BILA KITA UBAH CARA BERFIKIR, MINDSET JUGA AKAN BERUBAH!

Kita ni kalau nak berjaya, cara berfikir kena ubah dulu. Pemikiran kita ni yang akan membentuk mindset kita.

Kalau kita terikat dengan cara pemikiran yang sama, itu yang buat kita susah nak mencapai sesuatu kejayaan.

Disebabkan itu juga, kita jadi mudah mengalah.. cepat rasa nak give up.. asal terima jer cabaran baru terus rasa ‘down’. Dan bila dah ‘down’, lama pula sangkut kat situ.

Apa Yang Menyebabkan Kita Mudah Rasa Down?

Korang pernah tak rasa macam hidup ni asyik je tak kena, semuanya rasa susah je. Mindset negatif ni bukan datang sendiri, ada punca-puncanya..

  • Kita terikut-ikut dengan mindset negatif orang sekeliling kita. Contohnya, kalau kawan-kawan selalu merungut dan tak pernah bersyukur, boleh jadi kita pun jadi macam tu juga. So, elakkan diri daripada pengaruh negatif ni.
  • Pengalaman buruk yang kita lalui dalam hidup, boleh tinggalkan kesan negatif dalam minda kita. Kalau kita pernah gagal besar atau disakiti, kita mungkin jadi takut untuk mencuba benda baru.
  • Kalau kita selalu ragu2 dan takut, ni boleh jadi punca mindset negatif dan tak berani untuk cuba perkara baru.
  • Sosial media pun boleh jadi punca. Bila kita selalu tengok orang lain di sosial media, nampak hidup diorang perfect, dan kita mula bandingkan diri kita dengan diorang.
  • Kalau kita selalu kena kritikan yang berlebihan, ini boleh mempengaruhi cara kita berfikir. Kita mungkin jadi terlalu keras pada diri sendiri dan tak pernah rasa mencukupi.

Sekarang, kita dah kenal punca-punca mindset negatif ni. Langkah seterusnya ialah ubah cara kita berfikir.

Kenapa Kena Ubah Mindset Kita?

Kalau kita selalu fikir kita tak boleh, mesti gagal, atau tak layak untuk berjaya, maka kita takkan berani untuk mencuba benda baru atau mengambil peluang.

Kita akan rasa stress dan aura negatif.

  • Mindset yang positif akan buat kita rasa lebih yakin dengan diri sendiri. Kita akan percaya yang kita boleh berjaya dalam apa-apa yang kita cuba.
  • Kita akan lebih high energy untuk explore perkara baru, belajar, dan berkembang. Kita akan rasa lebih yakin dengan diri sendiri.

Sebab itulah, kita kena ubah mindset!

Dengan hanya mindset yang betul je, kita boleh hadapi cabaran dan masalah dengan lebih yakin, fokus, dan positif.

Setuju ke?

Korang Ada Mindset Jenis Apa?

Ada 2 jenis mindset yang biasa kita jumpa.

  • Fixed Mindset: Orang yang ada fixed mindset, percaya yang kemampuan mereka terhad, dan tak boleh diubah. Contohnya, kalau mereka tak berjaya dalam sesuatu perkara, mereka akan fikir, “Aku memang tak pandai benda ni.”
  • Growth Mindset: Orang yang ada mindset ni, percaya yang kemampuan mereka boleh improve dan upgrade melalui usaha dan ilmu. Mereka tak takut untuk cuba perkara baru dan cabaran, sebab mereka tahu setiap usaha adalah peluang untuk belajar.

Korang mindset yang mana satu? Kalau fixed mindset, korang kena ubah sekarang!

Ada 5 cara nak ubah pemikiran kita ni;

#1 Kena Banyak Membaca

Membaca ni bantu otak kita nak mengembang. Dengan belajar teknik baru, belajar strategi baru, belajar leadership.

Bila dah banyak ilmu, InsyaAllah pemikiran kita dah lain.

Ramai daripada kita, memang tak suka membaca. Rasa membosankan, payah nak faham, atau takde masa.

Jangan terkejut kenapa hidup kita jadi tak berkembang, dan idea-idea kita pun jadi terhad.

Kita kena sedar, membaca ni sangat penting. Bukan setakat boleh tambah pengetahuan je, tapi boleh ubah cara kita berfikir.

  • Setiap hari, cuba jadualkan masa untuk membaca. Contohnya, 20 minit sebelum tidur. Atau kalau korang suka tenangkan fikiran sebelum kerja, baca sekejap sebelum korang start hari.
  • Tak semestinya kena baca buku tebal. Boleh start dengan artikel pendek, blog, atau berita dalam talian. Yang penting, kita membaca.
  • Bila baca buku, buat catatan atau highlight perkara penting. Ini boleh membantu kita ingat dan faham lebih baik.
  • Set sasaran bacaan. Contohnya, baca satu buku setiap bulan. Cabar diri sendiri untuk mencapai sasaran tu.

Jadi, jangan malas membaca!

#2 Kena Ubah Circle

Cari circle yang ’supportive’.. circle yang boleh ‘energize’ kita bila kita rasa ‘down’.

Circle yang selalu share kejayaan. Dari circle pun kita boleh banyak belajar.

Kalau kita berkawan dengan orang yang selalu negatif, malas, atau tak ada matlamat, kita pun boleh jadi terikut-ikut dan hilang semangat.

Ini boleh menghalang kita daripada mencapai potensi sebenar kita.

Kita mesti ingat, circle kawan-kawan kita memainkan peranan besar dalam cara kita berfikir dan tingkatkan motivasi kita.

Kalau diorang selalu negatif, kita pun jadi negatif.

Kalau kita nak ubah cara kita berfikir dan jadi lebih positif, kita kena ubah juga circle kita.

Mana nak cari circle yang positif ni?

  • Kenalpasti rakan2 yang selalu negatif, merungut, mengeluh dan tak memberi impak positif dalam hidup kita,
  • Carilah circle yang ada hala tuju hidup, bersemangat, dan ada matlamat. Kawan-kawan yang boleh bagi kita semangat untuk mencapai impian kita.
  • Kalau ada peluang, cari network dengan orang yang berjaya dalam bidang kita. Mereka boleh jadi sumber inspirasi dan mentor yang baik.
  • Join kelas2 atau seminar ilmu yang boleh ubah hidup kita. Peserta yang datang ke kelas ini, pastinya ada mindset yang sama dengan kita. Jangan lepaskan peluang untuk bernetworking dengan mereka!

Ini hidup kita, ini pilihan kita. Jangan biarkan orang lain yang tentukan apa yang kita nak buat!

#3 Sentiasa Positif

Tak kira apa halangan atau cabaran yang ada. Kena yakin kita BOLEH!

Jangan teragak-agak, lagi2 dengan kemampuan diri kita sendiri. Yakin pada diri.

Bila mindset kita selalu cenderung kepada yang negatif, kita jadi takut nak cuba benda baru, tak yakin dengan diri sendiri, dan terus merungut tentang segala-galanya.

So, macam mana nak jadi lebih positif dan bersemangat?

  • Setiap kali fikiran negatif datang, cuba tukar ia kepada positif. Contohnya, kalau kita rasa kita tak boleh hadapi satu cabaran, kita boleh fikir, “Saya akan cuba yang terbaik dan belajar dari pengalaman ini.”
  • Sebelum tidur atau bangun pagi, buat senarai perkara yang kita bersyukur. Kadang-kadang kita terlupa betapa banyak yang kita ada. Bersyukur akan buat kita lebih positif.
  • Kalau ada orang dalam hidup kita yang selalu membawa aura negatif, cuba elakkan diri dari mereka sejauh yang mungkin. Sebaliknya, berkawan dengan orang yang positif dan yang boleh bagi kita semangat.
  • Bila kita hadapi masalah, jangan terlalu fokus pada masalah tu sendiri. Lebih baik, fokus pada cara-cara nak selesaikan masalah tu. Ini akan buat kita lebih positif dan proactive.
  • Banyakkan follow cerita inspirasi dan kejayaan orang lain, ini boleh jadi sumber inspirasi yang kuat untuk kita. Adakalanya, kita perlu dengar kata-kata semangat dari orang lain untuk jadi lebih positif.

Bila kita sentiasa positif, kita akan rasa lebih kuat untuk hadapi cabaran dan mencapai matlamat kita

#4 Kena Berani

Berani mencuba benda baru & berani terima cabaran. Kita kena berani keluar dari ‘comfort zone’ kita.

Nak berani untuk cuba benda baru, hadapi cabaran, atau buat keputusan besar-besar tu bukan benda senang.

Bila tak berani, kita kadang-kadang kehilangan peluang besar dalam hidup.

So, apa yang boleh kita buat untuk jadi lebih berani?

  • Kalau terlalu takut untuk ambil langkah besar, takpe. Ambil langkah kecil dulu. Setiap langkah kecil yang kita ambil akan buat kita rasa lebih yakin. Contoh, kalau kita takut nak berucap di depan ramai orang, mula dengan bercakap di hadapan kawan-kawan dulu.
  • Kenal pasti apa yang buat kita takut. Adakah itu ketakutan gagal, ketakutan kehilangan, atau ketakutan akan penilaian orang lain? Bila kita kenal pasti, kita boleh cuba atasi ketakutan tu satu persatu.
  • Buat rancangan dan matlamat yang jelas. Kalau kita tahu apa yang kita nak capai, kita akan lebih bersemangat untuk berani bergerak ke arah matlamat tu.
  • Kalau kita rasa tak berani dalam sesuatu perkara, latihan dan persediaan adalah kuncinya. Misalnya, kalau kita nak berjaya dalam ujian, kena study dan bersedia dengan baik. Ini akan buat kita rasa lebih berani sebab kita tahu kita dah bersedia dengan sebaiknya.
  • Kalau kita gagal, janganlah biarkan kegagalan tu jadi halangan untuk cuba lagi. Ingatlah, kegagalan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Banyak orang berjaya sebab mereka berani cuba dan terus cuba walaupun gagal.
  • Berkongsi matlamat dengan kawan-kawan atau keluarga boleh memberi kita sokongan tambahan. Bila ada orang yang percaya dalam kita, kita rasa lebih berani.

Kita ada kuasa untuk ubah hidup kita. Kita punya minda yang boleh mempengaruhi tindakan kita. Jadi, fikir positif dan percayalah pada diri sendiri.

Berani adalah kunci untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Bila kita berani, kita semakin dekat kepada matlamat kita!

#5 Ubah Why dan Niat

Mungkin niat kita tu sebenarnya tak betul, niat untuk diri sendiri jer.

Nak beli tu nak beli ni, ni namanya berimpian kecil. Semuanya untuk diri sendiri.

Ada juga yang macam ni…

Kita dah berusaha keras, tapi entah kenapa, tak nampak hasil pun.

Lepas tu give up. Mungkin sebab kita lupa kenapa kita buat semua tu, atau niat kita tak betul.

Bila kita tak ada why dan niat yang kuat,  kita akan cepat hilang semangat.

Kita sendiri tak pasti hala tuju dan ke mana kita nak pergi.

Macam mana nak ubah why kita?

  • Duduk dan fikir, “Kenapa aku mula buat benda ni?” Cuba ingat balik apa yang buat kita bersemangat pada permulaan. Ini akan bantu kita sambungkan semula dengan niat asal.
  • Setiap kali kita buat sesuatu, tanya diri kita kenapa kita buat benda ni. Apa matlamat sebenar kita? Misalnya, kalau kita kerja, kita bukan sekadar kerja untuk gaji, tapi kerja sebab nak sediakan masa depan yang lebih baik untuk keluarga.
  • Apa yang penting dalam hidup kita? Adakah keluarga, kesihatan, pembelajaran, atau komuniti? Kenal pasti nilai-nilai yang ada dalam hidup kita akan membantu untuk tentukan why kita.
  • Tulis niat kita dalam buku nota atau di tempat yang kita boleh lihat setiap hari. Ini akan ingatkan kita tentang why kita. Bila kita selalu nampak, kita takkan lupa kenapa kita buat semua tu.
  • Sentiasa ambil masa untuk nilai semula why dan niat kita. Adakah ia masih relevan? Adakah kita perlu ubah matlamat atau strategi kita? Evaluasi dan penambahbaikan adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang.

Jangan biarkan niat kita hilang atau kabur. Why yang kuat akan buatkan kita lebih semangat dan bermotivasi untuk push diri sehingga matlamat kita tercapai!

Boleh dapat?

Bila kita ubah cara berfikir kita, minda kita jadi lebih powerful.

Kita jadi lebih positif, lebih berani, dan lebih fokus pada matlamat kita.

Dengan mindset yang positif, kita boleh hadapi cabaran dan rintangan dengan lebih yakin.

Kita tak akan takut gagal, sebab kita tahu kegagalan adalah sebahagian daripada proses kejayaan.

Perubahan bermula dari dalam minda kita.

Bila minda kita positif dan kuat, apa saja yang kita impikan dalam hidup, insyaAllah, akan kita capai.

Jadi, ubah dulu cara pemikiran kita.. Jangan terlalu selesa dengan cara kita sekarang.

Perubahan mula dalam fikiran kita. OKAY?

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *