Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Tutorial Cara Create Ads Menggunakan Create Ads Tool (C.A.T) 2017

Diterbitkan pada May 10, 2017 oleh

Untuk kali ini, Sifufbads nak kongsikan latest update dari FB bagaimana nak create ads menggunakan Create Ads Tool (C.A.T). Sebenarnya ramai yg masih “blur2 katak” nak gunakan Create Ads Tool ni, lebih2 lagi bila FB update layout di Ads Manager baru2 ni.

So, kalau anda yg selalu gunakan Create Ads Tool untuk buat iklan, pasti anda akan perasan. Untuk anda yg newbie, tutorial ni akan bantu anda lebih faham bagaimana nak gunakannya dgn cara yg betul.

Untuk menghilangkan  “keBLURan” anda, jom follow tutorial dibawah yer..

Mula2 anda klik pada Create Ads…

 

Lepas tu, anda ….

  1. Pilih Engagement
  2. Namakan campaign yg bersesuaian untuk iklan anda
  3. Pilih Post Engagement
  4. Klik Continue

Then…

  1. Advert Set Name: Namakan ad set mengikut kesesuaian anda
  2. Audience: Dibahagian ini, anda perlu isi maklumat berkenaan customer avatar.
  3. Audience Definition: Anda boleh lihat jumlah potential reach berdasarkan maklumat yg telah anda masuk kat bahagian Audience.

Wokeh, di bahagian Audience, anda akan nampak Locations. So, kat part ni ada 4 pilih audience yg boleh anda pilih. Ia sebenarnya bergantung kepada post yg anda nak iklankan.

Utk saranan Sifufbads, anda boleh pilih “People who live in this location” . Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko iklan dilihat oleh “warga asing”..

Jika anda perasan di dlm maps, ada function Drop Pin, features ni mampu bantu anda untuk sasarkan iklan dengan lebih tepat kepada audience anda.

Seterusnya, pilih umur, jantina dan bahasa audience anda. Dibahagian languages, disarankan anda memilih English (All) dan Malay. Tapi, pemilihan umur, jantina dan bahasa lebih bergantung kepada siapa iklan anda nak sasarkan.

Dibahagian Detailed Targetting, anda boleh masukkan interest yg berkaitan dengan bisnes anda. Anda juga boleh taip kat bahagian kosong atau klik pada button “Browse”.

Pada bahagian Connection, jika anda ingin sasarkan kepada fan page anda, pilih “People who like your Page”. Tapi , jika anda ingin sasarkan pada bukan fans, anda boleh pilih “Exclude people who like your page”

Utk Placement, anda nak iklan anda keluar di mana? Mobile? Desktop? Instagram? Right Column?. Di bahagian ni, anda boleh pilih placement mana yg nak anda gunakan. Saranan Sifufbads, untuk permulaan ni, anda boleh pilih menggunakan Mobile -> Feeds. 

Seterusnya, pada part Budget & schedule, anda perlu lengkapkan maklumat yg berkaitan dgn iklan anda.

  1. Budget: Utk permulaan, anda boleh gunakan Daily Budget dan budget permulaan yg disarankan adalah bermula dengan RM10 dahulu.
  2. Schedule: Anda boleh pilih untuk “Run my ad set continously starting today” ataupon pilih “Set a start and end date”  jika anda nak tetapkan iklan dalam masa tertentu.
  3. Optimization for Advert Delivery: Kekalkan Post Engagement 
  4. Bid amount: Kekalkan Automatic.
  5. When you are charged: Pilih Post Engagement 
  6. Advert schedulling: Pilih Run advert all the time
  7. Delivery type: Pilih Standard
  8. Klik Continue apabila selesai.

Sekarang, anda akan memilih post mana yg anda nak gunakan untuk iklan. Disini ada 3 steps yg simple untuk anda follow.

  1. Pilih fanpages anda
  2. Pilih post yg hendak diiklankan
  3. Klik “Review order”

Sebelum anda post iklan anda di FB, anda boleh semak terlebih dahulu setting yg anda telah buat tadi.

  1. Edit Order: Jika anda nak edit setting iklan anda
  2. Place Order: Selepas anda berpuas hati, anda boleh terus klik utk teruskan.

Wokey..Sekarang setting iklan anda sudah pun hampir siap. Utk complete kan setting iklan anda, anda boleh klik Continue.

Selesai…

Setakat jer tutorial yg nak Sifufbads kongsikan kepada anda. Sifufbads just tunjuk langkah basic jer. Semoga tutorial ni memberi kefahaman dan manfaat kepada anda.

Selamat Mencuba!

 

 

Komentar (3)

  1. Pingback: Tutorial Cara Create Ads Menggunakan Create Ads Tool (C.A.T) 2017 - UstazWan.com

  2. Assalamualakum sifubads….sy dah cuba buat fb like banyak kali tp setiap kali nak place order….diaorg x approved…diaorg ckp “Your ad can’t promote sexsual or adult products or service”…sy nak tanya ckrg nie fb ads buat rules baru ker???diaorg x bagi jual produk ker kat fb ads???

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!