Tutorial Cara Lakukan Bayaran Iklan di FB

Antara masalah untuk newbie bila nak buat FB ads adalah time nak buat payment utk iklan..Betul tak?

Di FB, utk buat payment iklan, anda boleh guna 2 cara iaitu:

  • Kad Debit/ Kredit
  • Perbankan Internet

“Apa beza kedua dua payment method ni Sifufbads?”

Sebenarnya, tiada perbezaan yg ketara sangat utk kedua dua payment method ni..Cumanya, kad debit/kredit ni selalu bermasalah utk buat pembayaran berbanding perbankan internet/prepaid ni, lebih mudah dan senang diuruskan.

Tapi jika anda menggunkan perbankan internet ada kelemahannya..

Kelemahannya, jika akaun FB ADS kita kena FLAGGED, duit yang ada dalam akaun tersebut akan burn..

Jadi, anda janganlah TOP UP banyak duit dalam akaun tu. Maksimum, letaklah bawah RM300. Nak lebih selamat, kalau akaun anda masih baru, letak bawah RM100 je dah cukup. Kalau kena flagged pun, takde la rugi sangat.

Jika anda pernah buat iklan sebelum ni menggunakan kad debit/ kredit, cara perbankan internet tak boleh digunakan..

“Kalau saya nak cuba gak, macam mana Sifufbads?”

Kalau nak gak, boleh..Tapi kenalah buat acc FB yang baru.

Wokay2..Skrg ni sy nak tunjukkan tutorial bagaimana nak buat payment utk iklan anda di FB.

Dah ready ke?

“Dah Sifufbads!”

STEP #1

Klik kat Manage Ads

STEP #2

Cari simbol 3 line macam dalam gambar tu dan klik.  Pastu, anda cari Billing & Payment Method

STEP #3

Klik kat Add Money

STEP #4

Anda akan Nampak paparan macam gambar kat bawah ni.

STEP #5

Utk anda yg nak guna kad debit/kredit, anda boleh tick kat Credit or Debit Card dan Select Bank. Kemudian, anda masukkan butiran pada kad. Sifufbads nasihatkan anda buat pengesahan terlebih dulu dgn pihak bank.

STEP #6

Utk anda yg nak gunakan perbankan internet/prepaid, anda boleh skip STEP #5 tadi..Terus jer tengok step ni..Tick pada Perbankan Internet dan klik Continue.

 

STEP #7

Masukkan bape ringgit yg anda nak spend utk iklan dan bahagian Amount. Pastu klik kat Review Payment. Dinasihatkan anda masukkan duit yg nilai yg kecil terlebih dulu seperti yg Sifufbads dh bagitau tadi.

STEP #8

Jika anda berpuas hati dgn value yg dimasukkan, boleh terus klik Make Payment. Tapi jika anda nk tambah/kurangkan value wang anda, boleh klik Back.

STEP #9

Anda boleh pilih bank yg anda ingin gunakan. Sebagai contoh, anda gunakan CIMB. Kemudian, anda klik Continue.

STEP #10

Pastu, anda just klik Continue

STEP #11

Kemudian, paparan ini akan muncul. Anda boleh buat payment melalui CIMB. Jika selesa dgn bank2 lain, boleh buat payment dgn bank2 lain..

Wokeh..Ni jer yg Sifufbads dapat kongsikan setakat ni. Semoga perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada anda. InsyaAllah

SILA KONGSIKAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH..

  1. Assalamualaikum Tuan

    Saya dah ikut step by step tutorial mcm mana nk bayar iklan Fbads. Cuma dlm fb page saya tak ada..yg aad money tu..dan..hanya boleh buat bayaran secara kad debit/credit. Tidak ada perbankan internet. Harap tuan dapat membantu saya..saya memang zero dlm fbads ni. Semoga ilmu yg tuan kongsi akan diberi ganjaran pahala..Insha Allah

    1. Fairul says:

      Mungkin sis pernah buat guna kredit kad atau debit kad sebelum ini. jika dah pernah butang perbankan internet tidak akn muncul lagi. Jika Nak jugak buat fb baru.jadikan admin page….make sure Fb baru tersebut aktif sebelum mula ads

  2. […] post Tutorial Cara Lakukan Bayaran Iklan di FB appeared first on […]

  3. Syafiqah Shahruddin says:

    saya nk gunakan perbankan internet . tp bila dh smpai kat step 9 tu dia xnak kluar . saya taktahu kenapa .

  4. niza says:

    assalamualaikum tuan….

    saya dah lama run fbads…tba2 acc yg save hilang.& ad tunggakan rm0.04.sy cuba add smula acc yg sy guna tp xdapat.katanya unauthorised.sy dah cuba add acc lain tmasuk big prepaid tp sama jga.unauthorised.utk pgtahuan tuan sy guna debit card utk payment.blh tuan terangkn punca2 & cara penyelesaianny.sy pening memikirkn di mana silap sdgkn acc xpnh kosong.

    terima kasih atas jawapan tuan.

  5. NoorSusilawati says:

    Assalamualaikum Sifu
    Minta tolong ajarkan sifu. Saya dah try ikut step di atas (perbankan internet) tapi saya stuck kat step no. 9. Bila nak buat pembayaran gambar yg dlm step no 9 tu tak keluar. Apa perlu saya buat? Adakah saya dah buat pembayaran @ belum? Saya keliru.

    1. SifuFBads says:

      cube semak kat akaun bank. ada tolak bayaran? kat belum buat skali lg.

  6. Azizi says:

    Assalam
    Kat mana saya nak klik Manage Ads?
    Sebab bila saya klik kat arrow tu cuma ada Create Ads dan Advertising on Facebook sahaja.

    1. SifuFBads says:

      kene buat iklan dulu. baru keluar manage ads.

  7. Midek says:

    Assalamualaikum
    Apa maksud jika akaun flag ..duit burn..adakah semua duit dalam akaun tu..

  8. Ruby says:

    Assalamualaikum SifuFBads,
    Boleh tak kalau saya guna personal saving account utk buat fb ads? Dan kalau saya nak guna akaun syarikat akan ada masalah tak (sebab mungkin nama syarikat xsama dgn nama profil fb)?

    1. SifuFBads says:

      boleh, xde masalah. mane2 jenis akaun bank boleh. xde kaitan pun dgn nama fb profile.

      1. Ruby says:

        Ooo…ok2. Terima kasih tuan.

  9. Mira says:

    As salam…sy nk tanya.. sy dh buat page n dah pernah cuba nk boost post sy.. tapi xdapat.. dia tulis BOOST UNAVAILABLE.. kenapa ye jadi mcm tu.. sy dah try byk kali.. masih xdapat jugak.. dah 2 page dh sy buat,masih sama juga.. boleh tak bagitahu kenapa..terima kasih..

  10. KHAIRANI says:

    ASSALAMUALAIKUM.. SAYA NAK TANYA BERAPA BAYARAN UNTK BT FBADS NI?

  11. farid says:

    Salam Sifoo soakalan saya;
    1. kalau guna method bayaran PERBANKAN INTERNET first time katakan saya tranfer RM100,
    bila dah habis guna duit tu BOLEHKAN saya topup menggunakan method yang sama untuk topup jumlah wang berikutnya katakan RM200… ATAU dah tak boleh?

  12. Ahmad says:

    Salam tuan, saya sudah proceed dengan pembayaran debit/credit, dan setelah submit ads, ada potongan pre-payment rm200 dari akaun debit. Tapi setelah hampir 2minggu iklan ditamatkan masih belum ada refund dr pihak fb. Adakah itu biasa?

  13. lynn says:

    Salam sifu..
    sy lynn
    sy ada boost page..dan dah berjaya
    tapi yg pelik sy x blh nk buat payment..
    utk pengetahuan sifu..sy daftar credit/debit utk payment
    tp smpai skrg masih tiada penolakan dlm account
    apa yg berlaku..dan apa perlu sy buat.
    terima kasih sifu

    1. zirazulkafli says:

      aah kan awk. sy pun sama jgk mcm tu. dh nk dkt sebulan. sy ada ikut step mcm yg ats tu. ada masuk ads manager. tp sampai dlm tu, takda apa pun billing method semua tu. cuma ada list boost yg pnh kita buat. then ada billing. tp bila klik billing tu, takda pun kluar mcm ats tu. cuma kluar brp bill kita tu je. aduhhh mcm mana nii.

    2. mekir says:

      saya pom mengalami perkara yang sama.. dah berjaya boost tapi payment tidak boleh buat dia kata Sorry, but we’re having trouble processing your credit card. You have not been charged for this transaction. Please try again….macam mana nak buat ya?

  14. Nurhidayah says:

    salam.bantu saya sifu

    saya dah buat pembayaran sampaisteplast sekali tu. tapi bila tekan sahkan dia keluar semula minta bayar lagi.. dah ada duit dlm akaun tu sbb br je bayar.. kenapa tak boleh sahkan iklan?

  15. syam says:

    salam sifu…
    fb ads saya ada hutang..saya masih tak boleh jelaskan hutang walaupon dah tukar kad

  16. Safwan says:

    Salam sifu saya nak tanya sikit..kalau sy iklankan produk sy di fb ads dengan menggunakan kredit kad..contohnya saya letak amount rm 100 untuk seminggu..lepas seminggu tu dah habis,adakah saya masih lagi dicaj oleh pihak fb?

  17. Zy says:

    Iklan fb ni, friend kita je ke bole tgok? Atau yg x friend pon bole tgok?

Program @ Sifufbads

01/06/2018
Karnival Karangkraf X Sifufbads 2018
Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

28/04/2018
Seminar HIIM X Raya 2018
SACC, Shah Alam

31/01/2018
Seminar Chapter C 2018
SACC, Shah Alam

Follow Instagram @sifufbads

  • Brand marketing bukan lah bertujuan untuk salesTapi untuk awareness pada
  • Dah nak raya pun masih ada shoot video lagi? Agak2nya
  • Apa yg dibuat Sifu Munir time2 nk raya nih? Ada
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
  • Buku 117 online branding utk kuota yg terakhir Check link
JOM SERTAI SEMINAR TEKNIK DIGITAL MARKETING
JOM SERTAI SEMINAR TEKNIK DIGITAL MARKETING

Jika Sifufbads buat kelas khas, yang dinamakan Teknik Digital Marketing (TDM), untuk boostkan lagi sales anda sehingga 2 – 3 kali ganda, dengan teknik Digital Marketing, adakah anda sanggup invest? Jika ya -> isikan NAMA, EMEL & NO HP anda sekarang untuk dapatkan info lanjut..