Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

7 Faktor Psikologi Yang Membuatkan Prospek Membeli

Diterbitkan pada Apr 10, 2015 oleh

Apakah faktor yang buatkan prospek membeli produk anda…?

Kenapa prospek membeli dari anda…?

Itulah perkara yang perlu anda fikirkan semasa membina iklan menggunakan Facebook Ads.

Dengan mengetahui apa faktor-faktor tersebut, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan untuk buatkan prospek membeli dari anda.

Ada 7 faktor yang membuatkan prospek membeli;

#1: Kepercayaan

Sekarang ini, sudah banyak berlaku penipuan di antara penjual dan pelanggan. Sebab itu, pelanggan lebih suka membeli dari penjual yang mereka sudah percaya. Jika anda seorang penjual baru yang belum dikenali, anda perlu kumpulkan testimoni dulu dari pelanggan yang pernah dapatkan produk atau servis dari anda.

Prospek biasanya melihat dulu kesan dan hasil dari pelanggan yang pernah menggunakan produk tersebut, kemudian baru mereka pilih sama ada nak beli atau tak.

Kredibiliti yang ada pada penjual memainkan peranan yang penting. Saya nasihatkan anda supaya bina kredibiliti dulu sebelum menjual sesuatu produk. Jika prospek sudah yakin dengan kredibiliti yang ada pada anda, apa sahaja produk atau servis yang anda tawarkan, pasti mereka beli.

#2: Kasih Sayang

Prospek juga membeli kerana mereka percaya yang produk tersebut dapat menggembirakan orang yang tersayang. Mereka sanggup beli walaupun mahal, hanya untuk memenuhi permintaan pasangan, keluarga dan rakan-rakan.

Bayangkan, jika anda ada seorang anak, menangis-nangis merayu nak makan KFC…mesti anda bagi kan? Walaupun rela paksa, beli juga sebab sayangkan anak anda.

Macam mana pula jika ibu bapa, atuk nenek anda sakit? Kena beli juga la ubat, produk kesihatan dan mesin urut untuk mereka. Semuanya sebab SAYANG.

Produk-produk seperti perhiasan, produk kesihatan sangat sesuai untuk prospek yang inginkan kasih sayang.

#3: Peningkatan Diri

Setiap prospek pasti mahu berjaya dalam hidup seperti pelajar, pekerja atau usahawan, mahu jadi seorang yang PRODUKTIF. Mereka pasti mencari ilmu yang boleh tingkatkan KUALITI diri dan hidup mereka.

Kalau anda perasan, sekarang sudah banyak syarikat-syarikat yang menawarkan produk dan servis dalam bentuk latihan dan konsultasi melalui program-program yang dianjurkan.

Antaranya;

Syarikat Sifufbads, membantu usahawan yang ingin kembangkan bisnes mereka menggunakan pemasaran Facebook Ads. Syarikat ini juga telah banyak menganjurkan bengkel dan seminar untuk memberi konsultasi bagaimana cara tingkatkan jualan produk dengan kos yang rendah.

Ini adalah antara servis yang dicari-cari prospek untuk menambah sumber pendapatan.

Ilmu yang yang dipelajari pula disampaikan pada orang lain, seterusnya membantu orang ramai untuk mengubah hidup mereka jadi lebih baik.

#4: Keseronokkan

Ada juga prospek yang membeli kerana SUKA, SERONOK dan OBSES dengan produk dan penjualnya. Produk seperti ini memang sudah banyak di pasaran.

Contohnya;

Peminat setia iPhone, anda boleh lihat mereka ini berebut-rebut beratur panjang depan kedai, hanya sebab nak beli smartphone tersebut. Ada yang sanggup datang sehari awal, tidur depan kedai. Mereka ini membeli sebab mereka akan rasa SERONOK dan PUAS jika boleh dapatkan iPhone lebih awal dari orang lain.

Biasanya, produk seperti ini akan diumumkan bila tarikh dilancarkan, kemudian ditawarkan ‘limited edition‘ dalam kuantiti yang terhad. Produk yang mempunyai permintaan seperti ini adalah gadjet yang mengikut trend TERKINI. Memang cukup LARIS apabila model baru dikeluarkan.

#5: Kepentingan Diri

Prospek membeli kerana ingin rasa DIHARGAI, VIP dan HEBAT, bermakna prospek menitikberatkan apa kepentingan yang mereka dapat dari anda.

Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup laburkan duit yang banyak untuk dilihat SPECIAL, dipandang  tinggi dan diberi penghormatan dari orang sekeliling. Produk yang mereka akan cari adalah produk yang berkualiti tinggi, eksklusif dan unik.

Dengan faktor ini, anda boleh cari produk yang mempunyai harga yang tinggi dan margin untung yang tinggi. Apabila margin untung tinggi, sudah pasti produk tersebut berkualiti tinggi. Semasa bina iklan, anda hanya perlu sasarkan pada golongan yang mempunyai MAMPU dan kuasa membeli yang tinggi.

#6: Mudah

Semua prospek ingin rasa MUDAH, SENANG dan JIMAT tenaga dan masa. Sebab itu, kebanyakkan produk baru yang dikeluarkan, adalah untuk memudahkan prospek.

Contohnya;

Anda sedang mencari produk atau servis yang boleh bantu menghasilkan wang cara pantas, tak perlu buka kedai, dan mudah dilakukan. Inilah masalah yang boleh diselesaikan oleh syarikat Sifufbads. Anda hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan, insyaallah…akan berjaya.

Pernah tak anda dengar, ‘Masa itu emas’ atau ‘Masa lebih bernilai dari wang ringgit’?

Saya boleh katakan..prospek sanggup laburkan ribuan ringgit, asalkan masa mereka dapat dijimatkan dan kerja mereka dapat dipermudahkan. Mudahkan urusan prospek, mudah juga untuk anda menjual.

#7: Selamat

Ada prospek sanggup buat apa sahaja, asalkan mereka dan orang tersayang rasa selamat. Mereka membeli kerana ingin beri perlindungan dan keselamatan kepada orang lain. Produk yang sesuai untuk dijual pada mereka adalah seperti insuran takaful, perancangan kewangan dan lain-lain yang berkaitan.

Untuk menjual produk seperti, anda perlu memberi kesedaran terlebih dulu tentang kepentingan produk untuk masa depan mereka, seterusnya memberi bantuan kepada prospek dengan memberi penyelesaian pada mereka. Beritahu kenapa mereka perlukan produk ini dan kesannya pada hidup mereka.

Anda bukan menjual dengan cerita sahaja, tetapi dengan isi cerita yang bermanfaat kepada pelanggan. Banyakkan softselling berbanding hardselling…banyakkan perkongsian MOTIVASI dan TIPS yang berguna kepada pelanggan. Insyaallah, mereka akan berminat untuk membeli dari anda.

Inilah 7 faktor yang membuatkan prospek membeli sesuatu produk. Dangan memahami faktor-faktor ini, anda akan lebih mudah untuk menjual sesuatu produk pada prospek. Ini adalah basic untuk memahami apa produk yang diperlukan oleh prospek.

Semoga bermanfaat.

Komentar (28)

  1. Pingback: 7 Perkara Penting Untuk Kenali Produk Yang Ingin Dipromosikan di Facebook | Sifu FB Ads

  2. As salam sifu..bagaimana nak menyakinkan prospek yang produk kita berkesan..ada prospek tgk testimoni kadg mereka tak pecaya dgn testimoni..sebab ketakutan yang pernah mereka alami..bagaimana nak berhadapan dgn prospek mcm ni sifu…

  3. hamimah

    Assalammualaikum sifu, saya nak tanya, seminar sifu after februari ni… bulan berape sifu nk buat lagi… saye ni bnyk benda nk belajar.. saya tertekan sebab susah betul nk faham Fb ads ni walau pon dh pg blog sifu…. YA Allah susah betul FB ads ni… saya takut kos yg tinggi sebab saya zero sifu sekarang nie, saya memng taķ ada duit…..

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!