5 PUNCA CLOSING “FAILED”

KETAHUI 5 PUNCA UTAMA CLOSING FAILED!!!

Baru-baru ni ramai betul yang tanya saya “sifu2 kenapa bila saya closing orang seen je wasap sy? Dia orang dah chat tapi bila sampai part pembayaran dia orang kata nak bayar last2 diam je….macam mana ya sifu ? kenapa ya sifu?” saya selalu sangat dapat soalan macam ni..Bukan je dia orang yang pernah rasa macam ni, saya sendiri pun pernah rasa pengalaman macam ni.So daripada pengalaman saya ni,saya nak share dekat korang.. Pengalaman mengajar kita untuk belajar daripada kesilapan, betul? So harini saya nak share sikit punca closing sale korang failed! (Orang yang serius nak belajar daripada kesilapan je akan baca ni sampai habis….)

#1 “Customer Service K.O”

Pernah tak korang dapat layanan customer service yang teruk? Tak kisah la korang pergi mana..Cuba korang letakkan situasi korang tu sebagai customer yang membeli daripada orang. Mesti korang pernah rasa kan ?Contoh customer service yang teruk adalah bila customer chat tapi lambat reply dari situ dah buat customer rasa malas nak beli yela mood nak membeli masa tu membuak-buak kan then bila tanya lambat respons pulak. Selain tu, tak mesra pelanggan. bila customer tanya, jawab pun sepatah-sepatah. Customer pun akan fikir “eh dia ni nak menjual ke tak? Bila tanya respon macam tu jer” Nampak? Bukan kata customer je yang rasa macam tu korang sendiri pun pernah rasa kan? hmmm…masa tu je kita dah hilang satu customer,cuba bayangkan kalau hamper 70% customer kita buat macam tu?

#2 “Terlalu Menjual”

Korang jangan terlalu desperate nak menjual..contohnya customer tu baru je nak tanya pasal produk korang tapi belum sempat tanya korang dah pappppppp….. bagi harga dekat customer.Ni sebenarnya punca customer tak jadi nak beli daripada korang…sebab yelah belum sempat dia tahu kelebihan produk korang tapi dia dah tahu harga dulu.. masa tu dalam fikiran dia “ehh mahal nya produk nie” padahal bila korang educate dengan bagitahu kelebihan produk korang yang boleh selesaikan masalah customer tu pun, dah boleh buat customer tu rasa NAK BELI!

#3 “Tiada Testimoni”

Kebiasaannya customer ni lebih suka tengok testimoni daripada orang lain dulu sebelum dia orang sendiri cuba sesuatu produk tu.Jadi kalau takde testimoni tu customer nak trust pun susah dan tak berapa yakin dengan produk yang korang jual tu.Lebih baik korang bagi bukti customer korang yang dah pernah cuba produk korang tu… jadi lagi senang korang nak closing bakal customer korang tu.Okay?

#4 “Produk Knowledge Zero”

Ni salah satu punca paling besar closing korang failed.Sebab apa tau ? bila customer tanya apa kelebihan produk korang ni tapi korang tak dapat jawab.Padahal korang patut tahu kelebihan produk korang tu sebelum menjual dekat orang.Sebab tulah banyak kes yang mana tak menjawab persoalan customer bila customer tanya.Bila tak menjawab persoalan, customer tu tak tahu yang produk korang ni sebenarnya boleh menyelesaikan masalah dia orang.So better kaji betul-betul produk korang , yakin tu penting !

#5 “Produk kurang value”

Yang ni pulak, harga yang korang letak tu agak mahal tapi tak Nampak value?.Ni lah yang buat customer rasa tak berbaloi nak membeli. Value ni maksudnya boleh jadi kualiti.Contoh la kalau korang jual lipmatte. apa yang customer akan dapat? Mungkin bila pakai tu rasa ringan tak melekit dan tahan sampai 2 bulan. Tu lah value ! Jadi customer tak akan rasa rugi. Boleh ye?

So far korang dapat sesuatu dari sharing ni? Lepasnih dah tahu cara nak improve closing sale kan? Banyak lagi tips2 yang boleh saya bagi tapi ckup lah 5 ni dulu! Takut korang tak buat pulak!

.
.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *