Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

5 Taktik Killer Buatkan Prospek Tak Sabar Nak Tengok “FB Live” Anda

Diterbitkan pada Dec 30, 2016 oleh

Haaa…ni nk kabo satu berita ni. Korang tau x, antara trend marketing yg dijangka bakal meletop kebabom tahun 2017 nnti adalah VIDEO MARKETING?

“Yeke sifu? Apa buktinya? Saya tgk trend cam xbanyak berubah je..”

Tula korang. Kalau cakap kang marah. Kena la rajin sikit study. Banyakkan membaca. Dlm dan luar negara. Barulah up-to-date. Barulah lebih kreatif dan inovatif.

Follow trend semasa. Jgn stick pada cara sama..especially bab2 online marketing ni..

Ni nak tanya..Korang perasan x simptom2 ni:

  • Syarikat telekomunikasi dh upgrade data plan masing2..sampai berpuluh2 Gb. Utk apa? Xkan utk org baca text dan tgk gambar jeeee sampai bergig-gig? Opkos la sbb nk bagi org lebih mudah tgk video..
  • Reach organic yg lebih tinggi..kalau siapa yg penah atau slalu wat Live Video kt fesbuk, cuba peratikan reach organic post tu brbanding post biasa. Kebanyakan mereka yg biasa wat Live Video rata2 setuju, bahawa organic reach Live Video lebih tinggi drpd post lain. Paling tidak pun lebih cepat reach nye brbanding yg lain2 tu..xpenah wat? Try test skrg..
  • Facebook video daily views meningkat mendadak..haa yg ni report dr satu agensi luar negara. 2016, didapati video daily views pengguna fesbuk, meningkat dari 1 billion views, menjadi 8 billion views hanya dlm masa satu tahun! Mendadak giler tuu..

“Alaa sifu..tu report mat saleh. Luar negara pnye data..Kita kat Malaysia xyah nk fokus lagi bab video marketing ni..blom trend lagi..”

Haah..bagusla camtu. Budaya menunggu. Xde inisiatif utk jadi yg terawal. Pelopor. Dah tggu video marketing tu dh jadi trend, baru nk terhegeh2 blaja..sukati la yek. Saya dh bgtau simptom2 ni..fikir2 kan..

“Ok2 sifu..so apa yg saya kena wat sbg permulaan? Teach me plz..”

Orait..nasib baik cpt bertaubat. Hee..

Skrg ni, cuba biasakan diri dlu dgn buat Live Video. Korang leh wat live video yg brkongsi tips, teknik, update aktiviti bisnes, sesi soal jwb dan apa sahaja yang difikirkan relevan dengan bisnes anda..

Cumaaa…

Nak wat live video pn kena la ada strateginya. Ada cara nya..

So, kali ni sifu nk share 5 TAKTIK KILLER yg boleh buatkan prospek, fan, audiens anda xsabar giler nk tggu korang wat live video! Siyes, xtipu punyer..sbb kami dah wat dan menjadi? Sape nak tau?

“Saya sifoooo..sayaaaaaaaaa!!!!”

Ok2 jgn menjerit2. Bukan saya leh dengar pun jeritan merdu korang tu, hehhee..

Nah, ni lah 5 TAKTIKNYA untuk korang hadamkan dan buat lepas ni..

TAKTIK #1: BUZZ MARKETING

Ok buzz ni, adalah satu teknik yg mana kita war2 kan dlu beberapa maklumat penting berkaitan Live Video kita – BILA, DI MANA, APA TOPIKNYA.

Sbg cth..katakanlah anda nk wat Live Video pkl 12 tghari..so anda blh wat satu post, yg memberitahu bila waktunya? Apa topiknya?

So dorang akan lebih aware, trtunggu2, dan bleh brsedia utk dengar sesi Live anda tu..

TAKTIK #2: TANYA SOALAN

Soalan apa? – Tanya lah soalan spt “Suara saya clear x?”, “Nampak x video saya?”, “Faham apa yg share?” , dan yg sewaktu dengannya..

Waktu bila nk tanya? – Boleh tanya semasa di awal video brmula..dan juga di pertengahan sharing..tanya jgn x tanya tau..

Xtanya x boleh? – Boleh. X dosa pun. Tapi bila kita tanya soalan, dorang akan respon. Lebih banyak respon, lebih tinggi engagement, lebih tinggi organic reach nyer..

TAKTIK #3: LIVE LEBIH DARI 30 MINIT

Kalau sifu buat, kebiasaannya mesti lebih dari sejam. Lebih lama lebih baik. Sbb apa? Sbb lebih ramai org leh join utk view live video anda. Lebih rmai org join, lebih tggi organic reach.

Tapi sbg permulaan, cuba la wat dlu at least 30 minit..

TAKTIK #4: RANGKA CONTENT

Penah dgr pepatah mat saleh..”people who fail to plan, is plan to fail?”. Lebih kurg cmtu la bunyiknye..

Maksudnya, siapa yg gagal merancang, bererti dia merancang utk gagal.

Sama juga mcm nk wat live video ni. Topik dah ada. So next step, buat rangka atau point2 penting yg nak dikupaskan spjg sesi live sharing tu.

Yes mmg anda org yg hebat. Seribu satu idea ada dlm kepala tu. Tapi dgn merancang content yg ingin disentuh, ia boleh memastikan anda hanya bercerita topik yg perlu shaja.

Yg brkaitan dgn topik asal. Kalau x, dikhuatiri anda akan bercakap meleret2, trmasuklah benda yg xsepatutnya atau x perlu.

Lebih teruk lagi? Anda blurr dan lupa apa nak point nk share. Sbb tu saya suggest wat rangka dlm bntuk point dlu pn xpe..janji ada..

TAKTIK #5: ENGAGE DGN AUDIENS

Utk dptkan reach yg lebih tinggi, penting utk anda buat 2 way communications semasa sesi live..

Anda boleh tanya soalan..anda boleh wat joke..anda boleh respon komen dari audiens..anda boleh “sapa” mereka..

Ingat! Live video ni lah masa trbaik anda utk “muka-ke-muka” dgn fans anda, walaupun hanya dari fon masing2..

So..jgn celoteh sesorang. Jgn syiok sendiri. Engage dgn audiens, mngerti?

Oklah..tudiaaa 5 TAKTIK KILLER utk anda yg nk wat live video yg digila-gilakan oleh fan korang.

Komentar (1)

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!