Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Tutorial Cara Buat ‘Website Custom Audiences’ (WCA)

Diterbitkan pada Dec 3, 2014 oleh

Tutorial Cara Buat ‘Website Custom Audiences’

Dalam artikel yang lepas, saya ada kongsikan beberapa cara untuk tarik trafik menggunakan Facebook Ads dan kebanyakkannya menggunakan Website Custom Audiences (WCA). Dalam artikel kali ini pula, saya tunjukkan kepada anda cara untuk buat Website Custom Audiences (WCA) menggunakan Advert Manager dan Power Editor.

Cara Buat ‘WCA’ Menggunakan Advert Manager

1) Dalam Advert Manager, klik ‘Audiences‘ pada sidebar kiri

WCA Advert Manager

2) Kemudian, klik butang hijau ‘Create Audience’ pada bahagian atas kanan. Pilih ‘Custom Audiences’

create audience

3) Pop Up seperti gambar di bawah akan keluar. Pilih ‘Website Traffic

WCA Advert Manager_3

4) Namakan ‘Audience Name‘ yang mudah anda ingat. Jika perlu, tulis maklumat tambahan pada bahagian ‘Description‘. Audiens yang pernah berkunjung ke website anda akan disimpan mengikut bilangan hari yang anda set pada bahagian ‘In the last‘. Maksimum hari yang boleh anda set adalah 180 hari.

WCA Advert Manager_4

5) Pada bahagian ‘Website Traffic‘, anda boleh pilih target audiens untuk iklan anda berdasarkan pilihan yang diberi.

website traffic options

6) Jika anda pilih ‘People who visit specific web pages‘, anda boleh target pada pengunjung website berdasarkan keyword url artikel blog anda.

WCA Advert Manager_5

7) Jika anda pilih ‘People who visit specific web pages but not others’, anda boleh tapis audiens yang anda mahu atau tidak, berdasarkan keyword url artikel blog pada bahagian ‘Include’ dan ‘Exclude’. 

WCA Advert Manager_6

8) Selepas itu, klik butang dalam kotak merah di bawah, kemudian klik ‘View Pixel Code

WCA Advert Manager_7

9) Anda perlu copy ‘Pixel Code’ ini dan paste dalam di antara <head> dan </head> dalam kod template websites anda. Jika anda pengguna WordPress, anda boleh gunakan plug in Open Hook untuk memudahkan ‘Pixel Code’ ini diletakkan dalam kod template website anda.

Custom Audience Pixel Code

Cara Buat ‘WCA’ Menggunakan Power Editor

Dalam Power Editor, klik pada bahagian ‘Manage Advert’ dan pilih ‘Audiences’. Anda akan dibawa semula ke langkah ke-2 seperti dalam Advert Manager.

Anda boleh rujuk kembali langkah di atas kerana semua langkah seterusnya sama seperti dalam Advert Manager.

Power Editor WCA

Selepas anda siap buat Website Custom Audiences, anda boleh mula gunakannya dalam Custom Audiences untuk beriklan di Facebook.

Itu sahaja tutorial ringkas cara buat Website Custom Audiences. Jika anda bijak menggunakan fungsi ini, mudah untuk anda target pada audiens yang tepat. Semoga berjaya!

Komentar (39)

  1. Pingback: Tingkatkan Fans, Trafik dan Jualan dengan ‘Website Custom Audience’ | Sifu FB Ads

  2. Pingback: Tutorial Cara Buat ‘Facebook Lookalike Audiences’ | Sifu FB Ads

  3. Saifuddin Ilyas

    Assalam Tuan,

    Jika kita nak buat WCA untuk beberapa website, Pixel Code tetap sama.

    Jadi di bahagian ‘Add URL keywords’, kita letak nama domain (contoh: produkabc.com) ya tuan?

  4. Pingback: 9 Teknik Efektif Tarik Trafik Ke Website Guna Facebook | Sifu FB Ads

  5. Salam tuan..
    Saya ada soalan saya menggunakan web shoping cart dekat mana ye saya nak paste code tracking pixel?? Saya dah cuba buat tp tak jumpa kat mana perlu paste ke dlm admin website ke atau cpanel website?

      1. siti aisah

        Assalam tuan…
        Berkenaan dgn teknik tarik trafik dgn guna wca ni kita perlu ada blog ke?
        Saya kurang arif tentang blog..
        Saya cuma ada fanpage..mcm mana saya nk guna wca ni?

        Ada tak kursus utk saya pelajari dgn tuan secara personal coaching?

        Harap dpt membantu saya..

  6. Pingback: Cara Tingkatkan Branding dengan Promosikan Website Anda di Facebook | Sifu FB Ads

  7. Pingback: 5 Fasa Penting Untuk Pemasaran Yang Berkesan di Facebook | Sifu FB Ads

  8. Salam tuan. Sy dan rakan perniagaan baru saja memulakan perniagaan tudung. Kami sudah bina fanpage dan instagram. Pelancaran produk akan dibuat inshaa Allah pada 14 feb.
    soalan saya, adakah fb ads sesuai dibuat sekarang ataupon hanya slps gmbar2 produk sudah dimuat naik? Buat pengetahuan tuan, hanya ayat2 teaser yg sdg lakukan sekarang.
    Mohon nasihat dan panduan dari sifu. Terima kasih.

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!