Perkongsian

Pelajari asas kepada pemasaran berpadu Facebook, bagaimana menguruskan channel pemasaran ini secara optimum dan efektif.

Training

Kami menawarkan tips dan panduan yang bermutu seiring dengan pengalaman kami dalam pengurusan pemasaran Facebook untuk perniagaan anda.

Buku

Koleksi buku-buku menarik yang diterbitkan sendiri oleh kami. Sangat sesuai untuk anda yang sedang mencari panduan berkaitan pemasaran facebook.

Cara ‘Follow Up’ Prospek di WhatsApp

Diterbitkan pada Nov 11, 2015 oleh

Cara 'Follow Up' Prospek di WhatsApp

Bagaimana cara nak tukarkan prospek kepada pembeli..?

Caranya adalah anda perlu FOLLOW UP prospek menggunakan teknik yang betul sehingga mereka bertukar menjadi pembeli..

Siapa prospek ni?

Prospek adalah orang yang sudah berminat nak dapatkan produk yang kita jual, tapi atas sebab-sebab tertentu.. mereka terpaksa TANGGUHKAN niat mereka untuk membeli produk anda.

Apa pula follow up?

Follow up adalah satu tindakan untuk memujuk prospek yang berminat dengan produk kita tapi masih belum membuat pembelian.

Biasanya, ada 5 cara yang boleh kita gunakan untuk follow up..

  • PM
  • Whatsapp/SMS
  • Emel
  • FB Ads
  • Telefon

Setiap cara di atas menggunakan teknik follow up yang berbeza, tapi objektifnya tetap sama.. nak tukarkan prospek jadi pembeli.

Dari 5 cara di atas, saya syorkan anda untuk pilih WhatsApp.

Kenapa WhatsApp?

Sebab saya pasti, ramai orang di Malaysia gunakan WhatsApp dalam kehidupan harian mereka. Saya boleh katakan, itulah cara paling MUDAH dan JIMAT untuk berinteraksi dengan prospek. Mereka juga pasti lebih selesa menggunakan WhatsApp berbanding cara lain..

Kenapa kita perlu follow up prospek?

Kita dah keluarkan kos iklan untuk dapatkan prospek, agak rugi kalau kita asyik mencari prospek baru. Dari 1000 prospek yang kita dapat, berapa banyak yang kita boleh tukarkan kepada pembeli?

10 orang..?

100 orang..?

Lebih banyak, lebih baik!

Kita dah dapat JIMATKAN banyak kos iklan dan tingkatkan keuntungan bisnes.

“Saya dah follow up banyak kali, tapi takde pun orang beli”

Itu mungkin sebab cara anda follow up tu salah!

Nak follow up pun ada caranya, bukan ikut suka hati anda je!

Dalam artikel ni, saya nak tunjukkan cara  follow up yang betul menggunakan Whatsapp.

Ini Contohnya..

Ada prospek Whatsapp anda..

“Salam, saya berminat”

Ini jawapan yang anda boleh beri..

“As salam Puan Minah.

Saya Wawa, dari page KRIM AAA. Terima kasih kerana PM.

HARGA SEBENAR “KRIM AAA – RM200

HARGA PROMOSI – RM 150 SAHAJA

Harga Promosi akan TAMAT pada 2 Okt 2014.

Dengan kos PELABURAN RM150, puan akan dapat;

1) 3 TIUB KRIM AAA

2) PERCUMA TUALA AAA

3) PENGHANTARAN PERCUMA

Puan BERMINAT dengan tawaran promosi ini?”

Selepas sejam

Tanya pada prospek sama ada mereka masih berminat nak dapatkan produk anda atau tak. Ceritakan semula apa offer yang anda berikan pada mereka.

“Salam puan, sori ganggu..

Macam mana dgn OFFER Krim AAA yg kami berikan tadi, sis BERMINAT?

Sila respon walaupun dgn perkataan “Tidak”. TQ sis

Selepas 24 jam

Update info terkini mengenai produk anda. Berapa kuota yang tinggal? Bila tarikh offer anda akan tamat? Lebih baik anda berikan offer jika prospek buat bayaran pada waktu juga.

“As salam Puan,

Saya nak maklumkan HARGA PROMOSI KRIM AAA bakal tamat esok. Stok pun tinggal sikit lagi.

Puan jadi nak order?

Jika jadi, boleh saya tahu BILA puan nak buat bayaran ye?”

Waktu Gaji

Waktu gaji adalah waktu WAJIB untuk anda follow up. Kalau boleh, cuba pujuk prospek untuk bayar pada hari tu juga.

“Salam puan, sori ganggu…

Hari tu ada bro ada tanya pasal KRIM AAA kan?

Saya just nak inform, harini LAST DAT PROMOTION!

Kalau puan buat bayaran sebelum jam 10 mlm ni, esok jugak kami post barang puan..
Lepas dari offer ni, kami dah tak terima.

So, puan masih berminat?”

Ini antara strategi yang boleh anda gunakan untuk follow up prospek. Jangan terlalu kerap buat follow up! Nanti mereka akan lari dari anda dan beli dari peniaga lain, anda dah rugi 1 pelanggan.

Kalau 10 orang lari? Berapa banyak anda dah rugi?

Kalau kos dapatkan 1 pelanggan adalah RM5.. means, anda dah rugi RM50!

Sebab tu, jangan paksa prospek beli produk anda. Cari masa yang sesuai untuk follow up, guna cara yang berhemah..

Di bawah ni saya berikan beberapa tips follow up..

Tips follow up;

  • Mulakan dengan ayat pengenalan; Salam bro, Salam sejahtera bro..
  • Sebut nama prospek yang bertanya; As salam Puan Minah..
  • Perkenalkan siapa anda yang menjawab pertanyaan prospek.
  • Akhiri jawapan anda dengan pertanyaan; Bro masih berminat?
  • Jangan ulang info pada post ketika menjawab soalan. (ciri-ciri, manfaat produk)
  • Gunakan gambar testimoni untuk yakinkan prospek dengan jawapan anda.
  • Tulis maksima 5 baris bagi setiap perenggan.
  • Gunakan emoticon yang sesuai supaya prospek tak rasa bosan bersembang dengan anda.
  • Akhiri jawapan anda dengan soalan.

Kesimpulannya, jangan terlalu banyak keluarkan kos untuk dapatkan pelanggan baru. Jaga pelanggan sedia ada. Keuntungan bisnes kita perlu banyak bergantung pada pelanggan sedia ada. Jelas?

Komentar (51)

  1. Pingback: 3 Cara ‘Close Sales’ Yang Biasa Digunakan Oleh Usahawan Facebook | Sifu FB Ads

  2. Ab Rahman Ceo

    Assalam tuan Sifu Jamal. Alhamdulillah, saya dah cuba cara yang sifu berikan. Memang ohsem. Dulu sebelum saya praktik ilmu ini, saya ingat bila costomer senyap kerana dia dah tak nak produk kita. Sebenarnya bukan, dia masih berminat. Cuma mungkin kerana dia sibuk dengan urusan seharian. Jadi, bila kita follow up kita cuba remind dia.

  3. Muhammad Marwan Hafiz Bin Ariffin

    Tq… sifu… kalau ada info terbaru tlong update… kalau ada event kawasan pantai timur tlong update. saya nk joint. saya lokasi tganu. kampung kelantan.. stakat kelantan, trenggnu & kuantan bleh involve. insyallah..

    Tq.

  4. Pingback: Cara ‘Follow Up’ Prospek di WhatsApp | Business Centre

  5. hani

    jazakumullahukhairan khathiran Tuan sifu Jamal…kerana perkongsian terbaik ini….

    alhamdulillah saya practikan ada yang berjaya ada yang tidak berjaya…. saya ada 1 SOALAN.

    1. Bagaimana saya nak followup dalam group whatapp?? adakah saya perlu whatapp tiap individu dalam group whatapp tu atau bagaimana kah cara terbaik untuk saya lakukan.

    saya dahului dengan Jutaan Terima Kasih Tuan Sifu Jamal 🙂

  6. tengku aznidah

    terima kasih Sifu Jamal….belum berkesempatan untuk ke seminar sifu lagi…Alhamdulillah dari post FB dan email sifu ada follow skit dan alhamdulillah sales ada sedikit menaik dan Insya-Allah berkesempatantan akan ke seminar sifu

    1. Mula tu jgn bgtau penuh, kasi preview skit2 je dulu. Kumpulkan dlm satu grup khas utk org yg minat nk dptkan produk baru tu. Kasi harga offer. Beritahu bila produk dilancarkan. Tgk respons. Kalau kurang, bykkan lg engagement/follow up. Sampai hari launching…

Adakah Anda Sudah Bersedia?

Sudah bersedia untuk memulakan kempen Facebook untuk bisnes anda? Ayuh dapatkan bimbingan & konsultasi kempen pemasaran Facebook untuk bisnes anda. Sifu FB Ads bersedia memberikan pengalaman terbaik kami kepada peningkatan jualan bisnes anda — sehingga 300%!