|

7 PERKARA PENTING YANG FOUNDER BISNES KENA PREPARE SEBELUM 2024

2024 ni korang rasa camne? Growing time? Challenging time? Survival time?

Apa saja akan berlaku, kita tak boleh selesa…

Korang semua dah ready ke belum, nak hadapi 2024 ni?

Korang kena ada perancangan yang kukuh, especially kalau korang seorang founder bisnes.

Tahun 2023 bakal berlalu tak lama lagi, so sekarang adalah masanya untuk kita buat analisis dan post mortem pasal bisnes kita sepanjang tahun lepas, dan plan untuk 2024.

Bila founder bisnes tak plan untuk tahun 2024, korang akan berdepan dengan pelbagai cabaran.

Antara masalah yang boleh jadi cabaran besar termasuklah ekonomi yang tak stabil, gangguan bekalan, kekurangan pekerja berkemahiran, dan kos operasi yang naik.

Semua benda ni boleh terkesan pada ekonomi dan bisnes korang.

Apa yang akan jadi kalau korang tak prepare bisnes untuk tahun 2024?

Kalau korang tak buat analisis dan buat planning bisnes yang betul, korang boleh ulang kesilapan yang sama dalam tahun depan.

Bahaya! Ini risiko yang besar, bila korang tak tahu apa yang patut improve.

Kalau tak kenal pasti isu-isu awal, korang boleh terperangkap dalam masalah yang lebih berat yang boleh tumbangkan bisnes.

Bisnes korang boleh rugi besar, terjejas teruk, boleh sampai terpaksa potong kos, atau boleh jadi kena tutup.

Korang tak nak jadi macam tu, kan?

So, teruskan baca kalau korang nak buat preparation untuk tahun 2024…

# 1: Analysis & Post Mortem Bisnes 2023

Sebelum korang plan untuk tahun depan, korang kena buat analisis dan post mortem bisnes tahun 2023.

Apa yang berjaya? Apa yang tak berapa jalan?

Benda ni penting sebab ia jadi asas untuk korang buat perancangan tahun depan.

Contoh, kalau jualan meningkat 20% sepanjang 2023, korang patut tahu sebab apa, supaya boleh buat lagi baik tahun depan. Kalau ada produk yang tak laku, fikir cara nak perbaiki atau kalau perlu, drop je produk tu.

Apa tu analysis dan post mortem? Baik, biar saya akan explain..

  • Korang kena start dengan kumpul data bisnes korang untuk tahun 2023. Ni termasuklah data jualan, kos, keuntungan, dan apa-apa statistik penting lain yang berkaitan dengan bisnes korang.
  • Tengok balik graf jualan korang sepanjang tahun 2023. Ada bulan-bulan yang jualan meletup, ada yang lembab. Cuba cari pattern atau sebab-sebab kenapa jualan naik atau turun.
  • Semak balik semua perbelanjaan yang korang keluarkan untuk bisnes. Adakah kos meningkat? Kalau ya, apa yang menyebabkan peningkatan tu? Adakah korang boleh kurangkan kos-kos yang tak perlu?
  • Kalau bisnes korang ada stok, kena periksa inventori. Ada barang yang lama tak bergerak? Stok berlebihan? Benda ni boleh menghabiskan duit. Jadi, buang barang yang tak laku dan plan cara nak handle stok dengan lebih bijak tahun depan.
  • Korang kena analisis kewangan bisnes korang. Tengok jualan, untung rugi, dan margin keuntungan. Kalau untung kurang dari rugi, kena ambil tindakan. Jangan lupa check cash flow juga.

Lepas korang dah kaji semua data dan maklum balas, buat perubahan yang diperlukan.

Korang boleh ubah strategi atau perancangan untuk tahun depan.

#2: List of Issue & Problem Arised 2023

Lepas tu, korang kena buat senarai masalah dan isu-isu yang timbul sepanjang tahun lepas.

Tak kisah besar ke kecil, semua kena rekod. Ini akan bantu korang faham apa yang boleh jadi cabaran dalam bisnes korang.

Contoh, kalau supplier selalu lambat hantar stok, ni masalah besar sebab boleh ganggu operasi bisnes. Jadi, tahun depan, korang kena cari supplier yang lebih reliable.

Ini beberapa perkara yang korang boleh buat..

  • Korang kena start dengan kenal pasti masalah-masalah utama. Tanya diri korang, apa yang buatkan korang pening kepala dalam bisnes korang tahun lepas? Mungkin jualan menurun, kos meningkat, atau pelanggan tak puas hati.
  • Setiap masalah ada punca. Jadi, korang kena faham kenapa masalah tu berlaku. Apa puncanya? Kalau jualan menurun, mungkin sebab kurang promosi atau saingan dalam pasaran yang lebih hebat.
  • Selepas kenal pasti masalah dan puncanya, korang kena fikir solusi untuk setiap masalah tu. Contohnya, kalau saingan kuat dalam pasaran, korang boleh fikir cara nak tambah value produk korang.
  • Dalam senarai masalah korang, mungkin ada yang lebih serius dari yang lain. Jadi, korang kena prioritize masalah tu. Masalah besar yang boleh impak bisnes, kena utamakan dulu.

Akhirnya, kena buat tindakan terhadap masalah-masalah yang korang dah kenal pasti.

Plan strategi untuk penyelesaian, tetapkan deadline, dan pastikan korang follow through.

#3: Market Analysis Yang Lepas & Expectation 2024

Sekarang, korang kena buat market analysis. Apa yang berlaku dalam pasaran tahun lepas?

Apa trend baru yang bakal muncul? Ini dapat bantu korang buat ramalan untuk tahun depan.

Apa yang korang perlu buat dalam market analysis?

  • Korang kena kenalpasti apa-apa perubahan dalam pasaran. Ada tak perkara yang berubah dalam cara orang beli barang atau perkhidmatan? Mungkin ada teknologi baru atau peraturan baru yang mempengaruhi pasaran.
  • Cuba ramalkan apa yang korang jangka akan berlaku dalam pasaran untuk tahun 2024. Kalau korang nampak trend kenaikkan jualan dalam produk tertentu, boleh jadi ada peluang besar di situ.
  • Tengok juga apa yang saingan korang buat. Ada produk baru ke? Ada promosi menarik ke? Benda ni boleh bagi korang idea tentang bagaimana nak bersaing dalam pasaran.
  • Bila korang dah tahu apa yang korang jangka akan berlaku dalam pasaran untuk tahun 2024, sekarang masanya untuk rancang strategi.

Dalam preparation 2024, korang kena bersedia untuk adaptasi.

Pasaran sentiasa berubah, jadi korang kena fleksibel dan boleh berubah mengikut keadaan.

Tukar strategi korang bila perlu. Kalau korang dah ramal permintaan sesuatu produk tu akan meningkat, buat persediaan awal atau buat promosi yang sesuai.

Bila kita dapat explore pasaran dan buat jangkaan yang betul, kita boleh buat perancangan yang lebih baik untuk tahun depan

#4: Peluang Baru Yang Boleh Wujud Sepanjang 2024

Korang dah kena cari peluang2 baru yang boleh bantu kembangkan bisnes korang.. Ni penting supaya bisnes korang sentiasa ke depan dalam market.

Kalau korang nak berjaya dalam bisnes, korang kena pandai kenalpasti peluang dan potensi yang boleh wujud sepanjang tahun 2024. Tapi macam mana nak buat tu?

  • Korang kena pantau trend pasaran. Trend ni macam petunjuk untuk apa demand yang semakin meningkat tahun depan. Contohnya, kalau korang jual fesyen, tengoklah apa yang trendy sekarang, sama ada warna, rekaan, atau gaya pakaian.
  • Jangan hanya fokus pada pasaran tempatan je. Pantau pasaran global juga. Apa yang berlaku di luar negara boleh jadi petunjuk tentang peluang yang boleh wujud dalam pasaran tempatan korang.
  • Cuba dengar feedback pelanggan korang. Tanya mereka apa yang mereka nak atau apa masalah yang mereka hadapi. Kadang-kadang, idea untuk produk atau perkhidmatan baru boleh datang dari sini.
  • Faham apa yang pasaran perlukan. Kalau korang boleh rancang produk atau perkhidmatan yang menjawab keperluan ni, peluang untuk berjaya lebih tinggi. Adakah ada masalah yang perlu diselesaikan atau keperluan yang belum dipenuhi? Kalau ada, itu peluang besar untuk bisnes korang.

Peluang ni tak datang sendiri. Korang kena sentiasa berusaha dan berinovasi, barulah korang boleh capai kejayaan besar dalam bisnes korang!

#5: Competition Analysis

Korang kena tahu apa yang pesaing korang buat. Ada produk baru ke? Ada promosi menarik ke?

Dengan buat step ni, korang boleh buat strategi yang lebih baik.

Dalam dunia bisnes, kita kena tahu siapa pesaing kita, apa yang diorang buat, dan macam mana kita boleh win dengan diorang. Jadi, mari saya share cara nak buat competition analysis..

  • Senaraikan semua pesaing utama korang. Pastikan korang ambil kira pesaing yang besar dan kecil.
  • Buat profil pesaing-pesaing tu. Apa produk yang diorang tawarkan? Berapa lama diorang dah beroperasi? Ada berapa cawangan atau pejabat?
  • Ni yang penting! Kenalpasti apa kelebihan pesaing korang buat, dan apa kelemahan diorang.
  • Semak review pelanggan tentang pesaing korang. Apa yang pelanggan puji dan apa yang mereka komplen? Review ni boleh bagi korang tahu kekuatan dan kelemahan pesaing.
  • Buat perbandingan antara bisnes korang dengan pesaing. Apa yang korang boleh tawarkan yang pesaing tak boleh? Ini boleh jadi USP korang.

Buat tindakan berdasarkan analisis korang. Kalau korang nampak peluang atau perlu ubah strategi untuk bersaing lebih baik, jangan tunggu lama untuk bertindak.

Pesaing tu bukan musuh, tapi guru yang boleh ajar korang cara nak berjaya dalam dunia bisnes.

#6: Dasar Kerajaan Dalam Membantu Usahawan

Sebagai founder bisnes, kita kena tahu apa yang kerajaan tawarkan setiap tahun.

Mungkin ada bantuan pinjaman yang korang boleh apply. Korang kena kenalpasti dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan bidang bisnes korang. Ni termasuklah bantuan kewangan, insentif cukai, atau rangsangan ekonomi yang mungkin ada.

Lepas tu, lihat jenis bantuan yang ada. Korang boleh pergi website rasmi kerajaan atau hubungi agensi yang berkaitan untuk dapatkan maklumat lanjut.

Ada pelbagai jenis bantuan seperti pinjaman perniagaan, bantuan latihan, atau insentif eksport.

Kalau korang berjaya dapat bantuan, gunakan dengan bijak untuk kembangkan bisnes korang, seperti pelaburan dalam teknologi, latihan pekerja, atau product development.

Kerajaan biasanya ada banyak inisiatif untuk support usahawan, kita kena rajin explore peluang yang ditawarkan.

#7: Buying Behaviour Data

Kita kena faham macam mana orang buat keputusan pembelian, atau dalam bahasa lain, customer buying behaviour.

Ni penting untuk korang tahu bagaimana nak tarik pelanggan, dan faham apa yang diorang nak.

Korang kena kumpul data tentang cara pelanggan beli produk korang.

Adakah mereka suka diskaun? Atau lebih suka produk premium?

Dengan data ni, korang boleh buat keputusan yang lebih efektif.

  • Korang kena kumpul data tentang pembeli korang. Ambil data pasal siapa yang beli produk korang, apa yang diorang beli, dan berapa banyak dorang belanja.
  • Kalau korang nak tahu kenapa orang beli produk korang, boleh buat soal selidik atau tinjauan. Tanya diorang punya pendapat, kenapa diorang pilih produk korang, apa yang dorang suka atau tak suka.
  • Fikirkan punca-punca mengapa orang membeli produk korang. Adakah sebab harga yang berpatutan, kualiti yang baik, atau promosi yang menarik?
  • Lihat data demografi, geografi, psikografi dan behavior di antara pelanggan. Adakah pelanggan dari kawasan tertentu lebih banyak beli? Atau ada golongan umur tertentu yang lebih berminat?

Lepas kita faham bagaimana pelanggan buat keputusan pembelian, kita boleh tawarkan produk yang lebih relevan dan tarik lebih ramai pelanggan.

Korang Dah Prepare Bisnes Untuk  Tahun 2024?

Dengan adanya analysis dan post mortem bisnes 2023, korang boleh gunakan data2 tu untuk buat planning yang lebih jelas dan tersusun untuk tahun depan.

Jangan biarkan kesilapan yang sama berulang.

Masalah-masalah yang timbul dalam 2023?

Jangan risau. Sekarang korang dah dapat kenalpasti puncanya, lepas ni, korang boleh susun strategi baru untuk improve dan elakkan masalah tu berlaku lagi.

Kalau ada peluang baru yang datang, korang dah bersedia nak ubah game bisnes.

Setiap langkah yang korang ambil, akan membawa bisnes korang ke tahap yang lebih tinggi.

Good luck, dan selamat berjaya dalam preparation 2024!

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *