohd Piah

  7. Assalammualaikum sifu..Ada tak DVD atau pun buku sifufbads untuk yang baru nak menggunakan fb ads atau pun yang baru nak berniaga secara online

  8. salam Tuan sifu..nak tanya, saya dah post iklan di fb ads, iklan delivery ok jalan.. ada like..bila saya tgk malam delivery jadi Too much text in image dan Results from 1 advert Loading… bukan patut nye Too much text in image ini sebelum kita place order? mintak pencerahan dari tuan yang arif jelaskan..terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *