|

7 SEBAB KENAPA KENA BUAT DIGITAL MARKETING

Zaman digital 4.0 ni umpama sebuah transisi terutamanya kepada founder-founder yg selama ini berniaga secara offline… majoritinya mula ‘berpindah’ dan mula ‘menapak’ di platform online.

Sifu, zaman sekarang ni kan kalau tak buat online marketing umpama ketinggalan 10 tapak ke belakang kan?

Haaa betul tu! Tapi bukan 10 tapak, sebaliknya beratus2 tapak ketinggalan ke belakang! Ditambah pulak kat Malaysia ni majoritinya hampir semua founder berniaga menggunakan platform online.

Banyak kelebihan menggunakan platform digital ni sebabnya, anda cuma ‘duduk’ setempat je tapi brand anda boleh ‘terbang’ jauh!

So, harini SifufBdas nak share 7 Sebab Kenapa Kena Buat Digital Marketing… So, hadam sampai ‘lebam’ okay!

#1. CUT COST MARKETING

Tahukah anda melabur untuk marketing di platform digital marketing adalah lebih efektif?

Katakanlah anda merupakan seorang usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kawasan pedalaman dan anda nak pasarkan produk anda ke seluruh Malaysia tapi anda tidak berkemampuan untuk mengeluarkan modal pengiklanan di akhbar, TV, mahu pun radio. Mesti susah kan?

Oleh sebab itu, dengan adanya platform digital marketing, produk anda mampu ‘pergi’ lebih jauh dengan kos yg lebih rendah dan efektif… berdasarkan laporan HubSpot, Cost-Per-Lead (CPL) di platform digital marketing jauh lebih baik berbanding platform marketing yg lain.

#2. TARGETED AUDIENCE

Saya ni kan Sifu sampai pokai keluar duit buat flyers, banner, keluar iklan kat TV sana sini! Tapi takde lead masuk pun?

Haaa sebab apa jadi macam ni?

Tak lain tak bukan sebab tak target audiens lah tu! Buat iklan sana sini tapi prospek tak perasan pun! Sedih ke sedih sangat?

Kelebihan bila menggunakan platform digital marketing ni tak kesahlah anda berbisnes guna FB ke IG ke, anda akan dapat ‘perangkap’ prospek anda tu melalui ruangan Interest. Dari situ, hanya prospek sahaja yg boleh nampak iklan anda dan potensi untuk closing jauh lebih tinggi!

#3. ‘TAPAU’ SMARTPHONE CONSUMERS

Zaman sekarang ni, tipulah kalau kata takde smartphone kan? Majoriti hampir semua orang miliki smartphone. Jadi, kebanyakkan urusan termasuklah bersosial, bekerja, bersantai dan berbisnes pun akan melibatkan smartphone.

Jadi, kalau boleh berbisnes di smartphone, kenapa tak manfaatkan peluang untuk ‘tapau’ prospek yg juga pengguna smartphone. Ye dak?

#4. ‘MENCANAKKAN’ TRUST

Berbisnes menggunakan platform digital ni berbeza dengan berbisnes secara konvensional… Kalau berbisnes di platform offline, prospek boleh lihat, sentuh dan rasa produk yg mereka inginkan.

Tapi, kalau berbisnes di platform online, trust boleh ditingkatkan melalui social proof dan testimonials. Jadi, perkongsian content-content berbentuk testimoni ni sudah mampu untuk meningkatkan trust.

Ditambah pula dengan ‘kuasa’ viral, contohnya jika produk anda terbukti berkesan dan ada customer yg menyebarkan kebaikan produk anda sehingga ia menjadi viral, ia mampu mempengaruhi prospek yg lain untuk membeli kerana trust mereka terhadap produk anda sudah meningkat.

#5. ENGAGEMENT LEBIH ‘UMPHHH!’

Nak lebih rapat dengan audiens? Maka, digital marketing lah jawapannya! Ini kerana prospek mahu pun customer ada akses untuk terus berhubung dengan anda seperti melalui ruangan komen, DM, PM mahupun WhatsApp.

Kalau dulu, nak tahu feedback cutomer terhadap produk memang susah! Sebab diorang takde medium yg sesuai untuk memberikan maklum balas. Tapi, sekarang semuanya dihujung jari.

Dari situ, Founder juga boleh menambah baik kualiti produk mereka.

#6. REVENUE YANG LEBIH TINGGI

Strategi digital marketing yg berkesan akan meningkatkan conversion rates dan seterusnya mampu mendatangkan lebih banyak faedah kepada bisnes!

Lebih banyak faedah yg masuk, maka lebih tinggilah revenue… industri kecil dan sederhana (IKS) yg menggunakan digital marketing juga akan memperolehi 3.3 kali ganda peluang untuk mengembangkan lagi bisnes mereka.

Bak kata omputeh… Internet adalah ‘rocket fuel’ untuk perkembangan usahawan IKS.

#7. KUASA ‘CTA’

Selalu tengok kan button ‘BUY NOW’, ‘CLICK HERE’ dan ‘ SIGN UP’ kan? Haaa itu semua CTA lah tu. Melalui CTA ni… secara psikologinya, mampu mendorong prospek untuk bertindak mengikut arahan!

CTA tu apa Sifu?

CTA tu ialah Call-To-Action… maksudnya, apa tindakan yg perlu prospek buat untuk dapatkan sesuatu. Dengan wujudnya platform digital marketing, founder-founder boleh manfaatkan dan berinovasi dengan sales funnel masing2!          

Inilah antara sebab kenapa anda perlu buat digital marketing pada era sekarang ni.

Tapi tak cukup setakat tu je. Ada banyak lagi perkara lain yang anda perlu tahu, untuk convert bisnes anda lebih berkembang maju dan laju ke depan dari pesaing lain..

Sebab itu, kami bakal adakan seminar pada bulan 7 nanti. Program special ini akan bawakan lebih dari 26 SPEAKER ni, anda berminat nak join? Jika ya, klik gambar di bawah..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *