|

11 SOLUSI UNTUK FOUNDER BISNES JIMATKAN KOS MARKETING…

Lumrah lah kan buat seorang founder bila buat bisnes ni akan kejar sales sampai lah tak perasan dah ter-spend melampau2 kat marketing! Bila jadi camni, ROI pun jadi cukup2 makan… Kira bahasa mudahnya buat bisnes takat pulang modal je.

Tapi, itu kira boleh ’hidup’ lagi lah bisnes tu… belum lagi kes yg sampai tak boleh nak cover kos sampai terpaksalah guna pakai duit saving sendiri. Alahai sadis betul bila buat bisnes macam gini… Ada founder yg macam ni ke?

“Ada! Saya lah tu Sifu! Ishhhh segannya nak mengaku…”

Takpe, don’t worry! Lebih baik malu dan sedar kesilapan anda sekarang dari makin melarat2 jadinya. Sempat lagi anda nak ‘bertaubat’ supaya tak ulang lagi ‘dosa’ yg sama… Sempat lagi anda nak selamatkan sales dan bisnes anda dari terus ‘meninggal’. Kalau masih tak ‘bertaubat’, nanti anda jugaklah yg akan menyesal!

So, kali ni SifufBads nak DEDAHKAN 11 solusi untuk atasi ‘dosa’ yg selalu founder bisnes buat sampai kos marketing naik melambung tanpa sedar. Nak tahu apa? Anda WAJIB baca sampai habis kalau anda nak tahu solusinya!

1. FAHAMI OBJEKTIF UTAMA MARKETING

Sebagai founder, anda WAJIB ada objektif dan strategi yang jelas sebelum mulakan sesuatu kempen marketing… Bukannya nampak orang lain run marketing, anda pun follow je buta2. Bila anda ada objektif yg jelas, anda mampu jimatkan kos marketing supaya tak TER-spend melampau.

2. MESSAGE MARKETING YANG JELAS

Sebelum buat marketing, anda perlu tahu isu dan masalah prospek anda. Tahu apa yang mereka mahukan dan perlukan…Bukannya buat marketing syok sendiri! Sebenarnya, anda kena target sasaran anda… Bila tak target sasaran tu lah jadinya message marketing yg tak sampai.

3. UPDATE STRATEGI MARKETING

Ingat! Strategi yg dulunya berkesan belum tentu berkesan pada masa sekarang… Kos marketing meningkat tapi sales menurun…Tak ke pening kepala tu? So, anda kena sentiasa update strategi marketing anda tu.

Nak update macam mana? Haaa banyakkan lah buat research. Kaji balik apa faktor strategi marketing sedia ada anda tu menjadi dan tambah baik supaya resultnya naik lebih mencanak.

4. MANFAATKAN SOSIAL MEDIA

Jangan hanya gunakan 1 platform, sebaliknya fully utilize sosial media sebab ia akan buatkan brand lebih dikenali dan dipercayai berbanding pesaing… Contohnya, anda cuba tengok brand2 besar seperti McDonalds dan KFC… Mereka manfaatkan hampir semua platform sosial media walaupun brand mereka dah dikenali.

5. BUAT INTEGRATED MARKETING

Zaman sekarang ni, kalau tak buat integrated marketing, memang bisnes anda akan ketinggalan dan akhirnya ‘meninggal’… So, ambil langkah berjaga2 dengan memperbanyakkan medium marketing anda. Tak kesah lah melalui online ke offline ke, intergrate kan dedua medium tu untuk tingkatkan lagi trust dan brand awareness.

6. TARGET AUDIENS

Alright, tadi dah sentuh kan tentang message marketing tak sampai sebab tak taget audiens? So, meh kita tengok kenapa pentingnya nak target audiens ni. Setiap produk atau servis mesti ada target audience ataupun dalam bahasa lain adalah Customer Avatar…

Tanpa customer avatar, anda akan menjual tanpa arah tujuan..Bayangkan kalau anda ada target audiens, tentu anda lebih mudah untuk grab attention mereka melalui gambar atau copywriting..Sebab tu, kita perlukan targeted audience..Anda boleh combine-kan jenis audience based on demografi, geografi, psikografi dan sosiografi.

7. BINA FOLLOWER DAN FANS

Tahukah anda, menjual pada prospek yg kenal brand anda adalah lebih mudah berbanding menjual pada prospek yg tak kenal? Haaa, sebabnya yg kenal anda, dia dah tahu selok belok produk anda. Sebab tu, untuk jimatkan kos marketing, anda boleh retarget pada follower dan fans anda…

Ia juga sangat membantu kurangkan kos marketing berkali2 ganda… Lebih banyak followers anda, lebih tinggi trust orang pada brand anda!

8. BINA DATABASE

Kesilapan terbesar owner bisnes bila buat bisnes adalah tak simpan database. Sebab database sangat penting untuk jangka masa panjang… Contohnya, bila anda nak launch produk baru, anda boleh gunakan database sedia ada ni untuk menjual dan tak perlu bersusah-payah nak kumpul database baru.

9. CONTENT MARKETING

Ramai owner bisnes silap, kalau nak sales banyak, perlu buat iklan hardsell menjual kawkaw punya sedangkan marketing adalah salah satu cara iklan softsell… Content marketing adalah senjata yg paling berkesan untuk jana sales tanpa perlukan kos pun. Audiens sekarang semakin bijak dan mereka  nak sesuatu yg memberi manfaat kepada mereka seperti perkongsian tips, kisah2 inspirasi, testimonial dan sebagainya…

Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan dapat..Betul tak?

10. IKLAN YANG BERSIFAT SOFTSELL

Haaaa yg ini berkaita balik dengan point content marketing tadi tu. Pada zaman 4.0 ni, orang dah tak suka iklan bersifat hardsell..Sebab apa? Sebab bila dah nampak banyak iklan dalam masa singkat..Buatkan mereka jadi mudah bosan..Kalau anda, adakah anda suka tengok iklan selalu lalu kat newsfeed anda? Kalau tak, anda dah kena beralih dengan buat iklan yg lebih softsell…

11. KUATKAN ENGAGEMENT MARKETING

Kebanyakkan founder bisnes abaikan benda penting ni  selepas prospek dah jadi klien. Anda sebagai founder bisnes kena ambil berat bab engagement supaya klien terus setia dengan anda.

Rajin2lah follow-up customer tanya khabar ke tanya feedback ke atau pun bagi tips. Dari situ, buatkan mereka rasa selesa dan makin dekat dengan kita… Wujudkan human touch dan secara tak langsung, itu akan buatkan possibility untuk mereka repeat order tu lebih tinggi.

Anda seorang founder? Perlukan bantuan dan guideline lebih details?

Program the Founder Chapter 2.o sesuai untuk anda!

Nak info lanjut? Klik link ni sekarang!

>> FOUNDER CHAPTER 2.0

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *