Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

7 Tips Bagaimana Menjadi Penulis ‘Content’ Yang Baik di Facebook

Diterbitkan pada Nov 2, 2015 oleh

7 Tips Bagaimana Menjadi Penulis 'Content' Yang Baik di Facebook

Menulis merupakan skill yang penting untuk menghasilkan pemasaran yang berkesan.

Untuk merangka strategi untuk sesuatu kempen iklan, anda perlu MENULIS!

Untuk mempromosikan produk guna Fb Ads, anda perlu MENULIS!

Untuk elakkan anda dari terlupa perkara yang penting, anda perlu MENULIS!

Jadi, sangat rugi anda tak kuasai skill penulisan walaupun anda sebenarnya MALAS menulis!

Percaya atau tidak, masih ramai orang di luar sana yang tak pandai menulis walaupun sepucuk surat! Alangkah bagusnya jika mereka suka bertanya, “Bagaimana saya nak jadi penulis yang baik?”, berbanding cepat putus asa dan terus membelenggu diri dengan mensia-siakan potensi diri yang ada.

Menulis ini pada pandangan saya adalah satu skill yang sangat penting bagi setiap komunikasi dalam bisnes.

Oleh itu, kepada anda yang mahu belajar, ataupun ingin melatih diri untuk menulis, saya ingin kongsikan 7 Tips Bagaimana Untuk Anda Menjadi Penulis Yang Baik di bawah…

1. Tambahkan Bahan Bacaan

Untuk menulis sesuatu content, anda perlu banyakkan membaca…

Semakin banyak anda membaca, anda akan semakin biasa dengan intonasi bercerita dalam menerangkan isi-isi dalam penulisan anda.

Jika anda lebih suka menulis berkenaan tip-tip ringkas, anda boleh rujuk kepada bahan bacaan yang berbentuk artikel. Jangan risau, ada banyak sangat artikel-artikel yang bagus bertebaran di internet. Contohnya seperti blog Sifufbads.

Gabungan antara membaca dan menulis ini memang terbukti berkesan. Ianya akan mempengaruhi cara anda menulis dan seterusnya menambahbaik corak dan gaya penulisan anda.

2. Menulis 1 Jam Sekali

Sekejap, poin ke-2 ini bukanlah bermaksud anda mesti menulis 24 kali dalam sehari. Apa yang penting adalah, anda perlu KERAP MENULIS.

PRACTICE, PRACTICE, and PRACTICE!

Anda tidak boleh terus menjadi penunggang motor yang hebat melainkan anda kena selalu berlatih di litar lumba motorsikal. Sama juga seperti menulis. Anda perlu KERAP menulis!

Cari sahaja apa-apa perkara yang anda minat. Contohnya tips nak jadi pelajar terbaik ke, atau tip main congkak, tip cantikkan bulu kucing, dan sebagainya. Asalkan anda mula menulis.

Untuk permulaan, anda boleh cuba buat 1 muka surat dulu menggunakan Notepad atau Microsoft Word, kemudian boleh tambahbaik ke muka surat yang ke-2 dan seterusnya.

3. Ringkas Tapi Padat

Penulisan yang terlalu panjang boleh buatkan pembaca PENAT. Jadi, anda perlu menulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca. Ringkas di sini bermaksud PADAT! Kandungan penulisan anda mestilah padat dengan info-info yang audiens inginkan..!

Bukannya tulis ala kadar je. Nanti pembaca juga akan bosan baca tulisan anda..

Seeloknya, anda jadikan penulisan anda seringkas dan sejelas yang mungkin. Bagi penerangan dan contoh itu bagus, tapi jangan terlalu meleret. Jika isi yang disampaikan itu ringan, tidak perlu penjelasan yang berlebihan.

Selebihnya anda boleh sambung dalam SIRI seterusnya.

Ini TIPS dari saya, menulislah seperti kita sendiri yang jadi pembacanya..

4. Berfikiran Terbuka

Percaya atau tidak, tak semua orang suka makan di KFC dan Pizza Hut.

Mengapa? Sebab masing-masing ada citarasa tersendiri..

Jadi, anda jangan terlalu defensif dengan segala komen dan kritikan yang diberi. Segala maklum balas yang ditujukan kepada hasil penulisan anda itu mempunyai pengajaran yang berharga.

Percayalah, tiada orang yang beri komen untuk menjatuhkan anda (kecuali orang yang memang hidup dalam dunia negatif). Setiap orang ingin bantu-membantu antara satu sama lain. Ambillah segala kritikan itu dengan hati yang terbuka dan tingkatkan usaha untuk jadi lebih baik.

5. Masukkan Unsur Emosi

Sekali-sekala, masukkan sedikit unsur-unsur EMOSI dalam tulisan anda. Gayakan penulisan anda seperti sebuah cerita supaya pembaca tak bosan baca penulisan anda. Ingat! Manusia ini sangat suka baca cerita.

Tahukah anda, ramai orang suka baca penulisan dalam bentuk cerita.. lebih-lebih lagi jika anda menulis dalam blog atau ayat iklan untuk promosikan sesuatu produk.

Unsur emosi yang saya maksudkan adalah lawak, sedih, marah dan seronok.

Macam mana nak hasilkan penulisan yang beremosi? Mesti anda tak tahu kan?

Ok, saya beri tips mudah. Anda perlu menulis seperti anda bercakap dengan audiens, bagaimana anad bercakap.. macam tulah anda tulis. Susah ke?

Saya rasa cara ini lagi mudah sebab anda tak perlu belajar universiti pun. Anda hanya perlu menulis dari hati.

Nak contoh..?

Anda boleh baca kisah-kisah inspirasi student Sifufbads DI SINI..

Lihat bagaimana mereka menulis, sempoi je.. bukan saya yang tulis tau!

6. Tulen, Asli, Original

Setiap orang mempunyai skill penulisan yang UNIK. Anda boleh gambarkan profil anda dengan hanya menulis mengikut rentak sendiri. Orang lain pun boleh kenal pasti yang anda penulis sesuatu artikel tersebut apabila anda ada gaya penulisan tersendiri.

Jadi, jangan takut untuk menulis ikut STYLE sendiri. Jangan COPY PASTE hasil penulisan orang lain. Anda sudah pasti tidak mahu buatkan pembaca rasa yang tulisan anda itu palsu, dan diciplak daripada tulisan individu yang anda tiru stylenya.

Walaubagaimanapun, style ini tidak akan datang dengan mudah. Anda perlu KONSISTEN menulis dan kenal pasti jenis penulisan yang anda selesa. Mungkin anda cenderung kepada penulisan berbentuk formal, mungkin dalam bentuk otai, garang, manja, dan sebagainya.

Jadi, kerapkan latih diri untuk cuba menulis dalam pelbagai jenis penulisan.

TAK RUGI MENCUBA

7. Percaya Kepada Diri Anda

Ini adalah jawapan yang paling saya suka beri kepada sesiapa yang tanya soalan, “Bagaimana saya boleh jadi penulis yang baik?”

Anda tidak akan berupaya untuk lakukan apa-apa melainkan anda percaya pada diri anda. Nak makan pun perlukan rasa percaya yang anda boleh makan makanan tersebut.

Ya, mungkin betul bahawa rasa takut dan rendah diri dengan penulisan yang kita hasilkan itu tidak dapat dielakkan.

TETAPI…

Anda boleh mengubahnya dengan buat tak tahu sahaja apa respon umum terhadap penulisan anda. Jangan sesekali terikut dengan emosi negatif yang membawa keburukan kepada diri sendiri. Jika anda tidak tekan butang publish artikel anda, siapa lagi yang akan tekankan untuk anda? Ibu anda? Adik anda? Sudah pasti tidak..!

Jadi jangan biarkan tanggapan negatif anda itu mensia-siakan bakat yang terpendam dalam diri. Siapa tahu, mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi anda mampu menjadi penulis yang hebat!

Bertindak Sekarang!

Anda boleh jadi penulis yang hebat jika anda mahukannya. Anda boleh jadi copywriter yang berpengaruh jika anda mahukannya. Anda boleh membuatkan pembaca beli produk dengan iklan anda jika anda mahukannya.

Walaubagaimanapun, semua di atas ini tidak akan diperolehi tanpa USAHA dan ILMU yang cukup. Dan, ia juga tidak akan diperolehi jika anda tidak MULA SEKARANG!

Komentar (16)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!