|

7 PERKARA YANG FOUNDER PAKAIAN PERLU KAJI, KALAU NAK BISNES ‘TAHAN LAMA’

Fashion, antara bisnes yang sangat challenging.. Dengan modal kainnya, productionnya, musimnya, trend dan lain-lain, buatkan ramai tak bertahan..

Ada banyak strategi untuk buatkan bisnes fashion bertahan lama, tapi yang paling utama adalah, MARKET RESEARCH TERHADAP BISNES INI..

Selain itu, apa lagi yang kita kena research? Jom kita tengok satu per satu…

1. MARKET RESEARCH

Kita kena research market yang kita nak enter. Salah market, akan buatkan kita kalah lebih awal. Fahamkan betul-betul trend dan kehendak pelanggan dalam dunia fesyen.

Korang kena kaji demand dalam market fesyen sekarang.

Semak apa trend terkini, apa yang orang suka pakai, dan apa yang tengah hot kat dunia fesyen. Dari situ, korang boleh dapat idea dan peluang apa yang boleh korang grab.

2. TARGET MARKET

Kenalpasti siapa target market kita, beserta target market segementation kita. Tak kenal, susah dalam produk development nanti.

Kalau nak jual baju, kena tahu sape yang korang target. Budak muda ke, ibu-ibu ke, atau gadis-gadis yang bekerja.

Cari apa minat, gaya hidup, dan keperluan mereka. Bila dah tahu siapa bakal customer kita, lebih senang nak pilih design dan style yang mereka suka.

3. SWOT ANALYSIS

Bukan setakat kaji pasaran, kita kena study juga competitor yang tengah naik sekarang. Analisa pesaing dengan SWOT analysis, supaya kita jumpa value yang diperlukan pengguna, dan value unik yang hanya kita boleh tonjolkan.

Kenapa?

Sebab kita nak tengoklah kekuatan, kelemahan untuk mencari peluang baru yang target market kita. Dari situ, kita boleh buat plan dan strategi untuk naikkan jualan bisnes.

4. TYPE OF MATERIAL

Pemilihan material untuk produk kita. Material yang dipilih banyak mempengaruhi value yang bakal diterima pengguna, dan ini boleh efek brand value kita juga.

Kaji betul-betul material yang dipilih, sesuai dengan produk kita.

Pastikan pilih material yang berkualiti, selesa dan selamat.

5. PRICING MATERIAL

Pricing material, perlu dibandingkan dari supplier juga. Ini akan pengaruhi penentuan harga yang ingin diletakkan, dan kesesuaiannya kepada target market juga.

Kaji betul-betul kos material dan lihat harga pasaran.

Pastikan harga jualan kita dapat cover kos dan berikan profit kepada bisnes. Hati-hati main harga murah, jangan sampai company rugi!

6. BUSINESS CAPITAL

Kemampuan modal.. Modal kain ini, biasanya kena awal, dan perlukan modal besar juga untuk rolling bisnes. Kalau dapat kredit dari supplier, dari tailor, memang win la..

Ini berdasarkan kemampuan atau track record kita menjual juga, dan track rekod transaksi dengan supplier.

Ada founder perlukan funding luar, untuk support capital ni. Benda ni kena buat kiraan yang teliti. Kalau tak pandai manage modal, boleh jadi masalah besar nanti!

7. PRODUCT TIMEFRAME

Timeframe produk, atau product life cycle berdasarkan musim, berdasarkan trend, berdasarkan ketepuan di pasaran, perlu juga dikaji. Salah langkah, produk tak boleh dijual dah!

Fesyen kena design ikut musim.

Kalau musim raya.. boleh designΒ  elemen raya. Kalau musim ramadhan.. boleh design elemen ramadhan. Tapi lepas habis musim tu, design tu dah tak laju. Jadi kita kena la laju ikut trend semasa!

8. PRODUCT DESIGN

Design.. Kalau material bagus, marketing bagus, tapi design tak kena, memang masak laaa.. Buat marketing macam mana pun, kita gagal..

Design, memerlukan idea luarbiasa.. kena kreatif..kena beri perhatian penuh pada design ni.

Pastikan reka bentuk produk menarik, sesuai dengan citarasa pasaran sasaran, dan berbezakan dari pesaing. Buatlah sesuatu yang unik dan mencerminkan brand identiti korang.

9. PRODUCT PRESENTATION

Presentation pula.. Packaging, video content, gambar, perlu selari dengan target market, dan juga brand positioning juga..

Produk bagus, tapi presentation tak ok, boleh beri efek juga. Fesyen ni kena banyak main visual yang menarik dan cantik.

Dalam marketing dan sales, kita perlu banyak invest bahagian ni.. sebab ianya penting untuk buatkan orang tertarik dan jatuh hati dengan fesyen kita.

Ok.. itulah step step cara nak kaji pasaran untuk bisnes fesyen korang, kena kreatif dan inovatif! Jangan lupa.. market research ni sangat membantu dalam menyusun strategi marketing dan kejayaan bisnes korang.

So, jangan abaikan langkah ini dalam membangunkan bisnes fesyen korang.

Buat la research, try and error sikit, dan yang paling penting, jangan lupa enjoy je dalam dunia fesyen ni!

Similar Posts

5 Comments

  1. Alhamdulillah syukur Terima kasih sifu jamal dan Team, saya hargai sangat ilmu iniπŸ€²πŸ˜‰, ape yg dikatakan memang betui, Sy struggle memang tahap gaban laa nie, dengan masalah kene scam dgn kilang jahit 😭😭😭, sedih sangat hidup ini, Hanye Allah saje yg taw hati ini, nk meletup rasenye πŸ”₯

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *