7 Cara Tarik Trafik ke Website dengan Facebook Ads

7 Cara Tarik Trafik ke Website dengan Facebook Ads

Mengikut laporan dari Shareaholic, Facebook adalah social media yang tarik trafik paling banyak ke website. Kita dapat lihat pada graf di bawah, social media yang terkenal seperti Youtube, Pinterest, Twitter, Google+ dan Reddit tidak banyak membawa trafik ke website malah peratusnya menurun.

Cara Trafik ke Website dengan Facebook Ads

Jika anda ada website, anda boleh gunakan Facebook untuk tarik lebih banyak trafik ke kandungan artikel blog anda. Di sini saya berikan anda 7 cara untuk tarik trafik ke website anda dengan Facebook Ads.

#1: Post Pada Waktu Yang Paling Optimum

Anda perlu post artikel anda di fanpage pada waktu yang paling optimum. Anda perlu bina fans dulu sebelum post artikel anda di fanpage. Untuk pastikan bila waktu terbaik untuk post, anda perlu buat beberapa eksperimen dulu untuk lihat waktu mana yang paling banyak engagement di fanpage anda.

Sudah tentu, post yang berkualiti juga memberi kesan pada engagement dan trafik, tetapi mengurangkan persaingan post di News Feed Facebook juga adalah penting.

Post Pada Waktu Yang Paling Optimum

#2: Promosikan Post Pada Fans

Anda boleh promosikan artikel hanya pada fans sahaja. Jika anda tahu menggunakan Power Editor, anda boleh menggunakan fungsi ‘Ads Scheduling’ untuk promosikan post artikel anda pada waktu yang paling optimum.

Walaupun anda memiliki fanpage yang mempunyai beribu-ribu likes, tak semua fans akan dapat melihat post anda. Setiap kali anda bina post, jumlah organic reach yang bakal menjumpai post anda hanya lebih kurang 5-10% sahaja.

Post Pada Fans

#3: Promosikan Post Pada ‘Website Visitor’

Apabila anda buat post baru, anda boleh buat 2 jenis iklan yang berlainan audiens;

  1. Target fans fanpage anda
  2. Target ‘Website Visitors’ (30 hari)

Untuk promosikan artikel pada ‘Website Visitors’, anda perlu buat dulu ‘Website Custom Audiences’ untuk website anda. Pada bahagian ‘Custom Audiences’, anda setkan Include dan pilih ‘Website Custom Audiences’ yang telah anda buat.

include audience

#4: Promosikan Post Pada ‘Specific Website Visitor’

Anda boleh promosikan link url artikel blog yang mempunyai keyword tertentu dengan menggunakan ‘Website Custom Audiences’. Setelah ‘Website Custom Audiences’ sudah dibuat, anda boleh target audiens yang sama untuk baca artikel blog yang lain.

Contohnya, jika saya ingin buat ‘Website Custom Audiences’ menggunakan url keyword ‘facebook-ads’, semua url artikel blog yang ada keyword tersebut akan disimpan di bahagian Custom Audiences. Dengan adanya Custom Audiences ini, saya boleh buat artikel yang berkaitan ‘Facebook Ads’, kemudian saya target semula audiens yang pernah baca topik tersebut.

Specific Website Visitor

#5: Tapis Audiens Yang Pernah Baca Post Anda

Gunakan fungsi ‘Exclude Audiences’ untuk tapis audiens yang pernah baca artikel blog dari target ‘Audiences’ iklan anda. Untuk gunakan fungsi ‘Exclude Audiences’, tukar ‘Include’ ke ‘Exclude’, kemudian pilih ‘Website Custom Audiences’ yang telah anda buat dan setkan dalam ‘Custom Audiences’.

exclude audiences

#6: Gunakan Fungsi ‘Interests’

Ini adalah cara paling mudah untuk tarik trafik ke website anda. Anda hanya perlu target pada ‘Interest’ yang berkaitan dengan topik artikel anda. Contohnya, jika anda promosikan artikel berkaitan saham, masukkan keyword yang berkaitan saham pada bahagian ‘Interest‘.

interest

#7: Gunakan Fungsi ‘Lookalike Audiences’

Dengan menggunakan fungsi ‘Lookalike Audiences’, anda boleh cari audiens yang sama dengan ‘Custom Audiences’ yang pernah anda buat. Ini dapat menarik pelawat yang baru ke website anda melalui Facebook Ads.

lookalike audience

Untuk menarik trafik ke website, penting untuk anda gunakan ‘Website Custom Audiences’ dalam Facebook Ads. Jadi, mulai hari ini, gunakan ‘Website Custom Audiences’ supaya mudah untuk anda promosikan semula artikel blog pada audiens yang sama.

Semoga artikel ini bermanfaat..

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Assalamualaikum tuan Jamal,

    Memang tidak dinafikan, saya sendiri mengakui bahawa traffik ke laman blog saya banyak datangnya dari facebook.

    Tetapi, saya ada terbaca satu kajian yang dilakukan, traffik dari Google plus adalah lebih berkualiti dari media sosial yang lain, termasuk facebook.

    Tetapi saya yakin, ini adalah teori kajian. Pada saya, dengan strategi yang betul, semua laman media sosial perlu dimanfaatkan untuk dapatkan keputusan yang optimum.

  2. […] artikel yang lepas, saya ada kongsikan beberapa cara untuk tarik trafik menggunakan Facebook Ads dan kebanyakkannya menggunakan Website Custom Audiences. Dalam artikel kali ini pula, saya […]

  3. satria says:

    Tutorial cara buat website custom audiences

  4. saya pun banyak dapat trafik dari fanpage. tapi selama ni saya maib post je. sekarang baru saya tahu cara yang sebetulnya.

    Insyaallah akan dipraktikkan.
    Terima kasih Sifu FB Ads.

    1. sama2, sekarang ni kalau nak dapat trafik pantas guna fanpage je…

  5. […] promosikan artikel baru, anda boleh post link artikel blog di fanpage untuk dapatkan trafik dari fans. Jika post […]

  6. […] 7 Cara Tarik Trafik ke Website dengan Facebook Ads […]

  7. jazilah says:

    Fan yg like fanpage masih tak ramai :(. Tapi xpe pelan2 kayuh. Thanks atas perkongsian sifu 🙂

    1. betul tuan, nak buat bisnes kena byk bersabar.. belajar kemudian amalkan

  8. Mrzamri says:

    Memang best kalau dapat traffic dari FB dan Google organics. Tapi nak kena slow and steady.

    1. betul, kena nampak natural, bagus untuk seo

  9. Selamat says:

    Terima kasih atas perkongsian tuan. Saya ingin bertanya, apakah cost ads untuk artikel ini akan berjalan setiap masa atau kita boleh setkan seperti ads biasa?

    1. kita boleh setkan mcm iklan biasa, cuma tak perlu buat post di fanpage.. terus buat iklan ke website

  10. […] Pay Per Click (PPC) adalah antara cara yang paling mudah untuk dapatkan trafik ke website untuk jenama baru. Cara ini mempunyai 2 kelebihan berbanding menarik trafik secara […]

  11. Adi says:

    bagaimana cara membuat custome audience?
    thank

  12. Gigahertz says:

    Terima kasih tuan atas nasihat dan tips tuan.

    http://Www.gigahertz.com.my

  13. boleh tanya, chapter f ni tentang apa? sebab ingat nak pergi seminar tp chapter a-e pn xpenah pergi.

    1. dalam chapter f ni, saya akan kongsikan mengenai fb integration.

      Ini adalah cara nak tingkatkan jualan menggunakan gabungan facebook, blog dan email marketing.

  14. Jacklye says:

    Hai Tuan Jamal,

    Sy sering membaca blog tuan dan post berkenaan iklan di fb…saya sangat tertarik utk join kursus tuan…tapi sy berada jauh di sabah…tuan ada pernah merancang buat kursus di sabah?atau jual cd rakaman kursus? sy betul2 berminat dengan fb ads ini..

    terima kasih tuan jamal..

  15. bigo says:

    Makasi ka udah bagi ilmu nya

Program @ Sifufbads

24/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

20/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

18/08/2018
The Foundr Chapter
Sifufbads Academy

Follow Instagram @sifufbads

  • Usahawan luarbiasa adalah usahawan yg bkn saja usahanya lebih dari
  • TheFoundrChapter class days 1  day 2  Alhamdulillah jap
  • Sifufbads percaya semua orang ada impianTapi ramai yg berani bertindakBayangkan
  • Sapa sini selalu tengok go shop ke wow shop atau
  • Untuk bina trust secara berterusanBranding perlu kuatDalam bina branding anda
  • Zaman millenial macam sekarang niOrang dh tak suka tengok iklan
  • Sifufbads nk throwback sikit pasal kisah sorang usahawan kedai makan
  • ESOK  LIVE SIFUTOK ANDA TANYA SIFUS JAWAB BERSAMA SIFU
JOM SERTAI HIIM PREMIER
JOM SERTAI HIIM PREMIER

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Ketahui Strategi Sulit Dalam HIIM Premier, Atau Terus Setia Dengan Cara Lama Yang Bakal Buatkan Bisnes Anda Terkubur!