|

7 NASIHAT UNTUK FOUNDER YANG TENGAH RASA DOWN & STRUGGLE UNTUK BANGKIT DALAM BISNES

Ni saya nak share sikit advice untuk founder yang mungkin tengah down, hampir nak give up, bisnes dah nak tutup.. Setiap masalah atau cabaran pasti ada jalannya, ada peluang.. ianya perlukan usaha dan semangat dalam diri untuk kembali bangkit..

Last sekali, jangan lupa doa dan bergantung kepada tuhan…

Jom, kita check apa yang korang boleh buat, Baca sampai habis, okay?

1. Cari Idea dan Plan Baru, Untuk Buat Bisnes Naik Tinggi Macam Dulu

Bila bisnes tengah down, sales slow.. dah tiba masanya kita cuba cari idea dan plan baru. Jangan stuck dalam rutin lama yang tak jalan.

Korang kena brainstorm dengan team dan cari strategi baru yang boleh revive semula bisnes korang. Jangan takut nak try benda baru!

2. Start Cari Reserve Fund, Kalau Tak Nak Masa Depan Bisnes Terbeban

Kita kena pastikan ada duit simpanan (reserve fund). Bisnes tak selalu menaik, ada masanya performance menurun.

Jadi penting ada backup plan, dan simpan fund yang cukup untuk cover kos operasi dan keperluan semasa kecemasan.

Buat financial planning dan analysis, buang expenses yang tak diperlukan, dan cari jalan untuk tambahkan income company.

3. Tambah dan Cari Ilmu, Kalau Tak Nak Bisnes Jatuh

Jangan berhenti belajar dan tambah ilmu dalam marketing, branding, leadership, financial dan team development.

Join kelas, pergi seminar, dan baca buku berkaitan industri korang.

Dengan tambah ilmu, kita boleh berfikir dengan betul dan ambil tindakan yang tepat untuk mengatasi masalah bisnes.

4. Jangan Lupa Bersedekah, Walaupun Diri Sedang Susah

Walaupun kita tengah struggle, jangan lupa untuk bersedekah. Bantulah mereka yang dalam kesusahan.

Yakinlah dengan rezeki kita dan carilah keberkatan dalam bisnes. Bantu orang lain, tuhan akan tolong kita.

Berilah apa-apa yang kita mampu, tak kira dalam bentuk duit, masa, atau skill. Insha’Allah, kita akan rasa lebih tenang untuk hadapi cabaran yang datang..

5. Elak Buat Hutang Baru, Setelkan Hutang Lama Dulu

Bila bisnes tengah tak stabil, elakkan la buat hutang baru. Jangan tambah masalah!

Hutang ni boleh tambah beban kewangan, yang akan buatkan kita bertambah stress dan tertekan!

Tolong jaga hutang lama, cuba stabilkan dulu kewangan sekarang dan fokus settlekan hutang yang sedia ada!

6. Improve Marketing Dulu, Baru Tahu Cara Nak Dapat Sales Bertalu-Talu

Kita perlu buat marketing berterusan, untuk dapatkan jualan. Jangan tinggal part ni walaupun bisnes tengah stuck!

Plan dan improve strategi marketing.

Guna semua platform sosial media, website, dan influencer yang boleh bantu naikkan awareness bisnes kita.

Insha’Allah.. dengan step dan formula yang betul, ianya boleh bantu tingkatkan revenue company kita!

7. Jangan Buat Keputusan Melulu, Sebelum Tahu Pro and Cons Terlebih Dulu

Kita kena kaji dan fikirkan betul-betul pro dan kontra, kira risiko sebelum kita buat keputusan penting yang boleh beri kesan jangka panjang kepada bisnes.

Jangan buat keputusan terburu-buru!

Cuba tanya pendapat team, dan dapatkan consultion daripada orang yang berpengalaman. Ini dapat bantu korang buat keputusan dengan lebih cepat dan tepat.

Jadi, untuk founder-founder yang tengah stress, stuck.. jangan biarkan diri terlalu lama rasa sedih dan down. Sebagai leader, kita kena cepat bangun dan positifkan diri!

Gunakan tips-tips ini sebagai panduan untuk korang bangkit semula. Jom hadapi cabaran baru dengan semangat yang tinggi!

Teruskan usaha, buat sampai jadi! Jangan takut gagal! Ingatlah.. setiap cabaran adalah peluang untuk berkembang dan maju ke depan!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *