Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Tutorial Cara Bina ‘Instagram Ads’ Menggunakan Ads Manager

Diterbitkan pada Dec 16, 2015 oleh

Tutorial Cara Bina 'Instagram Ads' Guna Ads Manager

Anda ada akaun Instagram? Ingin bina iklan di Instagram?

Sebelum ini, kita hanya boleh bina iklan Instagram di Power Editor sahaja.. sekarang, kita dah boleh bina di Ads Manager juga. Ia lebih mudah digunakan dari sebelum ini, kita tak perlu ada akaun Instagram pun dah boleh beriklan di Instagram, gunakan fanpage je.

Dalam artikel ini, saya akan tunjukkan caranya langkah demi langkah…

Langkah 1: Macam biasa, klik dulu ‘Create Adverts’. 

0_1

Langkah 2: Untuk bina iklan di Instagram, ada 4 jenis objektif yang kita boleh gunakan iaitu ‘Send people to your website’, ‘Increase conversion on your website’, ‘Get install of your app‘ dan ‘Get video views’. Dalam tutorial ini, saya pilih objektif jenis ‘Send people to your website’. Lepas tu, masukkan link website yang anda ingin sasarkan pada audiens iklan.

1_1

Langkah 3: Kemudian, kita perlu setting segala maklumat untuk audiens dan bajet iklan di bahagian Advert Set. Anda boleh rujuk tutorialnya dalam ARTIKEL INI..

2

Langkah 4: Di bahagian ini, kita boleh bina iklan baru (Create New Advert) atau gunakan sahaja post iklan yang sudah ada di fanpage (Using Existing Post). Untuk iklan baru, kita boleh pilih untuk bina iklan dengan satu gambar atau banyak gambar.

3_1

Langkah 5: Pada bahagian Advert, pilih gambar yang sesuai. Di bahagian placement, remove je placement yang lain. Kita pilih placement Instagram sahaja.

4_1

Langkah 6: Masukkan pula ayat iklan yang sesuai untuk iklan. Kita hanya boleh masukkan ayat 90 patah perkataan sahaja. Ayat selebihnya tidak akan dipaparkan.

5_1

Selepas kita dah berpuas hati dengan segala maklumat iklan, klik butang ‘Place Order’.

Selepas iklan dah di-approved oleh facebook, iklan kita akan dijalankan mengikut masa dan hari yang kita dah tetapkan. Untuk lihat prestasi iklan Instagram kita, masuk ke ‘Manage Adverts’.. lihat pada placement Instagram.

6

Itu je caranya, kejap je kan..?

Dengan menggunakan Insta Ads, iklan kita akan dapat dilihat lebih ramai audiens. Anda aktif di Instagram? Gunalah Insta Ads, inilah peluang anda untuk tingkatkan jualan bisnes dengannya.

All the best!

Ps – Jangan lupa follow Instagram Sifufbads DI SINI

Komentar (33)

    1. Waalaikumsalam, saya tolong jawabkan ya.
      Kalau dah buat iklan di insta ads, memang takkan keluar di akaun ig kita tapi akan keluar di bahagian notification. Jadi, kalau nak tengok iklan kita, boleh tengok di bahagian notification (itupun jika ada orang like or komen iklan kita) 🙂

  1. Mohd Fikri

    Salam Sifu,

    Nak tanya bile kita buat iklan IG dengan menggunakan power editor. bagaimana nak iklan tue keluar di IG kita. sebab saya lihat di senarai gambar IG saya iklan yang saya buat tersebut tiada.

  2. Dah lama dah cari cara nak buat ads dekat instagram ni.
    Rasa happy sangat termasuk dekat entry ni. Senang je rupanya.
    Ingatkan melalui insta terus. Rupanya kena buat melalui facebook.
    Thanks for sharing this tutorial. Akan cuba juga nanti 🙂

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!