|

BILA MARKETING MAKIN TEPU, CUBA 5 CARA NOVELTY MARKETING NI..

“Sifu, marketing makin tepu la skrg ni.. Makin susah la.. Nak tarik orang, memang challenging.. Termasuk la buat iklan sekali pun..”

Ofcourse..

Sekarang ni, sangat susah nak buat marketing sebab, kita susah nak tarik perhatian audience, betul tak?

FAKTA! Audience terdedah dengan beratus2 iklan, malah beribu2 mesej setiap hari yg buatkan mereka bosan, menyampah, skeptical dengan mesej2 marketing yg kita berikan kepada mereka.

Sebab sekarang ni, makin banyak platform.. Lagi2 online ni haaa..

Hari2 orang terdedah dengan iklan, dengan konten, dengan mesej direct nya..

TEPU! TEPU, MEMANG SANGAT TEPU!!!

Tapi…

Dalam tepu-tepu pon, ada je brand atau individu yang menonjol marketingnya..

Mencanak2 naik pengikutnya.. Pelanggannya.. Followersnya..

Memang branding salah satu strategi bisnes yang sangat penting, tapi strategi marketing juga sangat penting..

Dan dalam strategi marketing yang dijalankan, tak kisah la konten ke, live ke, advertising ke, collobaration ke, product presentation ke, kita kena…

.. GUNA NOVELTY MARKETING!

Iaitu, bagaimana kita marketingkan produk atau servis sedia ada kita bukan lagi dgn cara sama dengan semalam ni, atau sama dengan orang lain, TAPI dengan cara baru yang lebih menarik.(key dia – BARU & MENARIK)

Antara 5 yg kita boleh buat;

#1. Gunakan konsep baru yg org tak guna lagi.

Nak buat konsep apa? Kita kena faham pasaran dulu.

  • Apa yang orang nak?
  • Apa yang tengah jadi hot dalam industri kita?
  • Dengan faham ni, baru boleh cari konsep yang memang unik dan relevan.

Pastu, fikir apa yang buat produk atau servis kita berbeza dari yang lain.

Ada tak ciri-ciri khas yang boleh jadi kelebihan?

Kita kena tahu kelebihan kita, dan guna sebagai asas untuk konsep baru kita.

Lepas faham pasaran, masa untuk brainstorm idea.

Duduk bersama-sama dengan team.

Guna teknik macam mind mapping ke mood boards, apa saja yang boleh jadi inspirasi. Bila idea dah banyak, sekarang kena pilih yang paling releven dengan jenama kita.

Pastikan konsep tu kait dengan produk atau servis kita.

Cth: Konsep hutan, konsep era 70-an, dll. (mcm peniaga Bundle)

Sebelum buat marketing besar-besaran, uji market dulu.

  • Boleh guna survey online, atau uji produk.
  • Kita nak tahu macam mana orang akan terima konsep baru kita.

Dapatkan feedback, apa yang orang suka, apa yang dorang tak suka.

Dengan feedback ni, kita boleh adjust sebelum buat launch besar.

Lepas dapat feedback, masa untuk marketing.

Pilih cara yang kreatif untuk bawak konsep baru kita.

Gunalah media sosial, laman web, atau boleh buat event khas.

Pastikan semua iklan dan promosi clear nak sampaikan keunikan konsep kita.

Nak cuba konsep baru ni memang bukan senang, tapi kalau kita berani cuba, rewardnya memang besar.

Kita bukan hanya tarik perhatian orang, tapi juga bina imej dan kredibiliti brand kita.

Dalam dunia pemasaran, yang berani cuba benda baru selalu jadi winner.

#2. Lokasi yang rare, yang cipta tarikan.

Kita kena tahu tempat yang rare tu macam mana, apa yang buat dia special.

Setiap tempat ada ciri-ciri unik, yang tak ada kat tempat lain.

Ada tempat yang ada sejarah, ada tempat cantik alam sekitar dia, atau ada tempat yang penuh dengan budaya.

Korang kena tahu apa yang buat tempat tu unik.

Kalau tempat tu kampung lama yang penuh dengan sejarah, kena explore sejarah dia betul-betul.

Kalau tempat alam semula jadi, maybe boleh highlightkan keindahan alam dia.

Jadi, tahu pasti apa kelebihan lokasi tu.

Cth – Tepi kubur, di kampung lama, sawah dll. (Byk restoran di utara camni.)

Lepas korang kenal pasti tempat tu, pilih tempat yang ada daya tarikan yang unik.

  • Biasanya, tempat macam ni memang boleh buat orang teruja.
  • Buat aktiviti atau event yang orang tak pernah experience sebelum ni.

Pastikan setiap benda yang korang plan tu, dapat buat peserta rasa excited.

Pastikan korang capture every moment dan share kat Instagram, Facebook, apa semua lah. Nak buat orang curious, kena bagi sneak peek sikit-sikit.

Gunakan hashtag yang relevan dengan kempen korang dan ajak orang share pengalaman dorang.

Semakin ramai yang terlibat dalam media sosial, semakin power tarikan yang korang dapat.

  • Nak tarik lagi ramai orang, boleh la buat pakej atau promo khas.
  • Mungkin diskaun khas untuk aktiviti di lokasi tu, pakej penginapan, atau mungkin pakej makanan.

Orang suka benda yang murah, kan?

Pastikan promo tu tunjukkan keunikan dan keistimewaan tempat tu.

Buat promosi yang buat orang rasa macam kena try, tak boleh lepas.

#3. Gaya & style..

Kena paham matlamat dan brand image korang dengan jelas.

  • Apa mesej dan imej yang korang nak bawak kepada pengguna?
  • Gaya dan style yang korang pilih kena la konsisten dengan identiti brand.

Kalau brand korang lebih kepada moden dan trendy, gaya yang digunakan kena la masukkan elemen-elemen tu.

Pasaran yang kita target tu ada style dia sendiri.

Jadi, kena la sesuaikan gaya dengan apa yang diorang suka.

Cth: Gaya superhero.. Sopan santun..Jerkah orang (mcm ustaz UAK)

Visual pun penting. Pastikan identiti visual yang korang buat tu consistent.

Gunakan warna-warna yang konsisten, jenis grafik yang sama, biar orang boleh kenal brand korang dengan mudah.

Visual yang consistent ni bukan saja buat brand korang nampak pro, tapi juga memudahkan orang ingat.

Boleh try kerjasama dengan influencer atau selebriti.

Diorang ni punya pengaruh besar, boleh tolong bawa imej dan gaya brand korang ke mata orang ramai.

Pastikan pilihan influencer atau selebriti tu betul-betul sesuai dengan imej dan nilai brand korang.

Gaya dan style dalam marketing tu bukan sahaja nak buat brand nampak luar biasa, tapi juga buat brand korang jadi lebih dekat dengan hati pengguna.

#4. Story.

Ni kena pandai buat storyline la.. Idea juga sgt penting..

  • Apa yang kita nak capai dengan cerita ni?
  • Nak buat pengguna terhibur, nak tingkatkan kesedaran jenama, atau nak cipta emotional connection?

Kenal pasti matlamat akan memudahkan kita membentuk storyline yang sesuai dan berkesan.

Setiap cerita perlu ada inti atau teras yang kuat.

Itu la benda yang akan buat orang teringat-ingat.

Boleh jadi konflik, twist tak terduga, atau nilai-nilai yang menyentuh hati.

Pastikan teras cerita tu ada kaitan dengan produ yang kita nak promosikan.

Kita kena tahu siapa yang kita nak sampaikan cerita ni.

Target audience tu penting. Cerita untuk remaja mungkin berbeza dengan cerita untuk ibu bapa.

Bila kita tahu siapa target audience, ini akan memudahkan kita masukkan elemen-elemen cerita dengan selera dan kehendak mereka.

Kalau korang nak cerita tu jadi memorable, kasi la twist yang orang tak expect.

Benda yang tak terduga. Twist ni yang buat orang terus tertarik dengan cerita korang.

Macam siapa ek? RyanBakery? RahmanChea & Kanafly?

Bahasa yang korang guna dalam cerita tu kena yang menyentuh hati.

  • Jangan la guna bahasa yang pelik-pelik sampai orang tak faham.
  • Gunakan bahasa santai dan dekat dengan audience.

Jadi, itulah cara-cara nak buat cerita yang power tanpa perlu kepala pening.

Ingat, yang penting, biarlah cerita tu berasa natural dan tak paksa.

Buat santai je!

#5. Special appearance..

Lebih kepada penampilan.. Pakaian, rupa.. Gerakan..

Apa yang brand korang nak sampaikan kepada dunia?

Ini termasuklah warna-warna, gaya, dan mood keseluruhan yang ingin diterjemahkan melalui penampilan.

Kenal pasti elemen-elemen ni akan bantu korang buat keputusan dalam mencipta penampilan yang konsisten dengan brand korang.

Penampilan ni bukan hanya pada pakaian je.

Rupa kita, termasuklah rambut, solek, dan mungkin gaya rambut, memainkan peranan besar.

Selain itu, gerakan juga penting.

Macam mana orang bergaya, berjalan, atau berinteraksi boleh jadi sebahagian daripada penampilan.

Gerakan yang selari dengan mood dan konsep brand akan membuatkan orang teringat-ingat brand kita.

Kalau korang tak pasti macam mana nak bina penampilan yang luar biasa, korang boleh bekerjasama dengan artis atau fashion designer.

Mereka ada pengalaman dan pandangan yang boleh membantu meningkatkan penampilan brand korang.

Untuk buat penampilan korang lebih relevan, kena sentiasa follow dengan trend dan budaya semasa.

Trend fashion boleh cepat berubah!

Harap korang boleh faham..

Dengan menggunakan strategi novelty marketing, korang akan dapat menangkap perhatian customer dengan lebih pantas!

Korang bukan sekadar jual produk, tapi nak bagi orang rasa excited tengok apa korang buat.

  • Kita kena kreatif dan berani buat benda baru, yang berlainan daripada pesaing.
  • Barulah kita boleh kekal relevan dan lebih menonjol dalam persaingan yang semakin tinggi sekarang ni!

Ianya dapat membantu kita bina brand identity untuk jangka panjang.

Kita akan jadi trendsetter! Jadi unik dan inspirasi kepada orang lain, yang buatkan brand kita lebih kuat!

Kita bukan saja dapat tingkatkan brand awareness, tapi juga membina customer yang loyal dan supporter kuat untuk brand kita.

NOTA : Novelty marketing ni, kena buat SWOT ANALYSIS dulu, supaya tak nampak sama dgn orang..

Dan baru jadi unik! Dan, pastikan mampu “tarik orang”, bukan sebaliknya..

Ok..

Semoga bermanfaat!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *